BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour
When it comes about 'Malam Jumaat' i don't know why we're told about such mystics story. Much mystics to be share. Well, thats the time when we were kids. Momokkan the other peoples and scared them around with the creepy word malam jumaat. Yeah. Black cats story, hantu raya, roh berjalan-jalan melawat rumah, zombie kampung pisang, hantu kak limah and what so ever. Hahah. Sometimes it's funny i thought. But now, i've realise that the day of jumaah starting by the night of jumaah is special seriously.
And now, the government of Johor which where tumpah darahku ini had annouced that Friday and Saturday as our public holiday. Uwaaa. For me, it's really good change even there's janggal everywhere for johorians except for us yang tak belajar kat johor lah. Peaceee.
|
The moon embraces the sun [tajuk drama korea nih] subhanallah. |
What's special ? Ok let's me speek malay. baru speaking sikit dah penat.
Bak kata cikgu Johari Musa kat smakj dulu, hari Jumaat adalah penghulu segala hari bagmuslimin. Bagi kaum lelaki di Malaysia khususnya, dalam kurang lebih pukul 1pm dah start nak pegi solat Jumaat. So yang sepatutnya berlaku, alangkah bagusnya jika mereka dapat melakukan amalan-amalan sunat yang umum mahupun khusus pada hari Jumaat yang banyak ganjaran pahalanya. Lebih banyak masa yang mereka ada, maka lebih banyaklah amalan sunat yang dapat mereka lakukan dengan khusyuk lagi.
Bagi kaum wanita yang bergelar isteri pulak, masa inilah mereka dapat mengaut pahala dengan membantu para suami yang hendak bersiap untuk solat Jumaat. Maybe tolong iron baju dan sambut suami balik solat Jumaat ? Haa tu cikgu jo cakap. And well, ofkoslah i'm agree 200%. Boleh pulak solat jemaah sesama family, dan berjemaah membaca surah Al-Kahfi atau surah Yaa Sin even tak jemaah pun. Jadi bukankah terang lagi berspotlight bahawasanya cuti umum pada hari Jumaat itu tersangatlah bermanfaat terutama bagi negara yang majoriti mempunyai penduduk bergama Islam seperti negara tercintahh kita ini.
Bagi kita umat Islam, kita mengiktiraf malam Jumaat sebagai malam yang agung. Pada hari inilah umat Islam Seharusnya berebut-rebut mengejar ganjaran pahala yang istimewa. Did us know ? Pada hari tersebut setiap amalan yang diajarkan Rasulullah SAW yang kita amalkan, kita akan dapat pahala yang berganda. Rugilahhh mak jah oii kalau terlepas.
8 AMALAN HARI JUMAAT
- Memperbanyak selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamya, kerana selawat kalian akan dipersembahkan kepadaku. Para sahabat berkata:'Bagaimana dipersembahkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah ?' Nabi SAW bersabda: 'Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi ini untuk memakan jasad para nabi'." {Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah, dan An-Nasa'ie}
Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Brangsiapa berwuduk pada hari Jumaat, maka itu baik. Namun barangsiapa yang mandi ketika itu,maka itu lebih baik."
{Hadis Riwayat An-Nasaie, Tarmidzi dan Ibn Majah}
- Menggunakan minyak wangi dan bersugi
- Solat sunat ketika menunggu Imam atau Khatib
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Siapa yang mandi pada hari Jumaat dan memakai pakaian terbaik yang dimiliki, memakai harum-haruman jika ada, kemudian pergi menunaikan solat Jumaat dan di sana dia tidak melangkahi bahu manusia lalu ia mengerjakan solat sunat, kemudian ketika imam datang dia diam sampai selesai solat Jumaat, maka perbuatannya itu akan menghapuskan dosanya antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya."
{Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim}
- Bersegera untuk berangkat ke masjid (Bagi lelaki)
Anas bin Malik RA berkata :"Kami berpagi-pagi menuju untuk menunaikan solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumaat." {Hadis riwayat Bukhari}
Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar berkata :"Hadis ini bermaksud, para sahabat memulakan solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang (waktu Qailullah) Berbeza dengan kebiasaan mereka ketika menunaikan solat Zohor ketika panas. Sesunnguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian menunaikan solat ketika matahari telah rendah (kurang panasnya)."
- Solat sunat setelah solat Jumaat
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat..." Amr menambahdalam riwayatnya, bahwa Suhai berkata :"Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang." {Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi}
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Barang siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka Allah akan meneranginya antara dua Jumaat" {Hadis riwayat Imam Al-Hakim}
"Pada hari itu, terdapat satu waktu yang tidaklah seorang hamba muslim solat, kemudian berdoa memohon kebaikan kepada Allah bertepatan pada saat itu, melainkan Dia (Allah) akan memakbulkannya." Lalu baginda mengisyaratkan dengan tangannya, (yang kami fahami) untuk menunjukkan masanya yang tidak lama (sangat singkat)." {Hadis riwayat Bukhari dan Muslim}
Let's read Al-Kahfi and be a good muslim :))
Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai