-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

21 April 2013

Home » » Berpurdah tapi masih tabaruj?

Berpurdah tapi masih tabaruj?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.

Mencari kesilapan bukan bererti dengki atau ingin memburukkan mereka yang umumnya lebih baik dari kita, tetapi agar kita sama-sama beringat sebagai saudara. Ya kita bersaudara. 

1) Sudah berniqab, tapi menghias matamu secara berlebihan, memakai celak berlebihan sehingga menampakkan kecantikan matamu. Untuk siapa kamu berhias?

Sabda Rasulullah S.A.W
"Seseorang wanita dilarang utk berhias kecuali utk suaminya" ( HR imam ahmad, abu daud dan an-nasaaiy )


2) Wangian, tak salah utk memakai wangian sebagai menutup bau yg tidak enak, tetapi tidak boleh memakai secara berlebihan sehingga menarik perhatian lelaki. Kerana ia menghampiri zina.

Sabda Rasulullah S.A.W
" Sesiapapun wanita yg memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, beerti dia telah berzina" ( HR imam an-nasaaiy )



3) Lenggokan badan. Yang dimaksudkan adalah apabila saudari berjalan dgn lenggokan dan gaya jalan saudari. Kerana lelaki boleh tertarik hanya dengan lenggok badan yang penuh gaya ketika berjalan dan Nabi sangat-sangat melarang perbuatan itu.

Imam ibnu Al-Arabiy mengatakan, termasuk tabaruj, seseorang wanita mengenakan pakaian yang nipis dan menampakkan warna kulitnya. Inilah yg dimaksudkan dlm hadis Rasulullah S.A.W yg terdapat dalam hadis sahih

"Betapa banyak wanita yang telanjang, berpakaian nipis merangsang, dan berlenggok-lenggok. Mereka tidak akan dimasukkan ke dalam syurga dan mencium baunya." (HR Imam Bukhari)


NOTA KAKI.
Begitu sedikit sebanyak saya agak geram dengan sikap kita yang selalu menghighlightkan isu-isu khilaf seperti warna pakaian, pemakain inai, atau yang melibatkan 'riyak'. Sedangkan diri kita sendiri bila bermuhasabah depan Allah..., Allahhh. malunya tahap sejuta kali nak tutup muka tapi tak tertutup. Well, manusia selalu nampak koyak satu kat baju orang walaupun sebenarnya baju sendiri dah koyak duabelas. kbai.

fliptudung.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)