-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

12 April 2013

Home » » DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MUSUH DALAM SELIMUT

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI MUSUH DALAM SELIMUT


Assalamualaikum. hai ^^v
Kalau rajin klik sini--> TEKAN.


Awas! musuh dalam selimut. Dihadapan nampak baik, dibelakang tuhan sahaja yang tahu. Musuh dalam selimut mungkin kawan yang rapat dengan kita. Dihadapan lembut cakapnya. Pijat semut tak mati tapi dibelakang segalanya tak disangka. Sanggup tikam kawan dari belakang. Spesis kawan yang macam ni, perlu berhati-hati.


Jangan diluahkan segala rahsia dan kelemahan anda. Nanti dibelakang anda diburuk-burukkan perihal diri anda. Memang susah nak dijangka akibatnya. Anda harus hati-hati. Siapa tahu dia hanya memanfaatkan persahabatan ini untuk mendapatkan keuntungan sahaja tetapi tidak ikhlas terhadap anda. Amalkan doa ini supaya musuh dalam selimut menjauhkan dan menjarakkkan dirinya dengan anda.


Bismillahirahmanirahim,..

"Allaahumma innii auudzu bika min khaliilin maakirin 'ainaahu tarayaani wa qalbuhu yar aani.In ra aahasa natan dafanahaa, wa in ra aa sayyiatan adzaa'ahaa."
Maksudnya:
Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu, daripada teman karib yang penipu, iaitu yang kedua matanya menyoroti aku sedangkan hatinya mencari-cari kesalahanku. Apabila ia mendapatkan kebaikanku, dipendamnya diam-diam. Tapi kalau ia melihat keburukanku, disiar-siarkannya dimana-mana.



NOTA KAKI.
Apapun dahulukan sahaja lah sifat "Husnul dzon" (terus bersangka baik) dalam kita berkawan2 ^^ Tentang sangkaan ada niat nak tikam belakang ke, niat tersembunyi ke, dari orang laen terhadap kita, biarkan sahaja tanpa apa2 prasangka..mungkin kalau kita terkena juga, anggap sahajalah sebagai kifarah kepada dosa2 lalu kita, moga kita terus di dalam perlindunganNya. -jazakallah-
Wasallam.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai   !


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 ulasan :

  1. alhamdulillah..sharing is caring...

    BalasPadam
  2. Hmmmm... Nice Post...
    Follow Back my blog please... :)

    BalasPadam
  3. huhu..bagus entry shakirah.. :) utk pedoman.. harap kta dapat amalkan macam apa yg kita baca dalaam ni bila ada dugaan masa bersahabat..inshaAllah.. :)

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)