-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label The Power of Ibadah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label The Power of Ibadah. Papar semua catatan

15 Julai 2015

Hebatnya kita, apabila hebatnya Subuh kita

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  



mungkin saya bukanlah orang yang paling tepat untuk membincangkan soal ini, kerana saya bukan seorang lelaki ke ? Hm. Mungkin, kerana seorang perempuan tidaklah sama galakannya untuk solat berjemaah di masjid; tapi bukan yang utama. Tidak mengapa. Saya sering mendengar akan kepentingan solat subuh berjemaah memandangkan solat subuh ini waktunya special jadi ganjaran solat subuh yang dilakukan berjemaah secara Istiqamah amatlah special. 
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ramai ulama hadis memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya. Sekiranya kita nampak dia di saf solat×Subuh, bolehlah kita katakan yang dia benar-benar beriman.

Tetapi sekiranya sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan Allah yang bernama Solat Subuh ini.

Dalam hadis juga mengatakan , waktu subuh lah pergantian antara malam dan siang bermula. Pada saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.

“Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 27 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat Bukhari)

“Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Jadi beruntunglah bagi orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari, mahupun siang hari.

Allah menjelaskan, “Dan dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)


Bayangkanlah waktu itu kalau malaikat melaporkan yang kita sedang nyenyak tidur dan tidak mengutamakan waktu solat. Di waktu ini jugalah syaitan sedang memeluk kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat subuh. Kalau kita dapat bayangkan bagaimanalah syaitan tu peluk dan ikat kita, nescaya lintang-pukanglah kita berlari pegi bersihkan diri dan solat subuh. Ffuh. Takkan nak kena nampak kot baru nak jalan.

Termenung.

Solat qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantiklama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).


Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.

Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Hikmah solat Subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk dan berselimut hangat. Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.

Umat yang menjaga solat Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi. Manakala Umat yang melalaikan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan.

Jadilah kita, insan yang special di mata Allah. Ehemm.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

9 Oktober 2014

The night of Jumaat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  
When it comes about 'Malam Jumaat' i don't know why we're told about such mystics story. Much mystics to be share. Well, thats the time when we were kids. Momokkan the other peoples and scared them around with the creepy word malam jumaat. Yeah. Black cats story, hantu raya, roh berjalan-jalan melawat rumah, zombie kampung pisang, hantu kak limah and what so ever. Hahah. Sometimes it's funny i thought. But now, i've realise that the day of jumaah starting by the night of jumaah is special seriously. 

And now, the government of Johor which where tumpah darahku ini had annouced that Friday and Saturday as our public holiday. Uwaaa. For me, it's really good change even there's janggal everywhere for johorians except for us yang tak belajar kat johor lah. Peaceee. 
The moon embraces the sun [tajuk drama korea nih] subhanallah.
What's special ? Ok let's me speek malay. baru speaking sikit dah penat. 
Bak kata cikgu Johari Musa kat smakj dulu, hari Jumaat adalah penghulu segala hari bagmuslimin. Bagi kaum lelaki di Malaysia khususnya, dalam kurang lebih pukul 1pm dah start nak pegi solat Jumaat. So yang sepatutnya berlaku, alangkah bagusnya jika mereka dapat melakukan amalan-amalan sunat yang umum mahupun khusus pada hari Jumaat yang banyak ganjaran pahalanya. Lebih banyak masa yang mereka ada, maka lebih banyaklah amalan sunat yang dapat mereka lakukan dengan khusyuk lagi

Bagi kaum wanita yang bergelar isteri pulak, masa inilah mereka dapat mengaut pahala dengan membantu para suami yang hendak bersiap untuk solat Jumaat. Maybe tolong iron baju dan sambut suami balik solat Jumaat ? Haa tu cikgu jo cakap. And well, ofkoslah i'm agree 200%. Boleh pulak solat jemaah sesama family, dan berjemaah membaca surah Al-Kahfi atau surah Yaa Sin even tak jemaah pun. Jadi bukankah terang lagi berspotlight bahawasanya cuti umum pada hari Jumaat itu tersangatlah bermanfaat terutama bagi negara yang majoriti mempunyai penduduk bergama Islam seperti negara tercintahh kita ini. 

Bagi kita umat Islam, kita mengiktiraf malam Jumaat sebagai malam yang agung. Pada hari inilah umat Islam Seharusnya berebut-rebut mengejar ganjaran pahala yang istimewa. Did us know ? Pada hari tersebut setiap amalan yang diajarkan Rasulullah SAW yang kita amalkan, kita akan dapat pahala yang berganda. Rugilahhh mak jah oii kalau terlepas. 


8 AMALAN HARI JUMAAT
  • Memperbanyak selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamya, kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku. Para sahabat berkata:'Bagaimana dipersembahkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah ?' Nabi SAW bersabda: 'Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini untuk memakan jasad para nabi'." {Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah, dan An-Nasa'ie}

  • Mandi sunat pagi Jumaat
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Brangsiapa berwuduk pada hari Jumaat, maka itu baik. Namun barangsiapa yang mandi ketika itu,maka itu lebih baik."
{Hadis Riwayat An-Nasaie, Tarmidzi dan Ibn Majah}

  • Menggunakan minyak wangi dan bersugi
  • Solat sunat ketika menunggu Imam atau Khatib

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Siapa yang mandi pada hari Jumaat dan memakai pakaian terbaik yang dimiliki, memakai harum-haruman jika ada, kemudian pergi menunaikan solat Jumaat dan di sana dia tidak melangkahi bahu manusia lalu ia mengerjakan solat sunat, kemudian ketika imam datang dia diam sampai selesai solat Jumaat, maka perbuatannya itu akan menghapuskan dosanya antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya." 
{Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim}

  • Bersegera untuk berangkat ke masjid (Bagi lelaki)
Anas bin Malik RA berkata :"Kami berpagi-pagi menuju untuk menunaikan solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat." {Hadis riwayat Bukhari}


Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar berkata :"Hadis ini bermaksud, para sahabat memulakan solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang (waktu Qailullah) Berbeza dengan kebiasaan mereka ketika menunaikan solat Zohor ketika panas. Sesunnguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian menunaikan solat ketika matahari telah rendah (kurang panasnya)."

  • Solat sunat setelah solat Jumaat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat..." Amr menambahdalam riwayatnya, bahwa Suhai berkata :"Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang." {Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi}

  • Membaca surah Al-Kahfi
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya antara dua Jumaat" {Hadis riwayat Imam Al-Hakim}

  • Memperbanyakkan berdoa
"Pada hari itu, terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim solat, kemudian berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia (Allah) akan memakbulkannya." Lalu baginda mengisyaratkan dengan tangannya, (yang kami fahami) untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat)." {Hadis riwayat Bukhari dan Muslim} 
Let's read Al-Kahfi and be a good muslim :))
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Oktober 2014

Derita syaitan di Hari Arafah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  
As we are on 2014 Zulhijjah already, let's fast on 4th October which is 9th Zulhijjah on this becoming saturday. Believe me; we have to fast ! Jihad, yeah saturdate   Let's read and gain knowledge if we didn't even hear to this meaningful story yet. If only we know, then let's recall and spread the world. Bismillah.
As we clearly see on the picture above, alhamdulillah, there were about millions peoples gathered at Arafah field which is one of the main pillars of hajj. This is where Allah's mercy and forgiveness until this Arafah day becoming the day which syaitan most afraid of.
Again, let's me speak malay. thehehh
Daripada Abu Talhah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :"Selain daripada hari peperangan Badar, tidak ada lagi hari di mana syaitan terlihat sangat rendah, sangat kecil, sangat hina dan sangat marah, kecuali pada hari Arafah. Perkara itu berlaku kerana melimpah ruahnya rahmat Allah yang turun pada hari itu, dan banyaknya ampunan Allah terhadap dosa-dosa hamba-Nya.
{Hadis Riwayat Malik dalam kitab Al-Misykat}
Mengapa begitu ? Kerana seluruh usaha dan tenaganya untuk menyesatkan manusia gagal dan hampa apabila Allah melimpahkan lautan rahmat dan ampunanNya.
Imam Al-Ghazali meriwayatkan satu peristiwa yang berlaku kepada seorang alim yang kashaf  di mana beliau melihat syaitan pada hari Arafah dalam keadaan yang sangat lemah, wajahnya pucat, dan air matanya mengalir. Badannya juga nampak bongkok dan tidak dapat berdiri lurus. 

Maka orang alim itu bertanya kepada syaitan ;"Mengapa kamu menangis ?"
"Aku menangis kerana pada hari ini, para jemaah haji telah sampai ke padang Arafah. Aku tahu bahawa Allah SWT pasti mengkabulkan semua permintaan dan permohonan ampun mereka."

Tetapi mengapa pula keadaanmu sangat kurus dan lemah ?" tanya alim itu.
"Hal itu kerana aku tidak tahan mendengar telapak kaki kuda yang bunyi membawa orang-orang di jalan Allah untuk menunaikan haji, umrah, dakwah, dan jihad. Aduhai, alangkah baiknya jika mereka menempuh perjalanan untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran, barulah aku sangat gembira."

Dan mengapa pula kamu sangat pucat ?" kembali alim bertanya.
"Aku mendapati jemaah haji saling membantu dalam kebaikan. Alangkah senangnya hatiku jika mereka saling membantu dalam melakukan kemaksiatan dan kederhakaan."
"Dan satu lagi, mengapakah bengkok dan tidak dapat tegak lurus ?"
"Sepanjang masa, aku mendengar mereka berdoa dan berfikir untuk akhir hidup yang baik, bagaimana mungkin amal-amal kebaikan mereka dapat kumusnahkan."

Begitu hebat sehingga demikian amalan dan doa para jemaah haji sewaktu berhimpun di padang Arafah. Berdoalah kita, semoga Allah memberikan kita kesempatan dan diluaskan rezeki agar mudah-mudahan kita akan sampai ke sana dan dikabulkan doa-doa kita insyaAllah.


bacaan : [Kitab Fadilat Haji]

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

17 September 2014

Sedekah untuk pencuri, pelacur dan si bakhil

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  

Alkisah..


Pada suatu hari, pemuda dermawan ingin memberikan sedekahnya namun tidak mahu orang yang menerima sedekahnya itu mengenalinya. Pada malamnya, beliau keluar sambil membwa uncang berisi wang emas lalu berjalan mencari orang miskin. Selepas lama berjalan, beliau bertemu seorang lelaki tak dikenali lalu memberikan uncang tersebut dan terus beredar tanpa mengenali lelaki itu. Keesokan paginya, penduduk gempar kerana orang yang menerima sedekah tersebut adalah seorang pencuri. Akhirnya berita itu sampai kepada lelaki berkenaan. Beliau berasa susah hati kerana bimbang sedekahnya tidak diterima Allah kerana jatuh ke tangan orang yang salah. 

Pada malamnya, sekali lagi lelaki dermawan itu keluar dengan membawa seuncang emas dengan harapan sedekahnya dapat diberikan kepada penerima yang layak. Sampai sahaja di sebuah tempat, beliau ternampak seorang wanita yang sedang duduk menunngu sesuatu. Sebaik sampai di tempat perempuan tersebut, beliau terus memberikan uncang berisi emas itu tanpa bercakap dan terus beredar. Seperti sebelumnya, penduduk gempar mengtakan bahawa  perempuan cantik yang juga pelacur telah menerima derma wang emas dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Mereka merasakan bahawa sedekah itu tidak wajar diberikan kepada wanita yang menjadi pelacur.

Setelah berita berkenaan sampai kepada lelaki dermawan, beliau berasa amat sedih. Bagaimanapun beliau berharap dan berdoa semoga Allah menerima sedekahnya.

Selang beberapa lama, sekali lagi dermawan itu keluar malam untuk memberi sedekah dan berharap penerimanya adalah orang yang layak. Beliau terjumpa seorang lelaki yang tidak dikenali lalu terus memberikan wang kepada lelaki tersebut yang terpinga-pinga selepas menerimanya. Keesokan harinya, penduduk gempar mengatakan seorang lelaki kaya menerima sedekah. Dermawan tersebut berasa sedih.

Bagaimanapun, hanya Allah yang tahu saja yang tahu niat pemuda itu. Disebabkan keikhlasannya mencari keredaan Allah, Allah menerima sedekahnya dengan setiap kebaikan tanpa diketahuinya.

Lantaran keikhlasan lelaki dermawan tersebut, Allah memberi hidayah dan kesan kepada ketiga-tiga penerima sedekah tersebut. Lelaki pencuri menggambarkan jikalau dia berbuat jahat pun, Allah masih lagi memberikan rahmat, rezeki, dan keampunan kepadanya, apatah lagi jika dia menjadi orang yang baik. Lelaki pencuri itu insaf dan berazam tidak mengulangi lagi perbuatan haramnya lagi.

Wanita pelacur itu pula berasa malu dengan dirinya sendiri kerana walupun dia membuat kerja yang dilarang Allah, masih ada yang sudi membantu. Dia terasa dihargai dan menyesal serta berazam untuk bertaubat bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita solehah. 

Lelaki kaya itu pula merupakan orang kaya yang sangat bakhil. Dia tidak pernah memberi sedekah atau bantuan kepada orang ramai. Peristiwa itu memberi kesedaran kepadanya untuk mengeluarkan zakat. Kerana sikap pemuda itu, orang kaya bakhil tersebut menjadi orang kaya yang pemurah. 


ANEKDOT.
[Cerkon]
Mak Ude berkata kepada Mak Ngah :"Kau tahu, haritu pengemis kat jejantas depan kedai Ayong tu, rupa-rupanya penipu ! Agen tuu orang kata. Hishh geram betulla aku. Entah apa yang dibuatnya dengan duit aku bagi. Sia-sia je aku derma esshhushhhahaahuargh €#@$&!"

Mak Ngah :"Oh..tapi kau nak tahu tak de? Actually, apapun penerima sedekah lakukan dengan wang yang kita hulur tu, dah tak ada kena-mengena dengan kita lagi. Tapi sedekah, tetap berpahala jika kita ikhlas kerana Allah. Teruslah bersedekah walaupun sikit. Mungkin suatu hari nati, sedekah ikhlas kau, akan berkembang berganda-ganda kepada sesuatu yang bermanfaat sampai tak terputus pahala yang kau dapat. Yakinlah. Peaceee yo (!)"

cerita kontot anekdot adalah rekaan saya semata-mata.

"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaKu. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku mengasihinya.."
{Hadis riwayat Abu Hasan Al-Basri}


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 September 2014

Beza Antara Istikharah, Mimpi dan Gerak Hati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. :)



Kes 1
Seorang lelaki telah melakukan istikharah setelah dia minat kepada seorang perempuan, Tiga hari selepas istikharah, dia bermimpi melihat wanita itu, tersenyum simpul ke arahnya. Bila diceritakan mimpi itu pada keluarganya, ada yang menganggap bahawa itu bukan hasil istikharahnya, tapi disebabkan dia terlalu berkenan kepada wanita tadi hingga terbawa dalam mimpi


Kes 2
Seorang lelaki yang tidak pernah melihat wanita yang ingin dipadankan untuknya juga tidak pernah berkenalan dengannya kemudian dia istikharah. Selang beberapa hari, dia berasa hambar dengan wanita tersebut. Bila dinyatakan kepada ahli keluarga, ada yang menyatakan bahawa istikharah kurang tepat sebab belum kenal sedikit pun wanita tadi, dah buat istikharah


Kes 3
Seorang lelaki selalu berdoa apa sahaja dalam urusan hidupnya, semoga Allah memberi ilham kepadanya dan menjaganya dari kesilapan besar yang boleh menjatuhkan maruahnya, oleh itu dia akan buat apa sahaja keputusan atau tindakan berdasarkan gerak hati. Jika hatinya tenang terhadap sesuatu perkara maka itulah yang akan dilakukannya.





Masalah Istikharah



1. Hadis-hadis berkenaan Istikharah
عن جابر بن عبد الله قال
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعلمنا الاستخارة كما يعلمنا السورة من القرآن يقول إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به

Maksudnya : Dari jabir Bin Abdullah ra katanya: Adalah nabi saw mengajar kami untuk beristikharah dalam semua perkara sebagaimana baginda mengajar kami surah yang ada dalam Al Quran, baginda bersabda : Apabila salah seorang dari kamu berhasrat untuk melakukan sesuatu perkara maka hendaklah dia solat dua rakaat yang bukan fardhu seraya berdoa (selepas salam):


ليقل اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب اللهم إن كنت تعلم هذا الأمر فيسميه ما كان من شيء خيرا لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري أو خيرا لي في عاجل أمري وآجله فاقدره لي ويسره لي وبارك لي فيه وإن كنت تعلم يقول مثل ما قال في المرة الأولى وإن كان شرا لي فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيثما كان ثم رضني به
عن عائشة عن أبي بكر الصديق
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أراد أمرا قال اللهم خر لي واختر لي

Maksudnya : Dari Aisyah ra meriwayatkan dari Abu Bakr assiddiq bahawa nabi saw apabila hendak melakukan sesuatu perkara, baginda berdoa : Ya Allah berilah kebaikan padaku dan pilihlah untuk ku.


عن جابر قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه

Maksudnya: Dari Jabir ra katanya Nabi SAW bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan).



2. Beberapa Salah Faham Dalam Konsep Istikharah

Pertama:
Kebanyakan kita beranggapan bahawa solat Istikharah hanya dilakukan tatkala teragak-agak dalam memilih antara dua perkara. Sebenarnya ini kurang tepat kerana nabi Saw menyatakan dalam hadis:

Perkataan yang Nabi saw yang digunakan ialah ” هم” yang bermaksud hasrat, dan bukannya ” تردد” ( teragak-agak). Perkataan ” همّ” adalah tahap sebelum ” عزم”(keinginan kuat)

Apabila mana-mana individu yang ingin melakukan sesuatu pekerjaan, yang mana dia tiada pilihan lain, ini bermakna dia telah berhasrat (همّ) untuk melakukan perkara tersebut, dengan itu bolehlah dia beristikharah kemudian laksanakanlah perkara tadi. Begitulah sebaliknya, jika dia ingin meninggalkan sesuatu perkara yang tiada pilihan untuknya, maka beristikharahlah dahulu kemudian tinggalkan perkara tersebut

Walau bagaimanapun jika individu mempunyai pelbagai pilihan yang dia tidak mampu membuat keputusan, terlebih dahulu dia meminta pandangan yang layak memberi nasihat, kemudian pilihlah salah satu perkara tersebut dan berisitikharah pada satu pilihan tadi.


Kedua :
Ramai antara kita beranggapan bahawa istikharah hanya dilakukan pada perkara tertentu sahaja contohnya dalam bab nikah kahwin, musafir atau perkara yang ‘grand’, sedangkan dalam Islam, istikharah ini dilakukan pada semua perkara, kecil atau besar. Berdasarkan sabda Nabi SAW :


 كان يعلّمنا الاستخارة في الأمور كلّها
Maksudnya : adalah dia (Nabi saw) mengajar kami beristikharah dalam semua perkara ( riwayat Tirmizi)


Ketiga :
Ramai beranggapan bahawa solat istikharah perlu dilakukan dua rakaat secara khusus. Ini juga kurang tepat kerana bersumberkan hadis Nabi saw :

 فليركع ركعتين من غير الفريضة
Maksudnya : Maka hendaklah dia tunaikan dua rakaat yang bukan fardhu.

Penggunaan perkataan “من غير الفريضة”( yang bukan fardhu) mengambarkan makna umum merangkumi semua solat sunat hatta solat tahiyat masjid. Ini bermakna, jika sesorang melakukan solat sunat tahiyat masjid misalnya, selepas salam dia berdoa dengan doa istikharah yang diajar nabi SAW, maka dia telah dianggap beristikharah kepada Allah. :)


Keempat :
Ada yang beranggapan bahawa, perlu ada ketenangan terhadap sesuatu perkara setelah beristikharah, bagi membolehkannya melakukan perkara tersebut. Ini juga kurang tepat kerana makna asal istikharah ialah pohon kebaikan dari Allah. Ia juga merupakan salah satu konsep tawakal kepadaNYA sekalipun seseorang itu rasa kurang suka terhadap perkara yang hendak dilakukan.

Sila perhatikan kepada firmanAllah SWT:

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: dan boleh jadi kamu tidak suka sesuatu perakara sedangkan ia baik bagimu dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu perkara sedangkan ia tidakelok untuk kamu, dan Allah tahu sedangkan kamu tidak mengetahuinya
-Al-Baqarah : 216
Salah tanggapan inilah yang menyebabkan ramai mereka di luar sana berkali-kali melakukan istikharah, namun masih teragak-agak untuk membuat keputusan kerana katanya belum tenang hati terhadap perkara tersebut.

Kemungkinan ada dikalangan kita yang dapat punyai naluri membuat keputusan, ada yang tidak, oleh itu lakukanlah salah satu perkara, walau pun tidak ada gerak hati terhadap mana-mana perkara kerana sebenarnya Allah akan mudahkan apa sahaja pilihannya


Kelima :
Ada yang beranggapan bahawa perlunya ada mimpi setelah melakukan istikharah, lalu banyak kerja yang tertangguh dek menanti mimpi (atau ilham menurut pandangannya). Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah lakukan perkara yang perlu disegerakan setelah beristikharah. Sekiranya dia diberi mimpi baik, itulah “nur” yang dilimpahkan oleh Allah SWT terhadapnya, jika tiada mimpi maka tidak sepatutnya dia menanti sekian lama mimpi itu datang.



Moga Bermanfaat dan dapat memperkemas dan menambah faham fahaman kita. Bersangka baiklah terhadap Allah. Kalaupun suatu hari kita gagal setelah kita membuat pilihan, contohnya gagal dalam course pilihan kita, pasti itu juga pilihan Allah. Lebih baik gagal di dunia kann. Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Percayalah janji Allah. Nescaya akan tenang hati kita. InsyaAllah ameen.

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

2 Ogos 2014

Rata-Rata Setiap Umat Islam Nusantara Membuang Duit $50,000 Seorang Setiap Hari. Kenapa?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Hadis Fadilat Solat Berjemaah, Solat Duha Dan Menunggu Solat Setelah Solat


حدثنا ‏ ‏أبو توبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏الهيثم بن حميد ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى بن الحارث ‏ ‏عن ‏ ‏القاسم أبي عبد
الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏أبي أمامة ‏
‏أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من خرج من بيته متطهرا إلى صلاة مكتوبة
فأجره كأجر الحاج المحرم ومن خرج إلى ‏ ‏تسبيح ‏ ‏الضحى لا ‏ ‏ينصبه ‏ ‏إلا إياه فأجره
كأجر المعتمر وصلاة على أثر صلاة لا لغو بينهما ‏ ‏كتاب ‏ ‏في ‏ ‏عليين ‏

Telah Berkata Pada Kami Abu Taubah, Telah Berkata Kepada kami Al-Haytham bin Hamid dari Yahya bin Al-Harith dari al-Qasim Abu Abdul Rahman Dari Abu Umaamah,
Bahawa Rasulullah saw telah berkata : 'barangsiapa yang pergi keluar dari rumahnya dengan bersih untuk bersembahyang fardhu maka pahalanya adalah seperti pahala Haji Dan barangsiapa yang pergi keluar untuk solat Dhuha tiada niat lain melainkan itu sahaja maka pahalanya ialah seperti pahala umrah, Dan menunggu solat setelah solat yang tiada perbuatan sia-sia di antaranya adalah tertulis dalam kitab Illiyun.

Kata Ustaz penulis, umat Islam Nusantara sekarang amat boros, setiap mereka membuang $50,000 setiap hari. Kenapa?

Sebab mereka tidak tahu fadhilat solat berjemaah itu adalah seperti pahala haji. Jika sekali haji kita mesti membayar $10,000. Maka kalau 5 kali haji sehari semalam maka kita akan terpaksa membayar $50,000. Oleh itu bukankah boros namanya kalau kita tidak menggunakan kesempatan yang ada untuk mendapatkan pahala haji 5 kali sehari. Kalau setahun kita sudah dapat 365 x 5 = 1825 kali Haji.

Harganya ialah $18.25 Juta. Kalau 10 tahun = 18250 kali haji. Harganya ialah $182.5 Juta.
Bayangkan berapa banyakkah jumlah wang yang telah dibuang sia-sia kerana tidak mengambil kesempatan untuk mendapat pahala haji pada setiap kali solat fardhu.

Marilah sama-sama kita renungkannya.


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 Julai 2014

Khasiat berwuduk sebelum tidur

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai  (!)
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).


Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.


NOTA KAKI.
Syukur Alhamdulillah, walaupun sometimes datang masalah nak terbuang angin seribu puluh kali sehari, saya akan tetap amalkan ambil whuduk setiap kali ke bilik air ayau ke dapur bila tak ada whiduk. Kerana kita tidak tahu bialkah ajal akan menjembut. Alangkah indahnya jika Allah menjemput kita dalam keadaan kita berwudhuk. insyaAllah. Allahh. ALlahh.

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

13 September 2013

Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Malam atau Hari Jumaat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. :)


1) Dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq (Kaabah)
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘Atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim)

Baitullah juga dikenali sebagai Baitil Atiq iaitu rumah yang sentiasa merdeka dari segala kezaliman. Tanah Haram juga tidak boleh dikuasai raja yang zalim dan haram disakiti manusia semasa mereka berada disana.


2) dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
Daripada Abu Sa’id al-Khudri radliyallahu ‘anhu, dari Nabishallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “Sesiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249.


3) Memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, berkata: Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Mardawaih)



4) Terjaga dari fitnah Dajjal
Daripada Ali bin Abi Thalib:”Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai lapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya.”

Membaca Surah Kahfi Bila Bertemu Dajjal
Diriwayatkan hadith dari Ma’dan b Abi Talhah al-Yakmariyi hadith dari abi Dardak bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesiapa yg hafal sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat awal Surah al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan Dajjal.’ Hadith Muslim, Kitab Solat]

Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Maka sesiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”

Dalam riwayat Muslim yang lain, dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” Yakni dari huru-haranya.

NOTA KAKI.
InsyaAllah let's us try to istiqamah ok ;)

 Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Mei 2013

PENGANTIN KEMBALI KERAHMATULLAH DI SAAT SUJUD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Alkisah..

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Subhanallah  ! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud   ! :') Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh .


Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya . Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya. SubhanAllah!
Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah,
bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan? MasyaAllah.
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai dengan mengabaikan kewajipan menutup aurat ? *menutup aurat bukan dengan hanya bertudung ye ^^

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab? AllahuRabbi.
[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

ps: Buat  bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan awq, walau secantik mana sekalipun dandanan awq, jangan tinggal Solat apabila tiba waktunya. :)

NOTA KAKI.
Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disis Allah...


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit :) kbai  ! !

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 April 2013

Kehebatan WUDUK

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Assalamualaikum. 




DENGAN BERWUDUK BOLEH MERAWAT SISTEM SARAF DALAM TUBUH

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels. Subhanallah



HIKMAH WUDHUK

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.


Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.


teringin nak cuba yang ni ^^


Kalau kita check balik, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa. Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.


Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).



Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.



NOTA KAKI.
Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya. Sebab tulah kita kena belajar untuk sentiasa perbaharui wudhuk setiap kali solat dan mengekalkan wudhuk. Buatnya on the way kita pergi mana2 dalam keadaan berwhuduk, sampai ajal kita waktu tu. Meninggal kita dlm keadaan berwudhuk ^^

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai   ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

7 Mac 2013

SOLAT DALAM KENDERAAN. gimana ni?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
 Asslamualaikum. hai (!)
bacalah untuk tambah ilmu ^^

Alangkah bohsahahahannnya duk rumah..iyaaaaa ka. kan. senanya banyak benda2 bermanfaat yang kita boleh buat untuk hilangkan bosan kan? kankan. Semenjak menyandang jawatan sebagai suri rumah sepenuh masa yang tak berijazah ni, semakin brsemangat saya update blog :D Well. orang kata, sharing is caring.
kononnya. 

Alhamdulillah pada 2 hb March yg dah semakin hampir dengan tarikh amik result SPM ni, (erkk ><) saya nak jawab soalan dari salah seorang sahabat saya. much love for her  
nilah soalannya :)


Sebenarnya jawapan saya agak panjang, jadi saya rasa lebih baik kalau saya share kat sini terus :D 

Baiklah, saya nak jawab soalan yang first.--SOLAT DALAM KAPAL TERBANG.
Biasanya kalau kita jalan jauh naik kereta tak adalah masalah sangat kan? yelah kita boleh singgah RnR or mana2lah kan yang boleh. surau or masjid pun tak susah nak cari sekarang . (Alhamdulillah^^)

Tapi bila naik kapal terbang, RnR mana nak berhenti. Tak payah fikir, memang tak pernah wujud RnR terapung pun --' Agak-agak kalau jumpa juruterbang minta dia landing jap nak solat, nak ke dia? silap2 orang kata kita tak betul hehe..Masa tulah macam2 persoalan timbul.

klik SINI
First, WUDUK. Kalau wuduk rasanya lebih senang nak settle kan? kalau ada tandas, silakan. kalau tak ada, gunalah air minuman, or mintak je kat pramugari :) pastu just ambil bahagian yang wajib je. Kalau darurat sangat, hah apa tunggu lagi, TAYAMUM jom sis ! ambik je debu2 kat dinding kapal terbang tu. beres kan. hehe ^^v 

Second masalah, PENENTUAN ARAH KIBLAT. Buatnya tengah-tengah perjalanan airplane tu corner tempat lain, berubah pulak kiblatnya *garu kepala Jumhur ulama' menjawab masalah ni dengan memadai kita meletakkan keyakinan arah kiblat masa awal solat, iaitu sewaktu takbiratul ihram. Lepas tu, kita duduklah semula ikut arah pergerakan kapal terbang tu. :) Haa, masa nilah kita boleh aplikasikan salah satu dalil dari Al-Quran surah Al-Baqarah, ayat 143. maksudnya,

"...katakanlah (wahai Muhammad); Bagi Allah itulah pemilik Timur dan Barat..."
So, kita letakkan iktikad Allah sentiasa ada walau kat mana  Semua arah adalah di bawah penguasaannya. Kaedah ni RUKHSAH bagi keadaan yang amat memerlukan sahaja. ok?

Third, eeh ada lagi. Berkenaan RUANG SOLAT. Takkan nak solat tengah2 laluan pulak. pastu nanti terhuyung hayang cam orang mabuk pule.. tu dah susahkan orang namanya. haaa don't worry, ISLAM IS EASY. ^^ so bersolatlah dengan cara duduk. :) kalau tak tahu, belajar ae? ^^v hihihihihi..dah. Tapi, kalau dalam kapal terbang tu dah disediakan tempat solat, musolla, surau or tempat solatlah maka tersebutlah kisah, hilanglah  kelonggaran untuk solat atas kerusi secara automatik ye. 

ikut keadaan dalam kapal terbang. subhanallah !

Awq pernah tak dengar tentang solat menghormati waktu? Kalaulah kita dalam keadaan berhadas (tak ada air untuk berwuduk dan sukar untuk bertayamum) dan sukar untuk solat menghadap kiblat, kita tetap wajibun tunaikan solat (!) . Tapi sah ke solat kita tanpa wuduk tu?   .     ?  Persepakatan ulama' mengatakan solat tu tak dihukumkan sah tapi sekadar menghormati waktu solat. Macam sia-sia je solat tak sah, tapi nak buat jugak? ye, memang tak sah, tapi sekurang-kurangnya masa solat kita tak terbuang cam tu je. Kita boleh apa, latih disiplinkan diri supaya kita yang dah semangnya berlemak-lemak ni tak naik lemak lagi dengan tak jaga waktu solat fardhu. kan.. ^^

Btw, bila dah namanya solat fardhu wajiblah kita qada'kan solat tu bila sampai ye. Kalau boleh jama' , niatlah jama' masa waktu pertama. --boleh buat jama' ta'khir. Kalau tak sempat jugak, bergantunglah pada keadaan kita masa tu. 

Macammana kalau kita ditakdirkan Allah untuk meninggal dunia sebelum tiba destinasi? atau lebih tepat lagi, sebelum sempat mengqada'kan solat fardhu tadi? Berdosakah kita? Sama ada Allah mengampunkan kita tau tak, itu adalah urusan kita dengan Allah. Sekurang-kurangnya kita dah bersungguh-sungguh tunaikan kwajipan kita walaupun masih serba kekurangan + tak sempurna. Allahu'alam.

:')
Jomlah kita selalu berdoa banyak2 supaya kita termasuk dalam golongan yang cemerlang dan mendapat husnul khatimah ^^
OK, Alhamdulillah. sampai sini je perkongsian saya yang sungguh banyak kecacatan dan kelemahan. Moga bermanfaat walau sikit insyaAllah :)

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

17 Mac 2012

Bermulanya pembacaan doa qunut

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Antara banyak2 amal ibadat yg kita lakukan, mesti kadang2 kite t'tanya2 knpe solat ni kene buat ni? yg ni x ade pulak? mcm mne b'mulanya amal ibadat yg difardukan ke ats kita ni kan :)



salah satunya, kita baca doa qunut setiap kali solat subuh..kenapa?


                                           
Alkisah..
Kisah ni merujuk kepada asal-usul bermulanya membaca doa Qunut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Harap dapat ambil iktibar dan dijadikan panduan. :)

Daripadanya Anas r.a katanya : 


Telah datang rombongan kepada Nabi s.a.w suatu rombongan daripada orang-orang Arab Badawi datang menemui Nabi s.a.w. (Rombongan ini merupakan rombongan daripada ahli Najd, iaitu
penduduk pedalaman semenanjung tanah Arab yang dikenali dengan Riyadh). Mereka terdiri daripada orang-orang Badawi. Mereka diketuai oleh Abu Ubara’ datang kepada Nabi s.a.w dan berkata hantarkan bersama kami beberapa orang yang boleh mengajar kami akan Al-Quran dan Sunnah. Lalu Nabi s.a.w menghantar kepada mereka seramai 70 orang lelaki dalam kalangan Ansar dikenali dengan ahli Qurra’ iaitu mereka yang membaca dan mengaji Al-Quran.

Namun, hakikatnya Qabilah Arab ini datang dengan tujuan menipu bukan untuk masuk Islam. Mereka berpura-pura bahawa mereka telah masuk Islam dan berkata wahai Rasulullah, “hantarlah kepada kami guru-guru yang mengajar kami”.

Maka Rasulullah menghantar 70 orang ahli Qurra’ ini. Sewaktu di pertengahan jalan sebelum sampai ke destinasi, tiba-tiba mereka telah diserang oleh musuh. Ahli Qurra’ ini telah diperangkap oleh Qabilah Arab Badawi. Qabilah ini bukan mahu memeluk Islam tetapi mahu menipu untuk membunuh sahabat-sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Mereka yang diperangkap ini terdiri daripada sahabat-sahabat yang mengaji bersama dengan Nabi s.a.w di waktu malam dan di waktu siang hari mereka mencari kayu api dan menjualnya untuk membeli makanan untuk diberikan kepada ahli Sufah (orang-orang faqir dan miskin yang tinggal di serambi rumah Nabi s.a.w). Mereka juga mengangkut air dan diletakkan di masjid untuk dijadikan air wudhu’ oleh mereka yang datang ke masjid. Mereka ini merupakan orang-orang yang baik dan tiba-tiba Allah memilih mereka untuk mati sebagai mati syahid. Sebelum mereka dibunuh oleh musuh-musuh,

mereka berdoa kepada Allah Ta’ala dengan doa (antara yang berdoa itu ialah Haram Bin Milhan, bapa saudara Anas r.a) : “Ya Allah Ya Tuhan kami, sampaikan berkenaan kami (berita yang berlaku kepada kami ini) kepada Nabi kami sesungguhnya kami telah menemui-Mu dan kami redha kepada-Mu dan Engkau redha kepada kami”. Ketika mereka sedang berdoa, datang seorang kafir menikam Haram dari belakang sehingga menembusi dadanya dan haram berkata : “Demi Tuhan, aku telah berjaya”. Haram gembira kerana mati syahid.

Berita ini kemudiannya dibawa oleh Malaikat Jibril ke madinah dan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w. Nabi s.a.w menerima berita ini dengan menangis dan dengan sedih. Salah seorang dari mereka dibawa ke Mekah dan diserahkan kepada golongan Musyrikin Mekah lalu dihiris dengan pisau dan dijadikan upacara oleh Musyrikin Mekah lalu mereka mempersendakan bagaimana kalau kami memberitahu kepada Muhammad kamu diseksa.


Kata sahabat itu : “Aku tidak rela Muhammad kena duri, lebih baik aku dibunuh.” 



 
Seorang pemimpin kafir yang masuk Islam menceritakan peristiwa ini : “Aku tidak pernah tengok seorang yang kasih kepada orang lain sebagaimana sahabat Muhammad kasih kepada Muhammad s.a.w sehingga rela mati daripada nabi kena duri apatah lagi Nabi dibunuh.” Terkejut.

Ketika dihiris, sahabat ini mengatakan bahawa dia telah mencapai kebahagiaan sebagaimana yang telah dijanji oleh Allah Ta’ala dan dijanji oleh Nabi s.a.w yang mana Nabi s.a.w menerima berita ini daripada Malaikat Jibril. Nabi mengarahkan dan mengajak sahabatnya berqunut dan bermula itulah qunut dibaca dalam solat Subuh.


Doa Qunut ialah memohon petunjuk dari Allah, dan memohon Allah memberi pertolongan dan member kekuatan dalam menghadapi musuh-musuh Islam. Qunut dibaca bersempena dengan peristiwa sahabat Nabi s.a.w yang dihantar untuk mengajar Al-Quran telah dibunuh oleh orang-orang kafir. Nabi membaca qunut selepas solat dan dalam Mazhab Syafi’e, qunut menjadi sunat ab’ad dalam fardhu Subuh dan solat Witir separuh yang akhir di bulan Ramadhan. Hadith tersebut menunjukkan bagaimana ketaatan para sahabat radhiyallahu ‘anhum kepada Nabi s.a.w.

Mereka sanggup pergi ke tempat yang jauh lagi merbahaya kerana perintah Rasulullah s.a.w sehingga mereka dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Mereka juga dianggap sebagai orang-orang yang berjihad. Mereka yang mengajar dan menyampaikan ilmu dikira sebagai berjihad dan mereka yang dibunuh kerana menyampaikan ilmu, mereka juga dianggap syahid di sisi Allah s.w.t.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Jun 2011

3 orang remaja--memang bermasaalah !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alkisah..


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybabkan tok imam tak senang duduk. Padd satu hari tok imam tu datang dengan niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nanti.

Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.



Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala...". Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali dan menyuruh Tok Bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak khusyuk jugak lagi...

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba-tiba je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aaa, tengok! Sekali jee tokkkk!!" Lalu batallah solat Budin. Yg lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid-wiridnya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee...
Tok imam pun terkedu & terpana...


NOTA KAKI
Lain kali, klu rse2 blom cukup ilmu tuu, jgnlah bongkak sgt..ape kata org,, bodoh sombong? haa..itulahh dia..ish3..mcm dlm cite ni, akibat wujudnya manusia2 yg bongkaknya bukan main cam 3 org yg masih jahil ni, diterimakah solat kesemua para makmum klu solat imamnya pun x sah?..huhu.. 
Orang yang dijadikan imam juga harus dititikberatkan ciri2 yg sepatutnya ok ^^
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

17 Februari 2010

10 jenis solat yang tidak diterima Allah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Rasulullah S. A. W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S. A. W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S. W. T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S. W. T dan jauh dari Allah."Hassan r. a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

wali'yazubillah..

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai