"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaKu. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku mengasihinya.." {Hadis riwayat Abu Hasan Al-Basri}
17 September 2014
Home
»
Alkisah
,
Fanzuru !
,
The Power of Ibadah
»
Sedekah untuk pencuri, pelacur dan si bakhil
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour
Alkisah..
Pada suatu hari, pemuda dermawan ingin memberikan sedekahnya namun tidak mahu orang yang menerima sedekahnya itu mengenalinya. Pada malamnya, beliau keluar sambil membwa uncang berisi wang emas lalu berjalan mencari orang miskin. Selepas lama berjalan, beliau bertemu seorang lelaki tak dikenali lalu memberikan uncang tersebut dan terus beredar tanpa mengenali lelaki itu. Keesokan paginya, penduduk gempar kerana orang yang menerima sedekah tersebut adalah seorang pencuri. Akhirnya berita itu sampai kepada lelaki berkenaan. Beliau berasa susah hati kerana bimbang sedekahnya tidak diterima Allah kerana jatuh ke tangan orang yang salah.
Pada malamnya, sekali lagi lelaki dermawan itu keluar dengan membawa seuncang emas dengan harapan sedekahnya dapat diberikan kepada penerima yang layak. Sampai sahaja di sebuah tempat, beliau ternampak seorang wanita yang sedang duduk menunngu sesuatu. Sebaik sampai di tempat perempuan tersebut, beliau terus memberikan uncang berisi emas itu tanpa bercakap dan terus beredar. Seperti sebelumnya, penduduk gempar mengtakan bahawa perempuan cantik yang juga pelacur telah menerima derma wang emas dari seorang lelaki yang tidak dikenali. Mereka merasakan bahawa sedekah itu tidak wajar diberikan kepada wanita yang menjadi pelacur.
Setelah berita berkenaan sampai kepada lelaki dermawan, beliau berasa amat sedih. Bagaimanapun beliau berharap dan berdoa semoga Allah menerima sedekahnya.
Selang beberapa lama, sekali lagi dermawan itu keluar malam untuk memberi sedekah dan berharap penerimanya adalah orang yang layak. Beliau terjumpa seorang lelaki yang tidak dikenali lalu terus memberikan wang kepada lelaki tersebut yang terpinga-pinga selepas menerimanya. Keesokan harinya, penduduk gempar mengatakan seorang lelaki kaya menerima sedekah. Dermawan tersebut berasa sedih.
Bagaimanapun, hanya Allah yang tahu saja yang tahu niat pemuda itu. Disebabkan keikhlasannya mencari keredaan Allah, Allah menerima sedekahnya dengan setiap kebaikan tanpa diketahuinya.
Lantaran keikhlasan lelaki dermawan tersebut, Allah memberi hidayah dan kesan kepada ketiga-tiga penerima sedekah tersebut. Lelaki pencuri menggambarkan jikalau dia berbuat jahat pun, Allah masih lagi memberikan rahmat, rezeki, dan keampunan kepadanya, apatah lagi jika dia menjadi orang yang baik. Lelaki pencuri itu insaf dan berazam tidak mengulangi lagi perbuatan haramnya lagi.
Wanita pelacur itu pula berasa malu dengan dirinya sendiri kerana walupun dia membuat kerja yang dilarang Allah, masih ada yang sudi membantu. Dia terasa dihargai dan menyesal serta berazam untuk bertaubat bersungguh-sungguh untuk menjadi wanita solehah.
Lelaki kaya itu pula merupakan orang kaya yang sangat bakhil. Dia tidak pernah memberi sedekah atau bantuan kepada orang ramai. Peristiwa itu memberi kesedaran kepadanya untuk mengeluarkan zakat. Kerana sikap pemuda itu, orang kaya bakhil tersebut menjadi orang kaya yang pemurah.
ANEKDOT.
[Cerkon]
Mak Ude berkata kepada Mak Ngah :"Kau tahu, haritu pengemis kat jejantas depan kedai Ayong tu, rupa-rupanya penipu ! Agen tuu orang kata. Hishh geram betulla aku. Entah apa yang dibuatnya dengan duit aku bagi. Sia-sia je aku derma esshhushhhahaahuargh €#@$&!"
Mak Ngah :"Oh..tapi kau nak tahu tak de? Actually, apapun penerima sedekah lakukan dengan wang yang kita hulur tu, dah tak ada kena-mengena dengan kita lagi. Tapi sedekah, tetap berpahala jika kita ikhlas kerana Allah. Teruslah bersedekah walaupun sikit. Mungkin suatu hari nati, sedekah ikhlas kau, akan berkembang berganda-ganda kepada sesuatu yang bermanfaat sampai tak terputus pahala yang kau dapat. Yakinlah. Peaceee yo (!)"
cerita kontot anekdot adalah rekaan saya semata-mata.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
Sedekah untuk pencuri, pelacur dan si bakhil
Labels:
Alkisah
,
Fanzuru !
,
The Power of Ibadah
0
Comments