Fanzuru !
Dulu, saya punya seorang jiran, beragama Islam berbangsa Melayu, yang sepanjang hidupnya dia suka mencaci maki dan menghina dua orang tok guru dalam pimpinan PAS, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz & Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Satu hari, makcik itu jatuh sakit. Perutnya kembung secara tiba-tiba. Semakin hari semakin membesar. Pergi ke hospital untuk periksa, doktor tidak dapat mencari jawapan penyakit apa yang dihadapi. Tidak tahu apa puncanya dan sakitnya di mana.
Lalu, atas rasa belas kasihan dan tanggungjawab sebagai seorang jiran, emak membawanya ke Darussyifa' Bangi di bawah naungan Ustaz Haron Din. Ustaz yang membaca doa dan memberikan "air ubat" padanya tidak berkata apa-apa. Sering juga emak menasihatinya agar meminta maaf kepada sesiapa yang pernah dia keji dan hina. Saya tahu, emak maksudkan 2 orang Tuan Guru yang mulia itu. Namun, seolah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langsung tidak diendahnya. Hari demi hari, sakitnya bertambah tenat. Masih tidak tahu apa puncanya. Nak kata kena buatan orang juga tidak. Allah itu Maha Kuasa, bukan?
Tidak lama selepas itu, beliau meninggal dunia. Meninggalkan seorang suami dan 4 orang anak lelaki. Saya berada di asrama ketika saya mendapat khabar berita itu. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun. Saya cuba untuk tidak membuat sebarang andaian, namun kadang terdetik, barangkali Allah balas cash atas perbuatan yang tidak disedarinya itu. Bukankah kata Allah di dalam firmanNya bahawa orang yang paling takutkan Allah dalam kalangan hambaNya adalah ulama'? Nabi juga pernah bersabda, para ulama' itu merupakan pewaris Nabi.
Siapakah kita, yang masih punya banyak dosa, tidak cuba untuk membersihkannya malah menambahkan lagi dosa-dosa yang sedia ada. Amal hanya sedikit, aurat masih belum ditutup rapi, dengan selambanya memperlekehkan dan menghina para ulama'. Paling parah, apabila kita tidak sempat untuk meminta maaf kepada manusia yang kita kata itu. Na'udzubuillahi min dzalik.
Dan hari ini, kita dimaklumkan bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah berehat dari meneruskan legasi menggalas amanah sebagai Menteri Besar Kelantan dan menyerahkannya kepada Datuk Ahmad Yakob. Sedih dan jelas terasa 'kehilangan' bukan? Namun, saya yakin dan percaya, beliau mampu meneruskan kecemerlangan yang diwarisi oleh Tuan Guru. Indahnya jika kita berada di bawah kepimpinan ulama'.
Moga Tuan Guru dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kekuatan dalam beribadah, istiqamah dalam perjuangan.
NOTA KAKI.
Kalu kita ni baca quran pun merangkak. Toksahla nak mengutuk maki org2 alim.muhasabah dulu dan kaji ye bukan ikut je telunjuk org ^^
huhu..walaupun berbeza fahaman politik ke apa..ulama ttp ulama..kena hormati..dn tak kira ulama atau sesiaap pemimpin mmg kita kena hormati..
BalasPadam@Nana Liena agreed w u ;)
BalasPadammanusia memang macam tu. patutnya betulkan diri sendiri dulu, lepas tu baru lah nak tegur orang.
BalasPadamTakut lah bila dengar gaduh dan caci maki ulama hanya berbeza pandangan dlm polotik.. kenapa mereka2 nie.. Takutnya.. dah tak dapat beza politik dengan kehormatan terhadapa alim ulama.. :(
BalasPadamYa ALLAH . selamatkanlah mereka-mereka ini..
@Nurrul Amiin. Meraka masih belum terbuka tentang hal ini atau hanya buat tak tahu. ISLAM dan POLITIK berpisah tiada.
BalasPadam