-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

5 Mei 2019

Home » , , » Bertemu di syurga

Bertemu di syurga

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Ramadan kareem !
Jika kita tidak boleh memilikinya di dunia, bukan bererti kita tidak boleh memilikinya langsung.
Intro.

Alkisah..
Ada seorang ulama' soleh yang hidup pada zaman ini, mempunyai ilmu yang mendalam. Selain keadaan ekonomi beliau yang cukup baik, beliau memilih hidup berserhana, tidak berlebihan dalam segala hal. Beliau sering membantu mahasiswa yang bermasalah kewangan, juga yang hendak berkahwin dari sakunya sendiri.

Bagaimana ini berlaku? Beliau menahan dirinya dari memiliki apa yang beliau mampu dapatkan walaupun harga mahal sedangkan beliau mampu.

Suatu hari, beliau membeli buah-buahan yang baik dan harganya tidak terlalu mahal. Seketika kemudian, di kedai kain, beliau terlihat beberapa ikat anggur yang sangat ranum dan menarik hati sesiapun apatah lagi yang mampu membelinya (yang harganya agak mahal berbanding buah lain). Namun beliau memutuskan untuk tidak membelinya. Beliau menatap anggur itu seketika dan mengatakan sambil terseyum,"Bukan sekarang..tetapi nanti kita akan bertemu di syurga, insyaAllah."
Sumber cerita :Mudahkan Jangan Susahkan, Syed Alwi Alatas (2012)
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
.................
 
SEKOLAH
Stereotype kebanyakan masyarakat terutama masyarakat di sekeliling saya, bahawa anak cikgu ni tak susah, k a y a ! Saya anak cikgu, tak pernah jumpa tang mana 'kaya'nya tu.. Kalau kat rumah takda lauk, maka kami satu famili makan telur, nasi, kicap ! cukup alhamdulillah. Masa kawan-kawan kebanyakannya akan sambut hari lahir bersama famili, buat majlis, makan-makan kek, ada pula yang lagi best, datang sekolah bawak cenderahati hari jadi bagi semua kawan-kawan kelas dan guru-guru, saya tidak pula merasa semua tu. Adalah dapat kek sekali. ya, sekali sahaja dalam ingatan saya, alhamdulillah.

Jarang sekali kehendak saya, umi ayah tunaikan. tapi itu zaman sekolah rendah, kecik sangat, saya belum faham erti umi ayah susah cari duit, hutang keliling pinggang besarkan anak-anak. Saya..tak pernah tahu.
Berbeza di sekolah menengah di mana saya mula ditarbiah dan dijentik dengan berjuta kesedaran akan kesusahan umi ayah besarkan anak-anak. Serba salah tak boleh bawak bincang. Masa tingkatan satu tu kalau boleh hari-hari nak nangis teringat banyak dosa kat umi ayah. taubat nasuha nak !
Suasana membesar saya, menjadikan saya sangat tak kisah dengan keadaan kewangan dan kelengkapan saya, cukup apa yang saya ada. Lawatan sambil belajar tak pernah sekalipun saya ikut sepanjang menuntut ilmu di SMAKJ(SMA Kerajaan Johor, Kluang) selama 3 tahun. Yang paling utama adalah didikan untuk saya menahan nafsu kehendak saya. Saya dah biasa tak dapat apa yang saya nak. 

Ayah selalu pesan masa mula-mula masuk asrama,"jangan terkesan dengan gaya hidup orang lain ya". Umi pernah puasa dengan niat supaya saya bertahan di SMAKJ(saya homesick masa tu). Didikan yang menjadikan saya kebal dengan apa saja yang ada. Terima kasih umi ayah ;')

Antara solusi yang terbaik untuk ikat perut sepanjang di smakj & samura, adalah dengan berpuasa, senang cerita. Pahala dapat, lapar pun tak lapar mana, sebab puasa kann. 
Related image

KAMPUS
Berjimat dengan istiqamah. Ada kesempatan saya buat kerja separuh masa (baca:part time) pada masa-masa tertentu. Masa ni lah lauk saya setiap hari adalah....nasi + telur goreng + kicap. Kalau nak special sikit, saya gi beli nasi bujang kat kedai, ini paling kerap masa kerja part time di Parkson(jika mahau baca, tekan sini) Beza sikitla ada sup dan belacan yang saya akan guna pula lebihannya besok lusa. itulah paling lazat, paling alhamdulillahh. Pernah ada member kata saya tak pandai simpan duit, mungkin sebab terlalu berjimat, ajak keluar makan sokmo menolak dan selalu nampak macam tak ada fulus je kot, ahah. Tak apa, saya yang tak pernah cerita apa-apa pada sahabat-sahabat saya, jadi saya tak ambil hati.

First year saya, RM800+ saya simpan, duit tabung semuanya. Akhirnya, saya terpaksa gunakan kesemuanya sekali bila Allah uji saya setahun lepas tu iaitu pada 2016. Sejak kejadian tu, saya tak boleh simpan langsung dah sampai habis belajar, ujiannya sentiasa berantaian, di mana saya tak dapat berlepas daripadanya. Apalah sangat ujian yang Allah berikan pada saya, malu. Kut sesak mana pun saya, ada saja jalan keluarnya.
Allah maha Kaya. 


HABIS BELAJAR dah..
Saat ini, ada komitmen yang lain pula yang lebih utama perlu dibereskan. Jika tidak diizinkan Allah, apakan daya seorang manusia menjalani seluruh kehidupan ini. Istimewa betul kita sebagai muslim, hidup bukan sekadar hidup, tapi tujuan kita lebih dari itu; untuk kehidupan yang lebih abadi kelak. 
Saya doakan kita semua jauh lebih kuat apapun bentuk dan liku ujian yang sedang dan bakal Allah berikan. Rasulullah SAW lah sebaik-baik qudwah.

Allah SWT berfirman :
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu.”
{Ali Imran, 3: 200}
amalkan selepas solat setiap hari


Wahai apa saja yang dikorbankan masa muda zaman serba canggih dan moden ini, kita bertemu di syurga ya !


.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

1 ulasan :

  1. Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda #

    Jom follow blog klik profil

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)