-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

2 April 2013

Home » , » Beza kopiah yahudi, kristian dan islam

Beza kopiah yahudi, kristian dan islam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Assalamualaikum. hai ^^v


KOPIAH YAHUDI

Kopiah yahudi kecik je seolah-olah melambangkan agama yahudi yang jumlah penganutnya sedikit iaitu dikalangan orang yahudi /israel sahaja. Orang yahudi percaya tentang nabi sehingga Nabi Musa sahaja. Nabi yang datang selepas Musa mereka tidak percaya.




KOPIAH KRISTIAN

Kopiah kristian besar sedikit daripada kopiah yahudi. Ini seperti melambangkan agamanya lebih sedikit dari orang yahudi iaitu sampai kepada nabi Isa. Sedangkan orang yahudi percaya sehingga nabi Musa sahaja dan tidak percaya kepada Nabi Isa. Orang kristian percaya tuhan ada tiga. Mereka percaya Isa anak tuhan. Orang islam hanya percaya Isa adalah seorang nabi. Penganut kristian memisahkan gereja dari sistem pemeritahan. Paderi kristian tidak berkahwin menjadikan diri mereka terpisah dari dunia luar. Hanya sister memakai tudung sedangkan orang biasa tidak memakai tudung. Seperti agama kristian betul-betul diamalkan hanya digereja.





KOPIAH ISLAM


Kopiah islam lebih besar dari kopiah yahudi dan kopiah kristian, seperti melambangkan kepercayaan orang islam sampai kepada Nabi Muhammad saw. Sedangkan orang yahudi dan kristian tidak percaya kepada Nabi Muhammad saw. Kopiah orang islam kelihatannya lebih lengkap sedangkan kopiah orang yahudi dan kristian mudah jatuh dan terpaksa dipasangkan dengan pin supaya tidak jatuh. Islam lebih selamat kerana percaya semua nabi dari Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad saw sebagai nabi terakhir. Ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi ini dari Adam hingga Muhammad saw hanya percaya satu tuhan iaitu Allah subhanawataala.



yeah  ustaz kebanggaanku :D

 " bukan nak riak, tapi saya memang kiut >< "

Di antara hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan berkenaan pemakaian serban dan kopiah ini antaranya: 


Hendaklah kamu memakai serban dan labuhkan (hujungnya) ke belakang kamu kerana sesungguhnya ia tanda para malaikat. (Riwayat at-Tabarani dan al-Baihaqi). 

Berserbanlah nescaya bertambah kesabaran kamu. (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabarani).

 Sebahagian ulama berpendapat bahawa ayat al-Quran al-Karim pada surah al-Araf ayat 31 menunjukkan pemakaian yang elok dan cantik ketika solat (termasuklah memakai serban dan kopiah) adalah digalakkan. Bahkan ada yang berpendapat digalakkan juga dipakai di luar solat (bukan ketika solat sahaja). 

Imam Nawawi berpendapat memakai serban bewarna putih adalah lebih diutamakan berbanding warna-warna yang lain. Selain itu, jika tidak salah saya, Imam Sayuti pernah memperakui bahawa pemakaian serban dan kopiah (dibawah serban) adalah as-Sunnah S.A.W. Allahu'alam.


p/s : siapa yang baru tahu yahudi and kristian pun ada kopiah? #saya angkat tangan ! Hehek. ceh saya tak cakap saya pandai sangatlah kan, btw kita share2 lah apa yang kita tahu :D Btw, saya sangat senang tengok kaum Adam berkopiah ke mana2 je khasnya ^^, ececeh, takde makna lain eh :)


ceh kemain besar pic ni. --'

Pic yang kat atas ni kawan2 satu batch kesayangan masa kat sekolah lama saya -->SMAKJ :)
p/s : yang 'kesayangan' tu adalah batch saya ye bukan 'mereka' yang di dalam gambar. kecuali ustaz Fuad yang duduk berbaju biru. harap maklum .
eh jom terjah blog ustaz saya, best tau !  --->TEKAN.

thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai   !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 ulasan :

  1. akak baru tahu kristian pun ada kopiah..yahudi mmg dah tahu..cuma tak tahu la kenapa saiz mereka berbeza2..hehe..

    BalasPadam
  2. @Nana Liena haah kan. new infolah untuk kite kak hehe ^^

    BalasPadam
  3. tq untuk info.bru tau.. ;) nice entry awk~ sy folo awk tau..slm ukhuwah..:)

    BalasPadam
  4. ohh saya baru tahu tu stail yahudi dan kristian. thankz for the info :)
    saya pun suka UAI jugak hehe

    BalasPadam
  5. baru tau kristian pun ada kopiah.
    nice info =)
    boleh la kaum Adam pakai kopiah dgn betul.
    indahnya Islam =D

    BalasPadam
  6. @syahirah sejuk je mata tengok kaum muslimin pakai kopiah :)

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)