Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Seorang remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seorang remaja. Papar semua catatan

11 April 2020

Ei'd Millad

11th April 1995; Ei’d Milllad : Hari Kelahiran

Langit hitam bertukar oren kebiruan, burung berkicauaun terbang melata ke segenap alam Tuhan, dedaunan nan hijau masih utuh dan tekun bertasbih memuji kebesaranNya, manusia juga tidak kalah bertasbih dan bertahmid, menandakan permulaan hari yang baru. Begitu juga hari ini bagiku.

Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan dan mematikan. Alangkah beruntungnya kita yang pada saat ini masih menghirup oksigen segar, makan dengan kenyang, tidur pula sentiasa mendakap lena.

Hari ini genaplah umurku yang ke 25 (ke sepatutnya ganjillah ? ;D). Umur ini sesungguhnya permulaan kepada aras hidupku yang baharu. Memikul dan merasai sendiri tanggungjawab yang berpuluh tahun terlebih dahulu dipikul oleh ummi dan ayah. Jika apabila melangkah ke alam remaja, telah Allah sentuh hati-hati remaja mula memahami kesusahan ibu dan ayah mencari rezeki, kini, dengan umur ini, Allah beri peluang pula untuk makan garam tersebut, merasai cabaran demi cabaran sendiri.

Kali ini, kita pula keluar pagi mencari rezeki, kusut kepada di tempat kerja, pulang lewat menyiapkan tugasan, mesyuarat di luar kawasan, perlu membayar pinjaman pelajaran, hutang kenderaan, rumah sewa, dan bil-bil yang berkaitan.

Susahkah ini semua ? Ianya lumrah manusia meneruskan kehidupan.

Mengapakah kehidupan perlu diteruskan ? Kerana ianya adalah perintah Tuhan, selagi nyawa dikandung badan, dengan tujuan menjulang namaNya, memburu keredhaanNya.


Pn./Ustazah Nolida binti Ahmad.
Alfatihah sebagai hadiah buat ibuku (beliau masih bernafas ya)<3 td="">

Selayaknya setiap tarikh hari lahir menjengah, ummilah insan yang paling layak diraikan, didakap, dikucup, diucapkan, didoakan pula dengan kebaikan berpanjangan. Allah, siapakah yang lebih layak untukku syukuri keberadaanku di dunia ini melainkan kepada ibuku ?

Jika bukan kerana rahim ummiku, jika bukan kerana agama ibuku, jika bukan kerana akhlak dan didikan ibuku, jika bukan kerana kasih sayang tanpa syarat yang dilimpahkan kepadaku, jika bukan kerana doa-doa dan restu dari ibuku, apa dan siapalah aku di dunia ini, manakan mampu aku tersenyum hari ini pada ulang tahunku yang kedua puluh lima.

Wahai ummi, jika aku ada kuasa pilihan yang boleh mengubah qadar Tuhan, maka akan kupilih untuk berbakti kepadaMu sebelum Allah menjemputku, atau menjemput ummi kembali kepadaNya.

Jika selama 25 tahun yang lalu aku masih gagal membuatmu tersenyum dan menyenangkan hatimu, aku tidak mahu berputus asa. Kupohon agar Allah memberiku peluang dengan umurku ini meskipun hidupku tidak mewah dengan harta atau pujian.



Allah,

Mudahkan jalan ibuku syurga, pertemukan dan tautkan kami kembali di syurgaMu.




Ameen.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Oktober 2019

Part Time Promoter di Parkson

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour !
Alhamdulillah, segala rasa positif dan segala benefit yang saya dapat sepanjang bekerja ni adalah untuk dikongsi bagi manfaat bersama terutama yang nak kerja part time juga.

Sem akhir (sem lapan) di kampus bermula, maka bermulalah saya cari kerja part time memandangkan saya dah ada sang kancil(beliau adalah sejenis kereta ya bukan haiwan tunggangan). Setelah beberapa attempt, alhamdulillah, melalui aplikasi android indeed, saya dapat kerja sebagai promoter/sales assistant di Parkson IOI City Mall. Sebelum kerja sini, lebih dua tahun saya tak jejak ioi city mall ni sedangkan rata-rata student uniten pergi mall ni, 1 atau 2 minggu sekali atau at least sekali sebulan, hamekkk.  Saya pening, sakit kaki, dan semua ada bila masuk mall besar-besar. anda ingat saya ada masa untuk sakit kepala?
Namun...kena jugak survive sakit kepala dalam mall ni demi duit kocek tambahan final year. agituh.

Hari pertama kerja, saya sesat cari parking, sesat cari parkson, sesat cari department saya, sesat cari tesco masa rehat, sesat kiri, sesat kanan, tawaf atas bawah, ya ampunnn, macam rusa masuk kampung. kalau kaki manusia ni ibarat kaki anak patung, insyaAllah dah tanggal tengah jalan dah kaki saya, pastu tak tahu boleh pasang balik ke tak. Allahu.

bayangkan pusing mall sebesar ini atas bawah hujung ke hujung. belum cite lupa parking kat mana, eh tawaf tempat parking pulaaak. aiseyy semput nak cite. so let's skip it.

Image result for parkson ioi city mall putrajaya
Parkson IOI City Mall, Putrajaya [kredit]

Saya bekerja di department kanak-kanak; brand pakaian kanak-kanak dan remaja; O’Kayce (Desoir Fashion Sdn. Bhd.). (Untuk pengetahuan semua, brand ni dah takda lagi di ioi city mall sekarang, dah tutup). Brand dah ok, pakaian yang dijual pun takda masalah aurat ke apa (baju budak kan), gaji ok, yang paling patut disyukuri adalah suasana bekerja, partner, dan bos yang baik, alhamdulillah.

Masa tu uniform promoter parkson adalah : Tudung putih, kemeja/t-shirt hitam kosong, seluar slack hitam.

Alhamdulillah fizikal saya yang kecik aje ni, memudahkan persediaan uniform yang paling menutup aurat, cuma keselesaanlah kena sabar sikit..perempuan bertudung mana je yang suka kena masukkan tudung kat dalam baju ? Nasib tak kena masukkan baju kat dalam seluar (tuck-in) *gulpp. Baju, tudung, seluar dapat RM5 je setiap sehelai kat pasar malam di Bangi Seksyen 4 (kalau tak silap emori saya) selepas mencari hingga berpeluh sedulang. tudia hangpaa.

maafkan lembaga putih hitam tersebut

GAJI

  • Full time : 1200+- (basic)
    Kalau campur OT (overtime), public holiday, = +-Rm1300-1500/month)
  • Part time : RM5-7/jam
    Total gaji part timer sebulan ? : bergantung kepada berapa banyak jam masuk kerja. average gaji saya yang selalu masuk 4 jam ni, 480/bulan. Paling banyak pernah dapat Rm500+. 

Fasal gaji ni, bergantung kepada brand, berapa mereka nak beri. Tanya betul-betul pasal gaji ni, jangan sampai bos main gaji pulak, bukan tak ada brand yang main gaji pekerja ni ya. Kalau full time, pastikan boss anda beri slip gaji, itu adalah hak pekerja. (slip haji, biasanya pekerja sepenuh masa sahaja ada, yang separuh masa saya tak pasti sebab saya takda)
Gaji saya ? RM6/jam walaupun dalam iklan kata nak bagi rm7/jam (har har har). Takpelah, disebabkan ramai kawan-kawan part time di brand berdekatan saya; boss diorang bagi bagi rm5-rm5.50 je berbanding rm6, jadi saya malaih nak banyak cerita. Bos pun tak ada reply bila saya tanya, tapi beliau sangat baik, another reason saya malas nak pertikaikan. Dapat kerja pun, alhamdulillah.

SHIFT

Shift bekerja di Parkson ada 4
  1. FULL : 9.40am – 10.00pm
    10jam + 2 jam (2 kali) rehat
  2. MORNING : 9.40am – 6.30pm
    7 jam + 1 jam (1 kali) rehat
  3. AFTERNOON a.k.a Noon : 1.00pm – 10.00pm
    7 jam + 1 jam (1 kali) rehat
  4. 4 JAM : 6.00pm – 10.00pm
    4 jam, tiada rehat
Biasanya shift 4 jam hanya untuk pekerja part time. Jadual saya hari-hari masuk kerja jam 6-10pm sahaja. Satu hari offday (khamis), dan hari sabtu sahaja saya masuk kerja shift 8jam; morning/noon. Kalau saya ada program pagi ke, saya minta boss untuk masuk noon (8jam), dan sebaliknya. Boss saya biasanya tiada masalah.

CUTI

Sebagai pekerja part time, dan dapat bos yang baik, saya sangat mudah nak mintak cuti, tak payah nak isi borang bagai. Bila saya nak minta cuti sebab ada program wajib, kelas ganti, atau kenduri etc, saya cuma perlu WhatsApp boss je beritahu nak cuti tarikh apa, sebab apa, etc. Ataupun, saya minta tukar offday (hari cuti) saya sahaja, biasanya boss tak banyak cerita, dia akan reply ok sahaja. Yang penting, 'kena cara' nak minta cuti tu kan.

Tapi bukan semua pekerja part time brand-brand lain bernasib baik macam saya, ada je yang susah sangat supervisor/boss nak faham yang dia tu full time student, bukannya full time bekerja. Nak minta cuti sebab program ke apa susah beno. Allahu..

SUASANA BEKERJA. 

penat ke ?

Target asal saya untuk kerja hanyalah sebulan(sepanjang cuti sem, iya saya tak balik bercuti langsung!), tapi akhirnya sampai 4 bulan saya kerja (sampai naik sem dan dah nak final exam, amboih syok sampai terlajak-lajak) kalau saya tak tahan sebab penat dsb, saya takkan kerja lama, tapi perancangan Allah melebihi segalanya. Kerja parkson ni tak sepenat bekerja di kedai satu branding, (contohnya; butik, kedai makan, padini, etc), bosan & penatnya mungkin 2 kali ganda (saya dah pernah kerja butik) terutama bila ramai pelanggan. 

Di parkson boleh pegang telefon bimbit, tapi tak boleh main phone ya. Time dah takda kerja tu, bolehkan je nak guna a.k.a main phone tapi selepas semua kerja siap. Kerja mesti siap dulu sebab itu tanggungjawab kita dan berhati-hati daripada dirampas.  kalau kena rampai sebulan dia tak pulang tau. Menangis bucu katil nanti. Masa terluangnya sangat banyak ya ampun.. kalau baca buku, insyaAllah berlambak boleh habiskan. but, its a no no, peraturan kata nggak bisa ya.

Saya bekerja part time tetapi ketika tu masih berstatus sebagai full time student uniten, yes, student dari kampus lain pun ada, dan semua student adalah part timer (of course); UPM, UIA, MSU dan lain-lain. Most workers adalah Malay, then Indian and the least adalah Chinese.

member fyp upm yang segak ! 
member makan meggie sama2 masa rehat
sebab tak cukup duit ! lol
 
adik mira promoter brand sebelah
                            
                       


Pergaulan sesama pekerja pula agak terbuka, terutamanya sesama promoter. Pandangan saya terhadap mereka sangat berbeza. Saya anggap mereka sebagai sahabat dan dalam masa yang sama; sebagai mad’u yang sangat saya kasihi. Ya, dengan siapapun kita bergaul, teruk manapun bahasa, akhlak, dan apa sahaja adanya mereka, tiada siapapun yang berhak menghukum. Bersangka baiklah. Bersama mereka setiap hari; tutur kata dan akhlak saya, sangat perlu saya jaga dan berhati-hati (kecuali mereka yang dalam gambar. mereka sangat-sangat baik budi bahasanya, insyaAllah ^^, Biarlah sebesar zarah pun masa saya di sana bersama-sama sahabat-sahabat parkson yang pelbagai latar-belakang; ada manfaatnya untuk saham akhirat saya, sekarang atau kemudian hari. insyaAllah.

JADUAL KERJA V/s KOMITMEN PADA KAMPUS : AKADEMIK & PERSATUAN

Sem akhir menjadikan jadual saya banyak lompong, jadi masa yang selebihnya harus digunakan dengan baik untuk persiapan projek tahun akhir a.k.a FYP (final year project) selain komitmen-komitmen lain, dan selebihnya saya spend pada waktu bekerja saya (^^,v)

Boss buat jadual melalui jadual kelas saya, supaya tak kacau jadual akademik saya. Bulan terakhir saya kerja, Januari 2019 saya banyak masuk kerja lebih masa (overtime a.k.a OT) atas sebab-sebab tertentu. Sebelum tu, saya hanya masuk shift 4 jam sahaja, tapi waktu ni; hari-hari lepas je kelas saya tamat jam 12pm/1pm, saya terus balik rumah sewa, bersiap, dan masuk kerja. Saya masuk kerja dalam pukul 3-3.30pm (habis kelas biasanya jam 12/1pm) dan dalam pengetahuan boss.


Jadual sem akhir saya. Amacam ? sikit ke sikit kelasnya ?
petang setel homework & fyp progress, malam pi kegheja

Sepanjang kerja, komitmen saya pada taklifan (jawatan) saya dalam persatuan di kampus, tak begitu bermasalah, yang bermasalah adalah komitmen saya pada usrah yang saya bawa (usrah yang saya menjadi naqibahnya). Saya boleh kira dengan jari berapa kali sahaja saya hadir/ada sepanjang usrah berlangsung ! Allah..hanya Allah yang tahu segunung perasaan bersalah pada partner naqibah saya yang sebenarnya lebih busy, dan adik-adik usrah tersayang.  Serba salah hingga menangih selaut cina selatan pun, saya tak dapat nak tebus apa-apa.

Syukur, saya dikelilingi sahabat-sahabat yang baik dan dirahmati Allah saya doakan, insyaAllah. Saya tak dapat explain sebab apa saya perlu kerja, berpenat, dsb sedangkan saya ada pilihan untuk fokus komitmen kampus dan persatuan sahaja. Saya sentiasa berharap sahabat-sahabat bersangka baik dengan saya, itu sudah cukup baik.

Allah.
Alhamdulillah atas ruang dan peluang ini.

PESANAN KHAS
kalau ada yang buat part time mahupun full time juga kat parkson, survey dulu, dan pilihlah brand yang boleh tolerate gaji dan cuti dengan baik, selain dari barang apa yang korang kena promote dan jual. Kalau baju, carilah yang tak menyebabkan korang kena subahat jual baju seksi meksi ya, sekian.  

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

5 Mei 2019

Bertemu di syurga

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Ramadan kareem !
Jika kita tidak boleh memilikinya di dunia, bukan bererti kita tidak boleh memilikinya langsung.
Intro.

Alkisah..
Ada seorang ulama' soleh yang hidup pada zaman ini, mempunyai ilmu yang mendalam. Selain keadaan ekonomi beliau yang cukup baik, beliau memilih hidup berserhana, tidak berlebihan dalam segala hal. Beliau sering membantu mahasiswa yang bermasalah kewangan, juga yang hendak berkahwin dari sakunya sendiri.

Bagaimana ini berlaku? Beliau menahan dirinya dari memiliki apa yang beliau mampu dapatkan walaupun harga mahal sedangkan beliau mampu.

Suatu hari, beliau membeli buah-buahan yang baik dan harganya tidak terlalu mahal. Seketika kemudian, di kedai kain, beliau terlihat beberapa ikat anggur yang sangat ranum dan menarik hati sesiapun apatah lagi yang mampu membelinya (yang harganya agak mahal berbanding buah lain). Namun beliau memutuskan untuk tidak membelinya. Beliau menatap anggur itu seketika dan mengatakan sambil terseyum,"Bukan sekarang..tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insyaAllah."
Sumber cerita :Mudahkan Jangan Susahkan, Syed Alwi Alatas (2012)
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
.................
 
SEKOLAH
Stereotype kebanyakan masyarakat terutama masyarakat di sekeliling saya, bahawa anak cikgu ni tak susah, k a y a ! Saya anak cikgu, tak pernah jumpa tang mana 'kaya'nya tu.. Kalau kat rumah takda lauk, maka kami satu famili makan telur, nasi, kicap ! cukup alhamdulillah. Masa kawan-kawan kebanyakannya akan sambut hari lahir bersama famili, buat majlis, makan-makan kek, ada pula yang lagi best, datang sekolah bawak cenderahati hari jadi bagi semua kawan-kawan kelas dan guru-guru, saya tidak pula merasa semua tu. Adalah dapat kek sekali. ya, sekali sahaja dalam ingatan saya, alhamdulillah.

Jarang sekali kehendak saya, umi ayah tunaikan. tapi itu zaman sekolah rendah, kecik sangat, saya belum faham erti umi ayah susah cari duit, hutang keliling pinggang besarkan anak-anak. Saya..tak pernah tahu.
Berbeza di sekolah menengah di mana saya mula ditarbiah dan dijentik dengan berjuta kesedaran akan kesusahan umi ayah besarkan anak-anak. Serba salah tak boleh bawak bincang. Masa tingkatan satu tu kalau boleh hari-hari nak nangis teringat banyak dosa kat umi ayah. taubat nasuha nak !
Suasana membesar saya, menjadikan saya sangat tak kisah dengan keadaan kewangan dan kelengkapan saya, cukup apa yang saya ada. Lawatan sambil belajar tak pernah sekalipun saya ikut sepanjang menuntut ilmu di SMAKJ(SMA Kerajaan Johor, Kluang) selama 3 tahun. Yang paling utama adalah didikan untuk saya menahan nafsu kehendak saya. Saya dah biasa tak dapat apa yang saya nak. 

Ayah selalu pesan masa mula-mula masuk asrama,"jangan terkesan dengan gaya hidup orang lain ya". Umi pernah puasa dengan niat supaya saya bertahan di SMAKJ(saya homesick masa tu). Didikan yang menjadikan saya kebal dengan apa saja yang ada. Terima kasih umi ayah ;')

Antara solusi yang terbaik untuk ikat perut sepanjang di smakj & samura, adalah dengan berpuasa, senang cerita. Pahala dapat, lapar pun tak lapar mana, sebab puasa kann. 
Related image

KAMPUS
Berjimat dengan istiqamah. Ada kesempatan saya buat kerja separuh masa (baca:part time) pada masa-masa tertentu. Masa ni lah lauk saya setiap hari adalah....nasi + telur goreng + kicap. Kalau nak special sikit, saya gi beli nasi bujang kat kedai, ini paling kerap masa kerja part time di Parkson(jika mahau baca, tekan sini) Beza sikitla ada sup dan belacan yang saya akan guna pula lebihannya besok lusa. itulah paling lazat, paling alhamdulillahh. Pernah ada member kata saya tak pandai simpan duit, mungkin sebab terlalu berjimat, ajak keluar makan sokmo menolak dan selalu nampak macam tak ada fulus je kot, ahah. Tak apa, saya yang tak pernah cerita apa-apa pada sahabat-sahabat saya, jadi saya tak ambil hati.

First year saya, RM800+ saya simpan, duit tabung semuanya. Akhirnya, saya terpaksa gunakan kesemuanya sekali bila Allah uji saya setahun lepas tu iaitu pada 2016. Sejak kejadian tu, saya tak boleh simpan langsung dah sampai habis belajar, ujiannya sentiasa berantaian, di mana saya tak dapat berlepas daripadanya. Apalah sangat ujian yang Allah berikan pada saya, malu. Kut sesak mana pun saya, ada saja jalan keluarnya.
Allah maha Kaya. 


HABIS BELAJAR dah..
Saat ini, ada komitmen yang lain pula yang lebih utama perlu dibereskan. Jika tidak diizinkan Allah, apakan daya seorang manusia menjalani seluruh kehidupan ini. Istimewa betul kita sebagai muslim, hidup bukan sekadar hidup, tapi tujuan kita lebih dari itu; untuk kehidupan yang lebih abadi kelak. 
Saya doakan kita semua jauh lebih kuat apapun bentuk dan liku ujian yang sedang dan bakal Allah berikan. Rasulullah SAW lah sebaik-baik qudwah.

Allah SWT berfirman :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.”
{Ali Imran, 3: 200}
amalkan selepas solat setiap hari


Wahai apa saja yang dikorbankan masa muda zaman serba canggih dan moden ini, kita bertemu di syurga ya !


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

30 Januari 2019

Nilai Stokin di Water World i-City

Setelah hampir sebulan dari masa berlakunya perancangan rehlah usrah, akhirnya kami sampai di WaterWorld i-City Shah Alam tepat pada masa yang dijangkakan (walaupun ada tersilap tempat pada mulanya, ter-ke Wet World pula siap rakam video dah halah halah semangatnya). Setelah beres tukar pakaian yang cukup menutup aurat dan sesuai dengan tempat berair tu, maka kami pun dengan semangatnya, masuk air ! saat yang dinanti telah tiba gituuuh

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu‘anha, beliau berkata, 
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam pun berpaling darinya dan bersabda, “wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika sudah haidh (sudah baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini”, beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Daud 4140, dalam Al Irwa [6/203] Al Albani berkata: “hasan dengan keseluruhan jalannya”)

Namun Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dialah yang Maha Menentukan. Di saat keenam-enam orang muslimah ni sibuk nak naik gelongsor air tu, ada seorang abang berbangsa India yang sangat berkhemah dan baik bahasanya brief sikit do's and don'ts untuk naik, dan yang menjadi tanda tanyanya adalah pemakaian stokin yang dilarang. Memandangkan tiada sorangpun dari kalangan kami yang berpengalaman dalam situasi begini dan tak pernah jejak pun waterworld ni, jadi terkejut sikitlah tak boleh naik gelongsor dengan pakai stokin.

Senang cerita, nak kena bukak stokin lah ni. Haaa sudah 

Jadi kami minta diri dulu dri seksyen gelongsor tinggi tu, dan berbincang tepi sat. Maka kesimpulannya kami cuba dulu untuk usha-usha gelongsor lain yang kecil sikit, dan kalau tak boleh jugak, mandi-mandi jelah kat bawah. Guess what ? Jangankan nak cuba mana-mana permainan air macam gelongsor tu, nak main air dalam kolam pun tak boleh langsung. "Kawasan wetworld memang tak boleh pakai stokin", kata pakcik security beruniform hitam pula. Dengan lajunya beliau terus contact rakan-rakan sekerjanya melalui walkie talkie. Kami agak, nak beritahu untuk pantau kamilah kot.

Jadi kami pun duduklah kat kerusi pantai reramai sambil berbincang. Tak kurang yang down dan sedih; perasaan dan reaksi normal ketika dalam situasi seperti ini, dalam perkiraan saya. Hok rebel sikit, nak cuba-cuba masuk air acah-acah, maka seperti yang kami agak, cepat-cepat abang-abang penjaga ni halang kami kerana mata-mata pekerja water world telahpun ke atas kami berenam saja.
RM25 dah bayar online seminggu yang lepas dah ni. Jadi bagaimana akhirnya ? 
Memikirkan keutamaan menjaga aurat dan syariat, dan tiada pula tempat lain yang lebih sesuai untuk berukhuwah (exclude all shopping mall) dan keadaan bajet yang ada, maka.. 
Tak mandilah. a.k.a burn ticket a.k.a balik Bangi.

Gitulah cerita ringkasnya.

Ada beberapa perkara yang pada hemat saya, perlu kita pandang dengan cermat bukan dengan emosi.

Nabi sallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:
لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ 
“Janganlah seorang laki-laki melihat kepada aurat laki-laki lain dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain.” 


Dihalang memakai stokin
Pemakaian stokin bagi muslimah, adalah kewajipan dari sisi mazhab Syafiee dan Maliki. Jadi sangat jelas, bahawa di Malaysia yang mengguna pakai mazhab Syafiee, tiada alasan untuk tidak pakai stokin. Dalam hal pekerja yang menghalang kami dari masuk ke kawasan air kerana kami pakai stokin, difahamilah mereka ni buat kerja mereka sahaja seperti yang diarahkan (walaupun mereka mungkin faham atau tidak faham je berkenaan apa yang kami cuba pertahankan ni)
Kalau nak rebel sekalipun, yang akan berlaku hanyalah perbalahan dan perselisihan fahaman, malah mungkin hanya akan mencalarkan penampilan kami. Memikirkan masa, wang, tenaga yang diluangkan untuk datang mandi sahaja tup tup tak dapat mandi pulak, kami try dah nak rebel masa tu, tapi memang tak berjayalah ahahaa.

Peraturan di Taman Tema Air
Alhamdulillah, kita maklum bahawa tiada wujudnya peraturan di mana-mana sekalipun tanpa memikirkan dahulu risiko dan bahaya andai peraturan tersebut tidak diaplikasikan. Air bukanlah kebiasaan dan kemahiran utama manusia memandangkan masa kita lebih dalam keadaan kering sepanjang hari berbanding basah (mandi, wuduk). Jadi langkah-langkah keselamatan diperketatkan untuk mengelakkan sebarang kecedaraan mendatang dan yang dijangka mahupun tidak dijangka akan berlaku.

Berstokin sebenarnya boleh mendatangkan bahaya di taman tema air kerana permukaan bawah air hampir semuanya buatan manusia. Contohnya, dasar kolam & gelongsor yang diperbuat daripada simen atau jubin. Memang licin tu boh, jadi risiko untuk tergelincir, jatuh, dan apa-apa insiden untuk berlaku adalah tinggi jika memakai stokin (selain stokin juga tak dapat dijamin wangi dan bersihnya, bimbang nanti ada yang tengah berenang tiba-tiba tenggelam tak timbul-timbul kerana bau stokin ashem, ehei).

Bagaimana mengatasinya ?
Ada beberapa langkah yang mungkin boleh diconsider untuk menghadapi situasi ini dan mengelakkan duit dan masa kita terhabis begitu sahajaa.

1) Survey sampai lebam
Kaji dan selidiklah sampai ke lubang cacing ! ha bunyi macam nak buru musuh lama bhai. Sebelum bertandang ke water world ke wetworld ke apa world, masa tengah rancang abjet, tempat, etc kena pastikan bukan harga tiket sahaja yang dipastikan berpatutan tetapi peraturan dan keadaan di teman tema air tersebut mestilah SYAR'IE dan sesuai dengan keadaan kita ! Ada sahabat yang pm saya menceritakan pengalaman beliau mandi di taman tema air WetWorld di Melaka yang membolehkan beliau pakai stokin tanpa masalah. Alhamdulillah jika dibenarkan cuma kena berhati-hati semasa bermain dengan air, kecilnya menjadi kawan, besarnya boleh menjadi lawan ! (tetibe. mungkin syndrome cemburu kitorang kena bukak, bakpo mu takpe pulak ahaa).

2) Negotiate
Usaha kawtim dulu dengan staff dan pengurusan, contohnya, cuba minta kelonggaran untuk mandi/main air dengan berstokin tetapi atas risiko sendiri (at your own risk !). Sebab besarnya tentulah sebab kita dah bayar. Rm25 ya bukan 50 sen.

3) Stokin Renang
Saya terjumpa satu brand stokin di fb, iaitu Stokin Mandi Patuh Syariah. 
Antara ciri-ciri khas stokin ini : UPF50 + Chifton Fabric, Stretchable, Elastik ,Anti Slip, Anti Protection Uv, Anti Foot Infection.

Maklumat lanjut berkenaan stokin istimewa ni : SAFA : Stoking Mandi Patuh Syariah
Berminat nak beli, boleh gi sini : Stokin Renang SAFA HQ
Bagi saya, inisiatif ini adalah sangat terbaik. Boleh pau ayah ke abang ke kakak usrah ke belikan ni, kalau dia tanya, cakap "demi akhirat pak!", haa saham masa depan gitu. Tapi untuk tempat-tempat yang peraturannya memang tak boleh pakai stokin ni, wallahu'alamlah dia nak terima ke tak kalau kita pakai stokin renang ni. Kalau dia tak terima, tunjuklah dalil material stokin tu ke apa-apa yang boleh sikit. Kalau tak berjaya jugak ? Azan kat telinga dia. (jangan buat nanti viral 'gadis solehah azan kat telinga penjaga wetworld' habihlah hang, la ni zaman viral tau.)


4) Backup Plan
Kalau dah tunjuk dalil dah azan kat telinga dia pun tak berjaya, adalah lebih baik berundur setelah berusaha. Buatlah backup plan. Dekat-dekat water world ni ada wetland, tapi tak pasti peraturan di wetland. Sediakan plan untuk buat benda lain, atau melawat tempat-tempat yang lain selain waterworld supaya takdalah ralat ke frust frost sangat ke kalau tak dapat mandi tuu.

Kata berundur bukan bermakna angkat bendera putih tau, mengalah tidak bererti kalah. Tapi at least kita dah tunjukkan contoh yang baik dan secara tak langsung kita doakan agar makin ramai muslimah yang ada kesedaran untuk pakai stokin masa mandi ni supaya ianya mendidik pihak yang berkuasa dan juga semua pekerja-pekerja di taman tema air tersebut. Sifirnya mudah, kalau dah hampir 10 tahun i-City ni dibuka tapi masih tak izinkan pengunjung pakai stokin, selain daripada keselamatan, puncanya adalah kerana tiada siapa yang bersuara. Adab sopan orang Melayu kita ni Alhamdulillah taat pada peraturan tapi masih berlonggar pada syariat. Jadi dah lebih 9 tahun, berapa ramai pengunjung wanita Islam yang mandi tanpa berstokin ? 

Haa

Mandi di tempat awam sebenarnya bukanlah pilihan utama yang terbaik, nama pun 'mandi' di 'tempat awam'. Namun dalam Islam, ianya harus, jadi sesekali nak pergi tiada masalah, nak erat ukhuwah gituuw. Setakat pergi dengan kawan perempuan dan family apa salahnya, cuma perlulah persiapan rapi dari segi pakaian, dan akhlak bila berada di tempat awam. ya, sangat perlu ! Jadi bila tak dapat mandi kerana mempertahankan perintah Allah yang utama, janganlah bersedih hati dan marah-marah. 
Berbanggalah menjadi yang sedikit-sedikit itu. Ini baru 2019. Kita kena ingat, di akhir zaman, membawa agama ini bagaikan menggenggam bara api. Allah. Ni baru dengan air ni tau. ahaa.
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Mungkin RM25 kami yang hangus tu akan membuahkan kesan dan Allah gantikan dengan yang lebih baik dan banyak lagi. Namun yang terbaik adalah jika pihak yang berkuasa (owner taman tema air atau lebih dari itu) dapat mengambil inisiatif yang lebih patuh syariah. insyaAllah.

Image result for water world i city shah alam
Ni kalau jatuh tergolek boleh malu enam tahun berturut-turut [credit]

NOTA KAKI 
Khususan ila sahabat-sahabat yang belum istiqamah berstokin, cuba dulu dengan biasakan pakai di mana-mana sahaja kita pergi sebaik sahaja keluar rumah. Beli stokin banyak-banyak yang selesa dan cukup panjang untuk menutup amanah Allah kepada kita tuu. insyaAllah suatu hari kita akan kuat untuk pakai di tempat-tempat mandi awam pula seperti pantai dan mana-mana tempat yang akan basah. InsyaAllah, Allah akan bantu mudahkan dengan syarat kita berusaha 

Nak tahu berkenaan aurat kaki ni boleh baca tulisan Mufti Wilayah di sini : 

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Julai 2018

Keep calm and it's my final year !

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour  
Voila ! I am 23rd already, and I feel it.
Yang pertama dan seluruhnya, hanya kepada Allah selayaknya saya memanjatkan syukur.

It's been 4 years, and now I've entered final year (read : toughest year !). Independently, struggling, surviving. Sesungguhnya engineering life sangat wow (banyak makna ni). wow jelah saya boleh sebut. tak mau negatif-negatif dah final year ni. heh.

Alhamdulillah.
Now I'm struggling with my bachelor final life, dan sentiasa mengharapkan yang terbaik, supaya saya boleh keluar dari uni life bukan sekadar nak jadi engineer ja, tapi seorang yang menyumbang pada negara, masyarakat, dan terutamanya kepada agama yang tercinta ni. Dunia sekarang ni sahabat-sahabat, jauh sama sekali dengan zaman mak-mak kita dulu. Nak kejar dunia, kejar akhirat, nak jaga agama, nak jaga perintah Allah kena cari, kena struggle ! (bunyi penceramah sikit):))

Image result for final year
oh its reality.
credit

At this age, most of my chilhood friend dah habis belajar dah, tunggu tarikh convocation je, maka menjadilah plan breunion a.k.a beraya rumah cikgu-cikgu sekolah rendah setelah sebelas tahun lamanyaah tak jumpa walaupun masing-masing sekampung berjiran-jiran je. lahai.
So this is the time to escape ! (from hectic week with all assignments, tests, quizzes, meeting etc etc.)

Out of 16 orang satu kelas, dapatlah 7 ketul ni berkumpul semula (yes sekolah kecil ja, saya anak kampung (tapi) ada pelajaran, bukan kuli-kuli sahaja) But hey ! its better than nothing right ? 

Standard 6, 2007 (UPSR 2007)
bertemu semula :  7th July, 2018, 24th Syawal 1439H. 

Our sweet classroom mother (read : teacher), 2004-2007

4 out of 8 girls

Ukhuwah tetap ukhuwah, biar berukhuwah senang sama senang, berkongsi bila susah, namun batas, adab, akhlak, tetap kena jaga semaksima mungkin. 
well, insyaAllah ;)

Let's pray the best for every each of us, muslims around the world insyaAllah. 
mari sambung study quiz ! ganbatte kudasai kawan-kawan, ukhtees(baca : akhawat), dan ikhwah 

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

26 April 2018

Pemimpin Sejati

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour !

Sempena PRU ni rasa macam banyaak sangat benda nak share tau tapi sebab kekangan waktu, ni je saya rasa nak post buat masa sekarang.

as simple as this lirik lagu yang penuh makna ni haaaa.
Dengar and peghatilah maksud yang The Zikr nak sampaikan ni baik-baik.


Pemimpin Sejati
Munsyid : The Zikr
Sumber : http://liriknasyid.com


Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah
Yang minta dibantu menegak kebanaran
Yang minta ditegur kalau ia bersalah
Yang tidak menyebut apa jua jasanya
Yang tidak banyak membuat janji manis

Biasanya seorang pemimpin itu
Ia mempunyai ilmu yang sederhana
Jiwanya kental dan juga gigih
Dapat pengalaman dari hidup
Kalau kita nak tahu
Pemimpin yang sejati ia tak berjawatan pun masih dihormati
Oleh semua pengikutnya

Biasanya pemimpin yang sejati itu
Ia tersendiri ada panduan yang diberi
Ada karisma semulajadi
Mendidik pengikut hingga taat setia
Tidak berbelah bagi

............................................................

Memilih pemimpin adalah amanah dan kewajipan kita sebagai seorang warganegara. Kita mengaku warganegara ? nak pemimpin dan kehidupan jadi lebih baik ? of course jawapan bagi semua soalan tersebut kalau tanya makhluk dekat planet pluto pun (kalau adala) dyorang akan jawab BAL (bahkan !) ! and YESS !
Buatlah perbandingan dengan terbuka setiap tawaran dari setiap parti dan bawalah minda yang bijak dan waras bukan minda yang tertutup bila kita buat perbandingan. okayy na ?

Dan kita kena ingat satu benda lagi, iaitu setiap tanggungjawab yang kita laksanakan tidak dikira sebagai apabila kita sudah laksanakan je, maka all is well, beresss !
tetapi kena timbang tara macammana kita laksanakan benda tu, betul ke tak betul.

Macam ketua keluarga cari rezeki. Cari rezeki adalah tanggungjawab, tapi amanah ke tak, halal ke tak kerja tu.
Macam solat juga, solat adalah kewajipan, tapi kita buat betul-betul ke tak solat tu ? cukup 5 waktu ? Solat tu laju ke laju sangat ? ohoh.

Bila kita mengundi, ingat kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita undi. Jangan undi mengkhinzir buta, tapi kajilah.Yang pasti, apa yang kita buat, mestilah semuanya mematuhi syariat, undang-undang dan peraturan Tuan segala Tuan kepada apa sahaja yang kita lakukan sekarang, Allah Azza Wajalla.

Kita kena tahu kondisi negara kita, negara macammana yang kita sepatutnya makmurkan, sanjung dan bangga dengannya kerana Allah. Barulah akhirnya kita tahu pemimpin dan parti mana yang tawarkan penambahbaikan & tawaran terbaik dan yang paling dekat dengan kehendak Allah.

Biarlah kita ni bijak memangkah. 2018 dah takkan jari yang hari-hari kita duk main telefon ni kita asyik guna dengan menjadi netizen bash-bash orang je sahabat.
Takut lebih banyak dosa yang kita buat setiap kali menghadap phone berbanding manfaatnya. kita mengharap sokmo pemimpin kita sikap baik sampai tak boleh silap sikit pun, tapi kalau sikap kita berterusan, maka apa akan jadi kepada negara kita yang mempunyai rakyat viralto viralti viraltunina na'auzubillahiminassyaitonirrajim ! hamboihh.

kalau baca version loghat kedah, saya bayangkan dia jadi macam ML Studios punya video. ahaa. pasai dah terjebak suka dekat video-video ML Studios yang major positiff je, kann. ok ok.
Tarik nafas, hembus dengan lafaz Allahu Akbar.
Semoga Allah sentiasa guide kita buat apapun keputusan agar keputusan yang kita buat, mendatangkan manfaat buat diri kita dan seluruh ummah. InsyAllah !

Alright. I've got to go and really hope dapat post something lagi dalam masa terdekat (if all my prior matters somehow give me a little break ?) yea insyaAllah.

Image result for bijak memilih

#CreatABettermalaysia
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

12 Mei 2017

Ada Udang di Sebalik Mee Goreng Keras

Alkisah di sebuah restoran bernama "Al-Mee Udang Sedap Kerasss" dan tag line-nya, "Tak Cuba Rugi Seumur Hidup !" (ceh tagline dia !). Restoran ini telah menjadi bualan manis dan pilihan masyarakat di kalangan penduduk setempat mahupun di luar tempat tersebut, dek pekena mee goreng udangya yang sedap kerass ! terbaiklah orang kata. 

Tanpa melepaskan peluang, dua sahabat baik bernama Nurul Syakirah dan sahabatnya Siti Syakirin yang kebetulan lalu di situ, dengan bersemangat positifnya berkunjung ke restoran tersebut yang sangat menarik namanya seindah khabar-khabar yang sampai ke telinga mereka. Kena pulak tu dengan makanan kegemaran mereka, mee goreng dan udang ! Alhamdulillah.

Dapat duduk port baik (bawah kipas dan jauh dari tandas), mulalah mereka memesan menu utama yang special di restoran tersebut iaitu mee udang dan air pilihan mengikut tekak masing-masing. Dan.. ting ! Terhidang sudah menu istimewa 5 minit selepas itu. Ffuh. Dengan bismillahirrahmanirrahiim Syakirah dan Syakirin pun menjamu makanan tersebut. Sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui yang terbaik buat hamba-hambaNya yang berimannn. Baru sesuap, ups ! "MashaAllah, mashaAllah..mee ini benar-benar keras ya ! kupikir namanya keras itu sebab sedap kerass gitu" kata Syakirah kepada Syakirin. 

Mee Udang
[kredit]

Maka jawab syakirin, "Haha memang nama mee tu 'Mee Udang Sedap Keras' tu sebab 'sedap keras' lah..bukan sebab mee tu keras. sedap je aku makan ni ? keras betul ke kau punya mee ?" *hairan, dan tahan gelak* "keras weiii haha" sambung Syakirah. "Tapi selama ni orang kata sedap je dan pelanggan ramai je ni kan.. mungkin Allah nak pick kau harini sebagai salah seorang hambaNya yang nak diuji. Special dan terpilih ongkataa.." Jawab Syakirin. 
 
"Alhamdulillah..takpelah keras sikit, ada orang nak merasa mee pun takde kan. Terima kasih ingatkan aku Syakirin, hampir aku merungut dan tak melahirkan rasa syukur dulu dengan nikmat Allah ni.." Tersenyum kambing Syakirin melihat gelagat sahabatnya sambil menawarkan sekali meenya yang 'tak keras' kepada sahabat kesayangannya untuk dirasai bersama. Sedang Syakirah menguis-nguis mee tersebut, tiba-tiba..."Eh..wait wahh banyaknya udang di sebalik mee aku ni ! weee sedapnyaaa alhamdulillahh..!" "Haa tuu..bukan Allah sekadar nak uji, ada Allah bagi bonus lagi ! terus nampak hikmah di sebalik ujian ! favourite kau tu udang gemuk-gemuk gitu, aku pulak lebih minat kat mee ni. haa sesuai la tu ! boleh bantu kau habiskan mee tu insyaAllahh" kata Syakirin lagi.

Setelah selesai makan, maka Syakirah dan Syakirin pun melangkah menggunakan hak mereka sebagai seorang pemakan bijak dengan berbisik dan memberitahu perihal 'mee keras' tersebut kepada staff kedai. Alhamdulillah, staff kedai menyambut baik teguran tersebut dan meminta maaf. Siap belanja air bungkus ikat tepi lagi sebagai tanda maaf dan terima kasih.
Mudah-mudahan berjaya dan terus cemerlang perniagaan orang-orang Islam kita, insyaAllah. 

-THE END OF THE VERY SHORT STORY-

---
Jelas rasanya apa yang saya nak kaitkan antara cerita tersebut dan tajuk artikel ni.
Kaitan di sebalik cerita ni pula, MEE GORENG KERAS dianalogikan ibaratnya ujian yang Allah kurniakan kepada manusia. Bilamana dikatakan ujian ni, maka tiada siapalah yang suka atau menjemputnya melainkan didatangkan khas oleh Yang Maha Bijaksana kepada hamba-hambaNya yang terpilih.
Kenapa 'Allah kurniakan' bukan 'Allah berikan' ?
 
Biasa kalau dalam bahasa Melayu ni kita gunakan perkataan 'kurniakan' untuk yang berupa nikmat. Contohnya, dikurniakan rezeki, anak, umur panjang, macam-macam lagi. Tapi jangan kita lupa, ujian juga adalah salah satu nikmat Allah, sama ada kita suka ataupun tidak ialah adalah satu nikmat dan langkah mendekatkan diri dengan Allah, agar kita bersyukur mcm Syakirin dan Syakirah tdi. Nama pun memang betul-betul bersyukur punyalah insyaAllah. 
(Maksud nama; Syakirah = Seorang serempuan yang bersyukur, Syakirin = Orang-orang yang beryukur)

 
UDANG pula ibaratnya hikmah yang terlalu indah dan surpriseeee ! gituu. Bila tengah makan-makan mee goreng (yang kita tak berapa suka tu) tiba-tiba jumpa udang yang sangat-sangat kita suka ! MashaAllah ketika itu akan terasalah lazeeznya udang itu plus bertambah la selera nak habiskan mee goreng tersebut. (asifla saya suka udang jadi saya umpamakanla udang hehe !). Begitulah apabila kita tanam dan suburkan sifat positif dalam diri kita. Bermula dengan bersangka baik dengan Allah ! Bersyukurlah dengan sekecil-kecil ujian. Trust him, and trust yourself babe, ujian tanda Allah ingat dan sayangkan kita.

How to Become More Optimistic - ICF Foundation
[kredit]
 
6/5/2017 adalah hari di mana saya kembali diuji dengan kesakitan (benda biasa ni). Tapi yang luar biasa sikit adalah kerana ketika ini saya sedang menghadapi final exam 3 hari berturut-turut dan sakit datang pada hari pertama. Demam kerana resdung (selesema dan bersin tajam). Alhamdulillah tak teruk mana, tapi jadi worst lepas paper kedua, (sabtu, 8/5/17). Balik dari exam lebih kurang pukul 11.30 a.m saya dah tercungap-cungap kerana nafas yang jadi makin pendek (disebabkan paru-paru saya yang terganggu sebab selesema dan bersin tajam tadi). Dan ekoran dari itu, saya diserang semput/lil athma pada petang yang sama. Kemuncaknya adalah bila tiba maghrib, (sesak/pendek sangat dah nafas waktu ni sampai buat apapun rasa tak kena) sehinggakan semasa solat jemaah maghrib bersama di rumah sewa saya waktu tu, sepanjang solat, hanya dengar nafas saya  yg trurun naik tak tertahan. Saya perasan, saya sorang je yang dengo nafas saya  tu. Rupanya, sebaik lepas je solat maghrib, semua mata sahabat-sahabat dah tertumpun pada saya . I'm like "whaaaat ?" Rasa mcm ada buat kesalahan beso pula. ahaha. 

Lepas solat, saya mengunci diri dalam bilik air (sakit perut + menahan sesak nafas + mual nak muntah) sampailah saya keluar balik dari bilik air sebab housemates panggil solat isya' plus dyorang risau dah saya lama sangat dalam bilik air (yelah, dari maghrib sampai ke isya' ). Then saya keluarlah  sebab saya fikir sahabat-sahabat nak amek wudhuk, tapi bila je saya keluar saya dah tak boleh berdiri tegak, atau senang cite, nak pengsan dah sebab menahan sakit. (kelam kabut housmates saya tak tahu nak buat apa..maaf sahabat2 --')

Semasa saya berperang dengan diri sendiri dalam bilik air, saya terfikir bahawa alangkah Allah menguji saya ketika ini, saya tak tahu nak buat apa, dengan tak berdaya (lepas dah muntah-muntah), bagaimana pula persediaan saya dengan ujian-ujian yang bakal Allah datangkan pastinya nanti ? Adakah bakal kuat kesabaran dan kekal positif saya dan mampukah saya mengahdapainya dengan dalaman saya yang tersangatlah lemah ? Allahu akbar. lemah dan hinanya kita manusia di hadapan Yang Maha Kuasa.
 
Alhamdulillah, reda sikit lepas jumpa doktor, kena sedut oksigen punyalah lama dan jumpa doktor dua kali. Ha ni dah kena paksa dengan sahabat-sahabat prihatin, dan dah sakit sangat barulah seorang budak yang degil pegi juga klinik. Tapi kembali sakit bila malam tengah tidur, sampai ke pagi menyebabkan akhirnya saya tak menduduki peperiksaan ahad pagi (7/5/17). Allahu. Final exam ni. nak buat macammana buku tak baca nak jawab apa kan. heh. sebanarnya kesihatan la concern yang paling utama. pergi jawab exam dalam keadaan tak stabil dan tak sihat, tak jadi apa juga nanti.
 
Sudahnya saya pulang ke rumah dan bercuti sem dengan buku selagi belum tiba tarikh exam make-up (kena ambil juga paper yang tak ambil masa sakit tu, pada hari lain yang kolej tentukan). ohoho. Sangat bermanfaat cuti kali ini. 
 
Alhamdulillah, ketika saya sakit, ada orang yang diuji jauh lebih sakit. Jika saya diuji dengan sesak nafas, ada orang yang athsmanya pernah saya saksikan sampai macam dah nazak sangat, nak bangun, nak bercakap pun takdan. Allah.
Nak kata saya skip exam, ada orang yang pernah skip semua paper final sebab denggi dan ada juga sebab excident bro. Allahu.
Di saat kita diuji dengan sakit yang datang sekali sekala, jarang-jarang, ada orang menahan sakit yang continuous. Allahuu.
Nikmat mana lagi yang kau dustakan?
 
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
Positiflah dan ambillah pengajaran dari setiap perkara yang berlaku setiap saat dari hidup kita bahkan apa saja yang berlaku di sekeliling dan tak ada kena mengena dengan kita pun. Pandanglah dengan mata hati.
Akan selalu ada udang di sebalik mee udang keras kita. 
 
Kedua, (ada nombor satu ke tadi ?) tak pernah berhenti walau sekejap dalam hati dan fikiran saya mempunyai sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Dari awal saya sakit yang cuma bersin tak berhenti-henti sahabat-sahabat dah tawarkan diri nak hantarkan ke klinik. walhal mereka pun busy nak study, nak exam. Allahu.
Berejam dekat klinik, sahabat-sahabat tunggu, pimpin dan teman saya yang jalan pun tak stabil sampailah selesai. Hanya Allah yang mampu membalas setiap zarah kebaikan kalian.Betapa bezanya rasa dan keadaan apabila dikelilingi sahabat-sahabat yang bukan sahaja bersama-sama berjuang dalam akademik, tetapi dalam jemaah, mendokong prinsip tarbiah dan dakwah, juga sama-sama faham dan berukhuwah kerana Allah.
 
ketahuilah, ubhibukunna fillah. nah strawberi sorang satu . Nak coklat cari sendiri. he he.
 
Alhamdulillah 'ala kulli haalin.
Peperiksaan make-up saya untuk subjek yang saya tak pegi exam tu (THERMODYNAMICS 2) akan berlangsung pada isnin minggu depan (15/5/2017) jam 9 pagi insyaAllah. Doakan saya !
Fighting !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai