-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

17 September 2014

Home » , » Mariah Al-Qibtiyyah; Wanita Jelita di Sisi Rasulullah SAW #1

Mariah Al-Qibtiyyah; Wanita Jelita di Sisi Rasulullah SAW #1

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. 
Di saat menulis entry tentang Mariah Al-Qibtiyah RA ini, saya terjumpa satu blog yang telah menfitnah Nabi Muhammad kita yang tercinta dengan memaparkan kisah yang bercampur dengan israeliyat yang banyak menggunakan ayat Al-Quran yang pastinya telah disalah gunakan untuk memburuk-burukkan nabi SAW. Yang buat saya marah betul adalah, dilukisnya gambar nabi, Mariyah Qibtiyah, Hafsah, dan ummul mukminin yang lain. Dan yang jelas, saya nak ingatkan diri saya dan korang, sila periksa dulu kesahihan maklumat sebelum menyampaikan terutama yang korang kutip dari google. Sebab memang ada yang nampak Islamik, tapi hakikatnya menghina dan menfitnah Islam.Nampak tak permainannya tu. Eh hangin juga saya bila cerita tentang blog tu. Yang pasti, blognya adalah beritamuslim.wordpress.com . Harap maklum. Saya bukan suruh check ya..cumatake note the url, and just tak payah tengok langsung. Ok. back to the topic.

Gambar hiasan saje.
Semua orang tahu bahawa Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah. Selepas mengislamkan kaum keluarga dan kerabatnya, tugas baginda adalah mengajak penduduk di sekitarnya dan penduduk di luar semenanjung tanah Arab beriman kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai rasul yang membawa berita gembira (kepada orang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang yang ingkar); akan tetapi ramai manusia tidak mengetahui (hakikat itu)." 
{Saba':28} 
Selain orang awam, baginda turut berdakwah kepada pembesar dan raja. Salah satunya ialah raja Mesir. Raja Mesir atau pemeintah Qibti turut dikenali sebagai Al-Muqauqis. Rasulullah SAW menghantar Hatib untuk menghantar surat kepada Al-Muqauqis. Berikut adalah isi surat tersebut;
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. daripada Muhammad bin Abdullah kepada Al-Muqauqis, pemerintah Qibti. Salam kepada yang mengikut petunjuk, Amma ba'du. Sesungguhnya aku mengajak kamu dengan petunjuk Islam. Masuklah kamu untuk memeluk agama Islam, nescaya akan selamat dan Allah akan limpahkan pahala dua kali ganda. Jika kamu menolak dan berpaling, kamu akan menanggung dosa seluruh kaum Qibti. 
Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad) : "Wahai ahli kitab ! Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah SWT, dan kita tidak menyekutukan dengan-Nya sesuatu juga pun, dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain, untuk dijadikan orang yang dipuji dan didewa-dewakan selain daripada Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka; Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam."
Setelah menerima surat itu, Al-Muqauqis membacanya dengan penuh hormat. Selepas itu baginda bertanya kepada Hatib untuk mendapatkan penjelasan. Al-Muqauqis membalas surat rasulullah SAW dengan sisi kandungannya adalah seperti berikut : "Aku menghormati utusan kamu dan mengirimkan bersamanya dua orang hamba perempuan dari kalangan kaum Qibti. Mereka ini perempuan yang berkedudukan terhormat di sisi kami. Bersama ini juga dikirimkan persalinan (pakaian) dan kenderaan. Sekian disudahi dengan salam dariku untukmu."

Kedua-dua hamba perempuan yang dikirimkan oleh Al-Muqauqis itu bernama Mariah dan Sirin; yang merupakan adiknya. Selepas itu, Rasulullah SAW bernikah dengan Mariah manakala Sirin dinikahkan dengan Hasan bin Tsabit. Hasan adalah jurutulis wahyu bagi pihak Rasulullah SAW dan juga merupakan seorang ahli syair yang hebat. Isteri-isteri rasulullah SAW yang lain berasa cemburu terhadap Mariah. Ini kerana Allah SWT memberi kelebihan yang tidak dimiliki oleh isteri-isteri lain kecuali Khadijah iaitu beliau dikurniakan cahaya mata. Antara hikmah yang ingin Allah SWT tunjukkan melalui pernikahan Rasulullah SAW degan Maria ialah, Allah SWT mahu menunjukkan layanan suami terhadap isteri, termasuk ketika isteri sedang hamil. Seperti yang kita ketahui, rumahtangga Rasulullah adalah teladan kepada rumahtangga Islam. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Rasulullah SAW pernah bercerita kepada Mariah tentang Nabi Zakariah AS. nabi Zakaria AS dikurniakan anak iaitu Nabi Yahya ketika usianya sudah lanjut lalu baginda membacakan firman Allah dalam surah Maryam yang bermaksud: Nabi Zakaria bertanya, "Wahai tuhanku, bagaimanakah caranya untuk aku peroleh seoranga nak, sedang isteriku seorang yang mandul, dan aku sendiri pula telah mencecah usia uyang lanjut?" Allah menjawab : "Demikianlah keadaanya-janganlah dihairankan. Hal itu mudah bagiku. kerana sesungguhnya aku telah menjadikanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada tanda apa-pun."{Maryam 8-9}


Kelahiran Putera Nabi

Demikianlah apabila sesorang itu dikehendaki Allah SWT mengikut kemahuanNya. Selepas Khadijah dunia, tiada seorang pun antara isteri-isteri nabi yang dikurniakan cahaya mata sehinggalah Nabi Muhammad SAW bernikah dengan Mariah. Putera baginda dan Mariah diberi nama Ibrahim. Sewaktu Mariah sedang mengandung, baginda sering menceritakan kepadanya kisah Nabi Ibrahim AS. Sama seperti Nabi Zakaria, Nabi Ibrahim diberikan anak ketika lanjut usia. Mariah mendengar cerita tersebut dengan penuh minat. Selepas itu dia berkata kepada nabi SAW : "Akan tetapi, usiamu tidak setua Nabi Ibrahim dan Nabi Zakaria wahai suamiku !"
Mariah selamat melahirkan seorang putera walaupun kehamilannya kurang dari 9 bulan 10 hari. Putera itu diberi nama Ibrahim. Kelahiran Ibrahim bukan sahaja dikongsi oleh ibu bapanya tetapi juga oleh seluruh penduduk Madinah. Kelahirannya bagaikan mencetus satu pesta di Madinah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW pergi ke rumah Hafsah. Apabila baginda tiba di rumah Hafsah, didapati Hafsah tiada di rumah. Lalu baginda pun menunggu. Kebetulan ketika itu, mariah sedang melintasi rumah Hafsah. Baginda segera memanggil Mariah dan mereka berbual seketika di situ. Sedang mereka berbual, Hafsah pun pulang. Hafsah ternampak Rasulullah SAW bersama Mariah. Melihat keadaan itu, Hafsah berasa tidak senang hati..
Bersambung part #2 besok.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)