Sebagai orang Islam memang kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berhajat untuk memeluk agama Islam. Oleh kerana itulah, ada di antara kita turut menyumbang sedikit dana untuk diberikan kepada yang baru memeluk Islam. Namun, dalam usaha membantu golongan muallaf, masih ada yang cuba mengambil kesempatan dengan berpura-pura memeluk Islam semata-mata untuk mendapatkan wang. Kegiatan ini akhirnya berjaya dibongkarkan.
Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.
Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.
Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.
Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.
sumber: HMetro
P/s : Dunia kini membuktikan semakin ramai manusia yang bijak tapi ramai jugak yang bijak tak kena tempat. Moga Allah memberi hidayah untuk mereka sekeluarga . Semoga sempat insyaAllah :)
P/s : Dunia kini membuktikan semakin ramai manusia yang bijak tapi ramai jugak yang bijak tak kena tempat. Moga Allah memberi hidayah untuk mereka sekeluarga . Semoga sempat insyaAllah :)