"Wahai nabi ! Mengapa engkau haramkan (denagn bersumpah akan meyekat dirimu dari menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu ? (Dalam pada itu, Allah mengampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi amat Mengasihani. Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi kamu(wahai nabi dan umatmu, untuk) melepaskan diri dari sumpah kamu (dengan membayar denda kifarat); dan Allah ialah Pelindung yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana . Dan ingatlah ketika nabi memberitahu perkara secara rahsia kepada salah seorang daripada isterinya-isterinya, rahsia tersebut (kepada seorang masdunya), dan Allah menyatakan pembukaan rahsia itu kepada nabi (maka nabi pun menegur isterinya itu), lalu menerangkan kepadanya sebahagian (dari rahsia yang telah dibukanya) dan tidak menerangkan yang sebahagian lagi (supaya isterinya itu tidak banyak malunya). Setelah nabi menyatakan hal itu kepadanya, dia bertanya: "Siapakah yang memebritahukan hal ini kepada Tuan ?" Nabi menjawab, "Aku diberitahu oleh Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (tentang segala perkara yang nyata dan tersembunyi)." {Al-Tahrim: 1-3}
18 September 2014
Home
»
Ummul Mukminin
»
Mariah Al-Qibtiah ; Wanita Jelita di Sisi Rasulullah SAW #2
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Bonjour
Baiklah jom sambung baca kisah salah seorang ummul mukminin ini dari #PART1 yang saya post semalam.
Hafsah bersa tidak senang hati. "Ya Rasulullah ! Mengapa mesti ada orang lain di sini ? Tidakkah engkau tahu bahawa perbuatanmu itu telah menyinggung perasaanku ? Aku tahu, dia juga isterimu tetapi secara peribadi aku tidak suka melihat keadaan ini !" ada bibit-bibit cemburu di sebalik kata-kata Hafsah itu. Rasulullah SAW kecewa dengan reaksi Hafsah itu. Untuk tidak memanjangkan situasi, baginda memujuk Hafsah. Denagn separuh berbisik baginda berkata bahawa selepas ini baginda tidak akan menyentuh Mariah lagi. Pada masa yang sama baginda berpesan agar tidak disebarkan kepada sesiapa tentang kata-katanya itu.
Malangnya apa yang nabi SAW harapkan tidak kesampaian. Hafsah yang masih diselubungi rasa kecewa memberitahu hal tersebut kepada isteri-isteri baginda yang lain. Tindakan Hafsah itu pada awalnya tidak diketahu nabi SAW. Hal tersebut singgah di telinga Aisyah RA. Seperti Hafsah, Aisyah RA turut berasa cemburu. Lalu Asiyah RAmenyarankan agar Mariah segera diusir keluar dari Madinah. Akhirnya baginda nabi mengetahui juga sikap ister0isterinya. baginda berasa marah dan ingin menghukum mereka. Hukumannya ialah baginda tidak akan mendekati mereka selama sebulan.
Lantaran peristiwa itu, maka turunlah wahyu Allah untuk menegur dan memberi ketetapan yang sebenarnya. Firman Allah SWT yang bermaksud,
Hafsah menyedari kesilapannya yang telah membocorkan rahsia Rasulullah SAW. Dalam hal ini ada riwayat mengatakan Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah selepas itu. Apabila penceraian ini diketahui Umar RA yang merupakan ayah kepada Hafsah, beliau berasa sangat kesal. Kekesalan itu ditunjukkan dengan menaburkan pasir di atas kepalanya sendiri. Ketika itu terkeluar dari mulutnya : "Selepas ini Allah tidak akan pedulikan Umar dan anaknya lagi."
Tidak lama kemudian, turun wahyu Allah yang memerintahkan agar Rasulullah SAW merujuk kembali Hafsah. Ulama' berpendapat, ketetapan ini menunjukkan bahawa isteri yang tidak memegang amanah suami, mengaibkannya sehingga suami berasa tersinggung, boleh dihukum. Sekiranya diceraikan, suami boleh merujuk kemabli setelah isterinya benar-benar insaf. Setelah turunnya wahyu tersebut, Hafsah dirujuk kembali. Namun Rasulullah masih tetap mengasingkan diri sebagai hukuman terhadap isteri-isteri baginda. Sementara itu, tersebar berita bahawa baginda telah menceraikan kesemua isterinya. Keadaan ini menimbulkan kegusaran di hati Umar Al-Khattab lalu beliau segera menghadap Rasulullah SAW.
"Ya Rasulullah ! Jika tuan menceraikan isteri-isteri tuan, sudah tentu tuan tidak akan disakiti lagi. Allah, para malaikat dan Jibril sentiasa bersama Tuan. Diriku dan Abu Bakar serta orang Mukmin tetap bersamamu," ucap Umar yang terharu melihat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW tersenyum mendengarnya. Baginda pun menjelaskan keadaan sebenarnya. Katanya, baginda tidak menceraikan ister-isterinya. Cuma baginda menjauhkan diri selama sebulan yang bertujuan memberi pengajaran kepada mereka.
Dari sini, saya merasa sangat kagum dengan sikap Saidina Umar. Ingatkan saidina Umar nak tanya atau pujuk nabi, rupanya, beliau dengan rela hati menangkan hati dan sentiasa menyebelahi nabi. Allahuakbar.
Saidina Umar sangat gembira mendengar hikmah yang terkandung di sebalik peristiwa itu. lalu beliau pun keluar dan mengumumkan perkara itu kepada orang ramai tentang pengakuan Rasulullah SAW. Pengkhabaran itu telah menggembirakan orang ramai yang sebelum ini resah dengan khabar angin tersebut. Sejak peristiwa itu, isteri-isteri nabi sentiasa berhati-hati dengan tindakan mereka.
Kira-kira dua tahun kemudian, datang lagi cubaan dari Allah SWT. Ibrahim jatuh sakit dan kesihatannya merosot dari hari ke hari. Mariah dan Sirin sentiasa berada di sisi Ibrahim untuk merawatnya. Ketika nyawa Ibrahim hampir ke kerongkongnya, Rasululah SAW mendokong lalu berbisik ke telinganya:
"Anakku Ibrahim, ibu dan ayah tidak dapat menolongmu dan kami juga tidak dapat berbuat apa-apa terhadapmu."
Ketika dalam dokongan itulah Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Menyaksikan hal itu, baginda berasa sedih. Air matanya bercucuran turun ke pipi. Baginda sempat berbisik :
"Mata mencurahkan air da hati dipalu rasa sedih dan pilu. Tiada ucapan kami selain mengaharapkan keredaan dari Allah SWT. Sesungguhnya kami sangat sedih untuk berpisah denganmu, wahai anakku.."
Ketika Rasulullah SAW dan para sahabat pulang dari pengkebumian Ibrahim, kebetulan berlaku gerhana matahari. Maka terdengarlah suara-suara sumbang yang mengatakan gerhana itu berlaku ada kaitan dengan kematian Ibrahim. Apabila perkhabaran itu sampai ke telinga Rasulullah SAW, baginda terus menegur seraya bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti kebesaran Allah SWT. Gerhana ini tiada kena mengena dengan hidup atau mati seseorang."
Mariah meninggal dunia selepas lima tahun kewafatan Rasulullah SAW. Kisah rumah tangga yang dialami perempuan bernama Mariah ini tercatat dalam Al-Quran sekaligus menjelaskan tentang menangani masalah rumahtangga.
Ada cerita yang mengatakan Mariah diceraikan selepas Hafsah berasa cemburu, malah mengatakan Ibrahim merupakan anak yang terhasil hasil hubungan Rasulullah dan Mariah sebelum mereka berkahwin kerana nafsu berahi Rasulullah. Nauzubillah. Astaghfirullah. Sesungguhnya kisah tersebut mempunyai unsur Israeliat yang bermaksud ada unsur pertambahan cerita fitnah dari golongan yahudi, nasrani dan golongan yang tak bertanggungjawab. So kalau ada terbaca kisah-kisah para nabi yang pelik-pelik, contoh; Nabi Nuh mabuk, Nabi Isa menipu dan sebagainya yang saya sendiri ada membacanya dalam Bible, jangan terlalu mudah percaya. carilah sumber yang betul, dan bertanyalah kepada orang yang lebih arif.
Wallahu'alam.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai
Mariah Al-Qibtiah ; Wanita Jelita di Sisi Rasulullah SAW #2
Labels:
Ummul Mukminin
0
Comments