Assalamulaikum. hai ^^
Kalau malas sangat nak baca penuh, baca yang saya highlightkan dan cuba faham. Kalau tak faham bacalah penuh cerita ni ye
Alkisah..
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, setelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.
'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya Guru kepada anak muridnya.
'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. ..... 'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya..... Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.
'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. . .....'
'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... '
'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya murid- murid.
'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.'
'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.
'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang...'
NOTA KAKI.
Umat Islam semakin mudah dibeli dengan wang ringgit, dilalaikan dengan kemudahan memuja keseronokan hidup, hingga hilang maruah dan harga diri. TANPA SEDAR. kenapa kita x sedar ? sebab kita tak mencari sedangkan banyak je ceramah2 agama dan program2 motivasi khususnya untuk remaja .kan ?
Marilah kita baiki.InsyaAllah masih belum terlamabt tapi kita dahpun terlewat untuk merubah dan membaiki kerosakan yang dialami.
p/s : Dariapada jemput penyanyi kpop segala baiklah kita jemput penceramah antarabangsa ke. daripada bayakkan pusat2 hiburan baiklah lagi kita perbanyakkan masjid dan pusat2 islam. Pendapat sayalah rakyat pun susah nak buat semua ni kalau xde sokongan dari pemimpin yang menegakkan islam. Jadi siapa yang bertanggungjawab memilih pemimpin. KITAlah. umat islam untuk negara kita
AllahuAkbar.
AllahuAkbar.
Apa komen korang tengok pic ni ? pernah baca entry saya yang ni ? COCA-COLA.--> TEKAN.
jadi fikirlah . moga mendapat kebaikan insyaAllah :)
Nice sharing.... :-)
BalasPadam@maria firdz Alhamdulillah :)
BalasPadamsekarang orang mudah terleka sbb ada yg cuba ambil kesempatan dgn kelalaian orag kita
BalasPadam@Nana Liena org kafir sentiasa mnjadikan kelalaian umat islam sbgi senjata. sdgkan kita je yg degil x sedo2
BalasPadam