-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Fanzuru !. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fanzuru !. Papar semua catatan

9 Jun 2020

Burung Yang Cacat

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Jangan kita melihat kepada orang-orang yang fakir dan lemah sambil berkata, “Mengapa Tuhan menjadikan mereka lemah dan susah?” Tetapi katakanlah, “Tuhan telah menciptakan saya dan orang-orang yang memiliki kemampuan untuk membantu mereka yang lemah”. Maka berusahalah dan bantu mereka yang kesusahan.


Alkisah..

Syaqiq al-Balkhi merupakan seorang pedagang dan mempunyai hubungan yang baik dengan Ibrahim bin Adham, seorang alim dan ahli ibadah. Pada suatu hari, Al-Balkhi pergi berniaga ke luar kota. Namun, tidak lama kemudian, dia kembali ke kotanya. Kepulangannya yang terlalu cepat itu menyebabkan Ibrahim bin Adham bertanya kepadanya akan hal yang menghairankan tersebut.

“Wahai sahabatku, mengapa begitu cepat engkau kembali ?”, tanya Ibrahim.
“Dalam perjalanan, aku terlihat suatu perkara yang aneh, sehingga aku memutuskan untuk tidak meneruskan perjalanan.”
“Apa keanehan yang kau lihat itu ?”

Maka Syaqiq Al-Balkhi menceritakan kisahnya. Dia menjelaskan bahawa di tengah perjalanan, dia beristirehat di sebuah bangunan yang sudah rosak. Secara tidak sengaja dia melihat seekor burung yang cacat sayapnya dan buta matanya. Burung itu tidak boleh terbang dan tidak boleh mencari makanan sendiri disebabkan dua kekurangannya itu.

Perkara itu membuatkan al-Balkhi berasa hairan. Bagaimana burung itu boleh bertahan hidup dengan keadaan begitu ? burung itu hidup sendirian dan tidak mampu merawat dan mencari makan sendiri. Kerana rasa inkuiri yang tinggi, al-Balkhi memutuskan untuk menunggu dan melihat apa yang terjadi pada burung itu seterusnya.

Image result for burung membantu burung lain yang buta
(gambar hiasan)

Tidak lama kemudian, ada seekor burung lain yang datang ke tempat itu dengan makanan di mulutnya. Burung itu kemudiannya menghampiri burung yang cacat dan menyuapkan makanan ke paruhnya. Burung yang cacat itu kemudian memakan makanan yang disuapkan kepadanya. Al-Balkhi memutuskan untuk terus memerhati dan dia berasa semakin takjub. Burung yang cacat itu tidak kelaparan sama sekali, kerana burung yang kedua selalu datang secara  rutin untuk memberikan makanan kepadanya.

“Maka saya pun membuat kesimpulan bahawa Yang Maha Rezeki telah memberikan rezeki yang cukup kepada seekor burung yang cacat lagi buta dan jauh daripada rakan-rakannya. Jika demikian, Allah juga akan mencukupkan rezeki saya sekalipun saya tidak bekerja. Itulah sebabnya saya memutuskan untuk segera pulang ketika itu juga.”

“Wahai sahabatku, mengapa engkau mempunyai pemikiran sebegitu ? mengapa engkau rela menyamakan darjatmu dengan seekor burung yang cacat lagi buta ? Mengapa engkau rela jika dirimu hidup atas belas kasihan dan bantuan orang lain ? mengapa engkau tidak berfikiran sihat untuk cuba menjadi seperti burung yang seekor lagi itu ? Dia bekerja keras untuk mencukupkan keperluan hidupnya sendiri dan sahabatnya yang memang tidak mampu bekerja. Apakah engkau tidak tahu, bahawa tangan yang ada di atas itu lebih mulia daripada tangan yang di bawah ?

Kata-kata ini membuatkan  al-Balkhi terpegun. Kata-kata Ibrahim telah membuka pandangannya tentang sesuatu yang lebih agung dan mulia. Maka dia pun bangkit lalu mencium tangan Ibrahim bin Adham sebagai tanda terima kasih. Setelah itu dia pun memutuskan untuk memulakan kembali perniagaannya.

IBRAH
Ramai yang tersalah tafsir hidup secara tepat. Merasa hidup akan tetap aman tanpa usaha keras dan luar biasa. ‘Malaysia masih aman’ katanya. Belajarlah menjadikan hidup kita selalu berpandangan luas dan positif, maka hidup kita akan lebih tenteram dan bahagia. Antara lain, sentiasa belajar untuk menerima teguran dengan sebaik mungkin walau dari siapapun datangnya teguran itu.
Bekerja dan berusahalah untuk menjadi tangan yang di atas, usah ditunggu kaya bak Dato’ Aliff Syukri atau Dato' Vida baru rasa nak memberi. Its a no-no. Bekerja dan menempuh kesusahan memang memenatkan, tetapi pada akhirnya ia akan membawa kemudahan, insyaAllah.

Inna ma’al ‘usri yusra. :))
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Mei 2019

Bertemu di syurga

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Ramadan kareem !
Jika kita tidak boleh memilikinya di dunia, bukan bererti kita tidak boleh memilikinya langsung.
Intro.

Alkisah..
Ada seorang ulama' soleh yang hidup pada zaman ini, mempunyai ilmu yang mendalam. Selain keadaan ekonomi beliau yang cukup baik, beliau memilih hidup berserhana, tidak berlebihan dalam segala hal. Beliau sering membantu mahasiswa yang bermasalah kewangan, juga yang hendak berkahwin dari sakunya sendiri.

Bagaimana ini berlaku? Beliau menahan dirinya dari memiliki apa yang beliau mampu dapatkan walaupun harga mahal sedangkan beliau mampu.

Suatu hari, beliau membeli buah-buahan yang baik dan harganya tidak terlalu mahal. Seketika kemudian, di kedai kain, beliau terlihat beberapa ikat anggur yang sangat ranum dan menarik hati sesiapun apatah lagi yang mampu membelinya (yang harganya agak mahal berbanding buah lain). Namun beliau memutuskan untuk tidak membelinya. Beliau menatap anggur itu seketika dan mengatakan sambil terseyum,"Bukan sekarang..tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insyaAllah."
Sumber cerita :Mudahkan Jangan Susahkan, Syed Alwi Alatas (2012)
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
.................
 
SEKOLAH
Stereotype kebanyakan masyarakat terutama masyarakat di sekeliling saya, bahawa anak cikgu ni tak susah, k a y a ! Saya anak cikgu, tak pernah jumpa tang mana 'kaya'nya tu.. Kalau kat rumah takda lauk, maka kami satu famili makan telur, nasi, kicap ! cukup alhamdulillah. Masa kawan-kawan kebanyakannya akan sambut hari lahir bersama famili, buat majlis, makan-makan kek, ada pula yang lagi best, datang sekolah bawak cenderahati hari jadi bagi semua kawan-kawan kelas dan guru-guru, saya tidak pula merasa semua tu. Adalah dapat kek sekali. ya, sekali sahaja dalam ingatan saya, alhamdulillah.

Jarang sekali kehendak saya, umi ayah tunaikan. tapi itu zaman sekolah rendah, kecik sangat, saya belum faham erti umi ayah susah cari duit, hutang keliling pinggang besarkan anak-anak. Saya..tak pernah tahu.
Berbeza di sekolah menengah di mana saya mula ditarbiah dan dijentik dengan berjuta kesedaran akan kesusahan umi ayah besarkan anak-anak. Serba salah tak boleh bawak bincang. Masa tingkatan satu tu kalau boleh hari-hari nak nangis teringat banyak dosa kat umi ayah. taubat nasuha nak !
Suasana membesar saya, menjadikan saya sangat tak kisah dengan keadaan kewangan dan kelengkapan saya, cukup apa yang saya ada. Lawatan sambil belajar tak pernah sekalipun saya ikut sepanjang menuntut ilmu di SMAKJ(SMA Kerajaan Johor, Kluang) selama 3 tahun. Yang paling utama adalah didikan untuk saya menahan nafsu kehendak saya. Saya dah biasa tak dapat apa yang saya nak. 

Ayah selalu pesan masa mula-mula masuk asrama,"jangan terkesan dengan gaya hidup orang lain ya". Umi pernah puasa dengan niat supaya saya bertahan di SMAKJ(saya homesick masa tu). Didikan yang menjadikan saya kebal dengan apa saja yang ada. Terima kasih umi ayah ;')

Antara solusi yang terbaik untuk ikat perut sepanjang di smakj & samura, adalah dengan berpuasa, senang cerita. Pahala dapat, lapar pun tak lapar mana, sebab puasa kann. 
Related image

KAMPUS
Berjimat dengan istiqamah. Ada kesempatan saya buat kerja separuh masa (baca:part time) pada masa-masa tertentu. Masa ni lah lauk saya setiap hari adalah....nasi + telur goreng + kicap. Kalau nak special sikit, saya gi beli nasi bujang kat kedai, ini paling kerap masa kerja part time di Parkson(jika mahau baca, tekan sini) Beza sikitla ada sup dan belacan yang saya akan guna pula lebihannya besok lusa. itulah paling lazat, paling alhamdulillahh. Pernah ada member kata saya tak pandai simpan duit, mungkin sebab terlalu berjimat, ajak keluar makan sokmo menolak dan selalu nampak macam tak ada fulus je kot, ahah. Tak apa, saya yang tak pernah cerita apa-apa pada sahabat-sahabat saya, jadi saya tak ambil hati.

First year saya, RM800+ saya simpan, duit tabung semuanya. Akhirnya, saya terpaksa gunakan kesemuanya sekali bila Allah uji saya setahun lepas tu iaitu pada 2016. Sejak kejadian tu, saya tak boleh simpan langsung dah sampai habis belajar, ujiannya sentiasa berantaian, di mana saya tak dapat berlepas daripadanya. Apalah sangat ujian yang Allah berikan pada saya, malu. Kut sesak mana pun saya, ada saja jalan keluarnya.
Allah maha Kaya. 


HABIS BELAJAR dah..
Saat ini, ada komitmen yang lain pula yang lebih utama perlu dibereskan. Jika tidak diizinkan Allah, apakan daya seorang manusia menjalani seluruh kehidupan ini. Istimewa betul kita sebagai muslim, hidup bukan sekadar hidup, tapi tujuan kita lebih dari itu; untuk kehidupan yang lebih abadi kelak. 
Saya doakan kita semua jauh lebih kuat apapun bentuk dan liku ujian yang sedang dan bakal Allah berikan. Rasulullah SAW lah sebaik-baik qudwah.

Allah SWT berfirman :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.”
{Ali Imran, 3: 200}
amalkan selepas solat setiap hari


Wahai apa saja yang dikorbankan masa muda zaman serba canggih dan moden ini, kita bertemu di syurga ya !


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 Januari 2019

Nilai Stokin di Water World i-City

Setelah hampir sebulan dari masa berlakunya perancangan rehlah usrah, akhirnya kami sampai di WaterWorld i-City Shah Alam tepat pada masa yang dijangkakan (walaupun ada tersilap tempat pada mulanya, ter-ke Wet World pula siap rakam video dah halah halah semangatnya). Setelah beres tukar pakaian yang cukup menutup aurat dan sesuai dengan tempat berair tu, maka kami pun dengan semangatnya, masuk air ! saat yang dinanti telah tiba gituuuh

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu‘anha, beliau berkata, 
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam pun berpaling darinya dan bersabda, “wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika sudah haidh (sudah baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini”, beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Daud 4140, dalam Al Irwa [6/203] Al Albani berkata: “hasan dengan keseluruhan jalannya”)

Namun Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dialah yang Maha Menentukan. Di saat keenam-enam orang muslimah ni sibuk nak naik gelongsor air tu, ada seorang abang berbangsa India yang sangat berkhemah dan baik bahasanya brief sikit do's and don'ts untuk naik, dan yang menjadi tanda tanyanya adalah pemakaian stokin yang dilarang. Memandangkan tiada sorangpun dari kalangan kami yang berpengalaman dalam situasi begini dan tak pernah jejak pun waterworld ni, jadi terkejut sikitlah tak boleh naik gelongsor dengan pakai stokin.

Senang cerita, nak kena bukak stokin lah ni. Haaa sudah 

Jadi kami minta diri dulu dri seksyen gelongsor tinggi tu, dan berbincang tepi sat. Maka kesimpulannya kami cuba dulu untuk usha-usha gelongsor lain yang kecil sikit, dan kalau tak boleh jugak, mandi-mandi jelah kat bawah. Guess what ? Jangankan nak cuba mana-mana permainan air macam gelongsor tu, nak main air dalam kolam pun tak boleh langsung. "Kawasan wetworld memang tak boleh pakai stokin", kata pakcik security beruniform hitam pula. Dengan lajunya beliau terus contact rakan-rakan sekerjanya melalui walkie talkie. Kami agak, nak beritahu untuk pantau kamilah kot.

Jadi kami pun duduklah kat kerusi pantai reramai sambil berbincang. Tak kurang yang down dan sedih; perasaan dan reaksi normal ketika dalam situasi seperti ini, dalam perkiraan saya. Hok rebel sikit, nak cuba-cuba masuk air acah-acah, maka seperti yang kami agak, cepat-cepat abang-abang penjaga ni halang kami kerana mata-mata pekerja water world telahpun ke atas kami berenam saja.
RM25 dah bayar online seminggu yang lepas dah ni. Jadi bagaimana akhirnya ? 
Memikirkan keutamaan menjaga aurat dan syariat, dan tiada pula tempat lain yang lebih sesuai untuk berukhuwah (exclude all shopping mall) dan keadaan bajet yang ada, maka.. 
Tak mandilah. a.k.a burn ticket a.k.a balik Bangi.

Gitulah cerita ringkasnya.

Ada beberapa perkara yang pada hemat saya, perlu kita pandang dengan cermat bukan dengan emosi.

Nabi sallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:
لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ 
“Janganlah seorang laki-laki melihat kepada aurat laki-laki lain dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain.” 


Dihalang memakai stokin
Pemakaian stokin bagi muslimah, adalah kewajipan dari sisi mazhab Syafiee dan Maliki. Jadi sangat jelas, bahawa di Malaysia yang mengguna pakai mazhab Syafiee, tiada alasan untuk tidak pakai stokin. Dalam hal pekerja yang menghalang kami dari masuk ke kawasan air kerana kami pakai stokin, difahamilah mereka ni buat kerja mereka sahaja seperti yang diarahkan (walaupun mereka mungkin faham atau tidak faham je berkenaan apa yang kami cuba pertahankan ni)
Kalau nak rebel sekalipun, yang akan berlaku hanyalah perbalahan dan perselisihan fahaman, malah mungkin hanya akan mencalarkan penampilan kami. Memikirkan masa, wang, tenaga yang diluangkan untuk datang mandi sahaja tup tup tak dapat mandi pulak, kami try dah nak rebel masa tu, tapi memang tak berjayalah ahahaa.

Peraturan di Taman Tema Air
Alhamdulillah, kita maklum bahawa tiada wujudnya peraturan di mana-mana sekalipun tanpa memikirkan dahulu risiko dan bahaya andai peraturan tersebut tidak diaplikasikan. Air bukanlah kebiasaan dan kemahiran utama manusia memandangkan masa kita lebih dalam keadaan kering sepanjang hari berbanding basah (mandi, wuduk). Jadi langkah-langkah keselamatan diperketatkan untuk mengelakkan sebarang kecedaraan mendatang dan yang dijangka mahupun tidak dijangka akan berlaku.

Berstokin sebenarnya boleh mendatangkan bahaya di taman tema air kerana permukaan bawah air hampir semuanya buatan manusia. Contohnya, dasar kolam & gelongsor yang diperbuat daripada simen atau jubin. Memang licin tu boh, jadi risiko untuk tergelincir, jatuh, dan apa-apa insiden untuk berlaku adalah tinggi jika memakai stokin (selain stokin juga tak dapat dijamin wangi dan bersihnya, bimbang nanti ada yang tengah berenang tiba-tiba tenggelam tak timbul-timbul kerana bau stokin ashem, ehei).

Bagaimana mengatasinya ?
Ada beberapa langkah yang mungkin boleh diconsider untuk menghadapi situasi ini dan mengelakkan duit dan masa kita terhabis begitu sahajaa.

1) Survey sampai lebam
Kaji dan selidiklah sampai ke lubang cacing ! ha bunyi macam nak buru musuh lama bhai. Sebelum bertandang ke water world ke wetworld ke apa world, masa tengah rancang abjet, tempat, etc kena pastikan bukan harga tiket sahaja yang dipastikan berpatutan tetapi peraturan dan keadaan di teman tema air tersebut mestilah SYAR'IE dan sesuai dengan keadaan kita ! Ada sahabat yang pm saya menceritakan pengalaman beliau mandi di taman tema air WetWorld di Melaka yang membolehkan beliau pakai stokin tanpa masalah. Alhamdulillah jika dibenarkan cuma kena berhati-hati semasa bermain dengan air, kecilnya menjadi kawan, besarnya boleh menjadi lawan ! (tetibe. mungkin syndrome cemburu kitorang kena bukak, bakpo mu takpe pulak ahaa).

2) Negotiate
Usaha kawtim dulu dengan staff dan pengurusan, contohnya, cuba minta kelonggaran untuk mandi/main air dengan berstokin tetapi atas risiko sendiri (at your own risk !). Sebab besarnya tentulah sebab kita dah bayar. Rm25 ya bukan 50 sen.

3) Stokin Renang
Saya terjumpa satu brand stokin di fb, iaitu Stokin Mandi Patuh Syariah. 
Antara ciri-ciri khas stokin ini : UPF50 + Chifton Fabric, Stretchable, Elastik ,Anti Slip, Anti Protection Uv, Anti Foot Infection.

Maklumat lanjut berkenaan stokin istimewa ni : SAFA : Stoking Mandi Patuh Syariah
Berminat nak beli, boleh gi sini : Stokin Renang SAFA HQ
Bagi saya, inisiatif ini adalah sangat terbaik. Boleh pau ayah ke abang ke kakak usrah ke belikan ni, kalau dia tanya, cakap "demi akhirat pak!", haa saham masa depan gitu. Tapi untuk tempat-tempat yang peraturannya memang tak boleh pakai stokin ni, wallahu'alamlah dia nak terima ke tak kalau kita pakai stokin renang ni. Kalau dia tak terima, tunjuklah dalil material stokin tu ke apa-apa yang boleh sikit. Kalau tak berjaya jugak ? Azan kat telinga dia. (jangan buat nanti viral 'gadis solehah azan kat telinga penjaga wetworld' habihlah hang, la ni zaman viral tau.)


4) Backup Plan
Kalau dah tunjuk dalil dah azan kat telinga dia pun tak berjaya, adalah lebih baik berundur setelah berusaha. Buatlah backup plan. Dekat-dekat water world ni ada wetland, tapi tak pasti peraturan di wetland. Sediakan plan untuk buat benda lain, atau melawat tempat-tempat yang lain selain waterworld supaya takdalah ralat ke frust frost sangat ke kalau tak dapat mandi tuu.

Kata berundur bukan bermakna angkat bendera putih tau, mengalah tidak bererti kalah. Tapi at least kita dah tunjukkan contoh yang baik dan secara tak langsung kita doakan agar makin ramai muslimah yang ada kesedaran untuk pakai stokin masa mandi ni supaya ianya mendidik pihak yang berkuasa dan juga semua pekerja-pekerja di taman tema air tersebut. Sifirnya mudah, kalau dah hampir 10 tahun i-City ni dibuka tapi masih tak izinkan pengunjung pakai stokin, selain daripada keselamatan, puncanya adalah kerana tiada siapa yang bersuara. Adab sopan orang Melayu kita ni Alhamdulillah taat pada peraturan tapi masih berlonggar pada syariat. Jadi dah lebih 9 tahun, berapa ramai pengunjung wanita Islam yang mandi tanpa berstokin ? 

Haa

Mandi di tempat awam sebenarnya bukanlah pilihan utama yang terbaik, nama pun 'mandi' di 'tempat awam'. Namun dalam Islam, ianya harus, jadi sesekali nak pergi tiada masalah, nak erat ukhuwah gituuw. Setakat pergi dengan kawan perempuan dan family apa salahnya, cuma perlulah persiapan rapi dari segi pakaian, dan akhlak bila berada di tempat awam. ya, sangat perlu ! Jadi bila tak dapat mandi kerana mempertahankan perintah Allah yang utama, janganlah bersedih hati dan marah-marah. 
Berbanggalah menjadi yang sedikit-sedikit itu. Ini baru 2019. Kita kena ingat, di akhir zaman, membawa agama ini bagaikan menggenggam bara api. Allah. Ni baru dengan air ni tau. ahaa.
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Mungkin RM25 kami yang hangus tu akan membuahkan kesan dan Allah gantikan dengan yang lebih baik dan banyak lagi. Namun yang terbaik adalah jika pihak yang berkuasa (owner taman tema air atau lebih dari itu) dapat mengambil inisiatif yang lebih patuh syariah. insyaAllah.

Image result for water world i city shah alam
Ni kalau jatuh tergolek boleh malu enam tahun berturut-turut [credit]

NOTA KAKI 
Khususan ila sahabat-sahabat yang belum istiqamah berstokin, cuba dulu dengan biasakan pakai di mana-mana sahaja kita pergi sebaik sahaja keluar rumah. Beli stokin banyak-banyak yang selesa dan cukup panjang untuk menutup amanah Allah kepada kita tuu. insyaAllah suatu hari kita akan kuat untuk pakai di tempat-tempat mandi awam pula seperti pantai dan mana-mana tempat yang akan basah. InsyaAllah, Allah akan bantu mudahkan dengan syarat kita berusaha 

Nak tahu berkenaan aurat kaki ni boleh baca tulisan Mufti Wilayah di sini : 

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

25 September 2018

Tunda kereta di Shah Alam

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Alhamdulillah dengan limpah kurnia, kesihatan, dan masa yang Allah kurniakan. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Alkisah..
Setiap pelajar yang bakal menjalankan praktikal diwajibkan menyertai kursus CIDB sebelum praktikal (nak tertaip 1mdb pulak ), dan wajib buat kad hijau CIDB. Bagi pelajar mechanical engineering, kad hijau ini biasanya takkan guna pun (pelajar civil dan certain tempat praktikal je yang guna). Dipendekkan cerita, kad hijau saya tak berjaya saya ambil pada waktunya sebab saya terlepas tarikh. Maka lepas 2 bulan dah habis praktikal, baru saya dapat call untuk ambil kad ni di Shah Alam. Allahu kejauhan Shah Alam  dah menerawang dalam fikiran saya yang duduk Bangi sepanjang belajar ni. Yelah, mana kosnya, masa lagi, sebagai student kan,  selain tak biasa dengan Shah Alam. Alhamdulillah seorang sahabat yang mulia hatinya dan comel pula, tawarkan untuk teman saya ke sana pada hari yang dirancang.

Dalam berat hati, saya sebenarnya suka juga atas peluang ni ahaa, sebab Shah Alam ni tempat kenangan saya masa praktikal di Rawang, Selangor (selalu ikut staff meeting kat Shah Alam, throwback gituuh), bagi saya, Shah Alam ni cantik, bersih, dan ada masjid negeri yang best dan beso ! Dengan sang kancil merah saya, google maps, dan seorang sahabat setia, alhamdulillah akhirnya sampai ke destinasi (sebenarnya dah sampai dulu kat tempat yang salah siap naik pejabat dah ). Saya parking kereta bawah pokok belakang hotel di belakang Wisma PKPS Shah Alam. Urusan tak ambil masa yang lama, setengah jam je maka kami pun kembali ke kereta sebelum terkejut berkali-kali...
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’(Al-Baqarah : 45)
Kereta TAK ADA ! serious kereta takda  tak lawak weh. Saya parking je situ sebab parking penuh dan lepas kufikirfikir, takpe je kot, sat jah. Maka saya teruskan urusan dengan tawakkal tahap tinggi (!) Tawakal ni sebab memang tak tahu yang Shah Alam ni strictnya Subhanallahhhh. 

Confirm kena tunda ! Allahu. Sungguh kami tak biasa dan tak tahu Shah Alam strict gini ! Kat Bangi paling teruk saya pernah kena pun, saman je, itupun selesai dengan hanya RM10 dalam masa 24 jam. Masa macamni, ketenangan adalah segala-galanya.
La hawla wala quwwata illa billah..

Maka saya dengan segeranya meng-google sambil berzikir-zikir dan memujuk hati supaya tenang dan sabar, dannn alhamdulillah jumpa satu blog yang kisahkan pengalamannya dan family kena tunda kereta masa membeli-belah. Lemah kepala lutut saya bila tahu je yang denda yang dicharge adalah cash RM270Ada hikmahnya.

Sebenarnya ada caranya untuk shortkan nilai tersebut kepada RM150. Tapi bagi student macam kami, faham-faham jelah deknon. Mana nak cekui, bajet lari aihh. Pantas kami naik grab ke MBSA Shah Alam dan sampai lebih kurang 1.05p.m. Since pukul 1-2pm MBSA berehat, saya dan sahabat berehat di luar perpustakaan MBSA, surau pun tak jumpa. Tidur-tidur ayamla sat tahan lapaq sekali dengan keadaan hujan yang agak lebat. Peh masa ni 5 minit pun macam setahun rasanya nak menunggu uuuui. 

MBSA Kota Kemuning
Pukul 2, laju kami masuk dalam pejabat MBSA, tapi ghupenya kalau kes tunda, tak payah tunggu pun, boleh terus masuk pejabat walaupun waktu rehat, aiyoo ammaaaa sampai tersengguk den nunggu. takpelah, adalah hikmahnya. Dan yang lebih memeranjatkan lagi adalah kereta kami rupanya takda dan bukan di situ. Loh biar betul sih?! Rupanya Shah Alam ni ada dua pejabat Majlis Perbandaran, iaitu MBSA seksyen 17 dan MBSA Kota Kemuning. MBSA mana kereta yang ditunda ditempatkan adalah mengikut kawasan di mana kereta tersebut ditunda. Jadi kereta saya sebenarnya di MBSA Seksyen 17.
MashaAllah. Sabo jelah

MBSA Kota Kemuning


MBSA Seksyen 17
Macam-macam dah rasa. Poket makin menipis, bateri handphone makin low, perut lapar ya ampun, emosi makin decrease, cuaca pun makin buruk ! Masa ni sahabat saya tertinggal pursenya dalam kereta saya, jadi bergantung pada poket saya sahaja, apa yang ada, tawakalna 'alallah. Dengan berbekalkan beberapa belas ringgit alhamdulillah cukup duit untuk sekali lagi naik grab ke MBSA Seksyen 17. Sampai sana, abang grab tu pusing-pusing depoh tunda MBSA tu, "Mana pintu masuk eh. macam salah jalan ni, sebab ni tempat tunda", kata dia siap berkerut. "Memang kereta kami kena tunda..(suara malulah kunun)" *gelak kecil* Cepat mata saya dah tertangkap pada sebuah kereta kecil warna merah, bolehku bawa ke sekolah..!

Kawasan Depoh Tunda Seksyen 17
MBSA Seksyen 17/Depoh Tunda Seksyen 17
Ini stor letak kereta-kereta yang ditunda
Bayar je grab, tinggallah sehelai duit biru bernilai seringgit sahaja yang masih bertahan dalam purse saya. MashaAllah ! Persoalan seterusnya, macammana nak bayar RM150 tuntut kereta ? takda cash, Mesin ATM lagila takda dengan keadaan depoh tunda kota kemuning yang macam tempat simpan bas-bas kilang yang lama dan tempat sampah (sebab banyak tong lori sampah, walaupun takda sampah berbau juga ya ampun). Apapun, redah dan hadapi jelah, mudah-mudahan Allah permudahkan insyaAllah. Sampai kat kaunter, abang polis tu keluarkan satu list tanya kereta saya, then dia beritahu dia dah kurangkan harga ke RM150 dan boleh guna debit je since cash takdak. Alhamdulillah. *tarik nafas lega.* ffuuuh~

Settle bayar, ambil kereta dan segera cari surau dan kembali ke Bangi dengan selamat. Tak solat lagi tahuuuu sebab takda surau terdekat masa menunggu luar perpustakaan MBSA Kota Kemuning sebelum tu.

Alhamdulillah.
Tamat dengan jayanya ujian ini. wowerzz.

TUNDA DI SHAH ALAM

Meh saya cerita sikit berkenaan tunda kereta di Shah Alam setakat yang saya tahu, terutama untuk first timer dan orang luar Shah Alam macam saya. Rate denda tunda tak sentiasa sama untuk semua jenis kenderaan dan keadaan.

Caj bayaran semasa ditunda

  • Kalau kita, eh bukan kita, kalau anda kembali ke kereta anda masa pakcik tunda (baca : kontraktor tunda) tengah pasang baby tayar, jadi anda perlu bayar RM100 sahaja ke dia.
  • Andai kata, masa anda sampai ke lokasi parking, baby tayar dah siap pasang, tapi pakcik tunda tak gerak lagi, jadi anda kena up sikit bayar denda ke dia RM150. untuk dapat semula kereta. Tapi ingat, hanya anggota penguatkuasa sahaja yang layak mengutip wang denda anda dan mengeluarkan resit rasmi majlis perbandaran
  • Jika majlis perbandaran kena simpan kereta anda semalaman, maksudnya besoknya baru anda datang ambil kereta anda, caj tambahan RM10 akan dikenakan. Bagaimanapun, caj ini hanya applicable pada kenderaan ringan, caj untuk kenderaan berat(lori etc) dan info-info selanjutnya, boleh rujuk pada pautan di bawah.
    Rujuk di sini : http://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/penguatkuasaan/Halaman/tunda.aspx
  • Bagaimana jika anda sampai ke tempat parking, tapi kereta dah tak ada dah ?
  1. Untuk kes 'sampai-sampai je, kereta dah takda' macam saya ni, anda perlu tahu rate denda yang dikenakan ke atas kenderaan anda 
    Rate nilai denda sebelum diskaun. kredit
    1. Kenalpasti kawasan kereta anda ditunda dan pejabat MBSA yang mana ianya ditempatkan untuk anda pergi tuntut, anda boleh call je pejabat MBSA tu minta check kan kenderaan anda jika anda tak pasti
    2. Pastikan anda buat rayuan diskaun jika denda yang dikenakan adalah harga asal. Mudah-mudahan dapat
    3. Sabar, rileks, baca bismillah dan selesaikan dengan baik. Tak perlu marah-marah majlis perbandaran, cukuplah kita bermuhasabah diri sendiri maka kita akan dapati penghujung ujian ini manis sekali. Setiap peraturan di dunia walaupun kita rasa tak perlu dan tak masuk akal, adalah salah satu bentuk didikan dengan izin Allah. Allah sedang memberi hadiah berbentuk ujian khas untuk anda ! hanya hambaNya yang terpilih.

    Satu hari mengutip ibrah (عِبْرَة : iktibar dan pengajaran)

    Ibrahnya besar dan bermakna bagi saya. Ramai pelajar IPTS ni dalam kategori mak ayah berada,  atau at least cuukup makan semua setiap bulan setiap sem.  Tapi tidak saya. Saya dibesarkan dalam keadaan yang bukan senang, ikat perut di sekolah dan di kampus adalah perkara yang terlalu biasa bagi saya dan saya sangat bersyukur dengan takdir Allah ini yang terlalu banyak mendidik saya bila menghdapai ujian-ujian sebegini. Masa ni, saya dalam kesempitan wang. Pergi Shah Alam *pakkaller orang CIDB dah call, kalau tak saya memang tak berniat nak ambil kad tu pun sebab saya tak perlukan pun. Praktikal dah habis dah pun.

    *pakkaller : orang johor sebut ni. Baca : nasib le,/hanya kerana (atau mungkin atuk saya je yang guna perkataan ni ?)

    Saat Allah uji, Dia Maha Tahu lebih dari pengetahuan kita bahawa kita mampu menanggung perit musibah dan mampu selesaikan dengan sebaik-baiknya. Jadi percaya pada Dia, sabar, tenang, syukur, istighfar, fikir dan zikir, yakinlah kita mampu selesaikannya dengan baik.
    Kuncinya, sabarlah semaksimumnya, anggaplah ujian itu hadiah dari Allah untuk orang-orang beriman dan untuk mendidik dan menghapuskan dosa-dosa kita. Bukankah hadiah itu adalah sesuatu yang sangat disukai oleh semua manusia lumrahnya ? Jika kita rajin berfikir dan sering mengucapkan rasa syukur, percayalah, ujian seperti adalah kacang je ! bak kata orang melayu kita. Pasti kita berjaya melaluinya dengan cemerlang, insyaAllah.
     
    Rasulullah saw bersabda:
    “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
    [Hadith riwayat Muslim] 

    Takda gambar kenangan sebab semua dah terdelete.
    Berhati-hati parking di Shah Alam tau !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    12 Mei 2017

    Ada Udang di Sebalik Mee Goreng Keras

    Alkisah di sebuah restoran bernama "Al-Mee Udang Sedap Kerasss" dan tag line-nya, "Tak Cuba Rugi Seumur Hidup !" (ceh tagline dia !). Restoran ini telah menjadi bualan manis dan pilihan masyarakat di kalangan penduduk setempat mahupun di luar tempat tersebut, dek pekena mee goreng udangya yang sedap kerass ! terbaiklah orang kata. 

    Tanpa melepaskan peluang, dua sahabat baik bernama Nurul Syakirah dan sahabatnya Siti Syakirin yang kebetulan lalu di situ, dengan bersemangat positifnya berkunjung ke restoran tersebut yang sangat menarik namanya seindah khabar-khabar yang sampai ke telinga mereka. Kena pulak tu dengan makanan kegemaran mereka, mee goreng dan udang ! Alhamdulillah.

    Dapat duduk port baik (bawah kipas dan jauh dari tandas), mulalah mereka memesan menu utama yang special di restoran tersebut iaitu mee udang dan air pilihan mengikut tekak masing-masing. Dan.. ting ! Terhidang sudah menu istimewa 5 minit selepas itu. Ffuh. Dengan bismillahirrahmanirrahiim Syakirah dan Syakirin pun menjamu makanan tersebut. Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNya yang berimannn. Baru sesuap, ups ! "MashaAllah, mashaAllah..mee ini benar-benar keras ya ! kupikir namanya keras itu sebab sedap kerass gitu" kata Syakirah kepada Syakirin. 

    Mee Udang
    [kredit]

    Maka jawab syakirin, "Haha memang nama mee tu 'Mee Udang Sedap Keras' tu sebab 'sedap keras' lah..bukan sebab mee tu keras. sedap je aku makan ni ? keras betul ke kau punya mee ?" *hairan, dan tahan gelak* "keras weiii haha" sambung Syakirah. "Tapi selama ni orang kata sedap je dan pelanggan ramai je ni kan.. mungkin Allah nak pick kau harini sebagai salah seorang hambaNya yang nak diuji. Special dan terpilih ongkataa.." Jawab Syakirin. 
     
    "Alhamdulillah..takpelah keras sikit, ada orang nak merasa mee pun takde kan. Terima kasih ingatkan aku Syakirin, hampir aku merungut dan tak melahirkan rasa syukur dulu dengan nikmat Allah ni.." Tersenyum kambing Syakirin melihat gelagat sahabatnya sambil menawarkan sekali meenya yang 'tak keras' kepada sahabat kesayangannya untuk dirasai bersama. Sedang Syakirah menguis-nguis mee tersebut, tiba-tiba..."Eh..wait wahh banyaknya udang di sebalik mee aku ni ! weee sedapnyaaa alhamdulillahh..!" "Haa tuu..bukan Allah sekadar nak uji, ada Allah bagi bonus lagi ! terus nampak hikmah di sebalik ujian ! favourite kau tu udang gemuk-gemuk gitu, aku pulak lebih minat kat mee ni. haa sesuai la tu ! boleh bantu kau habiskan mee tu insyaAllahh" kata Syakirin lagi.

    Setelah selesai makan, maka Syakirah dan Syakirin pun melangkah menggunakan hak mereka sebagai seorang pemakan bijak dengan berbisik dan memberitahu perihal 'mee keras' tersebut kepada staff kedai. Alhamdulillah, staff kedai menyambut baik teguran tersebut dan meminta maaf. Siap belanja air bungkus ikat tepi lagi sebagai tanda maaf dan terima kasih.
    Mudah-mudahan berjaya dan terus cemerlang perniagaan orang-orang Islam kita, insyaAllah. 

    -THE END OF THE VERY SHORT STORY-

    ---
    Jelas rasanya apa yang saya nak kaitkan antara cerita tersebut dan tajuk artikel ni.
    Kaitan di sebalik cerita ni pula, MEE GORENG KERAS dianalogikan ibaratnya ujian yang Allah kurniakan kepada manusia. Bilamana dikatakan ujian ni, maka tiada siapalah yang suka atau menjemputnya melainkan didatangkan khas oleh Yang Maha Bijaksana kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
    Kenapa 'Allah kurniakan' bukan 'Allah berikan' ?
     
    Biasa kalau dalam bahasa Melayu ni kita gunakan perkataan 'kurniakan' untuk yang berupa nikmat. Contohnya, dikurniakan rezeki, anak, umur panjang, macam-macam lagi. Tapi jangan kita lupa, ujian juga adalah salah satu nikmat Allah, sama ada kita suka ataupun tidak ialah adalah satu nikmat dan langkah mendekatkan diri dengan Allah, agar kita bersyukur mcm Syakirin dan Syakirah tdi. Nama pun memang betul-betul bersyukur punyalah insyaAllah. 
    (Maksud nama; Syakirah = Seorang serempuan yang bersyukur, Syakirin = Orang-orang yang beryukur)

     
    UDANG pula ibaratnya hikmah yang terlalu indah dan surpriseeee ! gituu. Bila tengah makan-makan mee goreng (yang kita tak berapa suka tu) tiba-tiba jumpa udang yang sangat-sangat kita suka ! MashaAllah ketika itu akan terasalah lazeeznya udang itu plus bertambah la selera nak habiskan mee goreng tersebut. (asifla saya suka udang jadi saya umpamakanla udang hehe !). Begitulah apabila kita tanam dan suburkan sifat positif dalam diri kita. Bermula dengan bersangka baik dengan Allah ! Bersyukurlah dengan sekecil-kecil ujian. Trust him, and trust yourself babe, ujian tanda Allah ingat dan sayangkan kita.

    How to Become More Optimistic - ICF Foundation
    [kredit]
     
    6/5/2017 adalah hari di mana saya kembali diuji dengan kesakitan (benda biasa ni). Tapi yang luar biasa sikit adalah kerana ketika ini saya sedang menghadapi final exam 3 hari berturut-turut dan sakit datang pada hari pertama. Demam kerana resdung (selesema dan bersin tajam). Alhamdulillah tak teruk mana, tapi jadi worst lepas paper kedua, (sabtu, 8/5/17). Balik dari exam lebih kurang pukul 11.30 a.m saya dah tercungap-cungap kerana nafas yang jadi makin pendek (disebabkan paru-paru saya yang terganggu sebab selesema dan bersin tajam tadi). Dan ekoran dari itu, saya diserang semput/lil athma pada petang yang sama. Kemuncaknya adalah bila tiba maghrib, (sesak/pendek sangat dah nafas waktu ni sampai buat apapun rasa tak kena) sehinggakan semasa solat jemaah maghrib bersama di rumah sewa saya waktu tu, sepanjang solat, hanya dengar nafas saya  yg trurun naik tak tertahan. Saya perasan, saya sorang je yang dengo nafas saya  tu. Rupanya, sebaik lepas je solat maghrib, semua mata sahabat-sahabat dah tertumpun pada saya . I'm like "whaaaat ?" Rasa mcm ada buat kesalahan beso pula. ahaha. 

    Lepas solat, saya mengunci diri dalam bilik air (sakit perut + menahan sesak nafas + mual nak muntah) sampailah saya keluar balik dari bilik air sebab housemates panggil solat isya' plus dyorang risau dah saya lama sangat dalam bilik air (yelah, dari maghrib sampai ke isya' ). Then saya keluarlah  sebab saya fikir sahabat-sahabat nak amek wudhuk, tapi bila je saya keluar saya dah tak boleh berdiri tegak, atau senang cite, nak pengsan dah sebab menahan sakit. (kelam kabut housmates saya tak tahu nak buat apa..maaf sahabat2 --')

    Semasa saya berperang dengan diri sendiri dalam bilik air, saya terfikir bahawa alangkah Allah menguji saya ketika ini, saya tak tahu nak buat apa, dengan tak berdaya (lepas dah muntah-muntah), bagaimana pula persediaan saya dengan ujian-ujian yang bakal Allah datangkan pastinya nanti ? Adakah bakal kuat kesabaran dan kekal positif saya dan mampukah saya mengahdapainya dengan dalaman saya yang tersangatlah lemah ? Allahu akbar. lemah dan hinanya kita manusia di hadapan Yang Maha Kuasa.
     
    Alhamdulillah, reda sikit lepas jumpa doktor, kena sedut oksigen punyalah lama dan jumpa doktor dua kali. Ha ni dah kena paksa dengan sahabat-sahabat prihatin, dan dah sakit sangat barulah seorang budak yang degil pegi juga klinik. Tapi kembali sakit bila malam tengah tidur, sampai ke pagi menyebabkan akhirnya saya tak menduduki peperiksaan ahad pagi (7/5/17). Allahu. Final exam ni. nak buat macammana buku tak baca nak jawab apa kan. heh. sebanarnya kesihatan la concern yang paling utama. pergi jawab exam dalam keadaan tak stabil dan tak sihat, tak jadi apa juga nanti.
     
    Sudahnya saya pulang ke rumah dan bercuti sem dengan buku selagi belum tiba tarikh exam make-up (kena ambil juga paper yang tak ambil masa sakit tu, pada hari lain yang kolej tentukan). ohoho. Sangat bermanfaat cuti kali ini. 
     
    Alhamdulillah, ketika saya sakit, ada orang yang diuji jauh lebih sakit. Jika saya diuji dengan sesak nafas, ada orang yang athsmanya pernah saya saksikan sampai macam dah nazak sangat, nak bangun, nak bercakap pun takdan. Allah.
    Nak kata saya skip exam, ada orang yang pernah skip semua paper final sebab denggi dan ada juga sebab excident bro. Allahu.
    Di saat kita diuji dengan sakit yang datang sekali sekala, jarang-jarang, ada orang menahan sakit yang continuous. Allahuu.
    Nikmat mana lagi yang kau dustakan?
     
    "Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." 
    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
    Positiflah dan ambillah pengajaran dari setiap perkara yang berlaku setiap saat dari hidup kita bahkan apa saja yang berlaku di sekeliling dan tak ada kena mengena dengan kita pun. Pandanglah dengan mata hati.
    Akan selalu ada udang di sebalik mee udang keras kita. 
     
    Kedua, (ada nombor satu ke tadi ?) tak pernah berhenti walau sekejap dalam hati dan fikiran saya mempunyai sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Dari awal saya sakit yang cuma bersin tak berhenti-henti sahabat-sahabat dah tawarkan diri nak hantarkan ke klinik. walhal mereka pun busy nak study, nak exam. Allahu.
    Berejam dekat klinik, sahabat-sahabat tunggu, pimpin dan teman saya yang jalan pun tak stabil sampailah selesai. Hanya Allah yang mampu membalas setiap zarah kebaikan kalian.Betapa bezanya rasa dan keadaan apabila dikelilingi sahabat-sahabat yang bukan sahaja bersama-sama berjuang dalam akademik, tetapi dalam jemaah, mendokong prinsip tarbiah dan dakwah, juga sama-sama faham dan berukhuwah kerana Allah.
     
    ketahuilah, ubhibukunna fillah. nah strawberi sorang satu . Nak coklat cari sendiri. he he.
     
    Alhamdulillah 'ala kulli haalin.
    Peperiksaan make-up saya untuk subjek yang saya tak pegi exam tu (THERMODYNAMICS 2) akan berlangsung pada isnin minggu depan (15/5/2017) jam 9 pagi insyaAllah. Doakan saya !
    Fighting !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    21 November 2015

    Memiliki rasa syukur

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


    Ziya berjalan kaki di sepanjang jambatan merentas Sungai Mengkibol itu sambil matanya tidak lekang bertasbih, memerhati alam dan makhluk2 ciptaan Yang Maha Bijaksana.

    'Subhanallah, cantiknya pokok itu !
    subhanallah, sungguh indah air sungai yang mengalir ini !
    subhanallah, cantiknya saudari itu!
    subhanallah, bahagianya keluarga itu !'

    Secantik rupa paras dan akhlaknya, hatinya memuji apa yang dilihatnya tanda memuja kebesaran Tuhan. Juga sebagai tanda syukur yang tidak terhingga dikurniakan mata yang melihat, akal yang berfikir, kaki yang mampu melangkah, dan masih punya hati yang mampu bersyukur dan 'merenung'. Tidak jauh, Ziya ternampak seorang tua yang sedang duduk berteleku di sisi jambatan tersebut dengan sebuah mangkuk di hadapannya. Pantas dia meraba sakunya dan meletakkan targetnya untuk bersedekah pada hari itu. lelaki tua itu not-yet muslim. pantas Ziya menghulur sambil niat dan mendoakan semoag lelaki tua itu sempat memperoleh hidayah dari Allah.

    “Karena itu, ingatlah kamu kepada-ku niscaya aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-ku.’
    [QS. Al-Baqarah:152]
    ....

    pengertian syukur itu hakikatnya luas sekali. Tidak hanya pada apabila kita sujud syukur atau berhamdalah sekurang-kurangnya 33 kali setiap hari.

    kita melihat alam ciptaanNya, dan kita ucapkan subhanallah ! kita sedang bersyukur.
    kita dapat anugerah, pujian dari manusia, hadiah dan nikmat kebaikan dari orang lain, kita berterima kasih, melontarkan senyuman dan mengucapkan Alhamdulillah ! kita sedang bersyukur.
    kita melihat ibu bertungkus lumus menyiapkan makan al-ghadak(lunch) kita membantu kerana kasih kita kepadanya, kerana rasa syukur itu selagi kita masih mampu memegang tangan berkat seorang ibu !

    “Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” [QS Al-A’raf, 7:179]

    sujud syukur, berhamdalah, berterima kasih kepada mereka, ..sudahkah cukup ? Allahh..bahkan ! penilaianNya jauh lebih indah lagi andai hati kita ikhlas, andai syukur itu benar disaksikan anggota tubuh yang mempraktikkan. sedangkan jari yang menaip, mata yang melihat skrin, dan kaki yang boleh duduk bersila ini pun Allah yang punya ! *tarik nafas..senyum ^^ Alhamdulillah.

    “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah). Sesungguhnya orang-orang yang membencimu, dialah yang terputus (dari rahmat Allah)."[Al-kauthar: 1-3]

    Terlalu banyaknya nikmat Allah yang tidak terkira itu menjadikan syukur satu keperluan yang teramat sangat. sehingga dalam surah Al-Kauthar, Allah memerintahkan kita bersolat dan berkorban keranaNya sebagai bentuk penghambaan kita pada Allah yang telah memberi nikmat tersebut. Jika tidak, masakan Allah sendiri yang memerintahkan kita bersyukur ? bukankah jelas syukur itu adalah kewajipan ? mashaAllah.
    Hakikatnya syukur itu adalah mensyukuri nikmatnya dengan membuktikan dengan perbuatan ! ini baru sebanar-benar syukur. Gunakanlah nikmatnya ini kerana Allah, untuk agama dan keredaanNya.


    bangun tidur, sudahkah kita baca doa sebagai tanda syukur ?
    solat subuh,zuhur asar, maghrib dan isya', sudahkah kita sujud syukur kerana Allah masih ingatkan kita untuk tunaikan kewajipan; solat dan sujud kepadaNya ? 
    makan, minum, dan melakukan tugasan harian dan urusan dunia, sudakah kita menadah tangan atau at least berhamdalah kerana masih diberi pinjam nafas, waktu lapang dan kesihatan ini ?

    dan...

    apakah setiap amalan kita disusuli dengan niat yang lurus semata-mata keranaNya ?
    apakah setiap perkara yang kita lakukan diiringi dengan bimbingan agama yang disayangi ini ?
    sebagai tanda syukur kita ?


    mashaAllah. bahkan ! sedikit sekali dari kalangan kita yang bersyukur. Tanyakan diri kita, tanyakan iman di dada. Di manakah tahap syukur kita.

    “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” [QS Ar-Rahman, 55:13]
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    23 Mei 2015

    Pandang muhasabah

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

    Assalamualaikum. Bonjour  
    syukur. saya masih di sini bernafas, melihat, mendengar, duduk, menaip-naip pada skrin laptopku sendiri. allahh. alangkah beruntungnya diri ini sedangkan masih ramai umat islam yang dahagakan ilmu, kasih sayang dan bimbingan.
    Sejurus tamat peperiksaan untuk subjek-subjek sakit kepala, saya dan ayu melemparkan ketenangan dengan berjalan-jalan di ioi. *tenang eh ?* dapatlah melepaskan pandangan sekejap dari uniten. eheh. ketika sedang duduk di bench sementara menunggu ayu di tandas, saya melihat sesuatu lakonan yang merobek hati saya dan membuatkan saya berfikir panjang...dari hari ke hari.

    satu susuk tubuh yang amat saya kenali lalu di hadapan saya bersama seseorang yang berlainan jantina dan agak rapat kedudukannya antara satu sama lain. bilamana mereka lalu di hadapan saya, dengan jelas saya dapat melihat bahawa mereka berdua bukan sahaja rapat bahkan berpegangan tangan mesra. dan berborak mesra. senyuman lebar terukir bahagia, agaknya.
    oh ! mungkin pelanduk dua serupa ?! namun akhirnya saya kalah sendiri untuk berhusnuzon lagi.
    benar, itu dia. lagak, senyum, cara jalan dan semuanyalah ! memang dia. kerana kelibat itu sendiri yang akhirnya mengenali dan lari dari saya.


    kerana saya tahu benar..dulu
    dia bukan student biasa-biasa
    dia bukan student yang tidak menjaga ikhtilat
    dia bukan student bermasalah
    dia bukan student...hm yang berkaitan dengannyalah.
    malah, dia student yang membawa agama. dakwah, usrah, nadhwah, kem kepimpinan islam bahkan tazkirah ibarat makanannya.
    kerana itu, saya kecewa. saya pulang, dan melihat diri saya di cermin. 

    Wahai allah, tetapkan hatiku dengan iman yang indah ini. tetapkan aku, dengan jalan dakwah ini.
    benarlah, yang memegang hati itu, adalah Yang Maha Kuasa. kasih sayang-Nya begitu luas sehingga dalam firmanNya dan sabda Nabinya ada tercatat;
    "Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman." (QS. al-An’am 6:125) 
    Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :
    Barangsiapa yang Allah berkehendak padanya kebaikan, nescaya diberikan kepadanya kefahaman dalam agama. (Muttafaq ‘Alaihi, no. 8 dalam al-Fath)
    sungguh, manusia tidak layak menghukum !
    sedangkan manusia yang pernah membunuh 100 nyawa masuk syurga, inikan pula seseorang yang pernah menyebarkan kebaikan dan menyubur dakwah.
    usah berbalah, dan menyebar fitnah. berkata-kata dan menghukum bagaikan kita tidak pernah salah ! sedangkan kita hanya bertuah kerana aib kita, ditutup Allah.
    Allahuakbar.

    selagi nyawa belum bertemu ajalnya, mari doakan semua sahabat kita, semua yang pernah melakukan kebaikan bahkan jika hanya membalas senyuman kita di jalanan sekalipun ! ayuh. usah pentingkan diri.

    muhasabahlah.

    cermin diri kita.

    kerana esok di alam seterusnya, kita akan ditanya akan amal kita sendiri.
    hakikat dunia, adalah 'lakonan;.
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    3 Mei 2015

    Abu Nawas; 3 Tingkatan Manusia

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

    Assalamualaikum. Bonjour  
    Do visit here.
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    22 Februari 2015

    dikhianati vs mengkhianati

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



    Dari Abu Hurairah ra. dia berkata: "Rasulullah saw. bersabda: "Jalankanlah amanat yang diberikan kepadamu, dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu." (Abu Daud, 3535 dan Tirmizi, 1264).

    Sabda Rasulullah: "Jalankanlah amanat" adalah perintah, dan perintah itu sifatnya adalah untuk mewajibkan. Allah swt. berfirman: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya." (An-Nisa:58).

    Amanat adalah segala sesuatu yang wajib dikerjakan.

    Dan sabdanya: "Janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianatimu:" ertinya janganlah kamu memperlakukannya sebagaimana dia memperlakukan kamu, dan janganlah membalas pengkhianatannya dengan pengkhianatanmu. Ini adalah nas tentang kewajiban menjalankan amanat, berupa pinjaman, titipan dan lain sebagainya.

    Nas ini juga menunjukkan bahwa orang yang melakukan kejahatan akan dibalas kejahatan. Ini adalah masalah yang diperdebatkan oleh para ulama, tetapi pemberian maaf adalah lebih baik, berdasarkan firman Allah swt.: "Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim." (Asy-Syura:40)

    Wallahu'alam.
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    17 Disember 2014

    Lebah Dan Lalat

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
    Assalamualaikum. hai ^^v


    Perbandingan lebah dan lalat seperti orang mukmin dan orang munafik. Bila baca je, korang mesti dapat tangkap kan? LEBAH = MUKMIN. LALAT = MUNAFIK. Manakala sifat yang ada pada lalat ada pada diri orang munafik. Apabila kita melihat kepada lebah dan lalat, subhanallah! tiada perbezaan antara kedua-duanya. Kedua-duanya mempunyai rupa yang hampir sama, boleh terbang, dan berada di taman dan ladang yang sama. Tetapi, perbezaannya terdapat pada sifat-sifat; sebagai contoh manusia ada yang mukmin dan ada yang munafik walaupun berada di tempat yang sama. Sifat lebah menyerupai sifat orang mukmin manakala sifat lalat menyerupai sifat munafik. Mari kita perhatikan;


    Pertama
    Lebah dan lalat apabila kedua-duanya memasuki taman ke mana tempat yang mereka tuju? Lebah pastinya akan mendapatkan bunga-bungaan tetapi lalat akan hinggap di tempat yang kotor.

    Kedua
    Makanan lebah daripada madu-madu bunga manakala lalat pula daripada najis dan kotoran.

    Ketiga
    Lebah menyukai amal jamai’ atau kerja berkumpulan manakala lalat suka membuat kerja seorang diri.

    Keempat
    Lebah mempunyai wala’ kepada ketuanya tetapi lalat tidak mempunyai ketua untuk diikut kerana mereka hidup secara individu. Orang mukmin mempunyai wala’ kepada Allah, Rasul, dan orang-orang soleh manakala orang munafik hidup sendiri tanpa ketaatan kepada sesiapa.

    Kelima
    Lebah antara sifatnya menghasilkan madu manakala lalat menghasilkan kotoran. Orang mukmin apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan menyampaikan kepada orang lain ilmu yang dipelajari tetapi munafik apabila mendengar suatu perkara buruk, mereka akan ‘jaja’ perkara itu kepada orang lain.

    Keenam
    Lebah menghasilkan ubat dan kesembuhan manakala lalat hanya memindahkan penyakit . Orang mukmin apabila berada di suatu majlis dan mendengar perkara kebaikan, mereka akan sampaikan kebaikan itu kepada orang lain. Tetapi, orang munafik hanya menimbulkan permusuhan antara manusia.

    Demikianlah perbandingan yang boleh dibuat antara orang mukmin dan orang munafik. Wallahu alam. - kredit
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai