-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

28 Disember 2014

Remaja super remaja subuh !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Kebanyakan daripada kita termasuklah saya sendiri amat menghargai waktu subuh. Menghargai yang bagaimana tu haa ? Yeahh. err Kalau dapat, seboleh-bolehnya nak tidur gak lepas subuh walaupun sekejap. Saya tidak menafikannya. Namun bagi saya sendiri seorang pelajar, saya hanya menghadapi masalah rajin nak tidur lepas subuh ni bila kat rumah sahaja. Sobss [lap air mata]. Kat asrama tak pulak tu. Alhamdulillah. But, suka tak suka, sudah jelas tidur lepas subuh ni memang tak elok. Terpulang pada diri kita sahaja nak ubah gaya tidur kita, ataupun tidak.


Tabiat pemalas yang perlu diubah
  1. Bagun subuh lewat
  2. Melewatkan subuh
  3. Ala kadar je bangun subuh
  4. Tidur selepas subuh
  5. Tak bangun pun solat subuh. That's worst. Please don't.
"baru pukul 6 la der. setengah jam lagi kejut aku k ..Zzz"

Ketika Nabi Muhammad SAW melewati anaknya, Saidatina Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu subuh, maka baginda bersabda :
"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai. Sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." {Diriwayatkan al-Baihaqi}

Kita juga mengetahui bahawa Rasulullah SAW juga sering mendoakan ummatnya, :"Ya Allah, berkatilah ummatku di waktu pagi"

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata :"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."


Dalam diri manusia terdapat sejenis hormon yang begitu tinggi sekali di waktu pagi dan nilainya menurun di waktu akhir hari. Hormon itu dinamakan hormon kortisol. Hormon ini membantu badan manusia mengalami keadaan stress, mengawal tekanan darah dan membantu imunisasi badan manusia.

Berdasarkan graph, kita dapat lihat bahawa hormon ini paling banyak terembes pada waktu subuh lebih kurang 6 a.m sehingga 12 p.m. Pada waktu inilah respon badan kita terhadap perkara yang stress akan amat efisien sekali. Di sinilah barangkali terletaknya hikmah barakah pada pagi hari di mana tahap keaktifan badan kita terletak pada waktu paginya. Bagi geng-geng yang masih belajar, masa belajar yang paling efektif adalah selepas subuh. Masa n ilah waktu optima untuk mendapatkan idea dan memiliki tenaga yang yang banyak. InsyaAllah.

Dan orang yang berjaya tidak melakukan aktiviti siangnya pada waktu malam dan sebaliknya. Malah mereka bekerja secara paling produktif pada waktu siang. Disebabkan itulah Rasulullah SAW sering menghantar para sahabatnya berperang selepas waktu subuh.

selingan.
50 kali baca, 50 kali sentap.


Dari Skakhr al-Ghamidi,"Kebiasaan Nabi SAW jika mengirim pasukan perang adalah pada waktu pagi."
Skakhr al-Ghamidi adalah seorang pedagang yang kaya serta mempunyai harta yang banyak. Beliau berkebiasaan menghantar ekspidisi dagang adalah bertolak pada waktu pagi. 

"Dimakruhkan tidurmu wahai mukallaf selepas waktu subuh, kerana waktu itu ialah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang yang berakal."
{Imam as-Safarani}

Para salafussoleh telah menunjukkan teladan betapa pentingnya memanfaatkan keberkahan pada waktu tersebut untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang besar sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).

So guys...........masa untuk berubah !


Tips elak tidur selepas subuh
  • Tidur awal. Even tak dapat tidur awal pun, tidurlah dengan kadar secukupnya. Kenalah pandai-pandai atur masa :)
  • Elakkan minum minuman yang berkafein sebelum tidur. Minuman berkafein sangat popular terutama di kalangan para pelajar yang nak stay-up as well as kopi dan nescafe. Macam saya. Peaceee (!)
  • Tidak melakukan kerja fizikal yang terlalu berat pada sebelah siang hingga meletihkan tubuh badan.
  • Amalkan bersenam di awal pagi selepas subuh untuk menjaga stamina diri. Hm. Macam sentap je.
  • Membaca Al-Quran/Ma'thurat sehingga terbitnya matahari. Then, bolehlah proceed ke solat sunat isyrak pulak kan :) 

ya Allah, suburkanlah iman dalam keluarga kami. Ameeen.
Kita mampu mengubahnya.

Semua gambar kredit kepada syeikh google dan tuan punya gambar. Barakallahufihum.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Mei 2014

Tips sebelum mulakan perjalanan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum dan hai geng :) Seperti saya, saya yakin ramai antara kita yang sering keterlupaan sama ada sengaja atau tidak untuk baca doa sebelum mulakan perjalanan atau ringkasnya lepas keluar ruah. Kann..kann. Tak perlu berselindung, kita sama tapi tak serupa. Huuu so sad so jangan teruskan perangai ini.
Apabila kita hendak keluar dari rumah, bacaan-bacaan yang elok diamalkan ialah:


Baca ayat Kursi





Baca surah al-Ikhlas 7 kali



Kemudian bacalah doa perjalanan.
Ini adalah doa yang dibaca jika kita menaiki kenderaan darat. Jadi, masuk je kereta tu, baca dulu doa ni ok.




KELEBIHAN MEMBACA AYAT KURSI

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.  Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 Januari 2014

Useful tips

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Something that we might have not known and need to know. Well, I think all of these are the very very and very useful tips so I feel glad and proud to share. May it will help you as well :)

  • Ants Problem : Ants hate Cucumbers. KEEP the skin of Cucumbers near the place where they are or at Ant Hole. 

  • To Get Pure and; Clean Ice : Boil Water first before placing in the Freezer
  • To make the Mirror Shine : Clean with Sprite.
  • To remove Chewing Gum from Clothes : Keep the Cloth in the Freezer for One  Hour.

  • To Whiten White Clothes : Soak White Clothes in hot water with a slice of lemon for 10 minutes.
  • To give a shine to your hair : Add one teaspoon of vinegar to hair, then wash hair.
  • To get maximum juice out of lemons : Soak lemons in hot water for one hour, and then juice them.
  •  To avoid smell of cabbage while cooking : Keep a piece of  bread on the cabbage in the vessel while cooking.
  •  To avoid tears while cutting onions : Chew Gum
  •  To boil potatoes quickly : Skin one potato from one side only before boiling.
  •  To remove Ink from clothes : Put Toothpaste on the ink spots generously and let it dry completely, then wash.
  •  To skin sweet potatoes quickly : Soak in cold water immediately after boiling.
  •   To get rid of mice or rats : Sprinkle black pepper in places where you find Mice &   Rats. They will run away.
  •  Take Water Before Bedtime : About 90% of Heart Attacks occur Early in  the Morning & it can be reduced if one takes a glass or two of water before going to bed at night.

  •  We Know Water is  important but never knew about the Special Times one has to drink it.. !! Did you  ??? 
    • Drinking water at the right Time 
      • Maximizes its effectiveness on the human body 
    • 1 Glass of water after waking up
      • Helps to activate internal organs..
    • 1 Glass of water 30 Minutes before a Meal - 
      • Helps digestion..
    • 1 Glass of water before taking a bath
      • Helps lower your blood pressure. 
    • 1 Glass of Water  before going to bed 
      • Avoids stroke or heart attack.
 Chinese Proverb Says:
 'When someone shares something of value with you and you benefit from  it, You have a moral  obligation to share it with others too.'

So..., DO your's !
Barakallah and have a nice day :)
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Januari 2014

Tips menghilangkan sedu

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. hai ^^v


Dah besar pun masih tersedu lagi. Ya. Saya masih asyik tersedu. Sedu ini adalah tindakan tidak terkawal dan datang tanpa diundang dan pergi tanpa disuruh. Begitulah secara asasnya.

Orang dewasa nie jarang sedu, selalunya bayi atau budak-budak kecil selalu sedu. Orang tua-tua kata tu tandanya nak cepat besar dalam erti kata lain, pertumbuhan berlaku. Betul atau tidak entah la. Aku sendiri sendiri belum jumpa fakta sains yang dapat mengesahkannya. Cuma sekiranya bayi anda sedu, orang tua2, suruh letakkan perca kertas atau keratan tisu yang dibasahkan dengan air kemudian letakkan di dahi bayi.




Ok, itu secara ringkas pengenalan mengenai sedu dan cara menghilangkan sedu bayi. Jadi bagaimana pula nak menghilangkan sedu orang dewasa? Sebelum dibongkarkan tips rahsia menghilangkan sedu nie, mari kita ketahui terlebih dahulu punca – punca kesedukan ini berlaku. (huhu, dekat-dekat dengan perkataan sudoku pula bila sebut perkataan kesedukan nie)



Antara punca-punca yang dapat dikenalpasti berlakunya sedu ialah:

  • Menelan terlalu banyak udara
  • Ketawa yang melampau (selalu nye ni la yang menjadi punca utama sedu), kurangkan ‘haha’ maka kuranglah ketawa.
  • Makan secara lahap
  • Berasa bimbang
  • Rasa Teruja yang teramat
  • Merokok
  • Mengambil alkohol secara berlebihan

Punca-punca berlakunya aktiviti sedu sudah kita ketahui, maka tibalah masanya untuk dibongkarkan tips rahsia yang tak rahsialagi tentang bagaimana untuk menghilangkan sedu, tips ini sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak mumayyiz saja, jangan cuba pada bayi anda pula. Tips menghilangkan sedu yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:


1. Tahan Nafas selama 10 saat dalam keadaan anda bersandar atau baring
-Ini adalah cara yang paling mujarab. Tujuannya adalah supaya kita berada dalam keadaan tenang dan mengawal pernafasan.


2. Urut bahagian atas atau belakang langit – langit mulut
-Cara ini mungkin nampak agak pelik sikit tetapi ianya membantu juga. Hal ini kerana dengan mengurut di bahagian langit – langit, ia akan merangsang saraf vagus yang akan menyebabkan tindak-balas pada diafram. Gunakan kapas cotton – tipped applicator.


3. Minum segelas air sejuk dengan segera
Cara ini antara cara yang paling popular untuk diamalkan. Sama sahaja dengan kaedah di atas, fungsi air akan merangsang saraf vagus sekaligus membuatkan kita melupakan sedu untuk seketika.


4. Bernafas di dalam beg plastik dalam tempoh 2 ke 3 minit
Kaedah ini bertujuan agar kita dapat bertenang serta mengawal pola pernafasan. Tapi anda tidak di galakkan dilakukan di tempat awam kerana dikhuatiri anda di anggap mengalami masalah mental pula.. (orang yang lelah secara tiba-tiba juga boleh guna teknik ini)


5. Bersendawa
Dengan bersendawa, ia akan menghalang udara yang masuk yang menjadi sebab sedu berlaku. Pengambilan air berkarbonat yang bergas seperti 100 plus, pepsi dan sebagainya mampu menyebabkan anda bersendawa seketika.


Demikian 5 tips menghilangkan sendawa yang boleh pembaca sekalian praktikkan sekiranya berlaku. Ada kalanya, buruk juga rupa orang tengah sendawa, dan kadang-kala wajahnya lawok juga. Hehe.. Sekian.


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Januari 2014

Hilangkan sakit kepala dan beberapa sakit lain

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.


AIR SERAI BERLIMAU

Pernah minum air serai? Sedap kan.. wangi bau serai, . Kalau tak pernah minum cer try sekali insyaallah nak lagi. Air serai ni bagus utk kesihatan diri kita sebenarnya. Air serai dikatakan dpt
membantu proses penghadaman,
melegakan sakit kepala,
kekejangan otot dan khasiat dlm serai ni boleh membunuh sel kanser dlm badan dgn meminumnya dgn kaedah yg betul Semua ni perlu diamalkan lah, bukannya dgn sekali minum jer boleh terus baik dr sakit2 yg kita alami tu.. Yg penting ikhtiar dan tawakkal kan.


Utk serai ni gabungkan serai dgn limau kasturi utk memberi rasa yg lebih sedap dan juga khasiat yg lebih bila kita minum. Air limau kasturi pun elok utk menjaga badan kan.. hehe buat dlm versi panas sbb kurang suka air berais. Kalau nak minum versi sejuk bolehlah letak ketulan ais. Tapi seeloknya minumlah minuman panas dr minuman sejuk berais, tak la lemak2 dr hidangan yg kita makan tu cepat membeku dlm saluran darah. Lagipun kalau nak diet jgn la minum air berais sgt. Sebolehnya jauhkan minuman berais.
Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU

Bahan: 1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg) 1 biji limau kasturi 1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis 250ml air panas mendidih
Cara: Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2. Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula. Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai. Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi. Kacau dan sedia utk diminum.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Oktober 2013

PETUA TRADISIONAL yang menarik #2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum tout les monde. Hai  
Jikalaulah ada tersinggah dan terbaca entry ini >petua #1, maka entry ini adalah sambungannya. ecehh bahasa baik punya kan.thihii meh tambah ilmu lagi. Mana yang baik kita amalkan semoga bermanfaat dan dapat disebarkan walau sikit insyaAllah. Punyalah lama nak update second petua. hashash. #orang sibuk la katakan.  boo. semua orang pun ada sibuknya kann. heheh ^^

11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini.
 Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah.
 Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan. *Adeke orang guna dapur kayu lagi sekarang ?

15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat.
 Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam.
 Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan.
 Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh.

Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena. Yang ni confirm ramai yang buat kan. InsyaAllah berkesan.

20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan
 Lumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. 
 Kemudian balut kepala dengan kain lembab.
 Biarkan selama dua atau tiga jam.
Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

Jazakallah. Merci. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

18 Oktober 2013

TIPS anak solat tanpa disuruh dan dimarah.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Wahh baca tajuk je, macamlah aku ni dah ada nak. Walaupun saya sendiri tidak tahu adakah saya akan hidup besok lusa ataupun akan berkahwin [heish malu nak sebut], tak apelah nak share jugak. Bagi saya, ianya tetap sesuatu yang menarik. 

MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH....DIBEBEL...DAN DIPUKUL?


Begini ceritanya..


Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat. Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah... dah la tak solat...menipu pulak...

Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya. Maasyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah. Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning, tapi anak saya tetap tak berubah. Susah dan liat nak solat.

Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya.
Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.
Tak perlu disuruh.

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh.

Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni. Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je... doa.. doa.. dan doa.

Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah.
Solat tak perlu disuruh dah. Solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak dioarang.. solat tanpa perlu disuruh..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.
[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku"

InsyaAllah. Semoga ada hasilnya dengan keberkatan dan keredaan di sisi Allah. Ameen.

sumber : Bob Nor Ahmad

credit : Boboi maharaja lawak mega
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Julai 2013

11 Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan beberapa kitab muktabar yang lain. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.



  •  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya Fajar.



Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”(HR Bukhari & Muslim)


Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)



  •  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka.



Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)



  •  Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”



  •  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:

“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)



  •  Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata:

“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)



  •  Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)



  •  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.


(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.



  •  Memberi makan untuk berbuka puasa.


Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)


  •  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


  •  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan


Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:

“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


  •  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.


Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:


“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/
sumber: myibrah.com

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

24 Jun 2013

Tips Khatam Quran RAMADAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Assalamualaikum. Hai 

Video bawah ni adalah iklan super awesome yang 'belum' ada kat Malaysia. Memandangkan Ramadan pun dah makin hampir, macam yang kita sedia maklumlah kan--bila Ramadan Kareem datang, memang kita senanya kena wajibkan diri kita untuk baca Quran berkali kali kali kali ganda banyak. Kalau sebelum ni nak khatam sekali pun maybe sampai 3 hingga 4 tahun tu, *ha punye lama kau* bila Ramadan, sampailah peluang kita untuk khatam cepat. Better kalau kita mulakan dari awal (surah Al-Fatihah) pada 1 Ramadan . InsyaAllah.
Jangan baca Al-Quran cam biasa je, tak teraselah istimewanya Ramadan cenggituu. Gandakan usaha kita untuk meraih reda dan pahala dalam bulan yang barakah ni. Lepas tu kita cubalah teruskan usaha-usaha untuk istiqamah walupun sikit. ye dak ? . ^^ Jadi hamba ALLAH bukan hamba bulan ramadan. Ada beza di situ.
Iklan yang patut ada di Malaysia #3

So let's watch this benefical video . ecehh
Best tak ? Beriya macam nak tonton cite Feith pulak ye. nope la ^^ i mean video ni very simple n 'meaningfull'. Whoever got the 'meaning' means dia dapatla. err
Confirm ramai gak antara kita pun mengalami masalah yang sama iaitu bilamana kita beriya-iya nak khatamkan Quran tapi ehhh tak menyempat-menyempat. Ada je halangan yang menyebabkan tak boleh nak khatamkan khususnya kaum muslimah kerana masalah uzur syar'ie. So membaca Al-Quran dalam iklan ni memang satu cara yang cap jempol. Daebak ! Sementara menunggu bas pun boleh baca. Kalau jenis yang pening baca dalam kereta macam saya, boleh je baca masa lampu isyarat merah. Try dulu, lama-lama biasalah. Dulikkan org nak cakap ape kan. insyaAllah boleh khatam ^^
Lagi satu cara nak mengelakkan perasaan 'riak'  datang tanpa diundang, kita bolehlah 'pura-pura' supaya orang tak perasan kan. Bukan berpura-pura baca Quran tapi berpura-pura seolah-olah kita tengah buat benda lain supaya orang lain tak perasan . Cenggini


  •  Lepas je kita habis baca Quran untuk satu-satu masa (nak sambung lagi), kita catat surah apa, muka surat berapa dan yang berkaitan dengannya kat notebook, handphone or mana-manalah.

  •  Then bila kita nak keluar, and masa tu pulak ada masa terluang so kita grab peluang keemasan tu dengan bukak quran kecik kita. Tapi takut orang nampak pulak ? *tak kisahla kita masa tu dalam kereta ke, kat kedai kereta ke, tengah tunggu nasik masak ke atau yang bersekutu dengannyalah .
  •  Bawaklah buku lain yang lebih besar sikit or agak-agak boleh cover Quran kesayangan kita tu. Letak Quran di sebalik buku tu, n baca ^^


Maka insyaAllah dengan cara ni peratus riak datang dengan bantuan syaitan laknatullah tu akan berkurang. InsyaAllah. Lagipun pada zaman globalisasi yang dipenuhi dengan kecanggihan teknologi ni, bukankah ramai benau orang yang dah guna handphone 3G, 4, 5G, handphone teknologi canggih *htc, galaxy, melodi,tablet, ipad, pod dan sebagainya ? so gunalah kemudahan tu dengan baik. 
Pergi kat permainan google*GooglePlay, then search je Al-Quran android. Bukannya satu je ada. Banyak bah. Kita je yang balik-balik download game tak sudah-sudah, apeke game Angry Bird pun semuanya nak main. Sudah-sudahla tuu. Saya pun pengguna samsung galaxy gak, tu pasai khabaq sekali sini, supaya tak lupe. hihi
Lepas dah download mana-mana aplication yang berkenan di hati tu, haa apalaii ? Refresh balik tips atas tu. Bezanya, kita tak perlu susah-susah nak nyorokkan Al-Quran balik buku lain, baca ajelah kat hp tu.  Bila kita anggap senang, insyaAllah takdelah datang rasa susah, leceh, dan sebagainya . Chillah, boleh main game, doplohpat jam, takkan fokus baca Quran 30 hari je pun tak boleh gak kann. hihi insyaAllah fighting !
Ok bai dulu sini . Petang ni saya nak buat medical check up setelah settle bank in duit pendaftaran Unikl MFI pagi tadi. Semua buat sendirik, saya okay saya dah besar. Alhamdulillah .

Barakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Jun 2013

ZALORA :)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. Hai ^^v
Untuk tidak menjadikan entry ni sia2 bagi yang malas nak baca cerita saya ni, jadi saya nak wajibkan awq awq semua tengok video ni sampai habis.  :131:
ok proceed.
Alhamdulillah akhirnya barang zalora dahpun sampai di tangan saya. Saya tak keluarkan duit satu sen pun sebab saya dapat voucher RM50 x2. so saya beli dua barang dengan percuma je 
Voucher yang pertama saya dapat hasil kerjasama dengan pihak zalora. Saya buat tempahan 29/5 n kedua-dua barang saya ni sampai 31/5. Alhamdulillah so saya beli barang paling penting sebelum saya melangkah masuk universiti.
tadaaa
KASUT :)
sila abaikan color edit yg buruk tu.

Alhamdulillah tercapai gak hajat saya nak beli kasut bertutup camni untuk masuk u. :face45:

Second voucher saya dapat sebab saya participate contest zalora. bolehla dikatakan contest. Tapi senang je,  saya try2, besok dh dapat email bawah ni

Firstly, subscribe newsletter zalora. Pihak zalora kan maklumkan perkembangan zalora contohnya tentang contest voucher RM50 ni. Syaratnya sangatlah kacang rebus, 

1-awq cuma perlu tambah barang2 dalam wishlist awak banyak2, 
2- pihak Zalora akan pilih 10 orang pemenang by day. 
InsyAllah ada rezki, boleh je terpilih as pemenang kan .


Saya pilih barang yang kedua penting untuk persediaan saya ke..hihi saya janji nak announce saya pilih masuk mana .Entry ni --> OVERSEA . Nanti saya cerita lagi insyaAllah. Doakan saya :)

Tu je nak story. Lagi satu nak kasi tahu bahawasanya saya pernah terbaca satu blog akak ni yang cakap zalora penipu. Memang saya ada baca tapi tak ingat blog mana. Jadi di sini ye, saya menegaskan bahawa memang tak sia2 kalau awak bekerjasama dengan zalora dan pihak zalora bukanlah penipu. Masa saya order, saya ada masalah nak teruskan order, saya email zalora cpt je customer service zalora jawab n masalah settle :face44:
Nak jugak ? boleh email zalora sini --> zalorateam@zalora.com.my
Thanks zalora.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

15 Mei 2013

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh


Assalamualaikum. hai  :face45:




  •   Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.




  •   Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. Iaitu yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.



  •   Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.



  •   Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).



  •   Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.



  •   Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.



  •   Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


  •   Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.





  Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :face28:


Kalau kita rasa yang tudung labuh tu buat kita sampai mandi peluh , rimas or blabla..ingatlah  !


credit

NOTA KAKI.
Tajdid niat kita . Tak ada gunanya kalau kita bertudung labuh sekadar untuk dipuji nampak baik dan lain2. Niatlah kerana Allah, buatlah kerana Allah. insyaAllah kita kan buat dengan tenang dan sentiasa reda apa adanya kalau ada org yg pertikaikan penghijrahan kita . :face54: Mereka mungkin belum faham. :face12:
Selamat mencuba !

Another tips --> TEKAN. ;)


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai