-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

28 Jun 2013

Home » » Fiza Elite berhijrah

Fiza Elite berhijrah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 

Before terlambat nak beritahu korang, bahawasanya saya dah letak masterlinky dalam blog ni. Mudah untuk blogwalking insyaAllah . Tinggalkan link tau ^^ SINI
Walaupun mungkin semua orang dahpun tahu tentang ni, saya rasa seronok nak share and ambil pengajaran. Allah3 :)
Aktres yang juga ibu tunggal jelita, Fiza Halim, 32, mendapat hidayah Allah menerusi mimpi dan terus berazam mengubah cara hidupnya dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Pada 8 Jun lalu, produser Zeel Productions, Fadzil Teh beritahu Juwie yang Fiza sudah bertudung sekarang. Terus Juwie telefon Fiza. Katanya, sudah empat hari dia pakai hijab setiap kali keluar rumah dan berharap ia kekal selamanya.

Menurut Fiza, seorang mekap artis, Kak Oyah memberitahunya, solat tahajud dapat selesaikan masalah hidup. Bila Fiza mula melakukannya pada jam 3 pagi hingga ke solat Subuh, jiwanya berasa tenang dan terus jadi seronok melakukan setiap hari serta amalkan puasa sunat. Bahkan bila masuk saja solat fardu lima waktu, dia akan tunaikan segera tanpa melambatkan tanggungjawab itu seperti masa lalu.

Kini Fiza terasa semakin dekat pada Allah dengan banyak bezikir.
"Pada suatu malam saya bermimpi lelaki berjubah putih tersenyum pada saya."
"Kemudian dalam mimpi kedua, seorang wanita berjubah putih pula datang bertemu saya. Baunya harum semerbak," cerita Fiza.


Lepas itu timbul rasa hati nak pakai hijab dan bertaubat mengubah cara hidup.
"Betul-betul pada malam menyambut Israk Mikraj pada 27 Rejab (5 Jun lalu) saya pertama kali keluar rumah pakai hijab bawa dua orang anak saya pergi makan malam di The Curve.

"Saya berdoa, Ya Allah bukakanlah pintu hatiku ke jalan-Mu. Bimbinglah aku, aku tak nak hidup macam dulu lagi. Aku nak hidup jadi orang baru yang sebersih-bersihnya mendekati-Mu,"

kata Fiza yang tinggal di kawasan Damansara, Selangor.


Begitulah suratan hidup Fiza yang tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.
Insya-Allah, nanti Allah akan temukan jodoh terbaik buat Fiza pada masa akan datang. Sama-samalah kita doakan. Jika nak berlakon, Fiza mahukan watak berhijab. Insya-Allah akhir Jun ini Fiza akan ke Jogjakarta, Indonesia untuk rakaman siri program pelancongan atas cadangan Along Sweet Child dan isterinya - Bharian

Moga kita semua terus dalam hidayah Allah .Amiin :)

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 ulasan :

  1. alhamdulillah..dah terbuka hatinya pakai tudung..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah :)


    Anyway, di sini ada jual Al-Quran Pelangi : http://nadyabubble.blogspot.com/2013/07/rainbow-al-quran-al-quran-pelangi.html

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)