-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

23 April 2013

Home » » Bas unik umpama limousin

Bas unik umpama limousin

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamaualaikum. hai ^^v



DUBAI - Satu kumpulan pereka Belanda dari Universiti Delft TU termasuk bekas angkasawan negara itu, Wubbo Ockels berjaya mencipta bas unik yang bernilai AS$18.75 juta (RM56.70 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Bas unik itu umpama limousin tetapi ia mempunyai enam tayar dan boleh membawa 23 penumpang manakala panjang kenderaan tersebut adalah 4.57 meter.

Kenderaan tersebut boleh bergerak selaju 255 kilometer sejam, mempunyai 12 pintu, dijana dengan satu motor elektrik dan bateri litium polimer.

Bentuk luaran kenderaan itu yang aerodinamik membantu ia menggunakan bahan bakar dengan efisen.

Ketua jurutera reka bentuk bas itu ialah Antonia Terzi yang pernah bekerja dengan pasukan kereta lumba Formula Satu, BMW Williams.

Projek pembinaan bas itu mengambil masa selama tujuh tahun yang bermula pada 2004.

P/s : Kat mana pulak nak simpan beg baju ek? ke ni bas ting tong je..hehek
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 ulasan :

  1. erkkk..ngeri btol..xbrani nak naik..mcm xslamat je

    BalasPadam
  2. mcm kenderaan kt angkasa lepas je..

    BalasPadam
  3. nampak cantik..tapi kena suruh volunteer cuba naik dlu..ahaha..

    BalasPadam
  4. @Nana Liena kann cm menakutkan sikit. hehe tapi mcm best jek

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)