-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

14 Jun 2013

Home » » PETUA TRADISIONAL yang menarik #1

PETUA TRADISIONAL yang menarik #1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum. hai ^^v
Kalau rajin klik sini --> TEKAN

Hari ni mood nak share petua. Petua-petua awesome yang lain-lain saya akan update lagi. Pastu kalau awk nak belek-belek lagi boleh pegi sini --> TEKAN. Tak ada masalah nak amalkan petua nenek moyang selagi dibolehkan dalam Islam. Yang tak boleh tu, yang bid'ah atau yang ada unsur khurafat. Kalau saya silap, tolong betulkan :)

1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika kita  mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang kita minum boleh menurunkan berat badan anda. Tak berlebihan pun boleh je.

Caranya
 Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari.
 Setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk
 Masukkan ke dalam peti sejuk.

Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun dengan izin Allah.


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada dilumur.


4. UBATI SAKIT DADA
Caranya :
 Ambil beberapa ulas halia.
 Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya.
 Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja.
 Campurkan bersama madu lebah tulen.
 Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.


5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur, letakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.


6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam. wallahu'alam. Klaau tak jadik jangan salahkan saya ni petua je tau ^^




7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.

Caranya :
 Ambil sebiji lobak merah. Parut hingga hancur.
 Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur.
 Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati.
 Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit.
 Basuh dengan air bersih. Lakukan selalu, InsyaAllah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Tapi ingat, jangan salah guna untuk goda lelaki yang bukan mahram pule.

Caranya :
 Cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam.
 Sapukan teh tersebut ke muka
 10 minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya dengan izin Allah.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan. Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kawan sekolah saya dulu pernah cakap yang sakit gigi ni sakit kedua paling sakit. Wallahu'alam saya tak pasti. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. ecehh. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi.

Caranya :
 Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi.

Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri. Tapi sekarang kan mudah, dah ada jual ubat gigi perisa garam kan. Boleh carik jenama MU'MIN -ubat gigi garam bukit. 

Haritu umi saya beli dua paket besar ubat gigi ni, tapi err disebabkan dah pakai sekali rasa masin, pastu semua tak mo pakai dah. Tapi saya terpaksa gak pakai ubat gigi masin sebab saya ada masalah bleeding gum sejak kecik-kecik comel lagi. Tapi bukan ubat gigi garamla, ubat gigi saya pakai tu jenama khas paradontax. Adalah nampak perubhan sikit. So awqpun boleh try kalau ada masalah macam saya.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)