-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

18 Jun 2013

Home » , , » Gadis UK Memeluk Islam Kerana Hari Hijab Sedunia. SUBHANALLAH !

Gadis UK Memeluk Islam Kerana Hari Hijab Sedunia. SUBHANALLAH !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum and hai.
cute tak ? hee subhanallah

LONDON – Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia pada setiap 1hb Februari telah menarik minat seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam. 

Jessica Rhodes (21) yang telah mendapat petunjuk dan HIDAYAH Allah mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa dia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

“Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan,” katanya. 

“Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong,” tambahnya. 

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu. 

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan. 



Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini. 

“Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang saya cari-cari selama ini,” katanya. 


Ketika memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya. 

“Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Tetapi ipar-ipar saya menyokong menyokong “kata Rhodes. 

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba membanntah sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, situasi yang hampir semua muallaf mengalaminya. 

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan. 

Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden. 

Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam. Subhanallah. 


NOTA KAKI. 
Selain acara yang cukup bermakna macam hari hijab ni, banyak lagi cara untuk cara untuk kita bahawa kenalan-kenalan yang bukan islam untuk mendekati Islam. Dan satu advantage yang besar untuk mereka yang study mahupun pergi melancong ke luar negara. Gunakan masa kita ketika di sana dengan bijak. Dalam Malaysia sendiri jangan cakaplah . Boleh sangat nak ajak non-muslim kepada ISLAM. Bukankah kita ni satu Malaysia ? ada banyak kaum ^^ haa tudia. 


Source: BBC News. amekaw.com

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)