»
Nilai Stokin di Water World i-City
Setelah hampir sebulan dari masa berlakunya perancangan rehlah usrah, akhirnya kami sampai di WaterWorld i-City Shah Alam tepat pada masa yang dijangkakan (walaupun ada tersilap tempat pada mulanya, ter-ke Wet World pula siap rakam video dah halah halah semangatnya). Setelah beres tukar pakaian yang cukup menutup aurat dan sesuai dengan tempat berair tu, maka kami pun dengan semangatnya, masuk air ! saat yang dinanti telah tiba gituuuh
Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu‘anha, beliau berkata,
أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang tipis. Maka Rasulullah shallallahu‘alaihi wasallam pun berpaling darinya dan bersabda, “wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika sudah haidh (sudah baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini”, beliau menunjuk wajahnya dan kedua telapak tangannya. (HR. Abu Daud 4140, dalam Al Irwa [6/203] Al Albani berkata: “hasan dengan keseluruhan jalannya”)
Namun Allah adalah sebaik-baik perancang dan Dialah yang Maha Menentukan. Di saat keenam-enam orang muslimah ni sibuk nak naik gelongsor air tu, ada seorang abang berbangsa India yang sangat berkhemah dan baik bahasanya brief sikit do's and don'ts untuk naik, dan yang menjadi tanda tanyanya adalah pemakaian stokin yang dilarang. Memandangkan tiada sorangpun dari kalangan kami yang berpengalaman dalam situasi begini dan tak pernah jejak pun waterworld ni, jadi terkejut sikitlah tak boleh naik gelongsor dengan pakai stokin.
Senang cerita, nak kena bukak stokin lah ni. Haaa sudah
Jadi kami minta diri dulu dri seksyen gelongsor tinggi tu, dan berbincang tepi sat. Maka kesimpulannya kami cuba dulu untuk usha-usha gelongsor lain yang kecil sikit, dan kalau tak boleh jugak, mandi-mandi jelah kat bawah. Guess what ? Jangankan nak cuba mana-mana permainan air macam gelongsor tu, nak main air dalam kolam pun tak boleh langsung. "Kawasan wetworld memang tak boleh pakai stokin", kata pakcik security beruniform hitam pula. Dengan lajunya beliau terus contact rakan-rakan sekerjanya melalui walkie talkie. Kami agak, nak beritahu untuk pantau kamilah kot.
Jadi kami pun duduklah kat kerusi pantai reramai sambil berbincang. Tak kurang yang down dan sedih; perasaan dan reaksi normal ketika dalam situasi seperti ini, dalam perkiraan saya. Hok rebel sikit, nak cuba-cuba masuk air acah-acah, maka seperti yang kami agak, cepat-cepat abang-abang penjaga ni halang kami kerana mata-mata pekerja water world telahpun ke atas kami berenam saja.
RM25 dah bayar online seminggu yang lepas dah ni. Jadi bagaimana akhirnya ?
Memikirkan keutamaan menjaga aurat dan syariat, dan tiada pula tempat lain yang lebih sesuai untuk berukhuwah (exclude all shopping mall) dan keadaan bajet yang ada, maka..
Tak mandilah. a.k.a burn ticket a.k.a balik Bangi.
Gitulah cerita ringkasnya.
Ada beberapa perkara yang pada hemat saya, perlu kita pandang dengan cermat bukan dengan emosi.
Nabi sallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:
لاَ يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
“Janganlah seorang laki-laki melihat kepada aurat laki-laki lain dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain.”
Dihalang memakai stokin
Pemakaian stokin bagi muslimah, adalah kewajipan dari sisi mazhab Syafiee dan Maliki. Jadi sangat jelas, bahawa di Malaysia yang mengguna pakai mazhab Syafiee, tiada alasan untuk tidak pakai stokin. Dalam hal pekerja yang menghalang kami dari masuk ke kawasan air kerana kami pakai stokin, difahamilah mereka ni buat kerja mereka sahaja seperti yang diarahkan (walaupun mereka mungkin faham atau tidak faham je berkenaan apa yang kami cuba pertahankan ni)
Kalau nak rebel sekalipun, yang akan berlaku hanyalah perbalahan dan perselisihan fahaman, malah mungkin hanya akan mencalarkan penampilan kami. Memikirkan masa, wang, tenaga yang diluangkan untuk datang mandi sahaja tup tup tak dapat mandi pulak, kami try dah nak rebel masa tu, tapi memang tak berjayalah ahahaa.
Peraturan di Taman Tema Air
Alhamdulillah, kita maklum bahawa tiada wujudnya peraturan di mana-mana sekalipun tanpa memikirkan dahulu risiko dan bahaya andai peraturan tersebut tidak diaplikasikan. Air bukanlah kebiasaan dan kemahiran utama manusia memandangkan masa kita lebih dalam keadaan kering sepanjang hari berbanding basah (mandi, wuduk). Jadi langkah-langkah keselamatan diperketatkan untuk mengelakkan sebarang kecedaraan mendatang dan yang dijangka mahupun tidak dijangka akan berlaku.
Berstokin sebenarnya boleh mendatangkan bahaya di taman tema air kerana permukaan bawah air hampir semuanya buatan manusia. Contohnya, dasar kolam & gelongsor yang diperbuat daripada simen atau jubin. Memang licin tu boh, jadi risiko untuk tergelincir, jatuh, dan apa-apa insiden untuk berlaku adalah tinggi jika memakai stokin (selain stokin juga tak dapat dijamin wangi dan bersihnya, bimbang nanti ada yang tengah berenang tiba-tiba tenggelam tak timbul-timbul kerana bau stokin ashem, ehei).
Bagaimana mengatasinya ?
Ada beberapa langkah yang mungkin boleh diconsider untuk menghadapi situasi ini dan mengelakkan duit dan masa kita terhabis begitu sahajaa.
1) Survey sampai lebam
Kaji dan selidiklah sampai ke lubang cacing ! ha bunyi macam nak buru musuh lama bhai. Sebelum bertandang ke water world ke wetworld ke apa world, masa tengah rancang abjet, tempat, etc kena pastikan bukan harga tiket sahaja yang dipastikan berpatutan tetapi peraturan dan keadaan di teman tema air tersebut mestilah SYAR'IE dan sesuai dengan keadaan kita ! Ada sahabat yang pm saya menceritakan pengalaman beliau mandi di taman tema air WetWorld di Melaka yang membolehkan beliau pakai stokin tanpa masalah. Alhamdulillah jika dibenarkan cuma kena berhati-hati semasa bermain dengan air, kecilnya menjadi kawan, besarnya boleh menjadi lawan ! (tetibe. mungkin syndrome cemburu kitorang kena bukak, bakpo mu takpe pulak ahaa).
2) Negotiate
Usaha kawtim dulu dengan staff dan pengurusan, contohnya, cuba minta kelonggaran untuk mandi/main air dengan berstokin tetapi atas risiko sendiri (at your own risk !). Sebab besarnya tentulah sebab kita dah bayar. Rm25 ya bukan 50 sen.
3) Stokin Renang
Saya terjumpa satu brand stokin di fb, iaitu Stokin Mandi Patuh Syariah.
Antara ciri-ciri khas stokin ini : UPF50 + Chifton Fabric, Stretchable,
Elastik ,Anti Slip, Anti Protection Uv, Anti Foot Infection.
Maklumat lanjut berkenaan stokin istimewa ni : SAFA : Stoking Mandi Patuh Syariah
Berminat nak beli, boleh gi sini : Stokin Renang SAFA HQ
Bagi saya, inisiatif ini adalah sangat terbaik. Boleh pau ayah ke abang ke kakak usrah ke belikan ni, kalau dia tanya, cakap "demi akhirat pak!", haa saham masa depan gitu. Tapi untuk tempat-tempat yang peraturannya memang tak boleh pakai stokin ni, wallahu'alamlah dia nak terima ke tak kalau kita pakai stokin renang ni. Kalau dia tak terima, tunjuklah dalil material stokin tu ke apa-apa yang boleh sikit. Kalau tak berjaya jugak ? Azan kat telinga dia. (jangan buat nanti viral 'gadis solehah azan kat telinga penjaga wetworld' habihlah hang, la ni zaman viral tau.)
4) Backup Plan
Kalau dah tunjuk dalil dah azan kat telinga dia pun tak berjaya, adalah lebih baik berundur setelah berusaha. Buatlah backup plan. Dekat-dekat water world ni ada wetland, tapi tak pasti peraturan di wetland. Sediakan plan untuk buat benda lain, atau melawat tempat-tempat yang lain selain waterworld supaya takdalah ralat ke frust frost sangat ke kalau tak dapat mandi tuu.
Kata berundur bukan bermakna angkat bendera putih tau, mengalah tidak bererti kalah. Tapi at least kita dah tunjukkan contoh yang baik dan secara tak langsung kita doakan agar makin ramai muslimah yang ada kesedaran untuk pakai stokin masa mandi ni supaya ianya mendidik pihak yang berkuasa dan juga semua pekerja-pekerja di taman tema air tersebut. Sifirnya mudah, kalau dah hampir 10 tahun i-City ni dibuka tapi masih tak izinkan pengunjung pakai stokin, selain daripada keselamatan, puncanya adalah kerana tiada siapa yang bersuara. Adab sopan orang Melayu kita ni Alhamdulillah taat pada peraturan tapi masih berlonggar pada syariat. Jadi dah lebih 9 tahun, berapa ramai pengunjung wanita Islam yang mandi tanpa berstokin ?
Haa
Mandi di tempat awam sebenarnya bukanlah pilihan utama yang terbaik, nama pun 'mandi' di 'tempat awam'. Namun dalam Islam, ianya harus, jadi sesekali nak pergi tiada masalah, nak erat ukhuwah gituuw. Setakat pergi dengan kawan perempuan dan family apa salahnya, cuma perlulah persiapan rapi dari segi pakaian, dan akhlak bila berada di tempat awam. ya, sangat perlu ! Jadi bila tak dapat mandi kerana mempertahankan perintah Allah yang utama, janganlah bersedih hati dan marah-marah.
Berbanggalah menjadi yang sedikit-sedikit itu. Ini baru 2019. Kita kena ingat, di akhir zaman, membawa agama ini bagaikan menggenggam bara api. Allah. Ni baru dengan air ni tau. ahaa.
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya. Mungkin RM25 kami yang hangus tu akan membuahkan kesan dan Allah gantikan dengan yang lebih baik dan banyak lagi. Namun yang terbaik adalah jika pihak yang berkuasa (owner taman tema air atau lebih dari itu) dapat mengambil inisiatif yang lebih patuh syariah. insyaAllah.
|
Ni kalau jatuh tergolek boleh malu enam tahun berturut-turut [credit] |
NOTA KAKI
Khususan ila sahabat-sahabat yang belum istiqamah berstokin, cuba dulu dengan biasakan pakai di mana-mana sahaja kita pergi sebaik sahaja keluar rumah. Beli stokin banyak-banyak yang selesa dan cukup panjang untuk menutup amanah Allah kepada kita tuu. insyaAllah suatu hari kita akan kuat untuk pakai di tempat-tempat mandi awam pula seperti pantai dan mana-mana tempat yang akan basah. InsyaAllah, Allah akan bantu mudahkan dengan syarat kita berusaha
Nak tahu berkenaan aurat kaki ni boleh baca tulisan Mufti Wilayah di sini :
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
hebatnye akak, mmg selama ni berenang di kolam pantai air terjun dll pkai stokin la ye.
BalasPadamhaah pakai. kalau kolam tu kena hati2 sikit, pakai stokin yg ada grip. kalau air terjun dan pantai takda masalah. tak hebat awak, ramai lagi hebat insyaAllah
Padam