-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

14 Jun 2013

Home » , » Kegembiraan hari jumaat

Kegembiraan hari jumaat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v
Alhamdulillah. SELAMAT HARI RAYA SEMUA ! hihi hari ni hari jumaat hari raya dan kegembiraan untuk muslimin tau. Hari ni hari jumaaat yang dimuliakan penghulu segala hari. Macam yang kita selalu perhatikan atau yang kita memang dah biasakan, kebanyakan dari kita menjadikan Surah Yassin sebagai amalan bacaan pada malam hari Jumaat. Tapi kita juga tahu bahawa bukan surah Yassin je yang dituntut untuk kita baca malam Jumaat kan .

Surah Al-Kahfi adalah surah Al-Makkiyah yang memiliki 110 ayat, begitu banyak hadits-hadits yang telah menceritakan kelebihan surah ini, sebahagian hadits yang datang dari Rasulullah SAW adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari didalam kitab Shahihnya :


قال البخاري : حدثنا عمرو بن خالد : حدثنا زهير : حدثنا أبو إسحاق،عن البراء قال : كان رجل يقرأ الكهف وإلى جانبه حصان مربوط بشطنين، فتغشته سحابة فجعلت تدنو وتدنو، وجعل فرسه ينفر، فلما أصبح أتى النبي صلى الله عليه وسلم قذكر ذلك له، فقال : تلك السكينة تنزلت بالقرآن. صحيح البخاري كتاب فضائل القرآن، باب فضل الكهف، ص : 898 ، ط : دار السلام للنشر والتوزيع، الرياض
Ertinya : Seorang lelaki sedang membaca Surah Al-Kahfi, di sisinya seekor kuda yang terikat dengan dua tali, maka awanpun datang menyelubungi, mendekat dan menghampiri, sehingga kuda lari terkejut, manakala dipagi hari beliau mendatangi Nabi SAW, dan menceritakan kejadian tersebut, maka bersabda Nabi : Itu adalah ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Qur`an, ( H.R Bukhari, kitab Fadha`il Al-Qur`an, bab Fadhli Al-Kahfi, halaman : 898 .)
قال البيهقي : أخبرنا محمد بن عبد الله الحاقظ، أنبأنا أبو بكر محمد بن المؤمل، ثنا الفضل بن محمد الشعراني، ثنا نعيم بن حماد، ثنا هشيم أنبأنا أبو هاشم عن أبي مجلز، عن قيس بن عباد، عن أبي سعيد الخدري ، أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاءله من النور ما بين الجمعتين. رواه البيهقي في السنن الكبرى في كتاب الجمعة، باب ماسؤمر به في ليلة الجمعة ويومها من كثرة الصلاة على رسول الله وقراءة سورة الكهف وغيرها ؟، مجلد 4، ص : 530 ط : دار الفكر
Ertinya : Rasulullah bersabda: Barang siapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, Mkan Allah akan meneranginya dengan cahaya dari jum`at yang dia baca kepada jum`at yang brikutnya. ( H.R Baihaqi)
قال الحاكم : عن أبي بكر بن المؤمل: حدثنا الفضل بن محمد الشعراني، حدثنا نعيم بن حماد، حدثنا هشيم،حدثنا أبو هاشم، عن أبي مجلز عن قيس بن عباد ، عن أبي سعيد، عن النبي صلى الله عليه وسلم، أنه قال : من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة، أضاء له من النور ما بينه وبين الجمعتين، ثم قال : هذا الحديث صحيح الإسناد، ولم يخرجاه
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantara dua kali jum`at. (H.R Hakim didalam Mustadrak)
قال السيوطي في الجامع الصغير : عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من قرأ سورة الكهف يوم الحمعة أضاءله النور ما بينه وبين البيت العتيق ( هب ) عن أبي سعيد، ورمزه بالحسن
Ertinya : Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum`at, maka Allah akan meneranginya dengan cahaya diantaranya dan Bait `Atiq.

Ini sebahagian hadits yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi. Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah rasulullah ini.

Walaupun memang agak panjang surah ni berbanding, kalau kita baru nak cuba-cuba amalkan, memang terbelit-belitlah lidah + rasa macam panjang sangat. Takpelah tu masalah biasa. Bila kita selalu amalkan nanti kita akan rasa biasa macam baca surah Yassin. Kacang rebus jelah. :face12:

Kalau rasa macam tak cukup masa, takpun tengah baca-baca surah kahfi tetibe rasa ngantuk sampai dah tersengguk-sengguk, boleh baca sikit-sikit. Contoh malam lepas maghrib tu bacalah dalam 50 ayat. Besok lepas subuh or zuhur ke, habiskan lagi 60 ayat :) Kita anggap macam satu kebiasaan baru tak rasa terbeban belum Ramadan lagi kan, nak khatamkan 30 juzuk sebulan :1:

 Before tamat tu meh dengar dikir zikir kahfi ni ^^



Kita dahla pahala ciput jek. Janganlah kita sombong nak baca satu surah je pun. 
p/s : Nanti Jumaat minggu depan saya cerita banyak lagi kelebihan membaca surah Al-kahfi ^^
Syukran jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)