sungai muar |
9 Disember 2014
Home
»
Fanzuru !
,
Seorang pelajar
,
uniten
»
Wahai Allah, mudahkan urusanku..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum earthlings !
alhamdulillah
Saat saya menaip ni actually saya tengah ulangkaji subjek calculus. Tapi sebab nak cerita jugak, maka ku curilah masa sikit. curi masa tak dosa :p
Dalam masa setahun selepas saya dapat tawaran mara dan seterusnya melanjutkan pengajian ke MFi banyak betul perkara yang berlaku. tetapi lelah penat dan rungutan hati saya tidak pernah saya luahkan pada sesiapa kecuali semuanya kepada DIA. just everything. siang dan malam, luar dan dalam, hanya Dia yang maha tahu dan memahami. sehinggalah saya stick dengan kawan rapat saya; idayu azmi sampai dah masuk uniten sekarang. dapatla saya luah sedikit sebanyak yang membeku dan bernanah *tangandibahu* dalam hati saya. oh allah. syukurnya saya.
siap je bertungkus lumus dengan urusan permohonan pbu ytn (pinjaman boleh ubah yayasan tenaga nasional), kini saya dan ayu bekerja keras untuk selesaikan tawaran ptptn pula. disebabkan tak dapat apa-apa bantuan lagi, memang...faham-faham jela duduk ipts. orang boleh pandang kita macam anak dato' bila sebut ipts, wuuu hakikatnya ? aminkan jelah. hati kena keras beb.
ayu dah fly korea seminggu cuti-cuti malaysia. dan aku masih duduk depan buku dan laptop tiap hari sambil peluk bantal spongebob dan melihat keindahan alam melalui tingkap bilik. ceh. metafora belaka. ini semua poyo. so ummi dan abi saya yang tersayang datang hari jumaat lepas (well, uniten uniten cuti jumaat sabtu ahad. bahagianya aku) sebab rindu mashaAllah kat saya nih. oh tak. senanya sebab nak hantar dua orang adik saya yang join kem cuti sekolah untuk muslimat kat cheras anjuran persatuan pelajar islam selangor (pepias). so saya ambik waktu ni as advantage la nak settlekan ptptn punya dokumen yang tak settle-settle lagi sebab kekakangan masa. alhamdulillah. kena hantar pulak, minggu depan.
cari punya cari cimb bank guna waze yang turut memeningkan kepala kitorang, akhirnya sampai gak cimb bank cheras before pukul 4 (itupun sebab ternampak masa tengah ikut route yang waze bagi) ! alhamdulillah. tapi kalau malang berbau kita insyaAllah boleh elak. (bak kata ayah aku yang suka bercanda). ni tak. bagaikan jatuh, pastu kena tumbuk pulak, saya boleh pulak tak bawak i/c. eh eh mak nenek betul diri ini.
maka bermulalah sesi ceramah berbau prihatin dan kasih sayang dari ummi dan ayah terchentaa yang menusuk ke dalam hatiku yang dalammm. salah saya. macam biasa, hati saya memang senang tersentuh. bukan terasa atau kecil hati, tapi saya selalu menyesali apa saja yang saya buat.
apa je yang saya boleh buat masa tu ? saya mintak maaf berkali-kali pun daripada ummi abi saya, saya doa minta ampun dengan Allah pun, benda dah berlaku. sungguh menyusahkan. ummi dan abi, maafkan adik ya :'
ahad 7-12-14;
fikir dah fikir-fikir, tidur asyik terbangun, makan dan study pun dok sebok check google map (cari cimb bank)..so terfikirlah nak tanya orang-orang yang saya selesa untuk mintak tolong. maka bermulalah saat saya saya tak boleh tidur tu (baru start heheh) saya tanya seorang adik usrah saya yang ada kereta untuk mintak tolong hantarkan saya ke cimb upm, serdang. saya pulak masa tu tunggu dia punya jawapan dengan hati penuh pengharapan *tangan bersatu, mulut berdoa, mata terpejam* tanpa banyak soal dan mengeluh, dia terus balas dengan voice note; mengatakan yang dia tak ada masalah sebab dia free waktu tu.
*nanges sendiri*
sujud syukur.
walaupun saya tidak nampak reaksi sebenar adik usrah saya (moga allah mudahkan urusan awak dik =)), cara dia jawab tanpa ragu dan banyak tanya, menjadikan saya sungguh terharu. saya baru kenal dia melalui usrah baru lebih kurang 2minggu kot.
jikalau ianya mudah atau biasa berlaku pada korang atau orang lain, tidak bagi saya. pengalaman saya banyak bertemu dengan orang yang sangat susah memberi bantuan di saat saya dalam keadaan sempit. ianya adalah ujian kesabaran dan supaya saya bersangka baik dengan semua orang. allah kan maha adil ? smile yo. alhamdulillahh.
NOTA KAKI.
ambillah pengajaran dan bersyukurlah walaupun bantuan yang Allah beri itu nampak mudah dan sangat kecil. Jikalau tidak kerana yang kecil itu, mungkin perjalanan urusan kita yang seterusnya lagi payah. pengajaran yang besar bagi saya adalah, bawak i/c la beb pegi mana-mana pun ! haishh lu menyusahkan orang betul. grr. (marah tetibe)
bila berhadapan dengan sebarang ujian, saya akan banyak lagi dengarkan apa-apa yang mengingatkan saya kepada rasulullah dan saya pick sedikit lagu-lagu yang menjadikan saya bersyukur dan lagi bagus yang sentiasa menjadikan mata saya bucurrr bila dengar lagu tu. share sikit; segenggam tabah (inteam), rahmat ujian (mestica), tika dinihari (devotees), layar keinsafan (mestica), ya rasulullah (raihan), wahai kekasih (nazrey johani), al'i'tiraf (raihan)-semestinya dan banyak lagi.
kepada yang tersinggah baca, atau tetibe terbaca yang last part ni, doakan saya dapat pbu ytn ye hehe ! semoga Allah sentiasa hadirkan rasa syukur dan sentiasa ingat pada Allah di mana-mana pun kita sebagai tanda allah sayangkan kita :))
peacee (!)
ya Allah by Lah Ahmad. inshaff gue.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
Wahai Allah, mudahkan urusanku..
Labels:
Fanzuru !
,
Seorang pelajar
,
uniten
terima kasih atas sharing
BalasPadam