-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

12 Jun 2013

Home » , , » Maine Coon,kucing terbesar di dunia

Maine Coon,kucing terbesar di dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v


Jangan hairan kalau saya buat entry tentang kucing-kucing tau. Sebabnya saya memang suka kucing ^^ So bagi peminat-peminat kucing boleh tengok lagi entry2 kucing kat sini --> TEKAN. Tengok pulak kasih sayang kucing ni ha --> TEKAN. Siapa kata artis lagi popular. Kucing dah popular sejak zaman nabi sebab Abu Hurairah kan suka kucing ^^

Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemui di Amerika utara, dianggarkan di pantai timur sekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon. Kucing ini dikenali dengan jenis baka yang besar kerana berat badan kucing jantan boleh mencapai 10kg !

Nama jenis kucing Maine Coon sendiri berasal dari nama negara bahagian di USA, Maine. Tapi asal usul dari kucing ini sama sekali tidak diketahui. Yang ada hanya dongeng dan mitos sahaja. Salah satunya fairytail kat bawah ni.



blogger-emoticon.blogspot.comMitos Kucing Maine Coon

Sebuah cerita mengenai seorang ratu perancis yang bernama Marie Antoinette. Dia akan dihukum mati dan berusaha melarikan diri dengan bantuan Captain Samuel Clough. Marie memasukkan harta bendanya termasuk kucing berbulu panjang tersebut di dalam kapalnya. Walabagaimanapun, dia gagal sampai ke USA. Kucingnya pula selamat sampai ke Wiscasset, Maine. Macam tu lah ceritanya. Cam tergantung kan cerita ni. so jangan tanya saya kenapa tau sebab jawapannya tak tahu.

Kucing Maine Coon mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.
Jenis kucing ini mempunyai badan yang besar. Untuk kucing jantan saja beratnya antara 6-9 kg. Sedangkan untuk kucing betina 4-6 kg. Maine Coon juga mempunyai mata dan telinga besar yang berkemampuan untuk melihat dan mendengar benda yang jauh.




blogger-emoticon.blogspot.com Ciri-ciri Kucing Maine Coon 

Secara am ciri-ciri kucing Maine Coon adalah seperti berikut:

 Badan besar dan panjang

 Memiliki tulang dan otot yang kuat

  Mata lebar dan oval

 Teling besar (lebar di bawah)

 Dahi melengkung

 Otot pipi sangat menonjol

 Hidung lebar dan melengkung di hujungnya

 Ekor panjang dan lebar

 Bulunya tebal dan tahan air

Kucing Maine Coon mempunyai sifat kucing yang suka dekat dengan manusia atau tuannya. Mempunyai sifat yang aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya. Berbeza dengan kucing parsi yang kerjanya tidur je…hoho


Rupert Kucing terbesar di dunia

p/s : err takut pun ada tengok kucing besar ni. Muka cam bengis jek..thihii

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)