-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

22 April 2013

Home » » Kanak-kanak Ini Telah Mengislamkan Beribu Orang

Kanak-kanak Ini Telah Mengislamkan Beribu Orang

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamulaikum. hai ^^.


Sharifuddin Khalifa seorang kanak-kanak luar biasa. Dia dilahirkan di Tanzania, Afrika Timur pada Disember 1993 itu berasal dari keluarga Katholik. Namun, pada usia 1.5 tahun, Khalifa sudah hafal 30 juz Al-Quran dan solat lima kali sehari.

Subhanallah, dia mampu menghafal Al-Quran tanpa ada orang yang mengajarnya. Pada awalnya, kedua-dua orang tua Khalifa merasakan anaknya dikuasai syaitan. Namun, jirannya yang Muslim memahami apa yang diucapkan kanak-kanak. Akhirnya, kedua-dua orang tuanya menyedari bahawa anaknya adalah tanda kebesaran Allah. Kedua-dua orang tuanya pun memeluk Islam.

Meskipun berbahasa ibunda Swahili, Khalifa mampu bercakap dan berpidato dalam bahasa Arab, Inggeris, Perancis, dan Itali tanpa mempelajari bahasa-bahasa tersebut. Pada usia empat hingga lima tahun, dia sudah mengelilingi Afrika dan Eropah untuk berceramah dan mengajar. Berkat dakwaahnya, beribu-ribu orang memeluk Islam. Di Kenya, Afrika sebanyak 1000 orang berduyun-duyun bersyahadat setelah mendengar ceramahnya.

p/s : Subhanallah..Sekalipun kita tak ada bakat bab2 ni cukuplah kita tunjukkan akhlak yang baik. Dengan cara tu pun kita boleh berdakwah ^^

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

1 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)