-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

27 April 2013

Home » , » Hotel Berkonsepkan Patuh Syariah

Hotel Berkonsepkan Patuh Syariah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. hai ^^.

Menginap di hotel bertaraf bintang sememangnya satu pengalaman yang cukup seronok. Dengan suasana yang agak selesa, tidak hairanlah satu malam sahaja memakan kos ratusan ringgit kann. Harga pun bergantung kepada apa yang ditawarkan di hotel tu. Tapiiii ! Hotel ini menyediakan segala benda yang bercirikan islamik seperti penyediaan sejadah, al-quran, dan lain-lain lagi. Memang menarik!


PERNAH tak awq menginap di kamar hotel yang lengkap dengan sejadah, telekung, kain sarung, Al-Quran hingga ke peringkat diberi peluang menikmati air zam-zam secara percuma oleh pihak pengurusannya? Yang biasa saya nampak ada satu sejadah je dalam almari.


Pernah tak bila awq menatap je muka awq yang comel tu kat cermin hotel, awq terlebih dahulu akan melihat ‘Doa Melihat Cermin’ yang ditampal di satu sudut cermin tersebut.


Masa awq nak letakkan kepala di bantal?  terpaksa mengalihkan dahulu sekeping kertas yang mengandungi tazkirah (peringatan) mengulas beberapa potong ayat al-Quran. Dan sebelum menutup butang lampu, awqdiperlihatkan dengan ‘doa sebelum tidur’ yang dilekatkan di sebelahnya :D so bagi yang tak hafal n selalu lupa nak baca, sila terasa. Hihi


Malah lebih dari itu, pernah tak awq menghadiri seminar di bilik mesyuarat hotel yang lengkap dengan kurma, tamar…termasuk kayu sugi untuk kebersihan mulut?


Tengok lobi ni pulak :D lobi yang mendamaikan bercirikan Islam. ^^


Laluan dari lif hingga ke bilik dihiasi dengan bingkai ayat-ayat suci dan alunan Al-Quran.

Yang menyentuh dan mendamaikan, bila masuk saja waktu solat, kita akan mendengar laungan azan berkumandang seolah-olah memenuhi ruang lobi itu. Mungkin kita beranggapan kalau ada pun, hotel sebegitu hanya terdapat di negara timur tengah. Kalau camtu kita dah silap !

Hotel De Palma Ampang sebenarnya ada semua perkara yang dinyatakan di atas termasuk telah mengkhususkan salah satu tingkat khusus untuk orang Islam yang inginkan suasana penginapan yang menepati konsep Syariah.


Hotel berkenaan juga mempunyai surau yang cukup selesa dan dilengkapi dengan Imam sepenuh masa untuk mengetuai solat .

ramai kan ^^

Semua kakitangan wanita Islam juga memakai yang menutup aurat, di samping kelas-kelas agama untuk para tetamu dan kakitangannya. Langkah baru dan inovatif ini telah mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.


 

NOTA KAKI.
InsyaAllah sampailah saya kat sini suatu hari nanati. Mudahan-mudahan bertambah usahawan islam yang kreatif inovatif dan bertaqwa camni. InsyaAllah !


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 ulasan :

  1. Seronoknya kalau dapat menginap di hotel nie! Belum pernah jumpa lagi hotel yang cmnie. Memang betul2 hotel berkonsepkan Islam. :)

    BalasPadam
  2. wow, bgusla hotel ni. tak pasal2 sha amek sume doa2 tu nnt buat ole2. kiki :)

    BalasPadam
  3. bestnya la kalau semua hotel mamcam tu..hehe..ada kayu sugi lagi

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)