-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

25 Jun 2013

Home » » SYRIAcare

SYRIAcare

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. 

Perkembangan syria yang seterusnya. Pertamanya kita harus faham apa yang berlaku di syria. Boleh baca sini lagi >TEKAN. Then kita harus tahu bahawa apa yang berlaku di syria bukanlah satu pemberontakan seperti yang didakwa oleh beberapa media seperti surat khabar. Tak betul sama sekali ye. 
Apa yang berlaku adalah disebabkan pemimpin syria  sendiri yang merupakan puak syiah juga kejam terhadap rakyat syria yang majoritinya adalah 'sunni'. Sedara kite tu, takkan nak buat tak tahu je oii. Bedosa kita kalau kita sokong iran dan pemimpin syria membabi buta. AllahuRabbi. Sebelum teruskan membaca, saya nak bagitahu yang cerita bawah ni dikopi dan pasta dari pemilik akaun fb INI sampai yang ade 4 titik tu. Moga Allah merahmati dan melindungi beliau insyaAllah.



Berkesempatan menziarahi Prof. Dr.Ali As-Salus, Presiden Badan Syariah bagi Hak dan Kebebasan semalam.

Belum sempat lagi saya dan teman-teman berbual panjang, soalan pertama beliau kepada kami "Bagaimana keadaan Syiah di negara kamu?" Maka topik perbualan beberapa minit itu berputar penyebaran Syiah.

"Saya bimbang penyebaran Syiah di Malaysia, Indonesia.." kata Dr.Ali yang juga Pensyarah Usul Feqh Universiti Qatar.

"Tidak dapat tidak melawan Syiah bukan dengan "taqrib" tapi dengan "penentangan". "Taqrib" iaitu usaha untuk mendekatkan antara Sunni dan Syiah yang sebelum ini menjadi pendirian Syeikh Yusuf Qaradhawi tetapi menurut Dr.Ali, sekarang Syeikh Qaradhawi telah mengubah pendirian.

Syeikh yang berusia 80 tahun itu diberikan penghormatan menyampaikan ucapan alu-aluan di Muktamar Syria di Stadium Tertutup Kaherah dengan kehadiran Presiden Mursi berkata, "Syiah dan orang Iran, kalau mereka datang ke Mesir, kami akan sambut dengan kasut."

Beliau berkali-kali menafikan dalang pembunuhan umat Islam di Syria adalah agenda dari Yahudi. "Bukan Yahudi, yang bunuh Sunni di Syria ialah Syiah. Iran, Hizbullah, Nusairi..Kena ingat, Nusairi (Syiah yang dianuti oleh keluarga Basyar) adalah lebih bahaya dari Yahudi dan Nasrani."

Sebelum beredar, saya bertanya isi ucapan beliau di Muktamar Syria, Sabtu lalu yang disiarkan secara langsung oleh tv dan radio Mesir. "Ya, saya sebut bahawa saya syukur kepada Allah kerana Dia melanjutkan usia saya sempat melihat seorang pemerintah Islam yang ingin melaksanakan syariat Allah."

Pertubuhan ulamak yang diketuai oleh Dr.Ali ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam untuk turun ke dataran Raba'ah Adawiyah, 21 Jun dan menyeru rakyat Mesir untuk bersama-sama mempertahankan "syar'yyah" Mursi sebagai Presiden yang sah.
. . . .




Semalam umi saya add saya dalam satu group iaitu group 'beza syiah dan sunni' kat fb. Kira macam bahas untuk kita faham kenapa kita harus bela sunnah . Bila saya baca and belek-belek beberapa posting, oh Alhamdulillah baguslah banyak yang saya tak tahu kan. Tapi yang mengerutkan dahi saya yang tegang ni, seorang lelaki malaysianlah islam boleh pulak cakap dia tak sokong mana-mana antara sunni mahupun syiah. Dia kata, dia hanya ikut sunnah dan Quran. Banyak jugaklah komen dia and komen orang lain yang boleh saya katakan sebagai perbalahan . Sebabnya berbeza pendapat cuma pada saya lelaki tu kena lebih banyak belajar dan faham . Bila orang nak bagitahu, janganlah kita sombong, seolah-olah kita tahu semua dahh.

Bukannya kita ni nak berlaga-laga antara umat islam, tetapi kalau kita betul-betul faham apa yang berlaku, kita akan akui bahawasanya syiah bukanlah sebahagian dari islam. Maafkan saya, saya menulis dan bercakap kerana saya dah tahu. Kalau tak, saya tak berani oii.

Pegangan kita adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Kita ikut nabi, dan menghormati serta mencontohi para sahabat dan salafussoleh. Syiah juga percaya Allah dan Rasul tapi membantah dan menghina habis-habisan Saidina Abu bakar, Umar, Uthman, dan Saidatina Asiyah RA ? Syiah sajakah yang sayangkan Saidina Ali Karamallahuwajhah sehingga menghalalkan mereka menzalimi fahaman lain khususnya sunni ? eh bukan itu je yang syiah buat, bahkan lebih sampai terlalu melampau ! Boleh klik floating button 'Revolusi syria' kat belah kiri blog saya yang terapung tu. 

Allahu'alam. kita kena tahu orang islam malaysia pun ade je yang syiah. Nanti saya cerita pulak camne kita nak tahu seseorang itu adlah syiah. Ok saya nak sambung baca perbezaan antara Hamas dan Hizbullah. Kalau ada masa dan kesempatan saya nak share pulak berkaitan hamas dan hizbullah ni. Moga Allah bimbing dan beri kefahaman yang benar untuk kita semua. Amiin.


Barakallah.. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)