-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

22 Jun 2013

Home » , » Harta Qarun sekarang milik siapa ?

Harta Qarun sekarang milik siapa ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Hai  


HARTA QARUN SEKARANG MILIK SIAPA ?

Maka kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Surah al-Qasas : 81


Harta Qarun dah terbenam dan mencair ke dalam perut bumi dan agaknya dah bertukar pun menjadi aliran minyak yang dijaluran disekitar negara-negara yang berjiran dengan Mesir, khususnya di Timur Tengah. Hari ini orang yang kaya didunia termasuk raja-raja dan kaum kerabat pemerintah negara umat Islam adalah terdiri mereka yang memiliki telaga minyak yang dikorek dari dasar perut bumi. Tokey-tokey minyak nilah sebenarnya yang telah mewarisi harta Qarun tersebut. Mereka menjadi raja yang kaya raya dan kembali meleburkan kekayaan mereka menjadi emas dan perak. Cuba lihat senarai raja yang paling kaya. Bukankah kebanyakannya orang Islam? *yang bold tu adalah raja Islam* Bangga apabila semakin ramai orang Islam yang kaya. Tetapi dari segi ape je yang kita harus bangga ? untuk tak membebankan neuron-neuron dalam otak ni, meh kita teruskan membaca. AllahuRabbi.


SENARAI RAJA TERKAYA DI DUNIA

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand Harta: RM96 bilion
2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei : RM64 bilion
3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi : RM58 bilion
4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) : RM48 bilion
5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai : RM14 billion
6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein : RM11.2 bilion
7. Raja Mohammed IV, Maghribi : RM8 bilion
8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar : RM8 bilion
9. Putera Albert II, Monaco : RM3.2 bilion10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan : RM2.6 bilion


Sebahagian besar 'terlebih harta' kerana petroleum. Mereka dari negara umat Islam tetapi banyak negara Islam yang masih lagi ketinggalan dan miskin, kadar celik huruf dan pendidikan yang rendah. Kebanyakan harta mereka dicairkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah. Betapa kuatnya ekonomi umat Islam jika ia digabung dan menyelamatkan ekonomi negara umat Islam tetapi apa sebenarnya minat mereka? Kemana harta ini dibelanjakan? So jom kita lihat dua contoh:-


Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan

Warga negara UAE yang dua tahun lalu membeli kelab sepak bola Liga Primer Inggris, Manchester City sebanyak £210 juta (RM1.1 bilion) untuk membeli 90 peratus saham bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.

Mansour mempunyai kekayaan peribadi berjumlah £15 bilion (RM78b) mengatasi Abramovich (pemilik Manchester City) yang memiliki kekayaan £7b (RM36.4b). Salah seorang daripada 19 anak Sheikh Zayed bin Sultan al Nahyan yang juga kaum kerabat diraja Abu Dhabi, di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Dia juga ahli kabinet Abu Dhabi selain menjadi pengerusi kepada First Gulf Bank dan International Petroleum Investment Company. Beliau membeli share Ferrari berharga £19j dan memiliki pencakar langit di New York yang terkenal iaitu Chrysler Building bernilai USD800j. Dia dan kaum keluarganya dianggarkan mempunyai kekayaan AS$1 trilion (RM3.5 trilion) yang banyak digunakan untuk membeli aset asing .



Beliau membeli lagi share Manchester City melengkapkan 100%. Kini beliau berberbelanja besar dengan pembelian beberapa pemain yang melebihi nilai sebenar seperti membayar £135million untuk menukar untuk Cristiano Ronaldo dari Manchester United , Yaya Toure ke City yang berharga £28 juta pound (RM 138.5 juta) dan Angel de Maria 40 juta Euro(RM 165.8 juta) Kolarov menyertai City bulan lalu dengan harga £16 juta. Sebanyak £33million untuk Real Madrid's Brazilian superstar, Robinho sebagai sebahagian daripada perbelanjaan mewah Sheikh Mansour, pemilik kelab terkaya di Liga Perdana, membelanjakan lebih daripada £100 juta demi menjadikan kelab tersebut sebagai kelab terkaya. *nak baca kisah harta je dah jenuh. hebat tak hebat kan.

Perbelanjaan ni je insyAllah cukup untuk membangunkan sebuah Negara Palestine . AllahuRabbi.

Sultan Hasanal Bolkiah

Seorang Raja Melayu , pemerintah beraja negara terkaya di dunia, Brunei Darul Salam. Sejak dilahirkan lagi, baginda sudah makan dan minum menggunakan garfu dan sudu emas seta memakai pakaian yang di saluti emas tulen. tulen ye. Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi di saluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya. *110 !  Di istana ini terdapat 650 suites dan setiap satunya bernilai tidak kurang 150,000 ribu euro. dahsyat tak dahsyat .

Beliau memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapalterbang yang berlapis emas. Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas, closet emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , bilik air dari emas.

Ffuuh agak penat bila sebut berkaitan harta orang kaya kampung pisang ni. wah sesedap mulut je yek. Astaghfirullah. Lihatlah koleksi ini:-



jamban pun hentam emas gak. Bergaya sugguh.


Allah . Allah. Allah. Tatkala ramai umat Islam di belahan dunia ini contohnya di Kenya, Bangladesh, Afrika dan lain-lainnya bertarung dengan kemiskinan dan kebuluran, di kala itu jugalah kita melihat para pemimpin umat Islam hidup dengan penuh kekayaan dan kemewahan. Kisah di atas hanya berkisar dengan kekayaan antara 57 para pemimpin Islam. Jika kita himpunkan kekayaan milik seluruh para pemimpin umat Islam yang ada hari ini kita yakin ianya cukup untuk menyelesaikan masalah kefakiran dan kemiskinan yang berlaku di dunia umat Islam itu sendiri. Inilah akibatnya apabila sistem ekonomi Islam dibakul sampahkan dan sebaliknya yang digunapakai adalah sistem ekonomi Kapitalisme.

Kekayaan di dunia umat Islam itu khususnya dan dunia umumnya hanya berlegar di sekitar golongan tertentu semata-mata sedangkan Allah SWT berfirman:

“(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”. Surah Al-Hasyr (59) : 7

Qarun yang asalnya sebagai penolong Musa a.s dan pencatat Taurat akhirnya tertipu dengan emas dan perak serta kemewahan dunia akhirnya bersekongkol bersama Haman dan Firaun menentang nabi Musa a.s. Kalaulah harta bendanya digunakan untuk membantu Islam !


إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِنْ قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ

Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa (Bani Israel, sepupu Musa) maka ia berlaku aniaya terhadap mereka dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya Berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri". Surah al-Qasas: 76


فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ . وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: "Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; Sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar". Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: "Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang sabar". Surah al-Qasas : 79-80


Ibn Qudamah (al-Mughni): Haram bejana emas/perak kerana berlebihan (mubazzir) dan kesombongan.


NOTA KAKI.
Sampai bila kitaran kekayaan ini berlegar dikalangan golongan tertentu sahaja khususnya pemimpin-pemimpin di nagara umat Islam sedangkan rakyat dan umat Islam masih lagi melarat. Jadi patutke senanya kita sekadar berbangga bahawa orang kaya adalah orang Islam. Apakah yang sepatutnya menurut ajaran Rasulullah Saw. Siapakah yang sanggup mendakwahi mereka ?

P/s : Sultan brunei memang pemurah bagi rumah dan mcm2 kat rakyat dia. Ada org kata kalau kawin dapat rumah. Saya tak pastilah. Kereta vios macam kancil je kat sana. Susah nak dapat kerakyatan brunei ni tau sedangkan warga asing datang malaysia senang dapat penduduk tetap. Kalau brunei memang sorry lerrr. Brunei juga menjalankan undang2 syariah/hudud. Kalau nak cite dan comparekan dengan sultan kat malaysia kang kena tangkap pule. kuhkuh. Btw bagi sayalah, bagus ape raja islam kaya, cumanya. cumanya ye, tak payahlah sampai semuanya nak emas, kalau yang emas-emas tu bukan emas, harta-harta sememangnya sangatlah patut untuk diberikan sebagai bantuan kepada negara lain khususnya islam cam Palestin, syria n lain-lain. Maaf jika saya silap kata dan bahasa. Allahu'alam.


Syukran. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. sampai senjata AK-47 pun diperbuat daripada emas :-O

    tapi memang brunei syok sangat, banyak dengar yang kebajikan rakyat sana dijaga.

    BalasPadam
  2. @Firdaus haah..pemimpin kaya, ngr kecik, tak logik boleh ade rkyt yg hidup melarat.

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)