-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

24 Disember 2014

Home » » Nabi Idris A.S ; Melawat Syurga dan Neraka

Nabi Idris A.S ; Melawat Syurga dan Neraka

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Mari mulakan dengan selawat dan salam ke atas nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. Macam biasa, kebanyakan sirah-sirah yang saya nukilakan di blog kesayangan saya ni, adalah melalui pembacaan buku-buku saya. Alhamdulillah ^^v


Nama asal : Ukhnuj cucu Nabi Adam a.s. Nabi Adam a.s masih hidup apabila Nabi Idris a.s dilantik Allah SWT menjadi Rasul. Umur Nabi Adam a.s 930 tahun. Nabi Idris adalah orang yang pertama yang menulis menggunakan pena dan orang yang pertama memakai pakaian daripada kulit.
Asal : Negeri Babylon, kini Iraq. 
Kaum : Qabil. Qabil adalah anak kepada Nabi Adam yang telah membunuh adiknya Habil kerana ingin berkahwin dengan Iqlima. Kaum Qabil menyembah berhala.


Allah menurunkan 30 lembaran suhuf kepada Nabi Idris a.s sebagai panduan untuk memimpin kaum baginda. nabi Idris lebih suka berada di tempat-tempat sunyi, mengasingkan diri dari perbuatan kejahatan manusia seperti menyembah berhala. baginda membaca kitab atau suhuf yang diwarisinya daripada datuknya Nabi Syith a.s bin Adam. Oleh sebab suka membaca suhuf, nama baginda ditukar kepada 'Idris' yang bermaksud 'orang yang selalu membaca suhuf'. Nabi Idris a.s menyeru kaum Qabil supaya menyembah Allah s.w.t dan mengajak mereka merantau tetapi mereka enggan. Kaum Qabil enggan mengikut ajaran Nabi Idris a.s kerana mereka tidak yakin akan perpindahan itu. Nabi Idris a.s mengatakan berhijrah kerana Allah s.w.t akan mendapat rezeki. 

Kesolehan Nabi Idris a.s diketahui Malaikat Izrael atau Malaikat Maut. Pada suatu hari, Malaikat Izrael memohon kepada Allah s.w.t untuk melawat baginda nabi yang soleh. Malaikat Maut menyerupai dirinya seorang pemuda lalu mengunjungi Nabi Idris a.s yang ketika itu, sedang berpuasa. Malaikat Maut datang dengan membawa makanan dari syurga untuk Nabi Idris a.s. Nabi Idris a.s bersyukur kerana dapat menikmati makanan itu untuk berbuka puasa. Kemudian, Nabi Idris a.s berkata kepada pemuda itu, "Wahai saudara, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama."Pemuda menolak pelawaan itu dengan lembut. 

Selepas berbuka puasa, Nabi Idris a.s meneruskan ibadat bersama pemuda itu sehingga matahari terbit.
Nabi Idris a.s berasa hairan melihat sikap pemuda itu yang terus beribadat tanpa makan dan minum. Pemuda itu berkata, "Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama ? Kita lihat keindahan persekitaran." Nabi Idris a.s manjawab. "Baiklah. itu satu cadangan yang baik". Mereka pun pergi melihat keindahan persekitaran. "Allah Maha Besar, Allah Maha Pencipta" Kata Nabi Idris a.s. Pemuda dan Nabi Idris sampai ke sebuah kebun anggur. Pemuda berkata kepada Nabi Idris, "Wahai Idris a.s, adakah tuan mengizinkan aku untuk mengambil buah anggur untuk aku makan ?" Nabi Idris a.s menjawab, "Subhanallah, mengapa malam tadi kamu tidak mahu makan makanan yang halal, sekarang kamu mahu makan makanan yang haram ?" Pemuda berasa kagum dengan sikap Nabi Idris a.s ang soleh. 

Pemuda dan Nabi Idris a.s meneruskan perjalanan, Mereka menemui padang rumput yang penuh dengan kambing. "Bolehkah kita sembelih kambing ini ?"tanya pemuda itu. Nabi Idris a.s menjawab; "Ini kambing kepunyaan orang, aku tidak mahu berdosa". Baginda sentiasa menjaga akan dan minum kerana tubuh badan yang membesar daripada makanan haram akan dibakar api neraka. Pemuda dan Nabi Idris a.s meneruskan perjalanan mereka yang telah menjangkau 4 hari. Selama bersahabat dengan pemuda itu, Nabi Idris a.s melihat beberapa keanehan temannya itu yang berbeza daripada sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris bertanya; "Siapakah kamu sebenarnya ?" Pemuda yang kacak itu menjawab," Aku Malaikat Maut, aku mencabut nyawa manusia." Nabi Idris a.s terkejut. Kemudian baginda bertanya lagi, "Apakah kamu akan mencabuy nyawa setiap orang ?"

Malaikat Maut menjawab,"Ya, bagaimanapun, aku tidak mencabut nyawa orang sesuka hati. Aku hanya menurut perintah Allah s.w.t." Nabi Idris a.s bertanya lagi, "Selama empat hari kamu bersamaku, apakah kamu juga mencabut nyawa orang?" Malaikat maut menjawab."Ya, aku mecabut beberapa nyawa. Sesungguhnya jiwa makhluk itu bagiku sama seperti hidangan di depanku atau seperti kamu menghadap sesuap makanan. Itu sudah menjadi tugasku yang diberi oleh Allah s.w.t." Nabi Idris a.s bertanya lagi," Wahai Malaikat Maut, apakah tuan datang ke sini sekadar berkunjung atau hendak mencabut nyawa aku?" Malaikat Maut menjawab," Aku datang hanya untuk berkunjung dangan izin Allah s.w.t kerana kasih kepada kamu. Allah memerintahkan untuk aku melihat kehidupan kamu yang soleh. Jika aku dapat perintah dariapada Allah, barulah aku mencabut nyawamu. janganlah bimbang. Semunaya bergantung kepada perintah yAllah s.w.t yang maha mengetahui."


INGIN MERASAI MATI

Tiba-tiba Nabi Idris a.s berasa ingin merasai kematian. Tidak pernah ada manusia yang menceritakan
tenatng kematian. Nabi Idris a.s berfikir panjang tentang kematian. Nabi Idris a.s berkata kepada Malaikat maut, "Wahai Malaikat Maut, aku ada satu permintaan daripadamu. Kamu mencabut nyawaku. Aku ingin marasa kematian. Dengan itu aku dapat beribadat kepada Allah s.w.t. Bagaimanapun, Allah s.w.t hendaklah menhidupkan aku kembali." Malaikat Maut berkata," Sesungguhnya aku tidak mencabut nyawa seseorang kecuali dengan izin Allah swt. "."Bermohonlah kepada Allah swt" Kata Nabi Idris a.s. Allah memperkenan permintaan Malaikat Maut kerana Nabi Idris a.s orang yang soleh. Kemudian, Allah swt menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut suapaya mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Malaikat Maut menurut perintah Allah. Pada masa itu juga, Nabi Idris a.s wafat.

Malaikat Maut menangis melihat Nabi Idris a.s wafat. Malaikat Maut memohon kepada Allah swt supaya menghidupkan Nabi Idris a.s semula lalu Allah memakbulkan permintaan itu dan menghidupkan Nabi Idris a.s kembali."Aku bersyukur atas pertolongan tuan" Kata Nabi Idris a.s. Kemudian Malaikat Maut bertanya,"Wahai saudaraku, bagaimana rasanya maut yang kau hadapi?" Nabi Idris a.s manjawab, "Aku berasa sangat sakit. Rasanya seperti terkupas kulit dalam keadaan hidup. Rasa sakit menghadapi mut itu lebih daripada 1000 kali ganda sakit biasa" Malaikat Maut berkata,"Aku mencabut nyawa kamu secara berhati-hati dan lembut Cara ini belum pernah aku lakukan terhdap orang lain. Bagaimana keadaannya jika aku buat dengan kasar. Pasti lebih sakit"



INGIN MELIHAT NERAKA

"Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai satu permintaan lagi kepada tuan"."Apakah permintaan itu?" tanya Malaikat Maut. "Aku mahu naik ke langit." jawab Nabi Idris a.s. "Aku mahu lihat kebesaran Allah swt. Alam semesta ciptaan Allah swt." Malaikat MAut bersetuju dengan cadangan itu. Malaikat Maut membawaNabi Idris a.s ke langit. Nabi Idris a.s berasa sangat gembira. "Aku ada permintaan lagi," kata Nabi Idris a.s untuk memuaskan rasa ingin tahu baginda. "Permintaan apa?" tanya Malaikat maut. "Aku ingin melihat neraka. Aku dapat beribadat kepada Allah swt setelah melihat betapa dahsyatnya keadaan neraka itu."jawab Nabi Idris a.s. Malaikat Maut menjawab,"Wahai Idris a.s, aku tidak dapat pergi ke neraka tanpa izin daripada Allah swt.". "Bermohonlah kepada Allah swt" Kata Nabi Idris a.s. Akhirnya Allah memerintahkan malaikat Maut agar membawa Nabi Idris a.s ke neraka. Nabi Idris a.s diberitahu Malaikat Maut bahawa semua benda yang dicipta Allah untuk menyeksa mereka yang ingkar perintahNya di dunia. Semuanya terdiri daripada bahan api. 



Di dalam api neraka terdapat rantai-rantai yang panas, timah yang mendidih, dan pokok-pokok yang penuh berduri. Terdapat juga haiwan-haiwan seperti ular dan kala daripada api dan lain-lain. Malaikat Maut dan Nabi Idris a.ssampai ke neraka. Mereka ditahan oleh Malaikat Penjaga Pintu Neraka iaitu Malaikat Malik. "Jangan masuk ke neraka, panas" Kata Malaikat Malik. "Aku hendak lihat neraka sahaja, tetapi tidak mahu masuk." jawab Nabi Idris a.s. Selepas itu Nabi Idris a.s dan malaikat Maut meninggalkan neraka.
Allah swt berfirman  tentang kebesaran Nabi Idris a.s yang bermaksud,"...Sesungguhnya dia (Nabi Idris a.s) adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi."
-Quran: Maryam; 56-57-

MELAWAT SYURGA
Nabi Idris a.s berakata kepada Malaikat Maut, "Wahai Malaikat Maut, aku mempunyai hajat yang lain, iaitu agar kamu membawa aku masuk ke dalam syurga. Apabila aku dapat melihat keadaan syurga dapatlah aku meningkatkan lagi ibadah kepada Allah swt." Setelah mendapat izin daripada Allah swt, Malaikat Maut membawa Nabi Idris a.s ke dalam syurga tetapi baginda mesti keluar semula dari dalam syurga.Baginda dapat melihat syurga dengan sungai yang jernih, kebun buah-buahan, udara yang segar dan lain-lain. Sesiapa pun tidak mahu keluar lagi jika sudah masuk ke dalam syurga.
Setelah lama Nabi Idris berada di dalam syurga, Malaikat Maut memanggil baginda keluar dari syurga. Nabi Idris a.s enggan. Baginda hendak tinggal di dalam syurga untuk beribadat. "Tidak boleh Idris a.s, di sini bukan tempat orang beribadat." kata Malaikat Maut. "Tiada siapa yang dibenarkan tinggal di syurga sebelum hari kiamat. Syurga adalah tempat orang yang menurut perintah Allah swt semasa hidup di bumi."
Allah swt menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut membenarkan Nabi Idris a.s tinggal di langit kedua untuk beribadat. Demikianlah betapa hebatnya mukjizat Nabi Idris a.s. Baginda dapat merasi maut dan melawat neraka dan syurga. Selain itu, Bagind dapat tinggal di langit buat selama-lamanya hingga hari kiamat.

Anekdot
Nabi Idris a.s orang yang soleh. Baginda sentiasa dihasut oleh iblis suapaya tidak beriman kepada Allah swt. Bernagai-bagai cara iblis menghasut Nabi Idris a.s seperti merendahkan kekuasaan Allah. Baginda bosan dengan kerenah iblis. Akhirnya baginda mencederakan mata iblis.

Rujukan ; Mukjizat Para Nabi, Pustaka Azhar
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

1 ulasan :

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)