Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.
Perbicaraan di daerah sebelah timur Arab Saudi itu telah memutuskan Faisal bersalah membunuh Abdullah dalam sebuah pergaduhan. Sesuai syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal dihukum mati. Pelaksanaan hukuman mati dilakukan dengan cara dipancung kepalanya.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
sumber: billyinfo.blogspot.com
p/s : Indahnya memberi maaf. Tetapi memang hebat sangat pakcik ni kerana maaf yang diberi sangatlah besar iaitu atas satu pembunuhan orang yang sangat disayangi. Acane pulak kalau incident macam ni berlaku pada kita ? Agaknya awal-awal dah bagi penumbuk kat si pembunuh. Allahu'alam.
Bgus keluarga Abdullah, keluarga pemaaf..
BalasPadamSemoga Faisal al-Amiri hafaz quran krna Allah. bkn krna takut dipancung.☺
@Ahmad Amiruddin InsyaAllah :)
BalasPadam