-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

24 April 2013

Home » , , » Cara Yang Betul Menadah Tangan Ketika Berdoa

Cara Yang Betul Menadah Tangan Ketika Berdoa

Assalamualaikum. hai ^^v


Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita.

Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’.

Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Berikut ada panduan tata cara berdoa iaitu:

1) Angkat tangan ke paras dada

2) Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan

3) “Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf "ba" ( ب )
Titik ba terletak di hati kita.

4) Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan bersandar.

5) Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya : Jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama allah Ar-Razaq dan disusuli juga dengan bersalawat Nabi saw

6) Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yg dapat difahami kerana allah maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambanya

7) Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sedari usia kecil kerana insya allah ia akan dapat membentuk peribadi baik dalam kehidupan.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ“Dan jika hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku, maka sesungguhnya Aku Maha Dekat. Aku akan kabulkan doa orang yang berdoa kepada-Ku….” (Al Baqarah: 186).



NOTA KAKI.
Ini hanyalah perkongsian yang insyaAllah betul as adab. :) tapi,berdoa tidak semestinya memerlukan kita utk menadah tangan. Rasulullah SAW pernah berdoa menadah tangan, pernah juga baginda berdoa dalam khutbah jumaat dgn mengisyaratkan jari telunjuk dan pernah jg baginda mengucapkan lafaz-lafaz doa tanpa menadah tangan. apa yang penting, doa itu dihayati dan difahami.



Berkata Syaikh Bakr Abu Zaid, KSA, hukum mengangkat kedua tangan saat berdoa termasuk adab-adab dan sunnah do'a menurut kesepakatan fuqaha' kecuali pada satu dua keadaan spt yg disebut oleh ust ali.

Dalil hadith: dari Ibn Abbas ra, (sabda saw) " Permintaan adalah dengan mengangkat kedua tanganmu setinggi kedua bahumu." HR Abu Daud, # 1274, Kitab asSolaat.


p/s : ramai yang doa macam gambar bawah ni. Dulu masa saya darjah 3, cikgu saya kata kalau doa cmtu nnti doa tembus kat tengah2 ruang kosong tu then tak makbul. hehe tak tahu boleh percaya ke tak ^^'

maaf. gambar ini tidak berniat untuk menyakiti sesiapa. 

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 ulasan :

  1. ustazah cakap macam tu sebab tak nak kita buat..hehe.. bagus entri ni..utk peringatan..leaps ni update banyak ya.. :) tak komen pun kita baca..asalkan ada ilmu baru.. :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian ni..bermanfaat..Akak mohon share ye. Terima kasih. ^____^

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)