-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

28 Disember 2014

Remaja super remaja subuh !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Kebanyakan daripada kita termasuklah saya sendiri amat menghargai waktu subuh. Menghargai yang bagaimana tu haa ? Yeahh. err Kalau dapat, seboleh-bolehnya nak tidur gak lepas subuh walaupun sekejap. Saya tidak menafikannya. Namun bagi saya sendiri seorang pelajar, saya hanya menghadapi masalah rajin nak tidur lepas subuh ni bila kat rumah sahaja. Sobss [lap air mata]. Kat asrama tak pulak tu. Alhamdulillah. But, suka tak suka, sudah jelas tidur lepas subuh ni memang tak elok. Terpulang pada diri kita sahaja nak ubah gaya tidur kita, ataupun tidak.


Tabiat pemalas yang perlu diubah
  1. Bagun subuh lewat
  2. Melewatkan subuh
  3. Ala kadar je bangun subuh
  4. Tidur selepas subuh
  5. Tak bangun pun solat subuh. That's worst. Please don't.
"baru pukul 6 la der. setengah jam lagi kejut aku k ..Zzz"

Ketika Nabi Muhammad SAW melewati anaknya, Saidatina Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu subuh, maka baginda bersabda :
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." {Diriwayatkan al-Baihaqi}

Kita juga mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga sering mendoakan ummatnya, :"Ya Allah, berkatilah ummatku di waktu pagi"

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."


Dalam diri manusia terdapat sejenis hormon yang begitu tinggi sekali di waktu pagi dan nilainya menurun di waktu akhir hari. Hormon itu dinamakan hormon kortisol. Hormon ini membantu badan manusia mengalami keadaan stress, mengawal tekanan darah dan membantu imunisasi badan manusia.

Berdasarkan graph, kita dapat lihat bahawa hormon ini paling banyak terembes pada waktu subuh lebih kurang 6 a.m sehingga 12 p.m. Pada waktu inilah respon badan kita terhadap perkara yang stress akan amat efisien sekali. Di sinilah barangkali terletaknya hikmah barakah pada pagi hari di mana tahap keaktifan badan kita terletak pada waktu paginya. Bagi geng-geng yang masih belajar, masa belajar yang paling efektif adalah selepas subuh. Masa n ilah waktu optima untuk mendapatkan idea dan memiliki tenaga yang yang banyak. InsyaAllah.

Dan orang yang berjaya tidak melakukan aktiviti siangnya pada waktu malam dan sebaliknya. Malah mereka bekerja secara paling produktif pada waktu siang. Disebabkan itulah Rasulullah SAW sering menghantar para sahabatnya berperang selepas waktu subuh.

selingan.
50 kali baca, 50 kali sentap.


Dari Skakhr al-Ghamidi,"Kebiasaan Nabi SAW jika mengirim pasukan perang adalah pada waktu pagi."
Skakhr al-Ghamidi adalah seorang pedagang yang kaya serta mempunyai harta yang banyak. Beliau berkebiasaan menghantar ekspidisi dagang adalah bertolak pada waktu pagi. 

"Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas waktu subuh, kerana waktu itu ialah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang yang berakal."
{Imam as-Safarani}

Para salafussoleh telah menunjukkan teladan betapa pentingnya memanfaatkan keberkahan pada waktu tersebut untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang besar sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).

So guys...........masa untuk berubah !


Tips elak tidur selepas subuh
  • Tidur awal. Even tak dapat tidur awal pun, tidurlah dengan kadar secukupnya. Kenalah pandai-pandai atur masa :)
  • Elakkan minum minuman yang berkafein sebelum tidur. Minuman berkafein sangat popular terutama di kalangan para pelajar yang nak stay-up as well as kopi dan nescafe. Macam saya. Peaceee (!)
  • Tidak melakukan kerja fizikal yang terlalu berat pada sebelah siang hingga meletihkan tubuh badan.
  • Amalkan bersenam di awal pagi selepas subuh untuk menjaga stamina diri. Hm. Macam sentap je.
  • Membaca Al-Quran/Ma'thurat sehingga terbitnya matahari. Then, bolehlah proceed ke solat sunat isyrak pulak kan :) 

ya Allah, suburkanlah iman dalam keluarga kami. Ameeen.
Kita mampu mengubahnya.

Semua gambar kredit kepada syeikh google dan tuan punya gambar. Barakallahufihum.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Disember 2014

Nabi Idris A.S ; Melawat Syurga dan Neraka

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Mari mulakan dengan selawat dan salam ke atas nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Macam biasa, kebanyakan sirah-sirah yang saya nukilakan di blog kesayangan saya ni, adalah melalui pembacaan buku-buku saya. Alhamdulillah ^^v


Nama asal : Ukhnuj cucu Nabi Adam a.s. Nabi Adam a.s masih hidup apabila Nabi Idris a.s dilantik Allah SWT menjadi Rasul. Umur Nabi Adam a.s 930 tahun. Nabi Idris adalah orang yang pertama yang menulis menggunakan pena dan orang yang pertama memakai pakaian daripada kulit.
Asal : Negeri Babylon, kini Iraq. 
Kaum : Qabil. Qabil adalah anak kepada Nabi Adam yang telah membunuh adiknya Habil kerana ingin berkahwin dengan Iqlima. Kaum Qabil menyembah berhala.


Allah menurunkan 30 lembaran suhuf kepada Nabi Idris a.s sebagai panduan untuk memimpin kaum baginda. nabi Idris lebih suka berada di tempat-tempat sunyi, mengasingkan diri dari perbuatan kejahatan manusia seperti menyembah berhala. baginda membaca kitab atau suhuf yang diwarisinya daripada datuknya Nabi Syith a.s bin Adam. Oleh sebab suka membaca suhuf, nama baginda ditukar kepada 'Idris' yang bermaksud 'orang yang selalu membaca suhuf'. Nabi Idris a.s menyeru kaum Qabil supaya menyembah Allah s.w.t dan mengajak mereka merantau tetapi mereka enggan. Kaum Qabil enggan mengikut ajaran Nabi Idris a.s kerana mereka tidak yakin akan perpindahan itu. Nabi Idris a.s mengatakan berhijrah kerana Allah s.w.t akan mendapat rezeki. 

Kesolehan Nabi Idris a.s diketahui Malaikat Izrael atau Malaikat Maut. Pada suatu hari, Malaikat Izrael memohon kepada Allah s.w.t untuk melawat baginda nabi yang soleh. Malaikat Maut menyerupai dirinya seorang pemuda lalu mengunjungi Nabi Idris a.s yang ketika itu, sedang berpuasa. Malaikat Maut datang dengan membawa makanan dari syurga untuk Nabi Idris a.s. Nabi Idris a.s bersyukur kerana dapat menikmati makanan itu untuk berbuka puasa. Kemudian, Nabi Idris a.s berkata kepada pemuda itu, "Wahai saudara, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama."Pemuda menolak pelawaan itu dengan lembut. 

Selepas berbuka puasa, Nabi Idris a.s meneruskan ibadat bersama pemuda itu sehingga matahari terbit.
Nabi Idris a.s berasa hairan melihat sikap pemuda itu yang terus beribadat tanpa makan dan minum. Pemuda itu berkata, "Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama ? Kita lihat keindahan persekitaran." Nabi Idris a.s manjawab. "Baiklah. itu satu cadangan yang baik". Mereka pun pergi melihat keindahan persekitaran. "Allah Maha Besar, Allah Maha Pencipta" Kata Nabi Idris a.s. Pemuda dan Nabi Idris sampai ke sebuah kebun anggur. Pemuda berkata kepada Nabi Idris, "Wahai Idris a.s, adakah tuan mengizinkan aku untuk mengambil buah anggur untuk aku makan ?" Nabi Idris a.s menjawab, "Subhanallah, mengapa malam tadi kamu tidak mahu makan makanan yang halal, sekarang kamu mahu makan makanan yang haram ?" Pemuda berasa kagum dengan sikap Nabi Idris a.s ang soleh. 

Pemuda dan Nabi Idris a.s meneruskan perjalanan, Mereka menemui padang rumput yang penuh dengan kambing. "Bolehkah kita sembelih kambing ini ?"tanya pemuda itu. Nabi Idris a.s menjawab; "Ini kambing kepunyaan orang, aku tidak mahu berdosa". Baginda sentiasa menjaga akan dan minum kerana tubuh badan yang membesar daripada makanan haram akan dibakar api neraka. Pemuda dan Nabi Idris a.s meneruskan perjalanan mereka yang telah menjangkau 4 hari. Selama bersahabat dengan pemuda itu, Nabi Idris a.s melihat beberapa keanehan temannya itu yang berbeza daripada sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris bertanya; "Siapakah kamu sebenarnya ?" Pemuda yang kacak itu menjawab," Aku Malaikat Maut, aku mencabut nyawa manusia." Nabi Idris a.s terkejut. Kemudian baginda bertanya lagi, "Apakah kamu akan mencabuy nyawa setiap orang ?"

Malaikat Maut menjawab,"Ya, bagaimanapun, aku tidak mencabut nyawa orang sesuka hati. Aku hanya menurut perintah Allah s.w.t." Nabi Idris a.s bertanya lagi, "Selama empat hari kamu bersamaku, apakah kamu juga mencabut nyawa orang?" Malaikat maut menjawab."Ya, aku mecabut beberapa nyawa. Sesungguhnya jiwa makhluk itu bagiku sama seperti hidangan di depanku atau seperti kamu menghadap sesuap makanan. Itu sudah menjadi tugasku yang diberi oleh Allah s.w.t." Nabi Idris a.s bertanya lagi," Wahai Malaikat Maut, apakah tuan datang ke sini sekadar berkunjung atau hendak mencabut nyawa aku?" Malaikat Maut menjawab," Aku datang hanya untuk berkunjung dangan izin Allah s.w.t kerana kasih kepada kamu. Allah memerintahkan untuk aku melihat kehidupan kamu yang soleh. Jika aku dapat perintah dariapada Allah, barulah aku mencabut nyawamu. janganlah bimbang. Semunaya bergantung kepada perintah yAllah s.w.t yang maha mengetahui."


INGIN MERASAI MATI

Tiba-tiba Nabi Idris a.s berasa ingin merasai kematian. Tidak pernah ada manusia yang menceritakan
tenatng kematian. Nabi Idris a.s berfikir panjang tentang kematian. Nabi Idris a.s berkata kepada Malaikat maut, "Wahai Malaikat Maut, aku ada satu permintaan daripadamu. Kamu mencabut nyawaku. Aku ingin marasa kematian. Dengan itu aku dapat beribadat kepada Allah s.w.t. Bagaimanapun, Allah s.w.t hendaklah menhidupkan aku kembali." Malaikat Maut berkata," Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali dengan izin Allah swt. "."Bermohonlah kepada Allah swt" Kata Nabi Idris a.s. Allah memperkenan permintaan Malaikat Maut kerana Nabi Idris a.s orang yang soleh. Kemudian, Allah swt menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut suapaya mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Malaikat Maut menurut perintah Allah. Pada masa itu juga, Nabi Idris a.s wafat.

Malaikat Maut menangis melihat Nabi Idris a.s wafat. Malaikat Maut memohon kepada Allah swt supaya menghidupkan Nabi Idris a.s semula lalu Allah memakbulkan permintaan itu dan menghidupkan Nabi Idris a.s kembali."Aku bersyukur atas pertolongan tuan" Kata Nabi Idris a.s. Kemudian Malaikat Maut bertanya,"Wahai saudaraku, bagaimana rasanya maut yang kau hadapi?" Nabi Idris a.s manjawab, "Aku berasa sangat sakit. Rasanya seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup. Rasa sakit menghadapi mut itu lebih daripada 1000 kali ganda sakit biasa" Malaikat Maut berkata,"Aku mencabut nyawa kamu secara berhati-hati dan lembut Cara ini belum pernah aku lakukan terhdap orang lain. Bagaimana keadaannya jika aku buat dengan kasar. Pasti lebih sakit"



INGIN MELIHAT NERAKA

"Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai satu permintaan lagi kepada tuan"."Apakah permintaan itu?" tanya Malaikat Maut. "Aku mahu naik ke langit." jawab Nabi Idris a.s. "Aku mahu lihat kebesaran Allah swt. Alam semesta ciptaan Allah swt." Malaikat MAut bersetuju dengan cadangan itu. Malaikat Maut membawaNabi Idris a.s ke langit. Nabi Idris a.s berasa sangat gembira. "Aku ada permintaan lagi," kata Nabi Idris a.s untuk memuaskan rasa ingin tahu baginda. "Permintaan apa?" tanya Malaikat maut. "Aku ingin melihat neraka. Aku dapat beribadat kepada Allah swt setelah melihat betapa dahsyatnya keadaan neraka itu."jawab Nabi Idris a.s. Malaikat Maut menjawab,"Wahai Idris a.s, aku tidak dapat pergi ke neraka tanpa izin daripada Allah swt.". "Bermohonlah kepada Allah swt" Kata Nabi Idris a.s. Akhirnya Allah memerintahkan malaikat Maut agar membawa Nabi Idris a.s ke neraka. Nabi Idris a.s diberitahu Malaikat Maut bahawa semua benda yang dicipta Allah untuk menyeksa mereka yang ingkar perintahNya di dunia. Semuanya terdiri daripada bahan api. 



Di dalam api neraka terdapat rantai-rantai yang panas, timah yang mendidih, dan pokok-pokok yang penuh berduri. Terdapat juga haiwan-haiwan seperti ular dan kala daripada api dan lain-lain. Malaikat Maut dan Nabi Idris a.ssampai ke neraka. Mereka ditahan oleh Malaikat Penjaga Pintu Neraka iaitu Malaikat Malik. "Jangan masuk ke neraka, panas" Kata Malaikat Malik. "Aku hendak lihat neraka sahaja, tetapi tidak mahu masuk." jawab Nabi Idris a.s. Selepas itu Nabi Idris a.s dan malaikat Maut meninggalkan neraka.
Allah swt berfirman  tentang kebesaran Nabi Idris a.s yang bermaksud,"...Sesungguhnya dia (Nabi Idris a.s) adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi."
-Quran: Maryam; 56-57-

MELAWAT SYURGA
Nabi Idris a.s berakata kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai hajat yang lain, iaitu agar kamu membawa aku masuk ke dalam syurga. Apabila aku dapat melihat keadaan syurga dapatlah aku meningkatkan lagi ibadah kepada Allah swt." Setelah mendapat izin daripada Allah swt, Malaikat Maut membawa Nabi Idris a.s ke dalam syurga tetapi baginda mesti keluar semula dari dalam syurga.Baginda dapat melihat syurga dengan sungai yang jernih, kebun buah-buahan, udara yang segar dan lain-lain. Sesiapa pun tidak mahu keluar lagi jika sudah masuk ke dalam syurga.
Setelah lama Nabi Idris berada di dalam syurga, Malaikat Maut memanggil baginda keluar dari syurga. Nabi Idris a.s enggan. Baginda hendak tinggal di dalam syurga untuk beribadat. "Tidak boleh Idris a.s, di sini bukan tempat orang beribadat." kata Malaikat Maut. "Tiada siapa yang dibenarkan tinggal di syurga sebelum hari kiamat. Syurga adalah tempat orang yang menurut perintah Allah swt semasa hidup di bumi."
Allah swt menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut membenarkan Nabi Idris a.s tinggal di langit kedua untuk beribadat. Demikianlah betapa hebatnya mukjizat Nabi Idris a.s. Baginda dapat merasi maut dan melawat neraka dan syurga. Selain itu, Bagind dapat tinggal di langit buat selama-lamanya hingga hari kiamat.

Anekdot
Nabi Idris a.s orang yang soleh. Baginda sentiasa dihasut oleh iblis suapaya tidak beriman kepada Allah swt. Bernagai-bagai cara iblis menghasut Nabi Idris a.s seperti merendahkan kekuasaan Allah. Baginda bosan dengan kerenah iblis. Akhirnya baginda mencederakan mata iblis.

Rujukan ; Mukjizat Para Nabi, Pustaka Azhar
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

17 Disember 2014

Lebah Dan Lalat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. hai ^^v


Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Bila baca je, korang mesti dapat tangkap kan? LEBAH = MUKMIN. LALAT = MUNAFIK. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah! tiada perbezaan antara kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya terdapat pada sifat-sifat; sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;


Pertama
Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

Kedua
Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

Ketiga
Lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

Keempat
Lebah mempunyai wala’ kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala’ kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

Kelima
Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

Keenam
Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam. - kredit
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

9 Disember 2014

Wahai Allah, mudahkan urusanku..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum earthlings !


sungai muar


alhamdulillah 
Saat saya menaip ni actually saya tengah ulangkaji subjek calculus. Tapi sebab nak cerita jugak, maka ku curilah masa sikit. curi masa tak dosa :p 

Dalam masa setahun selepas saya dapat tawaran mara dan seterusnya melanjutkan pengajian ke MFi banyak betul perkara yang berlaku. tetapi lelah penat dan rungutan hati saya tidak pernah saya luahkan pada sesiapa kecuali semuanya kepada DIA. just everything. siang dan malam, luar dan dalam, hanya Dia yang maha tahu dan memahami. sehinggalah saya stick dengan kawan rapat saya; idayu azmi sampai dah masuk uniten sekarang. dapatla saya luah sedikit sebanyak yang membeku dan bernanah *tangandibahu* dalam hati saya. oh allah. syukurnya saya.

siap je bertungkus lumus dengan urusan permohonan pbu ytn (pinjaman boleh ubah yayasan tenaga nasional), kini saya dan ayu bekerja keras untuk selesaikan tawaran ptptn pula. disebabkan tak dapat apa-apa bantuan lagi, memang...faham-faham jela duduk ipts. orang boleh pandang kita macam anak dato' bila sebut ipts, wuuu hakikatnya ? aminkan jelah. hati kena keras beb. 

ayu dah fly korea seminggu cuti-cuti malaysia. dan aku masih duduk depan buku dan laptop tiap hari sambil peluk bantal spongebob dan melihat keindahan alam melalui tingkap bilik. ceh. metafora belaka. ini semua poyo. so ummi dan abi saya yang tersayang datang hari jumaat lepas (well, uniten uniten cuti jumaat sabtu ahad. bahagianya aku) sebab rindu mashaAllah kat saya nih. oh tak. senanya sebab nak hantar dua orang adik saya yang join kem cuti sekolah untuk muslimat kat cheras anjuran persatuan pelajar islam selangor (pepias). so saya ambik waktu ni as advantage la nak settlekan ptptn punya dokumen yang tak settle-settle lagi sebab kekakangan masa. alhamdulillah. kena hantar pulak, minggu depan. 

cari punya cari cimb bank  guna waze yang turut memeningkan kepala kitorang, akhirnya sampai gak cimb bank cheras before pukul 4 (itupun sebab ternampak masa tengah ikut route yang waze bagi) ! alhamdulillah. tapi kalau malang berbau kita insyaAllah boleh elak. (bak kata ayah aku yang suka bercanda). ni tak. bagaikan jatuh, pastu kena tumbuk pulak, saya boleh pulak tak bawak i/c. eh eh mak nenek betul diri ini.

maka bermulalah sesi ceramah berbau prihatin dan kasih sayang dari ummi dan ayah terchentaa yang menusuk ke dalam hatiku yang dalammm. salah saya. macam biasa, hati saya memang senang tersentuh. bukan terasa atau kecil hati, tapi saya selalu menyesali apa saja yang saya buat. 

apa je yang saya boleh buat masa tu ? saya mintak maaf berkali-kali pun daripada ummi abi saya, saya doa minta ampun dengan Allah pun, benda dah berlaku. sungguh menyusahkan. ummi dan abi, maafkan adik ya :'



ahad 7-12-14; 
fikir dah fikir-fikir, tidur asyik terbangun, makan dan study pun dok sebok check google map (cari cimb bank)..so terfikirlah nak tanya orang-orang yang saya selesa untuk mintak tolong. maka bermulalah saat saya saya tak boleh tidur tu (baru start heheh) saya tanya seorang adik usrah saya yang ada kereta untuk mintak tolong hantarkan saya ke cimb upm, serdang. saya pulak masa tu tunggu dia punya jawapan dengan hati penuh pengharapan *tangan bersatu, mulut berdoa, mata terpejam* tanpa banyak soal dan mengeluh, dia terus balas dengan voice note; mengatakan yang dia tak ada masalah sebab dia free waktu tu. 

*nanges sendiri*
sujud syukur.


walaupun saya tidak nampak reaksi sebenar adik usrah saya (moga allah mudahkan urusan awak dik =)), cara dia jawab tanpa ragu dan banyak tanya, menjadikan saya sungguh terharu. saya baru kenal dia melalui usrah baru lebih kurang 2minggu kot.
jikalau ianya mudah atau biasa berlaku pada korang atau orang lain, tidak bagi saya. pengalaman saya banyak bertemu dengan orang yang sangat susah memberi bantuan di saat saya dalam keadaan sempit. ianya adalah ujian kesabaran dan supaya saya bersangka baik dengan semua orang. allah kan maha adil ? smile yo. alhamdulillahh.


NOTA KAKI.

ambillah pengajaran dan bersyukurlah walaupun bantuan yang Allah beri itu nampak mudah dan sangat kecil. Jikalau tidak kerana yang kecil itu, mungkin perjalanan urusan kita yang seterusnya lagi payah. pengajaran yang besar bagi saya adalah, bawak i/c la beb pegi mana-mana pun ! haishh lu menyusahkan orang betul. grr. (marah tetibe)

bila berhadapan dengan sebarang ujian, saya akan banyak lagi dengarkan apa-apa yang mengingatkan saya kepada rasulullah dan saya pick sedikit lagu-lagu yang menjadikan saya bersyukur dan lagi bagus yang sentiasa menjadikan mata saya bucurrr bila dengar lagu tu. share sikit; segenggam tabah (inteam), rahmat ujian (mestica), tika dinihari (devotees), layar keinsafan (mestica), ya rasulullah (raihan), wahai kekasih (nazrey johani), al'i'tiraf (raihan)-semestinya dan banyak lagi.

kepada yang tersinggah baca, atau tetibe terbaca yang last part ni, doakan saya dapat pbu ytn ye hehe ! semoga Allah sentiasa hadirkan rasa syukur dan sentiasa ingat pada Allah di mana-mana pun kita sebagai tanda allah sayangkan kita :))

peacee (!)


ya Allah by Lah Ahmad. inshaff gue.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Disember 2014

Bulatang gumbira dan hatiku pun gumbira

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum, bonjour  


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah Allahuakbar ! 
Gua tak tahulah nak cakap tang mana syukurnya gua sepanjang berada di UNITEN ni sampai semacam ce bunyi tajuk entry ni. ecehh anounce belajar kat mana siap bold kaan. heh (not that important lah). jadi bulatang gumbira yang dimaksudkan adalah bulatan gembira a.k.a usrah  nampak tak lep di mata menunjukkan gua sedang tersenyum dan ada lep di mata gua, menaip dengan rasa sukaaa. hihi ! ok kembali kepada fitrah blog ni; gua kepada saya. sambil mendengar lagu berjalan tanpa henti by devotees mari teruskan~


Noob

kali pertama saya dengar berkenaan usrah adalah ketika mula-mula menapakkan kaki yang suci mulus ini *muntah* di sekolah kesayangan saya, SMAKJ. that time senior anounce mengarahkan kitorang; budak-budak noob form 1 untuk turun ke surau di satu blog asrama yang lain untuk program usrah. dipanggil pula tepat waktu tengah hari buta jumaat iaitu semasa student muslimin gi solat Jumaat dan masa kemuncak untuk mengular bagi student muslimat. maka suara rungutan akan menjadi biasa kedengaran. and  well, first time kan. masa tu semua pun garu kepala dan asyik tanya satu sama lain;
"wehh usrah tu bukan maksudnya keluarga ke ? kita nak buat apa ni ?"
"usrah bukan rancangan yang ada tazkirah-tazkirah kat tv9 tu ke ? yang ada ustazah arab tu haa"
".....usrah tu apakah ? -.-' "
"amendanya menatang usrah ni? aku nak tidooo"
"..." krikrik.


maka terucaplah ayat yang second tu dari mulut noob saya. apa je yang saya tahu waktu tu ? lap hingus lagi der. (even it is the same situation till now kan) lepas je join usrah masa tu, group usrah saya kekal sampai saya form 3 dengan naqibah dan groupmate yang sama. mention sikit; naqibah saya ketika itu adalah seorang yang comel dan baik budi bicaranya ;kak Nurunnabihah binti Rushdan yang sedang menuntut di usim sekarang. alhamdulillah. seronok menimba dan menghadam ilmu, menghafal, berkongsi, bertukar hadiah dan makan makan sesama ! semoga akak dan semua rakan usrah diampunkan dosa, dan sentiasa dalam bimbingan dan rahmat Allah. ameen. eh kita tahu tau korang semua study mana sekarang ! hehee. tapi tu jelah yang kita tahu :p sampai form 4, saya dilantik menjadi naqibah tapi belum sempat apa-apa, saya dah angkat kaki dulu. bai .



SAMURA

maka permulaan langkah saya ke bumi bertuah ini ketika form 4 adalah satu saat yang sungguh mencengkam (metaphorrrr) sebab awal-awal lagi ketua dan timbalan ketua naqibah dah pasang mata-mata yang menghendap saya tanpa bagi salam. if only spy will spying do their work dengan bagi salam dulu. mashaAllah.

ringkasnya, saya hanya mampu sujud syukur; terlalu syukur dan gembira dengan berakhirnya kebimbangan saya tu, apabila bermula pula kebimbangan kedua dengan kedudukan dan amanah yang Allah kurniakan kepada saya ketika tingkatan 5 iaitu sebagai penolong ketua naqibah; dan bukannya ketua naqibah. hehe. kerana sedikit amanah dan tanggungjawab tambahan sebagai seorang budak yang baru nak belajar buat kerja, saya sendiri kurang keep on eye on ahli usrah punya hal (dormmates). maafkan gue deh dormmates. sobss. vtw, bukankah perancangan Allah itu lebih baik ? smile yo. dapat berkongsi ilmu dan membuat mereka teruja untuk dapat ilmu tetiap minggu dah lebih dari cukup menjadikan saya rasa sangat puas dan syukuur. takde pulak orang datang backhand saya sebab tegur diorang ituini begitu begini. syukuur. lagi. sayangnya Allah pada saya. banyaknya nikmat dan kemanisan hidup beragama yang saya berpeluang dapat. 
hmmmppph, tarik nafass. sambung..



Unikl MFi

saya sedikit down la jugak beb masa baru masuk sini. selama ni study ada usrah, tetiba tak ada langsung pun yang official ataupun yang tak official yang saya nak join. pelik juge. rohani nak makan juga melalui usrah :) tepat masanya, first sem tu; senior saya di smakj iaitu akh Khair bin Sujud yang sangat saya hormati (he held the high position in islamic malaysian student associations and he is currently studying in UKM-eh dah grade ke ? --') sendiri ada contact saya untuk ajak saya join usrah beliau. so saya hanya dapat join beliau semasa pertengahan bulan Ramadan di KUIS. emang seronok amat tuantuan puanpuan. nikmat apa lagikah yang mahu kita dustakan. allahh. 

sem kedua lagilah beronok-beronok disebabkan keprihatinan dua insan yang dirahmati allah (ameen); kak Wani dan kak Ismah yang wujudkan sendiri usrah dan ajak junior-junior diorang ni (kitorang le tu) untuk sama-sama give and take dalam usrah setiap minggu. penat lelah dan pengorbanan mereka yang kitorang tak bayar sesen pun tu; hanya Allahlah yang maha menghitung dan memberi kedudukan yang baik di sisiNya. Sesungguhnya jasa kalian, sungguh comeii di mata kami. namun terlalu hebat di mata Allah. walaupun kurang, sudah sepatutnya terlalu bersyukur. maka nikmat yang mana yang kita dustakan ?
kesat air mata. rindu suasana mfi lah jugak. 



Uniten

balik-balik usrah, di  malam yang gulap gulita yang buta tanpa mata ni jugak saya menaip. huyoo. malam buta sebab dia tak ada mata, manusia pulak buta kalau dah ada kebenaran depan mata tapi buat-buat rabun power 10000. buta la kot. eh lari topik. uniten ni saya, senanya nak cerita berkenaan usrah kat sini. semangat berombakombakrindu lepas usrah tadi untuk taip la sikitsikit nih. huh. selepas smakj, uniten adalah institusi kedua yang good impression saya banyak sangat. oleh kerana dah lewat malam so saya compresskan cerita ya buk. seniors here were just too nice ! the environment here were just full of calmness. the students and lecturers here were just great and ...hm pokoknya nicelah extremely nice :D ewahh and the thing yang memang influence me to make my life lebih tenang dan ada rohh adalah dengan menyertai usrah. 

alangkah gembiranya kan kalau korang pegi kedai buah just nak beli sebungkus buah jambu rm1, tapi dapat pulak lagi percuma honey dew sebungkus yang sedap mashaAllah ! begitu nikmat dan lazatnya usrah saya. hehe  ! specialnya usrah saya berbanding yang lain beacuse we had the least group members of 6 person in a group. the least the members, the cantik the flow lah. ahli usrah pun mashaAllah daebak ! (sebab my ummi really hate perkataan like happy 'gile' ! so i change to mashaAllah. cool transformation right ?) 

how excited i am bila tahu kak Nabila a.k.a kak bella who recently became my group's facilitator for orientation week, ditukar masuk jadi naqibah kitorang pulak. ini sudah terlalu baguuus since i know her. she's beautiful and nice inside and outside and one more naqibah we had in the usrah is Najah Mustafa which she's the same age with me. diorang banyak ilmu beb. gua terasa begitu rendah diri dan kerdil di sini. allahuakbar. I feel very grateful. syok dengar diorang ni menyampaikan selain kepetahan setiap ahli usrah berkongsi pendapat, cerita, dan tazkirah. allahh.

usrah malam tadi pulak like seriously awesome because i actually never knew the infos n knowledge they shared; about surah al-fatihah, maqosid syariah, tawawur, ciri-ciri syariah islamiah, dan ciri-ciri islam. sebab before ni pun baru dapat join usrah sekali je dek kesibukan kelas yang asyik ada ganti mengejut. even before kitorang pernah jumpa pun, in any forum or event yang saya nak join tapi takde transport diorang akan usaha tolong hantar kawan2 diorang untuk hantarkan saya pergi forum dan ceramah-ceramah tu. how touching *blushed*

Harapannya semoga saya terus teranjak melonjak nak pergi usrah dan mengikuti segala bentuk program dan majlis ilmu tanpa rasa jemu. korang pun yah !

ayuh geng super lillah ! inilah masanya. transformasikan diri kita menjadi muslim profesional.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum selagi mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri!"
[ar-Ra'ad, 13:11]

sebab tak ada gambar dengan mereka lagi, kita pinjam gambar google jele.

bertemu berpisah kerana Allah.
unic-seiring sehaluan yang berjaya sebagai finalist top 10 anugerah nasyid ikim 2015. tahniah !


nah ! beberapa entry inspirasi dari inche gabbana; semoga Allah merahmati usaha beliau. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

27 November 2014

Jus epal yang haram

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Let's read and take the moral instead of bebeling. hehe 



[credit]
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 November 2014

Mesyuarat iblis sedunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alkisah..

Syaitan telah mengadakan perjumpaan iblis-iblis sedunia. Di awal ucapannya, dia berkata;

"Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar. Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah. Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka pengaruh kita keatas mereka akan terputus." "Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka; biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka yang tertudung, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata Syaitan: "lalaikan mereka dari berhubung dengan tuhan mereka dan mengekalkan perhubungan yang penting itu sepanjang hari."
"Bagaimana caranya?" jerit para iblis.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka," jawabnya "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang. Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangkawaktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 - 12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka. Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau keset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan musik yang tidak islamik. Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar. Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam. Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan. Penuhkan peti-peti surat mereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenis surat berita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama, dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala! Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh suami mereka,suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Gembar gemburkan perayaan-perayaan penganut Kristian untuk melalaikan mereka dari mengajar anak-anak mereka makna Islam yang sebenar dan hari-hari perayaannya."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi. Buatlah sehingga mereka terlalu letih sesuai berekreasi. Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah. Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK !"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian, libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Lambakkan hidup mereka dengan kerja-kerja amal sehingga mereka tidak mempunyai kesempatan meminta pertolongan dari Allah. Tidak lama selepas itu mereka akan melakukannya dengan kederat mereka sendiri, mengorbankan kesihatan dan keluarga mereka untuk kerja-kerja amal tadi."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!" Bukan calang-calang perancangan ini! Para iblis dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini. Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka. Tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada orang lain tentang kekuasaan Allah agar terbuka hati mereka kepada Islam. 

Adakah perancangan Syaitan ini telah berhasil?


NOTA KAKI.
Bagi saya yang sentiasa turut balajar, saya merasa begitu terkesan dengan setiap intipati perbincangan iblis-iblis tersebut. lihatlah sekeliling kita !
think it, ask our imaan.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 November 2014

Abu Nawas; Kesempitan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  
Do visit here;
NOTA KAKI.
Syukurlah. Kita sering merasakan kita malang, selalu ditimpa musibah lebih dari orang lain. Kerana ? Kerana kita tidak melihat orang-otrang yang jauh lebih susah dan malang dari diri kita. Allahh.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

16 November 2014

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :



1. Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



2. Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.



3. Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”



4. IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”



5. Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “



6. Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 November 2014

Alkisah Sebiji Burger

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai ^^

Alkisah..

macam comel je
Malam itu, Kak Fidah bertengkar dengan emaknya lalu melarikan diri dari rumah. Semasa dalam perjalanan, Kak Fidah teringat bahawa dompetnya tertinggal dan dia tiada sebarang duit bersamanya.

Tiada syiling pun menelefon rumah untuk meminta pertolongan. Pada masa yang sama, perutnya berbunyi kelaparan. Kak Fidah tiba di satu gerai burger ramli, yang baunya mengancam, kelaparannya bertambah.

Kak Fidah harapkan dapat satu burger ayam, tapi dia tiada duit. Penjual burger yang sedar dengan kehadiran Kak Fidah melihat dia sedang mengigil ketakutan lalu bertanya…

“Adik dah makan belum? Kalau nak, ambil burger ayam ini untuk makan dulu,” kata penjual burger itu.

“Tapi saya tiada duit pakcik,” kata Kak Fidah dengan sipu-sipu.

“Tak apa, pakcik belanja. Mai, duduk sini makan,” kata penjual burger itu sambil membuat satu Milo panas untuk Kak Fidah.

Beberapa minit kemudian, Kak Fidah mengalirkan air mata…

“Mengapa sayang?” tanya penjual burger.

“Tiada apa. Cuma terharu dengan hati baik pakcik,” kata Kak Fidah sambil melapkan air matanya.

“Orang asing macam pakcik boleh bagi burger makan kat Fidah, tapi mak saya, lepas bertengkar dengan saya, dia halau saya keluar rumah. Kejam betul mak saya!” tambah Kak Fidah lagi.

Mendengar kata-kata Kak Fidah, penjual burger mengeluh.

“Adik, mengapa adik fikir begitu? Renungkan semula. Pakcik hanya beri adik satu burger, adik dah rasa terharu dan terhutang. Ibu adik membesarkan adik sejak kecil, mengapa adik tak pula rasa syukur malah bertengkar dengan ibu adik?” kata penjual burger itu.

Kak Fidah amat terkejut dengan jawapan itu, dan selepas berterima kasih dengan pakcik burger, dia terus berjalan menuju ke rumahnya.

Dalam perjalanan Kak Fidah asyik terfikir…

“Mengapa selama ini saya tidak terfikir perkara itu? Satu burger daripada seorang yang asing boleh membuat saya rasa terhutang, tapi mak saya yang membesarkan saya sejak kecil dan saya tidak berasa sedemikian, walaupun sikit.”

Kak Fidah memikirkan apa yang perlu dikatakan kepada emaknya apabila dia tiba di rumah… “Maafkan saya mak. Semua salah Fidah… maafkan saya mak.”

Sejurus tiba di rumah, Kak Fidah melihat wajah maknya yang penuh kebimbangan bertukar menjadi lega melihat kepulangannya setelah puas mencari…

“Fidah masuk. Mungkin dah lapar. Mak dah masak, jom makan,” kata maknya.

Fidah terus menangis di tangan maknya…

Di dalam kehidupan, kita mudah menghargai perkara-perkara kecil yang dilakukan orang sekeliling kita, tapi untuk ahli keluarga kita sering merasakan apa yang dikorbankan mereka adalah normal dan patut dilakukan tanpa sebarang penghargaan.

Kasih sayang ibu-bapa dan keprihatinan mereka kepada kita adalah perkara paling berharga kurniaan Allah pada kita sejak dilahirkan. Ibubapa tidak pernah mengharap anak-anaknya membayar kembali kos membesarkan mereka… tapi pernahkah kita menghargai dan bersyukur dengan pengorbanan tanpa syarat ibubapa kita?

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Harga Sebuah Kemaafan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Asslamulaikum.


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: “Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: “Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain.”

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan(kematian). Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?


TERIMA KASIH

Kita selalu dengar, “manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan, untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
So kita kenalah belajar melalui kesilapan, walaupun yang membuat kesilapan itu  orang lain. Saya tengah ajar diri sayalah ni sebab saya pun ada masalah sakit hati ni.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti. Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertegur sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu. Kuat merajuk ? hmm

Bagi saya sendiri pernah menjadi student asrama selama 5tahun terlalu bermakna dan megajar saya banyak perkara yang mungkin saya tidak akan dapat jika saya tidak menjadi pelajar asrama.


Form 4 di SMAKJ;

"Kalau ada sesiapa yang nak tempah al-Quran terjemahan ni boleh terus jumpa akak lepas majlis ni, ok !"
selepas majlis, saya bergegas berjumpa dengan senior tersebut untuk bertanya.

"Kak, saya ada bawak duit ni, saya nak beli terus je boleh, quran warna hijau tu ? RM 40 kan"
"Ye RM 40. Sekarang ?? Gile ahh" beliau memandang saya sedikit serong dan terkejut."

Pada ketika itu, saya memang rasa annoyed dan terasa. Kerana situasi yang memaksa saya bertindak demikian; hanya saya yang tahu kerana saya bukanlah orang 'senang'. Reaksi kakak tersebut pula menampakkan bahawa beliau terkejut dengan tindakan saya yang seolah-olah tindakan 'orang kaya'. Judging ? ya, saya faham; kakak tersebut juga bukanlah orang senang. mungkin sedikit terkejut.

Namun saya pelajari sesuatu yang berharga pada hari itu. Jika tidak bagi orang lain, bagi saya, ianya sungguh berharga. Bukanlah kehidupan saya begitu senang dengan hanya meminta dan menadah wang dan keperluan dari ibu bapa sendiri. Saya pernah melakukan apa yang kakak tersebut lakukan kepada saya. Ringkas sahaja kan ? Saya sedar kesilapan saya yang mungkin telah mengguris hati orang lain. jadi hanya perubahan akhlak untuk diri saya merupakan pilihan yang paling tepat dan memaafkan beliau adalah option yang paling Allah sayang. alah sayangnyaaa semorang ^^


SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan? 

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf?

Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” – [Al-Hujurat : 10]

p/s : saya beli Quran tu sebab saya tak ada quran terjemahan sendiri ++ sebagai satu kenangan dari smakj sebelum saya berpindah ke samura. duit banyak pun masa tu sebab banyak claim dari pihak pentadbiran sebelum berpindah. hehe ! bocor rahsiaa
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 November 2014

Muslimah on the go !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  


Segala puji bagi Allah yang mengizinkan segala yang kita iginkan mahupun tidak berlaku. juga mengurniakan nikmat yang tidak dapat kita kira walau pangkat kita; dato' dr. ir. professor madya sekalipun. Allahuakbar !

Sesungguhnya nak survive dalam hidup ini terlalulah banyak cabarannya. Well, as we know rezeki ada di mana-mana di dunia ini tetapi rezeki bukan ada di setiap mana-mana bagi setiap manusia. eh terconfuse sekejap -.- maksud saya, rezeki ada di mana-mana tetapi bukanlah maksudnya kita boleh baringbaring sambil makan oreo then muncullah rezeki itu di mana-mana dalam rumah kita tu. Cuba korang bayangkan ada chicken chop + pizza tomyam + spagghetti mushroom + fresh oren + ABC dan apa-apa jelah kat belakang korang.pling !! pastu korang toleh belakang.

Ada ke apa yang korang bayangkan tu ? adaaa..betul. tapi masih dalam bayangan korang lah. hehe ! Jadi walau apapun yang saya merepek ini, tetapi point saya adalah mencari rezeki untuk survive. Memikirkan salah satu sunnah yang sangat dituntut, saya merasa terlonjak-lonjak dan tertolak-tolak untuk memulakannya. Dan dalam bidang perniagaan ini, antara semangat, hero, dan kebanggaan saya adalah; Abdul Rahman bin Auf RA dan Saidina Uthman bin 'Affan RA of course selepas Nabi Muhammad SAW yang terchentaaa. apabila teringatkan semangat mereka, kepintaran dan strategi mereka demi tidak menyusahkan orang lain dan demi berkorban kerana Islam, saya merasa terlalu bangga..... dan sebak *lapairmata*

jikalau ingin dibandingkan dengan diri saya, tujuan utama saya memulakan perniagaan ini hanyalah demi pelajaran saya. Sedangkan mereka berkorban hanya demi Islam. namun, bukankah mereka untuk kita contohi ? hero-hero bayangan kita dari zaman kanak-kanak like pakcik spider, abang kelawar, macha ultra, bro keluang, dan incik cicak, tetapi nabi dan para sahabat, mereka adalah hero sepanjang zaman. isk isk isk sollu 'alan Nabi !

walau apapun, selain dari berniaga, hope saya dapat juga membantu para muslimah seperti saya yang lumrahnya sukakan kecantikan dan inginkan kelainan untuk mencari pakaian yang sesuai dan murahmurah le jugak. kankan. sep sikit ! eh eh eh memang murah tau . teheehe. tidak salah untuk berpakaian cantik, asalkan menetapi syariah dan tidak tabarruj. ^^ insyaAllah. Allah trust in u muslimah .


akhir kata, selamat bermuamalah, mari patuh syariah ! :D

wahai geng-geng muslimah, marilah taat perintah Allah dari segi berpakaian ! Masa kita tidak panjang, entah bila kita akan dijemput pulang. beberapa entry berkenaan aurat wanita dan tabarruj.


boleh tengok katalog di;
btw, sekarang saya merasa bahagia dengan suasana uniten. as uniten is one of the engineering school, saya merasa suasana uniten cukup best ! Senior, kawan-kawan, tempat belajar, lecturer dan naqib naqibah, best2 lah . Yang seronok, sebab kat sini ada course tahfiz. macam best je. doakan saya ^^ Salam mahabbah ! alhamdulillahh :)
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai