-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kucing. Papar semua catatan

12 Jun 2013

Maine Coon,kucing terbesar di dunia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v


Jangan hairan kalau saya buat entry tentang kucing-kucing tau. Sebabnya saya memang suka kucing ^^ So bagi peminat-peminat kucing boleh tengok lagi entry2 kucing kat sini --> TEKAN. Tengok pulak kasih sayang kucing ni ha --> TEKAN. Siapa kata artis lagi popular. Kucing dah popular sejak zaman nabi sebab Abu Hurairah kan suka kucing ^^

Kucing Maine Coon merupakan baka asli yang ditemui di Amerika utara, dianggarkan di pantai timur sekitar Maine. Coon berasal dari kata racoon. Kucing ini dikenali dengan jenis baka yang besar kerana berat badan kucing jantan boleh mencapai 10kg !

Nama jenis kucing Maine Coon sendiri berasal dari nama negara bahagian di USA, Maine. Tapi asal usul dari kucing ini sama sekali tidak diketahui. Yang ada hanya dongeng dan mitos sahaja. Salah satunya fairytail kat bawah ni.



blogger-emoticon.blogspot.comMitos Kucing Maine Coon

Sebuah cerita mengenai seorang ratu perancis yang bernama Marie Antoinette. Dia akan dihukum mati dan berusaha melarikan diri dengan bantuan Captain Samuel Clough. Marie memasukkan harta bendanya termasuk kucing berbulu panjang tersebut di dalam kapalnya. Walabagaimanapun, dia gagal sampai ke USA. Kucingnya pula selamat sampai ke Wiscasset, Maine. Macam tu lah ceritanya. Cam tergantung kan cerita ni. so jangan tanya saya kenapa tau sebab jawapannya tak tahu.

Kucing Maine Coon mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.
Jenis kucing ini mempunyai badan yang besar. Untuk kucing jantan saja beratnya antara 6-9 kg. Sedangkan untuk kucing betina 4-6 kg. Maine Coon juga mempunyai mata dan telinga besar yang berkemampuan untuk melihat dan mendengar benda yang jauh.




blogger-emoticon.blogspot.com Ciri-ciri Kucing Maine Coon 

Secara am ciri-ciri kucing Maine Coon adalah seperti berikut:

 Badan besar dan panjang

 Memiliki tulang dan otot yang kuat

  Mata lebar dan oval

 Teling besar (lebar di bawah)

 Dahi melengkung

 Otot pipi sangat menonjol

 Hidung lebar dan melengkung di hujungnya

 Ekor panjang dan lebar

 Bulunya tebal dan tahan air

Kucing Maine Coon mempunyai sifat kucing yang suka dekat dengan manusia atau tuannya. Mempunyai sifat yang aktif dan suka berkeliaran di sekeliling tuannya. Berbeza dengan kucing parsi yang kerjanya tidur je…hoho


Rupert Kucing terbesar di dunia

p/s : err takut pun ada tengok kucing besar ni. Muka cam bengis jek..thihii

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 April 2013

Perangai sebenar ENCIK MEOW


Assalamualaikum. hai ^^v 


btw sekarang banyak benda nak settlekan. hari selasa-16/4 saya ada interview untuk biasiswa MARA kat MRSM Mersing. doakan saya moga dipermudahkan semua urusan insyaAllah ^^

penat sikit. so saya nak layan kucing2 comel kat bawa ni :)

 Gambar-gambar kelakar dan cute
 Kucing-kucing comel


 Gambar-gambar kelakar dan cute
 Kucing-kucing comel

p/s : Otai betul kucing2 ni. Namanya pun kucing memanglah jinak kan? Disebabkan kucing adalah haiwan yang paling jinak dan manja dengan manusia, Allah melarang kita makan kucing. jangan buat sup kucing tau. kejam :P
thanks. kbai   !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Mac 2013

Kekucingan kecomelan ketersangatan


Assalamualaikum. hai ^^v
Disebabkan saya ni peminat setia kucing..,
ceh, padahal kalau kucing berak merata tu kena halau gak. *memanglah kan?

Baiklah entry ni buat sapa2 yang ada bela kucing atau sekadar nak tambah pengetahuan sahaja. acecehh. Awq tahu kucing awq tu baka apa? Saya pun tahu --' Banyak rupanya baka kucing ni lebih banyak dari baka2 yang ada kat bawah ni. So berdasarkan populariti, yang kat bawah nilah senarai 10 baka kucing paling popular ^^ :-

1. Siam




Saya suka mata biru kucing siam ni, so inilah kucing yang paling popular. Namun, walaupun ia kucing yang cantik, personalitinya sebenarnya yang paling menarik perhatian—Kucing Siam gemar ‘bercakap’ dengan tuannya siang dan malam. Kalau tak setuju .. err up to you. ^^v

2. Parsi


Kucing parsi yang glamour ialah baka kucing ke2 paling popular. Ia diketahui mempunyai personaliti yang lembut dan pendiam tetapi comel . Bulunya perlu diuruskan dengan baik, tetapi pemilik-pemilik kucing ini sering menyatakan ianya pengorbanan yang berbaloi.
Tapi saya tak. saya suka tengok je heheh *tak rajin dehh ^^'.kucing kg. kat rumah tu pun jarang mandi ^^v

3. Maine Coon

Baka kucing yang berbadan besar tetapi personalitinya lembut. Ia baik dengan sesiapa saja, walaupun dengan anjing. Ia juga gemar mengekori ahli keluarga pemiliknya dari bilik ke bilik. Kucing baka ini boleh mencapai berat 9 sehingga 18 paun. Ini mengalahkan baby setahun. ye ke? 

terukan teruskan. kalau rajin klik SINI jap. saya doakan awak berjaya dunia akhirat hehek.

4. Ragdoll

Matanya yang besar memang menarik perhatian, kucing baka ini juga mempunyai personaliti yang menarik. cam awaklah kan? cehh..sebut AMIIN jelah betul ke tak :P

5. Bengal
Atletik, bijak, aktif dan berdikari. Ianya tidak sejinak kucing-kucing lain, tetapi ia sukakan perhatian dan ia juga suka berjalan, anda perlu pakaikan tali pada lehernya. Aik? namanya cam biasa dengarkan. Umi saya kalau orang tak dengar kata, dia cakap 'jangan jadi bengallahh !'.hihiks.

6. Himalaya

Biasanya kucing baka ini dihasilkan dengan mengacukkan baka Siam dengan baka Parsi. Maka dengan itu secara semulajadi ia mempuyai personaliti kucing Parsi iaitu tenang tetapi ia juga mempunyai sifat kucing Siam yang sangat ingin tahu. Haaa sbabtulah saya selalu keliru. saya panggil kucing ni kucing siam je. baru tau kan ^^

7. American Shorthair

Apa yang 'short'nya 'hair' dia ni? Cam biasa je.Ini kucing biasa lahh. Macam2 nama je. Dia suka main, suka dimanjakan dan bertoleransi. Asalkan ianya bersosial dengan baik semasa di peringkat anak kucing, ia tidak ada masalah untuk bercampur dengan tetamu dan haiwan peliharaan lain bila dewasa.

8.Manx
Dikenali dengan mudah kerana ia tiada ekor.. eiihh comel je. tetapi ia kucing yang bijak dan suka bermain. Ianya biasanya hanya akan rapat dengan seorang saja ahli keluarganya, tidak seperti kucing jenis lain yang gemar berkongsi kasih sayang. Tak boleh la nak cover belkang dia..huhu..btw, dulu saya ada kucing camni, panggil kontot je. sebab ekor lahh ..hihi

9. Russian Blue
Ianya sedikit pendiam, bijak dan mudah disayangi. Ia juga tidak banyak karenah berbanding baka kucing yang lain. Nampak cool je kucing ni ^^

10. Sphynx

Bulunya seperti jaket kulit suede, ianya sejenis kucing yang gemar dipuji untuk keletahnya. Telinga panjang, kuat skodeng kucing ni agaknya, eh eh, ngupinglah. tahu tak apa tu? skodeng = mengendap. nguping = curi2 dengar perbualan orang. unik :)

Saya ada dua ekor 7 ekor kucing kat rumah sekarang. yang paling saya saaaayang sangat--colour white n black. Haa special nama both of cats ni. nama dia siang n malam. hehek sepasang kan. *lepas ni kalau ada lagi kucing hitam putih sepasang nak bagi nama yin dan yang pulak lah.hiks
psssst #ada orang pernah gelar saya UMMI HURAIRAH. cehh ! haha 
cakkk !

Meh tengok2 gambar2 comel macam kat atas ni > GAMBAR-GAMBAR MENARIK DAN KELAKAR.

Before tu, awak nak tak makanan kucing percuma. Ni high quality awq insyaAllah ^^


jom tekan pic kat atas tu untuk dapatkan yang free. jimat sikit heheh
JOM2 ! SINI

Thanks awq. k bai  ^^v

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai