BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Daripada Abu Talhah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :"Selain daripada hari peperangan Badar, tidak ada lagi hari di mana syaitan terlihat sangat rendah, sangat kecil, sangat hina dan sangat marah, kecuali pada hari Arafah. Perkara itu berlaku kerana melimpah ruahnya rahmat Allah yang turun pada hari itu, dan banyaknya ampunan Allah terhadap dosa-dosa hamba-Nya. {Hadis Riwayat Malik dalam kitab Al-Misykat}