-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

8 November 2014

Home » , » Harga Sebuah Kemaafan

Harga Sebuah Kemaafan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Asslamulaikum.


Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w., Rasulullah bersabda:

Musa bin Imran bertanya: “Hai Tuhanku, siapakah hambaMu yang paling mulia di sisiMu? FirmanNya: “Siapa yang mengutamakan kemaafan sedangkan dia mampu untuk membalas kejahatan orang lain.”

Saya merasakan bahawa perkara yang paling mahal saya terpaksa bayar dalam perjalanan kehidupan ini adalah; sebuah perpisahan(kematian). Membayarnya adalah sesuatu yang sangat menyedihkan.
Seseorang itu sepatutnya bersedia, redha, sabar di saat hati yang dihiris dengan kesedihan.

Kita selalu lupa bahawa setiap orang yang telah menambah nilai erti kehidupan kita akan berakhir. Mereka akan pergi meninggalkan kita. Atau kita jua akan berjauhan meninggalkan mereka.
Hari ini kita telah menjadi seseorang. Kita telah menemui pelbagai ragam manusia yang mungkin menyakitkan, mungkin juga menggembirakan. Kita telah pelajari sebuah kehidupan yang sebenar.
Adakah kita berterima kasih kepada mereka? Yang pernah menambah asam garam dalam resepi kehidupan ini?


TERIMA KASIH

Kita selalu dengar, “manusia tidak pernah lari dari buat kesilapan, untuk kita sentiasa akui bahawa setiap orang mengaku ketidak sempurnaan dirinya.
So kita kenalah belajar melalui kesilapan, walaupun yang membuat kesilapan itu  orang lain. Saya tengah ajar diri sayalah ni sebab saya pun ada masalah sakit hati ni.

Adakalanya kita rasa sakit hati atas perbuatan seseorang itu. Mungkin sakitnya hati itu tidak dirasai oleh orang yang menyakiti. Mungkin juga dia disakiti. Namun kita tidak sedar bahawa dia mungkin pernah mengajar kita erti kehidupan lebih banyak dari apa yang dia sakitkan hati kita. Mengapakah kita terlalu keras hati sehingga terlalu mahal harga kemaafan kita?

Tak mahu bertegur sapa, tak mahu mendekati, tak mahu dan tak mahu. Kuat merajuk ? hmm

Bagi saya sendiri pernah menjadi student asrama selama 5tahun terlalu bermakna dan megajar saya banyak perkara yang mungkin saya tidak akan dapat jika saya tidak menjadi pelajar asrama.


Form 4 di SMAKJ;

"Kalau ada sesiapa yang nak tempah al-Quran terjemahan ni boleh terus jumpa akak lepas majlis ni, ok !"
selepas majlis, saya bergegas berjumpa dengan senior tersebut untuk bertanya.

"Kak, saya ada bawak duit ni, saya nak beli terus je boleh, quran warna hijau tu ? RM 40 kan"
"Ye RM 40. Sekarang ?? Gile ahh" beliau memandang saya sedikit serong dan terkejut."

Pada ketika itu, saya memang rasa annoyed dan terasa. Kerana situasi yang memaksa saya bertindak demikian; hanya saya yang tahu kerana saya bukanlah orang 'senang'. Reaksi kakak tersebut pula menampakkan bahawa beliau terkejut dengan tindakan saya yang seolah-olah tindakan 'orang kaya'. Judging ? ya, saya faham; kakak tersebut juga bukanlah orang senang. mungkin sedikit terkejut.

Namun saya pelajari sesuatu yang berharga pada hari itu. Jika tidak bagi orang lain, bagi saya, ianya sungguh berharga. Bukanlah kehidupan saya begitu senang dengan hanya meminta dan menadah wang dan keperluan dari ibu bapa sendiri. Saya pernah melakukan apa yang kakak tersebut lakukan kepada saya. Ringkas sahaja kan ? Saya sedar kesilapan saya yang mungkin telah mengguris hati orang lain. jadi hanya perubahan akhlak untuk diri saya merupakan pilihan yang paling tepat dan memaafkan beliau adalah option yang paling Allah sayang. alah sayangnyaaa semorang ^^


SELAMAT TINGGAL

Mengapakah seseorang itu merumitkan lagi masalah dengan tidak memaafkan? Sedangkan, lebih mudah menghabiskan cerita yang rumit itu dengan memaafkan? 

Kita sebenarnya telah membayar harga yang lebih mahal kerana itu, iaitu dengan memendam sakit hati, berpisah, dan dendam – hanya kerana enggan memaafkan.
Tahukah kita bahawa Rasulullah saw. telah menjadi orang yang berjaya kerana dirinya yang sangat pemaaf?

Baginda dibenci, Baginda dicaci, didengki, namun kerana memahami semua itu adalah hakikat manusiawi, Baginda memaafkan.

Kita mungkin boleh berfikir sendiri, akan manusia yang sangat terpuji akhlaknya. Mungkin Rasulullah itu maksum, bersih hati jiwanya, dan kita tak mampu lakukannya. Tapi bukankah nabi diturunkan agar kita mencontohinya?

Kita bakal lagi akan diuji dengan pelbagai lagi ragam manusia.
Tetapi kita tentu akan tenteram jika kita memaafkan mereka.
Usah merumitkan lagi cerita jika penyelesaiannya hanya dengan membayar sebuah kemaafan andai mereka pernah menjadi rakan, kenalan, atau keluarga kita.
Maafkan sahaja.

Kembalilah bersaudara.
Andai Habil dibunuh kerana hilang rasa persaudaraan daripada satu pihak. Andai agama ini pernah membayar harga persaudaraan itu dengan jenuh dan letih dalam berhijrah. Mengapakah kita menggadaikan persaudaraan itu semudah-mudahnya, angkara perkara yang kecil, tetapi dibesar-besarkan?
Rugilah orang yang memutuskan persaudaraan.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” – [Al-Hujurat : 10]

p/s : saya beli Quran tu sebab saya tak ada quran terjemahan sendiri ++ sebagai satu kenangan dari smakj sebelum saya berpindah ke samura. duit banyak pun masa tu sebab banyak claim dari pihak pentadbiran sebelum berpindah. hehe ! bocor rahsiaa
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)