Assalamualaikum. hai ^^.
P/s : Sebelum tu, kepada USTAZ AZHAR IDRUS, tahniah pengantin baru ! walaupun saya tahu ustaz tak baca btw, ustaz memang daebak !! ok dah.
Dunia kita penuh dengan tempat-tempat misteri yang menyembunyikan berbagai rahsia tersendiri. Walaupun tamadun peradaban manusia semakin tinggi namun misteri-misteri hasil penemuan tamadun kuno masih belum terungkai. Tempat-tempat misteri ini menjadi perhatian golongan pengkaji dan juga individu yang gemar mengembara. Mari kita lihat tempat-tempat yang masih kekal misteri sehingga ke hari ini.
Easter Island Terletak di Chile, Easter Island diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pulau ini berada di selatan Lautan Pasifik dan sangat terkenal dengan 887 ukiran patung wajah manusia yang dikenali sebagai ‘moai’. Patung-patung ini adalah karya masyarakat Rapa Nui. Pelbagai teori mengenai asal usul patung ini telah dicadangkan termasuklah teori fantasi UFO.Walaubagaimanapun, sehingga kini para pengkaji masih belum menemui teknologi primitif yang telah digunakan untuk menghasilkan patung-patung ini sekaligus merungkai misteri pulau ini. *Patung2 tu dipanggil '7 stone' jugak kan ? kalau tak silap sayalah
Piramid Mesir merupakan binaan purba yang terletak di Mesir. Terdapat 138 piramid yang telah ditemui sehingga 2008. Piramid ini dibina dengan hanya meletakkan batuan di atas batuan yang lain. Setiap batuan dianggarkan seberat 100 tan. Uniknya, tiada sebarang gam, paku mahupun pelekat yang diletakkan di antara setiap batuan. Padanan setiap batuan juga sangat tepat sehingga sukar untuk menemui sebarang rekahan. Teknik pembuatan piramid masih kekal misteri sehingga kini. Subhanallah !
Segitiga Bermuda terletak di barat laut Atlantik. Terdapat 7 pulau besar dan 150 buah pulai kecil di kawasan Segi Tiga Bermuda ini yang asalnya adalah gugusan karang. Semua alat teknologi dan alat navigasi tidak berfungsi sekiranya berada di tempat ini lantas mencetuskan masalah komunikasi dengan dunia luar. Terdapat begitu banyak kes kehilangan kapal, bot, kapal terbang, jet mahupun helikopter dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda ini.
Terdapat satu tempat di Xinjian yang dipanggil “Moguicheng” atau kota iblis. (dengar je macam dah seram) Pengunjung yang berada di situ mendakwa seolah-olah mendengar suara aneh yang tidak dapat dijelaskan puncanya. Sekiranya pengunjung berada di situ pada waktu siang dan pada masa yang sama angin sepoi-sepoi, pengunjung akan mendengar seolah-olah satu ritma manis yang seakan-akan bunyi gitar dimainkan. Namun sekiranya pengunjung berada di situ saat angin kencang, maka akan terdengar suara seolah-olah ngauman singa, suara tangisan bayi ataupun bunyi serigala. (agaknya sebab angin tu terkena batu yg bersegi2 tu tak )
Stonehenge merupakan monumen prasejarah yang terkenal dengan susuan batu-batu besar di pinggir daerah England. Tiada yang mengetahui tujuan monumen ini dibina. Terdapat pelbagai teori tujuan pembinaan monumen ini. Antaranya ialah kemugkinan tempat ini adalah tinggalan istana lama, tempat pemujaan dan juga tapak pendaratan UFO. (ufo ? yg ni peliks --' )
p/s : Mesti awq pun dah biasa dengar 7 keajaiban dunia kan ? tapi jom kita baca kisah menarik yang berkaitan ni jugak :D --> TEKAN.
eh..yang kota iblis kita baru..tahu..huhu.. agaknya maybe sbb angin bpantulan pada batu kot..itu yg keluar bunyi..huhu.. ^^ tapi yg paling misteri bgi akak la kan..yg segi tiga bermuda..
BalasPadam@Nana Liena kann. mmg musykil segi tiga tu. subhanallah.
BalasPadam