-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

25 Oktober 2013

PETUA TRADISIONAL yang menarik #2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum tout les monde. Hai  
Jikalaulah ada tersinggah dan terbaca entry ini >petua #1, maka entry ini adalah sambungannya. ecehh bahasa baik punya kan.thihii meh tambah ilmu lagi. Mana yang baik kita amalkan semoga bermanfaat dan dapat disebarkan walau sikit insyaAllah. Punyalah lama nak update second petua. hashash. #orang sibuk la katakan.  boo. semua orang pun ada sibuknya kann. heheh ^^

11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini.
 Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah.
 Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan. *Adeke orang guna dapur kayu lagi sekarang ?

15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat.
 Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam.
 Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan.
 Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh.

Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena. Yang ni confirm ramai yang buat kan. InsyaAllah berkesan.

20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan
 Lumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. 
 Kemudian balut kepala dengan kain lembab.
 Biarkan selama dua atau tiga jam.
Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

Jazakallah. Merci. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 Oktober 2013

AMALAN UNTUK MUSNAHKAN SEL KANSER

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum gaiss.

Alhamdulillah. This time kan, ramai kot yang sakit berbahaya ni. Macam yang kita dah sedia maklumlah kan, penyakit ni sukar nak sembuh. Almost all yg menghidap penyakit ni memang innalillah. Tapi kuasa Allah kan tiada yang mustahil. Kalaupun kita rasa tak mananyalah sembuhnya penyakit ni dengan hanya baca-baca ayat-ayat quran or zikir. Takpe, no hallah. Buat je, kalau Allah tak izinkan kesembuhan kepada kita, kita sekurang-kurangnya dah berusaha dengan cara mendekatkan siri pada Allah pule. tak ke gitu .Ohh hope bukan 'KITA' lah kan yang kena. nauzubillah.
Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya. Hanya dengan izin Allah. Kalau tak sembuh, memang dah masa kita Allah nak panggil balik ^^,

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Insyallah.
Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Oktober 2013

French repas (meal)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Since kami dh start masuk lecon berkaitan makanan di france. Pehh tetibe keinginan untuk makan sangat tinggi. Tarte keju, spaghetti, yogurt, pizza & macammacamlahh. So bermulalah hari ini di mana saya menjadi sangat rajin nak tahu apa rupa semua makanan yang kitorang study tu tapi tak dapat bayangkan bila lecturer french cerita. kekeke. Basically, makanan mereka ni ade je rotinya, and mereka banyak makan keju. pehh j'adore les fromagesss  Maaf tayang gambar makanan kat sini. Saya nak study ni pasal makanan  ni actually. Boleh tambah semangat nak ke sinuuu. :P poyoo je kan. Btw, semestinya saya letak makanan halal je kat sini. heehe porc2 insyaAllah xde k :P
LES FROMAGES. (cheese)

Fromage blanc au miel (White cheese with honey)
Frites Camembert fromages (Fried Camembert cheese)
comté fromage
Brie fromage
Fromage de chèvre (keju kambing)
D'AUTRES MENU (other menu)

Boulettes de boeuf à la tomate (Meatballs with tomato)
Raviolis à la bolognaise
Filet de poisson au citron (fish fillet with lemon)
Saute de mouton au paprika (sate daging paprika)
Pâtes (pasta)
pehh favourite saya ni. sedapnyaa ><


DESSERT
Mousse au chocolat
Crêpe au sucre (Sugar pancake)
Compote de pomme à la cannelle (Applesauce with cinnamon)
Terrine de volaille (Ayam terrine)
Tarte aux pommes (Apple Pie)

Gratin de courgettes (Timun bakar)
And well as we know, kebanyakan francais adalah vegetarian termasuk lecturer-lecturer saya :)
Nah ni diaa makanan vegetarian. Kadang-kadang saya yang totally bukan vegetarian ni rasa seram and 'memuji' bila lecturer saya beli makanan untuk luch contohnya. Dalam pinggan dia penuh dengan sayur je kot. Nasi adela sikit nyorok2 balik sayur --' ffuhh.
Pomme de terre au thon (Potato with Tuna)
 
Salade de tomates
Salade de lentilles (salad dengan kacang dal)
carottes râpées (lobak parut)
Salade Grecque
Banyak lagi hee. Takpelah stop dulu. Selamat menjamu selera 
oh besok balik hostel -.- sob2
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

18 Oktober 2013

TIPS anak solat tanpa disuruh dan dimarah.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Wahh baca tajuk je, macamlah aku ni dah ada nak. Walaupun saya sendiri tidak tahu adakah saya akan hidup besok lusa ataupun akan berkahwin [heish malu nak sebut], tak apelah nak share jugak. Bagi saya, ianya tetap sesuatu yang menarik. 

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?


Begini ceritanya..


Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya. Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning, tapi anak saya tetap tak berubah. Susah dan liat nak solat.

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.
Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.
Tak perlu disuruh.

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh.

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah.
Solat tak perlu disuruh dah. Solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.
[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

InsyaAllah. Semoga ada hasilnya dengan keberkatan dan keredaan di sisi Allah. Ameen.

sumber : Bob Nor Ahmad

credit : Boboi maharaja lawak mega
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

15 Oktober 2013

Diari seekor lembu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Salam AidilAdha 


MashaAllah hari yang dihiasi takbir. Seronoknya sepanjang AidilAdha dengar takbir start subuh 9Zulhijjah. Subhanallah. Well, atok saya pun buat korban lagi tahun ni. Sebelah je rumah saya lembu dah tunngu dari petang semalam. Termenung je dia. Makan tak lalu, minum tak basah tekak. Bersyukur tapi masih ketakutan barangkali. Mungkin juga asyik berzikir memuji kebesaran tuhan kerana telah memilihnya dari kalangan kawan-kawannya itu untuk dijadikan korban keluargaku tahun ini. MashaAllah. *Ecehh ayat aq kan.
Yang utama ada kesempatan sikit ni nak sikit tentang diari seekor lembu ni. Almaklum dekat Malaysia kan terkenal dengan penyembelihan lembu berbanding haiwan lain. Boleh klik image untuk ke website sumber asal :)

Banyak yang saya nak kongsikan, tapi masa sungguh tak mengizinkan. Sikit yang saya share hope dapat mengingatkan dan memberi manfaat bagi diri ini dan yang lain jugak insyaAllah ^^

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah
tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan daripada kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berbuat baik.”
(22:37)
Kullu ’aam wa antum aqrabu illallah!

Jazakallah. KULLU 'AM WA ANTUM BI KHAIRIN .bai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Oktober 2013

Abu Nawas; Istana di Atas Awan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  

Do visit here.
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

The proves of His power in front of us

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


10 Gambar Terbaik Yang Memenangi Anugerah Pertandingan Foto Sedunia 2011

Statik dalam dimensi masa, panorama-panorama indah di langit malam-seperti yang dilihat dari bumi, kelihatan terlalu menakjubkan untuk dipercayai. Tetapi, 10 gambar di bawah ini sebenarnya adalah imej yang dirakam sendiri oleh jurugambar,bukan direka cipta menggunakan perisian tertentu-dan telah dinobatkan sebagai foto paling menakjubkan yang pernah dirakam sepanjang tahun lepas.

Pertandingan itu, the Best Night-Sky Pictures 2011, telah dianjurkan oleh organisasi; The World At Night dan telah memperlihatkan kepada kita betapa indahnya planet bumi ini ketika matahari sudah terbenam, dan bulan pula menghadirkan diri.




Aurora Borealis: Gambar cahaya menakjubkan ini dirakam oleh seorang jurugambar, Stephane Vetter di Tasik Jökulsárlón, Iceland. Cahaya itu berlaku akibat partikel yang keluar dari matahari bergerak ke angkasa lepas dan bertemu dengan perisai magnetik Bumi sekali gus mewujudkan satu bulatan di sekitar kawasan magnetik Kutub Utara apabila ia beriteraksi dengan lapisan atas atmosfera. Gambar ini memenangi hadiah utama kategori Beauty of The Night Sky.

Swaying in the wind: Gambar ini dirakam oleh seorang jurugambar Iran, Mehdi Momenzadeh memperlihatkan keindahan bintang-bintang Milky Way di langit Isfahan, Iran. Gambar ini memenangi tempat kedua dalam kategori 'Against the Light.'


Stunning: Lagi gambar daripada Mehdi Momenzadeh yang turut memenangi anugerah yang sama.


Bright skies: Gambar ini dirakam oleh jurugambar, Ben Canales yang memperlihatkan gugsan awan kuning di atas landkap Oregon. Gambar ini memenangi tempat ke-5 kategori 'Against the Light.'


Magnificient: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Grant Kaye yang memenangi tempat ke-5 kategori Beauty of the Night Sky. Ia memperlihatkan lingkaran cahaya bintang di langit dan tasik makhluk asing yang dirakamkan di Tasik Mono, California.


Picturesque: Dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-3 kategori Beauty of the Night Sky. Memperlihatkan jalur cahaya Milky Way yang melengkung di atas gunung berapi Piton de la Fournaise, Reunion Island


Mountains and valleys: Keindahan banjaran Alps di waktu malam ini dirakam oleh jurugambar, Thomas Kurat di Tasik Traunsee, Austria. Gambar ini memenangi tempat pertama kategori Against the Light.



The Great Wall at Night: Gambar ini dirakam oleh jurugambar Xiaohua, memperlihatkan bagaimana ruang angkasa boleh dilihat dari Tembok Besar China.


On the horizon: Gambar bertajuk 'Lisbon Sky Lights' ini dirakam oleh jurugambar, Miguel Claro dan memenangi tempat ke-3 kategori Against the Lights.


'Venus Above Reunion Island': Gambar menakjubkan ini dirakam oleh jurugambar Luc Perrot dan memenangi tempat ke-4 kategori Against the Lights.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai