-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label News and Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News and Info. Papar semua catatan

26 Julai 2015

Jenis-Jenis Sakit Kepala

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kredit kepada pemilik artikel ini. Semoga Allah mudahkan urusan tuan hamba, dan mengurniakan ilmu yang bertambah-tambah lagi buat tuan hamba agar dapat disebarkan demi kebaikan dunia akhirat umat ini.
Ameen.
Sesungguhnya saya menyimpan artikel ini adalah untuk rujukan saya sendiri yang juga sering teserempak dengan pakcik migrain dan mungkin yang seangkatan dengannya. pashal baru tahu lah ni kann. ingat sahabat2, sikit atau teruknya sakit kita semuanya datang dengan izin Allah, jadi marilah kita kureng-kurengkan merungut yekkk. bukan sonang nak jadi muslim yang Allah sayang ni. mujahadah ! uhoh. 

proceed.



Sakit kepala disebabkan ketegangan
Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
Menyerang pada bila-bila masa.
Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.


Sakit Kepala Migrain
Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satusatu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi lebih
teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jan atau lebih lama.
Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntahmuntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migrain.


Sakit Kepala Bertumpu
Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.


Keradangan Sinus
Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya
jika berlaku titis postnasal (pangliran lendir berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks)
Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak,
semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
Mempunyai sejarah ‘demam hay’ (rhinitis alergik) dan alahan.


Arteritis Temporal
Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitif (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
Penglihatan terganggu
Sakit-sakit pada seluruh badan.
Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejapsekejap.
Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang
Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat dihospital dengan segera.



FAKTOR2 LAIN

⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.
⇒ Demam yang disebabkan virus
⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur
⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, daging yang telah diawet dan monosodium glutamate
⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic
⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau leher
⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran
⇒ Keracunan
⇒ Kesan-kesan sampingan daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)
⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)
⇒ Tekanan
⇒ Gigi bernanah
⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubatan simpatomimetik atau ubatan lain
⇒ Kesan akibat berhenti dariapda mengambil dadah jalanan.
⇒ Pengambilan alkohol yang melampau
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Februari 2015

Mengapakah Semut "Bersalaman" Apabila Bertemu Semut Yang Lain?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum :)

Jika kita perasan, semut merupakanserangga yang sering bergerak dalam satu barisan yangpanjang. Ada kalanya, jika seekor semut itu bergerak secara solo, dan bertembung pula dengan semut yang lain, kita akan dapat melihat mereka akan berhenti untuk beberapa ketika. Namun mengapa ini terjadi? Adakah mereka sedang menyapa di antara satu sama lain.



C. Schneirla, seorang penyelidik di New York University, pernah mengadakan percubaan dengan semut dimana ia mengambil seekor semut lalu diletakkan dalam tempat yang berisi makanan.

Dan kemudian semut lain diletakkan dalam tempat yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua-dua semut ini diamati terutama ketika bertemu dengan semut lain dalam perjalanannya.

Dari penyelidikan itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan melekat pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut lain, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).


Maka, dengan saling menyapa inilah zat kimia dari semut tersebut akan memberi tau rakannya (melalui antena di kepala semut)apakah di lingkungan sekitarnya ada makanan atau ada musuh.

Subhanallah! Hebat bukan kuasa Allah. Walaupun kita tidak tahu apakah bahasa yang diguna pakai oleh serangga ini, namun sekurang-kurangnya tindakan menyapa kita bertemu memperlihatkan bahawa mereka hidup saling bekerjasama di antara satu sama lain malah langsung tidak mementingkan diri sendiri.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Januari 2015

Lambakan orang fasik di dunia ini

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Sekadar perkongsian bagi yang kurang mengerti. Dipetik dari Kuliah TG Nik Aziz berkaitan Sirah Nabawiyah.Bagi yg mengerti, jika ada tambahan ilmu,sila kongsi. Tidak rugi ilmu anda bila berkongsi.Percayalah. Jika anda ingin tahu ciri-ciri Org Fasik,Hukum Org Fasik,Definisi orang Fasik dan info ala-ala dalam buku teks, sila rujuk kembali buku Teks Pendidikan Islam anda atau cari dengan En Google,kita cuba hurai dari sudut pandangan lain kali ini.


Fasiq dari sudut bahasa adalah 'terkupas kulit luar'. Diguna masyarakat arab untuk menggambarkan sesuatu yg tidak sempurna apabila terkupas.

seakan kulit pisang terkupas, cepatlah rosak pisang itu, seakan kulit durian terkupas, cepat rosak isi durian itu, seakan makanan yg tidak ditutup dgn saji, cepat dihurung lalat sajian anda!

Begitu juga kita.Jika kulit luar (Islam) anda terkupas, mana mungkin isi dalam (Iman) itu sempurna.mungkin berkulat, mungkin dihurung lalat,malah mungkin sudah berulat!

Mana mungkin iman anda sempurna bila anda malas solat.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak puasa.
Mana mungkin iman anda sempurna bila anda tidak berzakat.

Dari sudut manusiawi, yang luar itu islam,yang dalam itu iman. Apabila terang-terang terkupas islam diluar itu, rendah kebarangkalian yg dalam itu suci terjaga! Perbuatan dan penampilan zahir itu menggambar anda adalah seorang Islam atau tidak-solat anda, puasa anda, zakat anda, sedekah anda dan segala-gala yang berbentuk syiar; yang mengesahkan anda adalah seorang islam.

Sebagai contoh,seorang islam tidak boleh ada tatu, maka jika anda terjumpa orang bertatu, maka automatik anda berpendapat orang itu bukan islam. Perbuatan batin itu susah ditafsir. Iman itu barang dalam, ia sama sekali tidak dapat ditafsir dengan mata kasar.Mungkin anda melaksanakan semua suruhan-suruhan Allah seperti diatas, tp jika anda syirik dengan Allah, mana orang tahu!

Orang fasiq itu orang yg terkupas islamnya.
Orang syirik itu terkupas iman dan akidahnya.

Sebab itu syirik itu jauh lebih mudarat dari fasiq.Tapi kita kena ingat,kemuliaan anda hilang bila anda fasiq. Amat payah untuk ke syurga bila iman itu berdaki dan rosak sifatnya. Kita akan dicelup dalam api neraka untuk membersihkan daki-daki dosa sebelum kita dibenar menjengah kesyurga. Seakan bijih-bijih timah yg perlu dimasak dalam relau untuk mengasingkan timah asli dan daki-daki bijih.

Daki-daki itu sedikitpun tiada nilai.
Yang dicari orang bijih timah yg tulen itu.

Dosa-dosa itu juga tiada nilainya. Nilainya adalah sebagai tiket untuk anda dicelup dalam api neraka yang panas amat. Yang dicari adalah iman yg tulen.Tiket ke syurga! Sanggupkah anda ke neraka? Sama-sama muhasabah diri, semoga rahmat Allah bersama kita.Semoga Allah masih sudi merahmati kita walaupun bergunung dosa kita.


Wallahualam.

source : http://saadabiwaqqas.blogspot.com
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Januari 2015

Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.  



Para ulama’ berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggungjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

JIN
Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.

 Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.


IBLIS
Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.


SYAITAN
Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’. Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya. Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain. Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.

Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; ”Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
Menurut Ibn Qayyim maksud “jalan yang lurus” di dalam ayat di atas ialah Islam yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.

Ibn Qayyim menyatakan lagi: “Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya”.

Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia. Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya

[source]
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

17 Disember 2014

Lebah Dan Lalat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. hai ^^v


Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Bila baca je, korang mesti dapat tangkap kan? LEBAH = MUKMIN. LALAT = MUNAFIK. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah! tiada perbezaan antara kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya terdapat pada sifat-sifat; sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;


Pertama
Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Kedua
Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga
Lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat
Lebah mempunyai wala’ kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala’ kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima
Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam
Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam. - kredit
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 Oktober 2014

Sejarah Islam Disebalik 7 Hari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum 

Setiap hari pasti kita akan melalui semua keadaan, tidak kiralah kita suka atau tidak kerana kita akan tetap juga melaluinya dengan rasa rela atau tidak. Seperti yang semua tahu, ramai orang di luar sana yang tidak suka pada hari Isnin. why ? well, you know. You have to wake up early and running to your class or work place. and it's sunday for johorian, kedahian, kelantanese, and terengganuss. 'kedah'ian. ahaha i'm sorry i didn't sure what we've to call the residential for some 'negeri'. Takpe deh, hari-hari sukar pastinya akan berlalu juga. Yang penting, kita terus yakin dengan janji Allah yang pasti. Jadilah hidup kita ini ada erti untuk agama. Moga Allah mudahkan dan bimbing kehidupan kita insyaAllah.


Hebatnya Allah menjadikan semua hari-hari penuh bermakna. Nak tahu apa peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari-hari tersebut ? Let's review.


Hari Isnin

Peristiwa-peristiwa yang terjadi pada hari ini ialah...

1. Naiknya Nabi Idris a.s ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia Nabi Muhamad s.a.w
7. Bukti keEsaan Allah diturunkan..."Qul huwallahu ahad"


Hari Selasa

1. Wafatnya Nabi Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi zakaria wafat pada hari ini.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.


Hari Rabu

1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya (kat laut itu).
3. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.


Hari Khamis

1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (masa ini, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga...untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki kota mekah selepas perjanjian hudaibiyah.


Hari Jumaat

1. Pernikahan antara Adam dan hawa.
2. Pernikahan antara Yusof dan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Sabar'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.


Hari Sabtu

Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya...sebab.

1.Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2.Kaum Nabi Saleh mencabar nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang-orang yahudi mengkhianati dan menejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit..
6. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad di Darun Nadwah.
7. Kaum yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.


Hari Ahad

1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang-bintang yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.


Sebagai umat Islam yang taat kepada-Nya kita seharusnya rasa bersyukur sebab Allah menjadi seminggu itu ada tujuh hari kesemuanya. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas boleh menjadi ikhtibar kepada kita betapa Allah itu Maha Berkuasa terhadap setiap makhluk-Nya. Sama ada segala fakta ini benar-benar sahih atau tidak, wallahu'alam. yang baik kita jadikan sebagai iktibar insyaAllah.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

13 Oktober 2014

Berwuduk Sebagai Penawar

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  

*repentance* typing and eye error. err

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Beliau mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.
Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini beliau menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah beliau mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan. Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya prof Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Syukur Alhamdulillah, semoga akan bertambah kukuhnya Islam dengan bertambahnya umat Islam. InsyaAllah.


Hikmah Wudhu

Ulama Feqah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa.Anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa..

Dosa mengambil hak orang lain contohnya bermula dengan ? Tangan.., begitu juga kebanyakan pancaindera yang kebanyakannya terletak pada bahagian muka. Ada pancaindera dekat selain muka ke ? Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru dilihat mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dihidu hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari? Allah Allahh..sobss

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa malah para ulama' melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti tayammum dan mandi junub. Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, iaitu memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

28 September 2014

Sejukkan Dengan Wuduk

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Rasulullah SAW pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik.

Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan. Antaranya jika seseorang yang sedang marah itu dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik dia duduk.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Selain itu, mereka yang sedang marah juga boleh memadamkan kemarahannya dengan berwuduk. Dua perkara kelebihan wuduk, pertamanya membersihkan diri daripada kekotoran hati dan keduanya secara fizikal menyejukkan hati yang melahirkan ketenangan.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.” Mereka yang berjaya menahan amarahnya supaya tidak merebak akan mendapat ganjaran di sisi Allah di dalam syurga kelak, di mana mereka boleh memilih mana-mana bidadari yang mereka sukakan.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: “Barang sesiapa menahan amarahnya pada hal ia mampu untuk menumpahkannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan para pemimpin makhluk, lalu Allah memberinya kebebasan untuk memilih bidadari mana yang ia sukai.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Di samping mampu menahan sifat marah, seseorang itu juga perlu bersedia memaafkan pihak yang membuatkan mereka marah. Memaafkan kesalahan orang lain digalakkan bagi mengekalkan silaturahim dan keharmonian. Malah, sifat pemaaf meletakkan seseorang itu di tempat yang tinggi. InsyaAllah.

Kerana sifat yang tak boleh tahan marah ni kita dengar pelbagai kisah kejam bahkan sehingga hari ini di dada-dada akhbar dan kaca televisyen. Kadang-kadang tu semua berita tv, cerita benda yang sama. Rompak, rogol, bakar, bunuh, kelar, campak, cakar, sepak, gigit, dan yang seangkatan dengannya. Kenapa. Kenapaaaaa ! (teremo pulak.) Hanya kerana tak dapat tahan marah kekasih curang, bunuh ! santau ! Isteri lambat buat sarapan pun, seterika ! Eh seram pulak nak cerita banyak-banyak. Manusia ke bukan ? Standard israel betul. Doakanlah untuk diri kita, orang sekeliling dan semua umat Islam khususnya. Bukan apa, kesian. Kesian sungguh. Mereka perlukan bimbingan. Jadi jangan samakan kita yang ada bimbingan dengan mereka yang tiada bimbingan dan hati batu. Mudah-mudahan insyaAllah.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 September 2014

Beza Antara Istikharah, Mimpi dan Gerak Hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. :)



Kes 1
Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu, tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi


Kes 2
Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut. Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah


Kes 3
Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.





Masalah Istikharah



1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah
عن جابر بن عبد الله قال
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به

Maksudnya : Dari jabir Bin Abdullah ra katanya: Adalah nabi saw mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):


ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به
عن عائشة عن أبي بكر الصديق
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمرا قال اللهم خر لي واختر لي

Maksudnya : Dari Aisyah ra meriwayatkan dari Abu Bakr assiddiq bahawa nabi saw apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku.


عن جابر قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه

Maksudnya: Dari Jabir ra katanya Nabi SAW bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan).



2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:
Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana nabi Saw menyatakan dalam hadis:

Perkataan yang Nabi saw yang digunakan ialah ” هم” yang bermaksud hasrat, dan bukannya ” تردد” ( teragak-agak). Perkataan ” همّ” adalah tahap sebelum ” عزم”(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.


Kedua :
Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang ‘grand’, sedangkan dalam Islam, istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


 كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها
Maksudnya : adalah dia (Nabi saw) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara ( riwayat Tirmizi)


Ketiga :
Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi saw :

 فليركع ركعتين من غير الفريضة
Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.

Penggunaan perkataan “من غير الفريضة”( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar nabi SAW, maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah. :)


Keempat :
Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.

Sila perhatikan kepada firmanAllah SWT:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya
-Al-Baqarah : 216
Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya


Kelima :
Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah “nur” yang dilimpahkan oleh Allah SWT terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.



Moga Bermanfaat dan dapat memperkemas dan menambah faham fahaman kita. Bersangka baiklah terhadap Allah. Kalaupun suatu hari kita gagal setelah kita membuat pilihan, contohnya gagal dalam course pilihan kita, pasti itu juga pilihan Allah. Lebih baik gagal di dunia kann. Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Percayalah janji Allah. Nescaya akan tenang hati kita. InsyaAllah ameen.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Ogos 2014

Rata-Rata Setiap Umat Islam Nusantara Membuang Duit $50,000 Seorang Setiap Hari. Kenapa?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Hadis Fadilat Solat Berjemaah, Solat Duha Dan Menunggu Solat Setelah Solat


حدثنا ‏ ‏أبو توبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏الهيثم بن حميد ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى بن الحارث ‏ ‏عن ‏ ‏القاسم أبي عبد
الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏أبي أمامة ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من خرج من بيته متطهرا إلى صلاة مكتوبة
فأجره كأجر الحاج المحرم ومن خرج إلى ‏ ‏تسبيح ‏ ‏الضحى لا ‏ ‏ينصبه ‏ ‏إلا إياه فأجره
كأجر المعتمر وصلاة على أثر صلاة لا لغو بينهما ‏ ‏كتاب ‏ ‏في ‏ ‏عليين ‏

Telah Berkata Pada Kami Abu Taubah, Telah Berkata Kepada kami Al-Haytham bin Hamid dari Yahya bin Al-Harith dari al-Qasim Abu Abdul Rahman Dari Abu Umaamah,
Bahawa Rasulullah saw telah berkata : 'barangsiapa yang pergi keluar dari rumahnya dengan bersih untuk bersembahyang fardhu maka pahalanya adalah seperti pahala Haji Dan barangsiapa yang pergi keluar untuk solat Dhuha tiada niat lain melainkan itu sahaja maka pahalanya ialah seperti pahala umrah, Dan menunggu solat setelah solat yang tiada perbuatan sia-sia di antaranya adalah tertulis dalam kitab Illiyun.

Kata Ustaz penulis, umat Islam Nusantara sekarang amat boros, setiap mereka membuang $50,000 setiap hari. Kenapa?

Sebab mereka tidak tahu fadhilat solat berjemaah itu adalah seperti pahala haji. Jika sekali haji kita mesti membayar $10,000. Maka kalau 5 kali haji sehari semalam maka kita akan terpaksa membayar $50,000. Oleh itu bukankah boros namanya kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan pahala haji 5 kali sehari. Kalau setahun kita sudah dapat 365 x 5 = 1825 kali Haji.

Harganya ialah $18.25 Juta. Kalau 10 tahun = 18250 kali haji. Harganya ialah $182.5 Juta.
Bayangkan berapa banyakkah jumlah wang yang telah dibuang sia-sia kerana tidak mengambil kesempatan untuk mendapat pahala haji pada setiap kali solat fardhu.

Marilah sama-sama kita renungkannya.


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

29 Julai 2014

Golongan Yang Paling Suka Perkara Khurafat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v



“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman, sedang Sulaiman tidak menyihir, tetapi syaitan-syaitan itulah yang menyihir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat, Harut dan Marut di Babylon dan tidaklah mereka mengajarkan kepada seorang pun sehingga mereka berkata, “Kami ini hanya cobaan, kerana itu jangan kamu belajar sihir”. Lalu mereka belajar dari dua malaikat itu apa yang mereka dapat menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Padahal mereka tidak dapat membahayakan kepada seorang pun dengan sihir itu, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka belajar sesuatu yang membahayakan mereka, dan yang tidak berguna bagi mereka. Demi, mereka sungguh telah meyakini, bahawa siapa yang membelinya (sihir), maka baginya tidak ada bahagian sedikit pun di akhirat. Dan alangkah buruknya perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui, “(QS. Al-Baqarah: 102).



KHURAFAT ialah sesuatu yang dibuat-buat atau dongeng-dongeng yang tidak ada asas pembuktian kebenarannya. Termasuk di dalam pengertian khurafat ialah sihir. Sihir oleh orang-orang Yahudi dianggap sebagai ilmu yang diwariskan oleh Nabi Sulaiman kepada Ummat manusia.Hal ini disangkal oleh Allah dalam ayat di atas.Segolongan pendeta Yahudi dengan sikap pura-pura bodoh terhadap ajaran-ajaran Taurat dengan sengaja melemparkan Kitab suci Taurat, kemudian mereka mengikuti dan mengamalkan sihir yang diterimanya dari syaitan-syaitan pada zaman Sulaiman bin Daud.Bangsa Yahudi beranggapan bahawa Nabi Sulaimanlah orang pertama yang mempunyai koleksi buku-buku sihir, kemudian menanam buku-buku tersebut di bawah singgahsana kerajaannya.




Kemudian dari tempat inilah Bangsa Yahudi menukil dan menyebarkan ilmu sihir. Cerita semacam ini jelas merupakan kebohongan yang dengan sengaja dilontarkan oleh Bangsa Yahudi atas nama Nabi Sulaiman.Sihir adalah suatu usaha untuk menipu dan mengelabui mata manusia. Para ahli sejarah meriwayatkan bahawa ahli-ahli sihir Firaun menggunakan air raksa untuk merubah tali-tali, tongkat-tongkat bergerak laksana ular yang sedang berjalan sehingga mata orang awam terpedayakan dan memercayainya apa yang dilihatnya benar-benar ular.


Dari sinilah sebenarnya pangkal tolak sihir boleh memukau manusia. Sihir dengan bentuk dan kerjanya seperti ini boleh mempunyai pengaruh untuk menanamkan angan-angan pada diri manusia, sehingga yang bersangkutan dapat dikawal perasaan dan fikirannya.Bangsa Yahudi dengan keyakinannya yang sesat, bahawa Nabi Sulaiman sebagai guru sihir telah menjadikan sihir sebagai alat untuk melakukan ke rusakan di tengah masyarakat.

Mereka menggunakan sihir untuk menimbulkan pertengkaran dan perceraian antara suami isteri. Bahkan mereka mempunyai buku panduan untuk menimbulkan rasa kebencian antara suami isteri.Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa salah satu dari jenis sihir yang oleh orang Yahudi dipandang sebagai alat ampuh untuk mencipta malapetaka, sesungguhnya adalah anggapan yang tidak benar. Sebab seseorang memperoleh malapetaka hanyalah kerana kehendak Allah. Allah telah menetapkan undang-undang sebab akibat (prima causa) yang tidak dapat dilanggar ataupun dihapuskan oleh kemahuan manusia sendiri, sekalipun dengan cara-cara sihir.


Bangsa Yahudi dengan kepercayaan kepada sihir yang boleh dijadikan alat menimbulkan penderitaan dan kesusahan kepada manusia telah menjadi sasaran kebencian umat manusia. Sebab orang yang senang menimbulkan penderitaan orang lain sudah tentu dijauhi oleh masyarakat. Pengalaman kita menyaksikan bahawa orang-orang yang melakukan pekerjaan sihir mengalami hidup kefakiran dan kehinaan.Taurat telah melarang Bangsa Yahudi mempelajari sihir. Hukuman yang dijatuhkan kepada orang-orang yang mengikuti bisikan syaitan dan dukun sama dengan hukuman bagi penyembah berhala dan patung.


Perbuatan Bangsa Yahudi mengikuti ajaran-ajaran sihir menunjukkan bahawa mereka tidak beriman kepada Kitab Taurat. Kerana Taurat telah melarangnya. Begitu pula Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam sebagai Nabi yang telah dijanjikan dalam Kitab Taurat juga telah melarang sihir dan mengajak mengikuti tuntunan wahyu. Namun, Bangsa Yahudi bahkan mengingkari ajaran wahyu dan lebih patuh mengikuti para pendeta mereka yang mengajarkan khurafat dan sihir

Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Julai 2014

Apabila Puasa Dimusuhi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. Hai 

Habib Bourguiba


Memusuhi ibadat puasa, Memerangi bulan Ramadhan dan Meragui agama Islam. Itulah kesimpulan yang dapat kita rumuskan apabila memperkatakan tentang Presiden Tunisia yang pertama, Habib Bourguiba.


Pada tahun 1961, Presiden Tunisia yang sering disama tarafkan denggan Mustafa Kamal Ataturk ini telah mengemparkan dunia islam. Habib Bourguiba, telah mengeluarkan perintah melarang rakyatnya, terutamanya dalam kalangan kakitangan awam daripada berpuasa di bulan Ramadhan. Alasannya, berpuasa akan mengurangkan produktiviti negara.


Tidak cukup dengan itu, Habib Bourguiba telah muncul bersama anggota kabinetnya secara langsung di televisyen pada tengah hari Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai. Itu cerita lama, cerita tahun 1961 dan Habib Bourguiba telah pun meninggal dunia. Cuma ‘reinkarnasi’ Habib Bourguiba masih wujud dalam kalangan muslim mana-mana pelusuk bumi. Mereka ini tidaklah seteruk Habib Bougirba sebab mereka tidak pernah mengharamkan amalan berpuasa, cuma mereka meninggalkan puasa tanpa sebab yang diharuskan oleh syarak, atau dengan istilah mudah mereka ni ponteng puasa.


Lihat sekali lagi alasan Habib Bourgiba dan benarkah berpuasa mengurangkan produktiviti? Jika kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai kayu ukur, tentu sekali kenyataan Habib Bourgiba itu salah dan tersasar dan terbabas masuk gaung.


Malah, kalau kita rujuk sejarah awal islam, di dapati kenyataan Habib Bourgiba memang silaplah ! Sebab sejarah telah menjilidkan detik-detik gemilang yang diraih oleh umat islam di sepanjang bulan Ramadhan. Perang Badar yang dimenangi oleh umat islam berlaku di bulan Ramadhan. Kota Mekah dibebaskan juga di bulan Ramadhan. Ketibaan Islam di Andalus dan mengasaskan pemerintahan Islam dan begitu juga dengan Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar juga berlaku di bulan Ramadhan. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi pun berlaku di bulan Ramadhan. (fakta ni dipetik dari Ustaz Hasrizal Jamil ).



FREDERIC KANOUTE

Tak cukup dengan menyelongkar ‘kisah-kisah lama’ kita hidangkan pula realiti semasa. Perlu sekali dihidangkan agar ‘reinkarnasi’ Habib Bourguiba ini dapat ditundukan. Pasti ramai yang mengenali Frederic Kanoute, seorang bintang bola sepak. Setelah memeluk islam, beliau telah mencuba sedaya yang boleh dan sekudrat yang mampu untuk menterjemahkan islam di dalam hidup dan kehidupannya. Dia dikatakan tidak pernah meninggalkan puasa walaupun terpaksa menjalani latihan sepanjang Ramadhan. Ini yang ingin saya paparkan, iaitu puasa tidak sesekalipun mengurangkan produktiviti Kanoute. Malah dia dikatakan tetap lincah mengharungi perlawanan demi perlawanan dan menjaring gol demi gol walaupun berpuasa. Kanoute antara bukti terbaik, sesungguhnya ibadat puasa tidak sesekali mengurangkan produktiviti diri.


Untuk pengetahun sahabat, Kanoute juga pernah dikenakan denda sebanyak 3,000 euro (RM14,500) (!) oleh Persekutuan bola Sepak Sepanyol kerana beliau telah menunjukkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Paling hebat, beliau telah bertindak menyelamatkan sebuah masjid (sekali gus maruah agama islam). Masjid tersebut merupakan sebuah bangunan yang disewa oleh penduduk islam Seville. Pemilik bangunan tersebut ingin menjual bangunan itu setelah kontrak sewaan tamat. Ini bermakna umat islam di Seville tidak lagi mempunyai tempat untuk bersolat jemaah terutamanya solat jumaat dan hari raya. Dalam keadaan getir sebegini, Kanoute telah tampil dan membeli bangunan tersebut untuk kegunaan umat islam Seville. Bangunan itu dibeli dengan harga 510.860 euro (RM2.26 juta) dan yang paling mengharukan harga atau nilai tersebut hampir menyamai pendapatannya selama setahun. sobss. Ini memang terharu.


Berpuasa mengurangkan produktiviti ? Pandangan yang ternyata salah dan silap. Kenyataan yang tersasar dari orbit iman dan terbabas dari fakta sejarah.

Walaupun begitu, janganlah pula kita ‘membenarkan’ pandangan ini menerusi sikap dan perbuatan kita. Bukan apa, sebab di bulan yang diwajibkan berlapar dan berdahaga ini, kita wajibkan pula diri kita untuk malas dan culas. Amat malang jika rakan sekerja dengan kita itu terdiri daripada rakan-rakan bukan islam. Dan, lagi malang, jika majikan kita pula bukan islam. Mereka akan memandang ibadat puasa sebagai satu penyeksaan dan seterusnya mengurangkan produktiviti. Sama-samalah kita muhasabah diri, agar kita tidak menjadi duta yang menghakis dan mengikis imej islam, meskipun kita tidak menjadi ‘jelmaan semula’ Habib Bougirba.


P/s : Hanya orang yang tidak mengkaji dan cetek fikirannya akan menganggap puasa megurangkan produktiviti negara sedangkan para saintis, doktor dan tokoh-tokoh hebat tidak menafikan kebaikan berpuasa :)

Allahua'alam.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 Jun 2014

Peluk Islam Selepas Baca Kisah Nabi Isa

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 


Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain. Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu.

Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.

Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam. Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya.

“Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam,” katanya di sini hari ini.


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 April 2014

Tanda kematian

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum.

Izrail, salah satu nama malaikat yang diketahui umat Islam. Tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. Bagaimanakah Izrail mampu mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya, dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yang telah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.




TANDA-TANDA KEMATIAN SESEORANG

100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




APABILA IZRAIL MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Allah. Allah. Allah.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah”.

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain”.
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

“Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan”.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu”.

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir”.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

“Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah”.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah. Kemudian Allah berfirman yang bermaksud:

“Wahai malaikatKu, tulis Asma-Ku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu”.

Sebaik saja mendapat perintah Allah maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkanAsma Allah. Setelah melihat Asma Allah dan terbitnya rasa cintanya kepada Allah maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


TEMPAT INGGAL ROH.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat”:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat.

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya”:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


NOTA KAKI.
Yang lebih penting adalah kita persiapkan diri kita untuk manghadapi kematian. Allahu Akbar.
Wallahu'alam.
Alfun syukran. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Januari 2014

Tips menghilangkan sedu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. hai ^^v


Dah besar pun masih tersedu lagi. Ya. Saya masih asyik tersedu. Sedu ini adalah tindakan tidak terkawal dan datang tanpa diundang dan pergi tanpa disuruh. Begitulah secara asasnya.

Orang dewasa nie jarang sedu, selalunya bayi atau budak-budak kecil selalu sedu. Orang tua-tua kata tu tandanya nak cepat besar dalam erti kata lain, pertumbuhan berlaku. Betul atau tidak entah la. Aku sendiri sendiri belum jumpa fakta sains yang dapat mengesahkannya. Cuma sekiranya bayi anda sedu, orang tua2, suruh letakkan perca kertas atau keratan tisu yang dibasahkan dengan air kemudian letakkan di dahi bayi.




Ok, itu secara ringkas pengenalan mengenai sedu dan cara menghilangkan sedu bayi. Jadi bagaimana pula nak menghilangkan sedu orang dewasa? Sebelum dibongkarkan tips rahsia menghilangkan sedu nie, mari kita ketahui terlebih dahulu punca – punca kesedukan ini berlaku. (huhu, dekat-dekat dengan perkataan sudoku pula bila sebut perkataan kesedukan nie)



Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti berlakunya sedu ialah:

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Ketawa yang melampau (selalu nye ni la yang menjadi punca utama sedu), kurangkan ‘haha’ maka kuranglah ketawa.
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang
  • Rasa Teruja yang teramat
  • Merokok
  • Mengambil alkohol secara berlebihan

Punca-punca berlakunya aktiviti sedu sudah kita ketahui, maka tibalah masanya untuk dibongkarkan tips rahsia yang tak rahsialagi tentang bagaimana untuk menghilangkan sedu, tips ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak mumayyiz saja, jangan cuba pada bayi anda pula. Tips menghilangkan sedu yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:


1. Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring
-Ini adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.


2. Urut bahagian atas atau belakang langit – langit mulut
-Cara ini mungkin nampak agak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Hal ini kerana dengan mengurut di bahagian langit – langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton – tipped applicator.


3. Minum segelas air sejuk dengan segera
Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Sama sahaja dengan kaedah di atas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.


4. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit
Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi anda tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental pula.. (orang yang lelah secara tiba-tiba juga boleh guna teknik ini)


5. Bersendawa
Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.


Demikian 5 tips menghilangkan sendawa yang boleh pembaca sekalian praktikkan sekiranya berlaku. Ada kalanya, buruk juga rupa orang tengah sendawa, dan kadang-kala wajahnya lawok juga. Hehe.. Sekian.


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Januari 2014

Hilangkan sakit kepala dan beberapa sakit lain

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


AIR SERAI BERLIMAU

Pernah minum air serai? Sedap kan.. wangi bau serai, . Kalau tak pernah minum cer try sekali insyaallah nak lagi. Air serai ni bagus utk kesihatan diri kita sebenarnya. Air serai dikatakan dpt
membantu proses penghadaman,
melegakan sakit kepala,
kekejangan otot dan khasiat dlm serai ni boleh membunuh sel kanser dlm badan dgn meminumnya dgn kaedah yg betul Semua ni perlu diamalkan lah, bukannya dgn sekali minum jer boleh terus baik dr sakit2 yg kita alami tu.. Yg penting ikhtiar dan tawakkal kan.


Utk serai ni gabungkan serai dgn limau kasturi utk memberi rasa yg lebih sedap dan juga khasiat yg lebih bila kita minum. Air limau kasturi pun elok utk menjaga badan kan.. hehe buat dlm versi panas sbb kurang suka air berais. Kalau nak minum versi sejuk bolehlah letak ketulan ais. Tapi seeloknya minumlah minuman panas dr minuman sejuk berais, tak la lemak2 dr hidangan yg kita makan tu cepat membeku dlm saluran darah. Lagipun kalau nak diet jgn la minum air berais sgt. Sebolehnya jauhkan minuman berais.
Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU

Bahan: 1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg) 1 biji limau kasturi 1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis 250ml air panas mendidih
Cara: Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2. Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula. Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai. Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi. Kacau dan sedia utk diminum.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 November 2013

Teratai Terbesar Di Dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum et Bonjour !


Salah satu kebesaran Allah. Victoria Amazonica merupakan spesies teratai terbesar di dunia. Diameternya mencapai 3 meter manakala beratnya boleh sehingga 31 kg. Meh ucap subhanallah dari atas sampai bawah, dari sekarang sampai bila2 :)






























Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

9 November 2013

Penjelasan Hukum Fizik Mengapa Lelaki Diharamkan Memakai Emas

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 

Kenapa  mengapa emas haram dipakai oleh lelaki berdasarkan kepada sifat unsur-unsur sains mengikut pandangan Islam terhadap emas itu.

Zarah yang wujud dalam emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori-pori dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).

Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah Charles Bronson, Ralph Waldo Emerson, Ronald Reagan dan Sugar Ray Tobinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

Jawapannya adalah.....

"Wanita tidak menderita masalah ini kerana setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas. Itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas, ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dalam satu hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yang kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim)

wallahu'alam. :)

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 November 2013

Sejarah Pembinaan Kaabah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour 



Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s pergi ke Mekah untuk membina Baitullah (Kaabah). Beliau berkata kepada anaknya Nabi Ismail as :

"Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku satu perkara  "Lalu Nabi Ismail a.s berkata: "Lakukanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kamu" Nabi Ibrahim a.s bertanya: "Adakah kamu akan menolongku?” Nabi Ismail a.s menjawab: "Aku akan menolongmu" Lalu beliau berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di Mekah, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya."

Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya. Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu, di samping itu mereka berdoa sebagaimana firman Allah Yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami! Terimalah amal kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang yang berserah diri kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami umat yang berserah diri kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu dan mengajarkan mereka isi kandungan al-Quran serta hikmat kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka dari perbuatan syirik dan maksiat. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

Sehinggalah Allah SWT menyempurnakan pembinaan Baitullah (Kaabah) tersebut kepada mereka berdua. Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s membina Kaabah dengan keadaan :


  • Tinggi Kaabah sembilan hasta. 
  • Panjang dari paras bumi atau dari Hajarulaswad hingga ke penjuru sebelah Syam adalah sepanjang 32 hasta. 
  • Lebar Kaabah dari bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat adalah seluas 22 hasta. 
  • Panjang dari paras bumi bermula sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman adalah sepanjang 31 hasta. 
  • Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarulaswad adalah seluas 20 hasta. 
  • Nabi Ibrahim telah membina pintu Kaabah rapat ke bumi dan tidak ditinggikan atau dibuat pintu secara sempurna sehinggalah Tubba’ Al-Humairi telah membina sebuah pintu dan meninggikannya. 
  • Bentuk binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s adalah satu binaan sempurna yang mempunyai dua penjuru iaitu dua penjuru Yamani manakala bentuk Hijir pula, beliau tidak membinanya dalam bentuk berpenjuru bahkan dalam bentuk separuh bulat sebagaimana bentuk Hijir yang terdapat pada masa sekarang ini. Ada pendapat yang mengatakan umur Nabi Ibrahim ketika membina Kaabah tersebut ialah 100 tahun. 
sumber: ustaznoramin.com -amekaw.com


Well, great video, great info to share mashaAllahh :) do watch this yaww.





Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Oktober 2013

French repas (meal)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Since kami dh start masuk lecon berkaitan makanan di france. Pehh tetibe keinginan untuk makan sangat tinggi. Tarte keju, spaghetti, yogurt, pizza & macammacamlahh. So bermulalah hari ini di mana saya menjadi sangat rajin nak tahu apa rupa semua makanan yang kitorang study tu tapi tak dapat bayangkan bila lecturer french cerita. kekeke. Basically, makanan mereka ni ade je rotinya, and mereka banyak makan keju. pehh j'adore les fromagesss  Maaf tayang gambar makanan kat sini. Saya nak study ni pasal makanan  ni actually. Boleh tambah semangat nak ke sinuuu. :P poyoo je kan. Btw, semestinya saya letak makanan halal je kat sini. heehe porc2 insyaAllah xde k :P
LES FROMAGES. (cheese)

Fromage blanc au miel (White cheese with honey)
Frites Camembert fromages (Fried Camembert cheese)
comté fromage
Brie fromage
Fromage de chèvre (keju kambing)
D'AUTRES MENU (other menu)

Boulettes de boeuf à la tomate (Meatballs with tomato)
Raviolis à la bolognaise
Filet de poisson au citron (fish fillet with lemon)
Saute de mouton au paprika (sate daging paprika)
Pâtes (pasta)
pehh favourite saya ni. sedapnyaa ><


DESSERT
Mousse au chocolat
Crêpe au sucre (Sugar pancake)
Compote de pomme à la cannelle (Applesauce with cinnamon)
Terrine de volaille (Ayam terrine)
Tarte aux pommes (Apple Pie)

Gratin de courgettes (Timun bakar)
And well as we know, kebanyakan francais adalah vegetarian termasuk lecturer-lecturer saya :)
Nah ni diaa makanan vegetarian. Kadang-kadang saya yang totally bukan vegetarian ni rasa seram and 'memuji' bila lecturer saya beli makanan untuk luch contohnya. Dalam pinggan dia penuh dengan sayur je kot. Nasi adela sikit nyorok2 balik sayur --' ffuhh.
Pomme de terre au thon (Potato with Tuna)
 
Salade de tomates
Salade de lentilles (salad dengan kacang dal)
carottes râpées (lobak parut)
Salade Grecque
Banyak lagi hee. Takpelah stop dulu. Selamat menjamu selera 
oh besok balik hostel -.- sob2
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai