-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

2 September 2014

Home » » Law Kana Bainana

Law Kana Bainana

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.  

Keluarga Encik Abu Bakar sering mengadakan usrah atau istilah comelnya; Bulatan Gembira bersama isteri dan anak-anaknya hampir setiap hari selepas solat Maghrib berjemaah. Pada suatu petang semasa Encik Abu Bakar sedang berehat bersendirian, beliau terjumpa satu video yang menarik dan terus menontonnya sebab bila tengok tajuknya, hm..macam best je, macam syok je. Lalu beliau pun menonton [TRAILER] Muhammad's Migration - Hope after Hardship sehingga menitislah air mata beliau dari awal sehinggalah tamat trailer tersebut. Ya. Air mata lelaki beliau yang mahallah agaknya namun terlalu ikhlas dan murah di hadapan Allah kerana kerinduan yang teramat kepada kekasih nombor satunya itu selepas Allah SWT. Sollu 'alan nabi SAW.

Hal tersebut menyebabkan tercetuslah idea bernas beliau untuk menukar tajuk tazkirah beliau pada malam itu daripada tajuk 'Haiwan-haiwan dalam Quran' kepada tajuk 'Mencintai Rasulullah' untuk dikongsi dan dihayati bersama keluarga yang disayanginya kerana Allah SWT.

Malam Selepas Maghrib;
Encik Abu Bakar bertanya kepada anak-anaknya, "Anak-anak, cinta tak pada Allah ?"
"Cintaaaaa !" Jawab anak-anaknya dengan comel.
"Cinta tak Rasulullah ?" Tanya si ayah lagi. "Cintaaaaaaa !" Makin semangat nih.

Ayah, "Baguus ! Jadi selain mencintai Allah, bagaimana kita perlu mencintai Rasulullah ?"
Anak-anaknya menjawab, "Hihihii". Anak-anak beliau tersengih bagai kerang busuk sambil angkat bahu ramai-ramai. Encik Abu Bakar dan isteri yang turut memerhati, tersenyum dan semakin berkobar-kobar ingin meneruskan tazkirah, memberi pemahaman kepada anak-anak mereka yang masih bersih ibarat kain yang putih.
Ayah, "Baiklah, yang pertama, kita perlu belajar mengenai Rasulullah SAW"..



Baiklah, cerita ini hanyalah rekaan saya yang tak terror BM ini; sekadar permulaan rindu pada Nabi kita yang tercinta, Nabi Muhammad SAW. Tiada kena mngena dengan ayah saya, atau ayah korang. 

MENGENAL RASULULLAH SAW
Sebenarnya, kita kurang mencintai Rasulullah kerana apa ? Kerana kita kurang mengenali baginda SAW. Sejarah dan pengorbanan baginda. Jadi untuk mempelajari dan memahami sirah Rasul tercinta kita, adalah supaya kita dapat memanifestasikan rasa cinta kepada baginda Nabi Muhammad SAW, khatimul anbiya'.
Anas bin Malik RA berkata : Nabi SAW bersabda: "Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihi oleh kamu berbanding dengan anak-anak, kedua ibu-bapa dan manusia yang lainnya." {Muttafaq 'Alaih}
Persoalannya, kenapalah kita ni susah sangat nak ikut apa yang Rasulullah SAW buat walaupun banyak hadis yang kita baca. kalau para sahabat Rasulullah SAW pulak, macam senang betul ek menyahut seruan nabi. Kenapa ya ?

Saya buka dialog lain pula. 

-----------------------------------

Abu Ubaidah yang merupakan seorang naqib di sekolahnya, bertanya kepada rakan sekamarnya, Talhah Ubaidillah, semasa mereka berehat selepas penat jogging bersama. 
"Weh, nak tanya sikit boleh ? Ok, aku tahu jawapan kau adalah boleh. Hm. Kau sayang mak kau tak ?" Abu Ubaidah memulakan pertanyaan.

"Of courseee. Siapa tak sayang mak oiii...Dah kenapa kau tanya ? Rindu mak ? Eh ?" Talhah menjawab. Sedikit aneh dengan soalan rakan yang disayanginya dunia akhirat itu.

Abu Ubaidah tersengih mendengar jawapan rakannya yang juga berupa soalan. "Kenapa kau sayang mak kau ? Sebab kau nampak sendiri mak kau bantu kau, sayang kau, jaga makan minum kau, didik kau,...betul tak ?"

Talhah hanya mengangguk. Mengerti bahawa rakannya yang bijak agama itu ingin menyampaikan sesuatu. 

"Seperti itulah para sahabat. Mereka melihat pengorbanan Rasulullah SAW dan kebaikan baginda di hadapan mereka. Mereka tersentuh dengan sifat baginda yang amat lemah lembut. Begitu juga mereka tersentuh dengan risalah yang dibawa baginda serta bagaimana baginda mampu menerajui sebuah kepimpinan yang hebat di dunia satu masa dahulu. Sesiapa sahaja yang berada pada zaman itu, pastinya akan tersentuh dengan keperibadian baginda dan beriman kepadanya."

Benarlah jika kita tidak melihat dan merasai sendiri, sukar bagi kita untuk mencintai. Tapi orang kata, tak kenal, maka tak cinta. Cenggitulah, kita harus melihat Rasulullah SAW dan merasai kehadiran baginda di saat kita melaksanakan ajaran baginda. Perjalanan kehidupan bagindalah paling baik dan paling sempurna unutk diteladani.

Iman itu tidak hadir dengan hanya kata-kata. ia harus ada rasa. Rasa inilah yang dipanggil cinta. Dari rasa inilah akan lahir perbuatan dan kata-kata pembuktian kepada rasa keimanan itu. Disebabkan itu, kita tidak akan mampu mencintai baginda tanpa kita mengenali baginda. Tujuan kita mengenali baginda hanyalah supaya kita merasai nikmatnya iman itu. Hebatnya pengorbanan baginda. Alangkah risaunya baginda kepada kita.

Anas bin malik meriwayatkan bahawa daripada Nabi muhammad SAW bersabda yang bermaksud; "Tiga perkara apabila ada di dalam diri seseorang itu, dia mendapat kemanisan iman (iaitu); hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dikasihi daripada selainnya..."

Teringat juga saya akan sepotong lirik dari lagu Hijjaz - Dia Kekasih Allah iaitu;
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang esa
Kerana cinta kepada Rasulullah 
Bererti cinta kepada Allah
[Maafkan saya guru-guru BM saya, iaitu cikgu Suhaila, Cikgu Maspupah, Cikgu Ummi dan Cikgu Rizal sebab penggunaan perkataan 'sepotong' lirik saya tak tahu betul ke tak. Lupa deh]

Mendengar lagu ini sungguh, menjadikan saya sendiri bertambah rindu dan tersangat dan teramatlah rindu kepada Rasulullah. Bagaimanalah kita ni dapat mencintai dan merindui seseorang yang kita tidak pernah jumpa, tidak pernah nampak wajahnya, bahkan tidak pernah tahu bagaimana kecantikan dan ketenangan wajahnya itu ! Allahuakbar. bagi saya, saya melihat ini sebagai sesuatu yang berharga bagi kita umat Islam. Kita mencintai Allah hanya dengan belajar tentang zat dan keagungannya, kita merindui rasulullah hanya dengan belajar tentang sirah dan pengorbanannya. Ya Allah, kami merindui KekasihMu. Sollu 'ala Nabi SAW.


Daripada jabir RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Keadaan aku dan kamu adalah umpama seorang lelaki yang menyalakan api maka belalang-belalang dan serangga-serangga mula berjatuhan ke dalam api itu. Aku pun memegang pinggang-pinggang kamu untuk menghalang kamu daripada api neraka tetapi kamu melepaskan diri-diri kamu dariapada tanganku menuju ke arah neraka." {Riwayat Muslim}


Yang bawah ni pule adalah lagu pilihan saya yang setiap hari saya dengar. Sungguh meruntun jiwa. Ya Rasulullah, kami merinduimu.  Sollu 'alan Nabi.


Nasyid : Law Kana Bainana [Aindai rasulullah masih bersama kita]
Munsyid : Abdul Rahman Muhammed







Sollu 'alan Nabi.  Nangis lagi.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)