»
Tunda kereta di Shah Alam
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour
Alhamdulillah dengan limpah kurnia, kesihatan, dan masa yang Allah kurniakan. Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Alkisah..
Setiap pelajar yang bakal menjalankan praktikal diwajibkan menyertai kursus CIDB sebelum praktikal (nak tertaip 1mdb pulak ), dan wajib buat kad hijau CIDB. Bagi pelajar mechanical engineering, kad hijau ini biasanya takkan guna pun (pelajar civil dan certain tempat praktikal je yang guna). Dipendekkan cerita, kad hijau saya tak berjaya saya ambil pada waktunya sebab saya terlepas tarikh. Maka lepas 2 bulan dah habis praktikal, baru saya dapat call untuk ambil kad ni di Shah Alam. Allahu kejauhan Shah Alam dah menerawang dalam fikiran saya yang duduk Bangi sepanjang belajar ni. Yelah, mana kosnya, masa lagi, sebagai student kan, selain tak biasa dengan Shah Alam. Alhamdulillah seorang sahabat yang mulia hatinya dan comel pula, tawarkan untuk teman saya ke sana pada hari yang dirancang.
Dalam berat hati, saya sebenarnya suka juga atas peluang ni ahaa, sebab Shah Alam ni tempat kenangan saya masa praktikal di Rawang, Selangor (selalu ikut staff meeting kat Shah Alam, throwback gituuh), bagi saya, Shah Alam ni cantik, bersih, dan ada masjid negeri yang best dan beso ! Dengan sang kancil merah saya, google maps, dan seorang sahabat setia, alhamdulillah akhirnya sampai ke destinasi (sebenarnya dah sampai dulu kat tempat yang salah siap naik pejabat dah ). Saya parking kereta bawah pokok belakang hotel di belakang Wisma PKPS Shah Alam. Urusan tak ambil masa yang lama, setengah jam je maka kami pun kembali ke kereta sebelum terkejut berkali-kali...
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’(Al-Baqarah : 45)
Kereta TAK ADA ! serious kereta takda tak lawak weh. Saya parking je situ sebab parking penuh dan lepas kufikirfikir, takpe je kot, sat jah. Maka saya teruskan urusan dengan tawakkal tahap tinggi (!) Tawakal ni sebab memang tak tahu yang Shah Alam ni strictnya Subhanallahhhh.
Confirm kena tunda ! Allahu. Sungguh kami tak biasa dan tak tahu Shah Alam strict gini ! Kat Bangi paling teruk saya pernah kena pun, saman je, itupun selesai dengan hanya RM10 dalam masa 24 jam. Masa macamni, ketenangan adalah segala-galanya.
La hawla wala quwwata illa billah..
Maka saya dengan segeranya meng-google sambil berzikir-zikir dan memujuk hati supaya tenang dan sabar, dannn alhamdulillah jumpa satu blog yang kisahkan pengalamannya dan family kena tunda kereta masa membeli-belah. Lemah kepala lutut saya bila tahu je yang denda yang dicharge adalah cash RM270 ! Ada hikmahnya.
Sebenarnya ada caranya untuk shortkan nilai tersebut kepada RM150. Tapi bagi student macam kami, faham-faham jelah deknon. Mana nak cekui, bajet lari aihh. Pantas kami naik grab ke MBSA Shah Alam dan sampai lebih kurang 1.05p.m. Since pukul 1-2pm MBSA berehat, saya dan sahabat berehat di luar perpustakaan MBSA, surau pun tak jumpa. Tidur-tidur ayamla sat tahan lapaq sekali dengan keadaan hujan yang agak lebat. Peh masa ni 5 minit pun macam setahun rasanya nak menunggu uuuui.
MBSA Kota Kemuning
Pukul 2, laju kami masuk dalam pejabat MBSA, tapi ghupenya kalau kes tunda, tak payah tunggu pun, boleh terus masuk pejabat walaupun waktu rehat, aiyoo ammaaaa sampai tersengguk den nunggu. takpelah, adalah hikmahnya. Dan yang lebih memeranjatkan lagi adalah kereta kami rupanya takda dan bukan di situ. Loh biar betul sih?! Rupanya Shah Alam ni ada dua pejabat Majlis Perbandaran, iaitu MBSA seksyen 17 dan MBSA Kota Kemuning. MBSA mana kereta yang ditunda ditempatkan adalah mengikut kawasan di mana kereta tersebut ditunda. Jadi kereta saya sebenarnya di MBSA Seksyen 17.
MashaAllah. Sabo jelah
|
MBSA Kota Kemuning |
MBSA Seksyen 17
Macam-macam dah rasa. Poket makin menipis, bateri handphone makin low, perut lapar ya ampun, emosi makin decrease, cuaca pun makin buruk ! Masa ni sahabat saya tertinggal pursenya dalam kereta saya, jadi bergantung pada poket saya sahaja, apa yang ada, tawakalna 'alallah. Dengan berbekalkan beberapa belas ringgit alhamdulillah cukup duit untuk sekali lagi naik grab ke MBSA Seksyen 17. Sampai sana, abang grab tu pusing-pusing depoh tunda MBSA tu, "Mana pintu masuk eh. macam salah jalan ni, sebab ni tempat tunda", kata dia siap berkerut. "Memang kereta kami kena tunda..(suara malulah kunun)"! *gelak kecil* Cepat mata saya dah tertangkap pada sebuah kereta kecil warna merah, bolehku bawa ke sekolah..!
|
Kawasan Depoh Tunda Seksyen 17 |
|
MBSA Seksyen 17/Depoh Tunda Seksyen 17
Ini stor letak kereta-kereta yang ditunda |
Bayar je grab, tinggallah sehelai duit biru bernilai seringgit sahaja yang masih bertahan dalam purse saya. MashaAllah ! Persoalan seterusnya, macammana nak bayar RM150 tuntut kereta ? takda cash, Mesin ATM lagila takda dengan keadaan depoh tunda kota kemuning yang macam tempat simpan bas-bas kilang yang lama dan tempat sampah (sebab banyak tong lori sampah, walaupun takda sampah berbau juga ya ampun). Apapun, redah dan hadapi jelah, mudah-mudahan Allah permudahkan insyaAllah. Sampai kat kaunter, abang polis tu keluarkan satu list tanya kereta saya, then dia beritahu dia dah kurangkan harga ke RM150 dan boleh guna debit je since cash takdak. Alhamdulillah. *tarik nafas lega.* ffuuuh~
Settle bayar, ambil kereta dan segera cari surau dan kembali ke Bangi dengan selamat. Tak solat lagi tahuuuu sebab takda surau terdekat masa menunggu luar perpustakaan MBSA Kota Kemuning sebelum tu.
Alhamdulillah.
Tamat dengan jayanya ujian ini. wowerzz.
TUNDA DI SHAH ALAM
Meh saya cerita sikit berkenaan tunda kereta di Shah Alam setakat yang saya tahu, terutama untuk first timer dan orang luar Shah Alam macam saya. Rate denda tunda tak sentiasa sama untuk semua jenis kenderaan dan keadaan.
Caj bayaran semasa ditunda
- Kalau kita, eh bukan kita, kalau anda kembali ke kereta anda masa pakcik tunda (baca : kontraktor tunda) tengah pasang baby tayar, jadi anda perlu bayar RM100 sahaja ke dia.
- Andai kata, masa anda sampai ke lokasi parking, baby tayar dah siap pasang, tapi pakcik tunda tak gerak lagi, jadi anda kena up sikit bayar denda ke dia RM150. untuk dapat semula kereta. Tapi ingat, hanya anggota penguatkuasa sahaja yang layak mengutip wang denda anda dan mengeluarkan resit rasmi majlis perbandaran
Jika majlis perbandaran kena simpan kereta anda semalaman, maksudnya besoknya baru anda datang ambil kereta anda, caj tambahan RM10 akan dikenakan. Bagaimanapun, caj ini hanya applicable pada kenderaan ringan, caj untuk kenderaan berat(lori etc) dan info-info selanjutnya, boleh rujuk pada pautan di bawah.
Rujuk di sini : http://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/penguatkuasaan/Halaman/tunda.aspx
- Bagaimana jika anda sampai ke tempat parking, tapi kereta dah tak ada dah ?
Untuk kes 'sampai-sampai je, kereta dah takda' macam saya ni, anda perlu tahu rate denda yang dikenakan ke atas kenderaan anda
|
Rate nilai denda sebelum diskaun. kredit |
- Kenalpasti kawasan kereta anda ditunda dan pejabat MBSA yang mana ianya ditempatkan untuk anda pergi tuntut, anda boleh call je pejabat MBSA tu minta check kan kenderaan anda jika anda tak pasti
- Pastikan anda buat rayuan diskaun jika denda yang dikenakan adalah harga asal. Mudah-mudahan dapat
- Sabar, rileks, baca bismillah dan selesaikan dengan baik. Tak perlu marah-marah majlis perbandaran, cukuplah kita bermuhasabah diri sendiri maka kita akan dapati penghujung ujian ini manis sekali. Setiap peraturan di dunia walaupun kita rasa tak perlu dan tak masuk akal, adalah salah satu bentuk didikan dengan izin Allah. Allah sedang memberi hadiah berbentuk ujian khas untuk anda ! hanya hambaNya yang terpilih.
Satu hari mengutip ibrah (عِبْرَة : iktibar dan pengajaran)
Ibrahnya besar dan bermakna bagi saya. Ramai pelajar IPTS ni dalam kategori mak ayah berada, atau at least cuukup makan semua setiap bulan setiap sem. Tapi tidak saya. Saya dibesarkan dalam keadaan yang bukan senang, ikat perut di sekolah dan di kampus adalah perkara yang terlalu biasa bagi saya dan saya sangat bersyukur dengan takdir Allah ini yang terlalu banyak mendidik saya bila menghdapai ujian-ujian sebegini. Masa ni, saya dalam kesempitan wang. Pergi Shah Alam *pakkaller orang CIDB dah call, kalau tak saya memang tak berniat nak ambil kad tu pun sebab saya tak perlukan pun. Praktikal dah habis dah pun.
*pakkaller : orang johor sebut ni. Baca : nasib le,/hanya kerana (atau mungkin atuk saya je yang guna perkataan ni ?)
Saat Allah uji, Dia Maha Tahu lebih dari pengetahuan kita bahawa kita mampu menanggung perit musibah dan mampu selesaikan dengan sebaik-baiknya. Jadi percaya pada Dia, sabar, tenang, syukur, istighfar, fikir dan zikir, yakinlah kita mampu selesaikannya dengan baik.
Kuncinya, sabarlah semaksimumnya, anggaplah ujian itu hadiah dari Allah untuk orang-orang beriman dan untuk mendidik dan menghapuskan dosa-dosa kita. Bukankah hadiah itu adalah sesuatu yang sangat disukai oleh semua manusia lumrahnya ? Jika kita rajin berfikir dan sering mengucapkan rasa syukur, percayalah, ujian seperti adalah kacang je ! bak kata orang melayu kita. Pasti kita berjaya melaluinya dengan cemerlang, insyaAllah.
Rasulullah saw bersabda:
“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
[Hadith riwayat Muslim]
Takda gambar kenangan sebab semua dah terdelete.
Berhati-hati parking di Shah Alam tau !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
the best porn collection
BalasPadamHi kereta saya pun baru ditunda mula mula rasa dunia ni da gelap ceh XD sbb saya pun srudent 150 mmg amatlah sakit. Tapi takpela pengajaran untuk diri sendiri supaya lebih alert huhu
BalasPadam