-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

10 April 2013

Home » » Kepala Yatt melekat

Kepala Yatt melekat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. hai ^^.


YA ALLAH . Kepada Kaum Wanita, jom kita baca.

Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

--------------

"Adalah menjadi kekuasaanNya apabila Dia mengkehendaki terjadinya sesuatu itu, hanyalah Dia berfirman "Jadilah" maka terjadilah ia.."


p/s : Rasanya insyaAllah semua wanita islam pun tahu tahu pakai tudung tu wajib tapi berapa ramai yang buat tak tahu je atau hanya jadikan tudung sebagai fesyen ? Allahu'Alam.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 ulasan :

  1. salam :)..dah tua yatt ni ye..ingatkan bru 26..Alhamdulillah Allah dah bukakan pintu hati dia..harap dia terus istiqamah smpai ke hujung nyawa..

    BalasPadam
  2. Allah bagi hidayah pd Yatt dgn cara tu.
    Alhamdulillah Yatt da berhijrah.
    kaum hawa zmn sekarang ni anggap bertudung sbgai fesyen je.

    BalasPadam
  3. @syahirah betul mcm2 gaya sampai mcm x ikhlas je pakai

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)