-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

15 Februari 2013

Home » , , » Fesyen vs Aurat.

Fesyen vs Aurat.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamulaikum. ^^v hai (!)

sebelum tu, bagi yg bertudung, 
ucpkn Alhamdulillah...!

Dengan izin Allah, saya ternampak satu pic bertudung yg agak jahil di fb. *berpengaruh betul fb haha. 


Fesyen tudung terbaru yang jelas tidak mengikut syarak, direka bentuk macam rambut manusia yang beraneka warna. -->WIG HIJAB INSTANT-- x kesah senanya nak instantkan hijab selagi menutup aurat dan menepati syarak, kan? but yang the latest ni, wig?? saya x nak share picnya kat sini. (so kalau nak tahu, google sendiri  la eh..hehe) Sudah terang lagi berspotlight lah yang masyarakat islam sekarang dah semakin terserlah kepandaian dan kekreatifannya..(apedah ayat aq nih *_*) ni problem kreatif sangat pun susah kan. haha Tak susahla, cuma jgn slaha guna je ^^v so kawan2!, jangan berdiam diri, dan yang paling penting, jangan terpengaruh ! tau!




Ya ayyuhal muslimah,


Hakikat hijab adalah hijab lahir batin.  


Hijab MATA kita dari memandang lelaki yang bukan mahram. Hijab LIDAH kita dari berghibah (gosip) dan mengumpat, usahakan selalu berzikir kepada Allah SWT. Hijab TELINGA kita dari mendengar perkara yg mengundang mudharat baik untuk diri kita mahupun msyrkt sekeliling :) Hijab HIDUNG kita dari menghidu segala yang berbau busuk.(hidu gam ke,*ade ke?* atau benda2 yg x elok.) Hijab TANGAN kita dari berbuat yang tidak senonoh. Hijab KAKI kita dari melangkah menuju maksiat. Hijab FIKIRAN kita dari berfikir yang mengundang syaitan untuk memperdayakan nafsu kita.Hijab HATI kita dari sesuatu selain Allah SWT. :)


Bila kita faham, tudung yang kita pakai akan menyinari hati kita. itulah hakikat tudung.
get it? ^^ Alhamdulillah..~sambung lagi 



Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya. Tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

Ingatlah kita akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan dari kuburnya. Ketika ditiup sangkakala yang kedua kali, pada saat roh roh manusia seperti anai2 yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tidak ada rumput maupun tumbuhan. Pada saat itulah manusia baru tersadar, saat keringat karena rasa takut yang amat sangat luar biasa hingga menenggelamkan dirinya, dan rupa rupa bentuk manusia bermacam-macam.

harus kita ingat, jangan sampai pakaian kita jadi tabarruj. mari kita lihat  13 aurat wanita.
sekarang berfesyen sangat popular. sampaikan tiada batasan bagi muslimah. 
hati-hati !  

camni baru betul ! tutup dada. :)

in my own opinion, x de salahnya lah awq nak berstylish or pakai wane wani ke, dalam berhijab. ASALKAN ! tudung awq tu x menyalahi konsep hijab. ingat, jangan sekali-kali mengharamkan yang dah memang halal. maksud saya, tudung tu halal malah wajib, jangan kerana kita pakai fesyen yang entah ape2, jarang or x menepati syarak mungkin, menyebabkan tudung awq tu jadi haram dipakai.(faham x?) tapi ramai orang yg  tak sedar. yang sdeyhnya lagi, ditegur x nak dengar ^^' 


Wanita solehah
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah  wanita yang solehah"
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Muslimah yang dikasihi sekalian,
Jangan kau menilai cantik itu hanya pada paras rupa, bukan itu sebenarnya menjadi ukuran. Kerana pasti nanti ada yang melihat kecantikanmu andai dirimu berakhlak mulia. Kerana akhlak itu tempat tertambatnya cinta pada mata yang melihat.

Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti bunga dedap. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

Andai kurang cantik di mata manusia, tetapi berakhlak mulia, ibaratnya seperti bunga seroja. Biar putih salju, tetapi manisnya dihirup sang lebah menghasil madu.(cewahh   !) Memberi manfaat pada yang memerlu.

Andai cantik juga berakhlak mulia, itu adalah tambahan buat dirimu. Ibarat mawar menguntum indah, wanginya menarik sesiapa yang mendekati.Namun kecantikannya bukan mudah untuk disentuh, dimain kerana ada duri yang tajam mengawasi.

Satu yang kita perlu ingat, 

kecantikan bukan barang tontonan untuk dipamerkan untuk semua lelaki, ia hanya buat suamimu.

*klik utk tumbesaran


 Saudariku… Jagalah hijabmu agar dirimu sentiasa terpelihara..insyaAllah ^^
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 ulasan :

  1. salam ukhti.maera pun ada tgk.sedih la bila pemakaian hijab dipermiankan camtu.tudung dibuat mcm brg eksperimen je, pendek sana sini.kalua labuh takpe jgk.kdg2 nk tegur, takut makan hati..takut depa kata kita ekstreme. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. dakwah memang pahit kerana syurga itu manis kan..^^ saya pernah melaluinya. --kene balik..hehe tapi xpe. apelah yg ada pada pandangan manusia melainkan Allah ? mmg dah nazak dunia ni. Alhamdulillah ramai yg berhijrah memilih hijab. tapi masih x kene. kena byk bljr. semoga ukhti kuat dlm jln Allah ! syukran ukhti :)

      Padam
  2. zaman sekarang ni dah tak macam dulu..
    pakai tudung sekadar nak berfesyen jew sbb fesyen gaya rambut dah tak dek..
    ade tu pakai tudung tapi baju ketat singkat,baik tak payah pakai tudung..
    buat malu kami yang bertudung ni jew..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ^^ bagi kite yg beragama islam, harus fhm dan patuh perintah agama bkn buat x tahu. jgn sampai kita sendiri jadi fitnah kpd agama kita. May Allah bless us..~

      Padam
  3. Alahai..tak tahu nak cakap. Berfesyen tak salah, tapi jangan sampai langkah syariah. Makin banyak jenis fesyen tudung sekarang ni, tapi tak ikut tuntutan agama.



    p/s: singgah sini balik..dan follow juga. terima kasih ye sebab sudi singgah dan follow blog saya. ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul saya sokong awq :) tq sudi follow saya juge ^^

      Padam
  4. sedih tgk fesyen hijab ala2 wig tu.. speechless jap.. tkutnya ramai yg terikut :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann..sbb rmi major muslimah remaja skrg yg sgt suka berfesyen. mudah-mudhn x la kan, setakat ni masih x nmpk lagi org pakai..sama2 kita doakan insyaAllah ^^

      Padam
  5. banyak sangat fesyen tudung yang pelik sekarang, ain suka tengok org yg pakai tudung labuh, sedap mata memandang. in shaa allah, one day ain akan pakai tudung labuh juga lebih sopan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amiin..insyaAllah..jom sama2 kita usaha ! ^^

      Padam
  6. zaman sekarang b'tudung 2 sbb nak b'fesyen..

    jemput singgah :)
    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2013/02/pasang-surut-hidup.html

    mohon like sini juge ye :)
    http://www.facebook.com/pages/noraqilahjoharidotcom/267245240052274?ref=hl

    BalasPadam
  7. betul tu.
    zaman sekarang bertudung sbb nk berfesyen je.

    tgk org pakai tudung lawa,dia pun nk pakai tudung atas sbb nk berfesyen je.

    BalasPadam
  8. insyaALLAH... :) tapi ramai yang bertudung tetapi tidak menutup aurat dengan betul... kasihan tengok ...

    BalasPadam
  9. @syahirah makin hilang hikmah bertudung bila di'fesyenkan' begitu teruk !

    BalasPadam
  10. @Anonymous bertudung tidak semestinya dh menutup aurat dgn sempurna .

    BalasPadam
  11. Arol pernah tengok wig hijab instant tue kat Facebook. Hijab ke tue? Senang untuk orang super impose sebab dah menyerupai rambut. Nak berfesyen boleh tapi make sure menutup aurat, bukannya membalut aurat. :)

    BalasPadam
  12. @Arol Mubin betul. kite kena fhm kenapa Allah suruh kita pakai tudung. :)

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)