-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

20 April 2013

Home » , » Kehebatan WUDUK

Kehebatan WUDUK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Assalamualaikum. 




DENGAN BERWUDUK BOLEH MERAWAT SISTEM SARAF DALAM TUBUH

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Subhanallah



HIKMAH WUDHUK

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.


Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.


teringin nak cuba yang ni ^^


Kalau kita check balik, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.


Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).



Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.



NOTA KAKI.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Sebab tulah kita kena belajar untuk sentiasa perbaharui wudhuk setiap kali solat dan mengekalkan wudhuk. Buatnya on the way kita pergi mana2 dalam keadaan berwhuduk, sampai ajal kita waktu tu. Meninggal kita dlm keadaan berwudhuk ^^

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai   ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. header..baru..comel la.. ^^
    n btw kalau nak muka berseri wuduk la selalu kan..hehe
    nice entri saling mngingatkan.kadang2 benda macam ni pun kta ambil mudah.. T__T
    n yang dlam gambar tu mmg wujud ke? sbb macam est ja kan..

    BalasPadam
  2. @Nana Liena header free. first time org buatkan hehe. oh haah mmg wujud lama dah kat certain negara arab n certain ngr lain :)xigt kt mne pulak

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)