-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

5 April 2013

Home » , » Sunnah Bunuh Cicak

Sunnah Bunuh Cicak

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. 



Arab panggil wazgah, orang putih kata lizard.

Hukum makannya: Tentulah haram.
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah.


Dalil :

1. Ummu Syarik telah berbincang dengan Nabi berkenaan dengan membunuh cicak ini..Nabi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan Muslim) 

2. Nabi s.a.w bersabda:

أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة

Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dalam ka'bah.(HR Tobrani)


Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yang jahat). Baginda bersabda pada menyatakan sebabnya:

كان ينفخ النار على إبراهيم

Maksudnya: Cicak telah meniup api bagi api itu besar kepada Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan MUslim).

2. Pahala yang banyak bagi yang membunuh cicak. Nabi s.a.w bersabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yang membunuhnya dengan sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yang mebunhnya pada pukulan yang kedua dia mendapat kurang sikit (70 pahala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dari yang lepas.
Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kapada banyaknya pahala pada pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:


(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)

Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).

p/s : Teringat masa kecik2 dulu. Saya dan abang saya gi lastik cicak celah lampu pendaflour kat rumah. Malam lak tu. Sekali tiba2 gelap. '


haa ?!
Rupanya lampu yang terkena lastik ^^'  ! habis pecah berterabur isi perut lampu tu. ha  ha. Alhamdulillah lah tak kena kitorang huhu bahaya neng. Alahmdulillah jugak angin ayah malam tu baik. Selamatlah hamba :D

Moral : Jangan lastik lampu. 



Thanks.  Moga bermanfaat walau sikit. kbai   !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 ulasan :

  1. teringat jgak zmn bebudak gi lastik cicak ngn abg.
    cari smpai dlm peti surat la.
    cicak tersepit kat batu la.
    tapi bila angkat je batu tu, terkejut kitorang sbb ada ular duk bwh batu.
    Alhamdulillah xde pape.
    cuma jantung mcm nk gugur je sbb terkejut sngt.
    lain yg cari , lain yg jumpa.

    BalasPadam
  2. @syahirah ular? ya Allah alhamdulillah selamat ^^ hehe comel je dlm peti surat

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)