-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

23 September 2014

Home » , » Kesombongan; So you think you are the best ?

Kesombongan; So you think you are the best ?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Bonjour  

Tidakkah kita melihat sekeliling kita sikap yang suka  menghina dan merendahkan orang lain ?
Salah satu sebab.

SOMBONG. Bak peribahasa melayu, Hidung Pinoccio. [weyuuu] Correction ,; Hidung Tinggi.

Apabila adanya perasaan sombong dalam diri kita, maka dengan mudah kita memandang rendah manusia lain. Alah. Memang nak nafikan aje kalau orang kata kita sombong. Sedangkan Nabi kita, SAW pernah bersabda;
“ Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain"(HR At-Thabbrani dari Anas RA). 
Cuba kau cermin diri kau, kau akan nampak diri kau cantik aje. Grrr [tetibe marah]

Lihat saja contoh sifat sombong yang ada pada Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. Tak cukup dengan kesombongannya itu, malah tidak menurut perintah Allah S.W.T. dan sanggup menghina Nabi Adam a.s. dengan mengatakan kejadiannya daripada Api itu lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. yang dijadikan daripada tanah yang hina.

Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri
. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.



7 Jenis Sombong Yang Dilaknat Allah S.W.T.

1. Sombong kerana kelebihan dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.” (Hadis riwayat Muslim)

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka sebenarnya terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan melalui sabda Baginda S.A.W. yang bermaksud :
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal soleh, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.“

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan. Bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Allah S.W.T, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi, merasakan keturunan mereka mulia dan dikasihi Allah S.W.T.

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendahkan ciptaan Allah S.W.T. hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk. Eh, saya allergic dengan perkataan pendek, dan ketot ni. 

Aku lebih comel 20 ribu kali ganda daripada kau. So ?

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi oleh Allah S.W.T. membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Sedangkan kita lupa, bahawa kekuatan itu semua datangnya dari Allah, malahan setiap orang ada kekuatannya sendiri; pada tempat yang berbeza-beza. Jika kita dikurniakan kekuatan fizikal, gunakanlah ke arah yang dapat mendatangkan reda Allah dan manusia, contohnya, membantu kerja-kerja bersesuaian semasa bergotong-royong bersama keluarga dan penduduk setempat.


7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api. Ahaa dan contoh yang insyaAllah paling dekat dengan kita; era moden kini adalah perkataan 'followers' di media sosial khususnya di twitter, instagram, blog dan anak cucunya. Jika tujuan kita wujudkan akaun-akaun media sosial tersebut adalah untuk berdakwah, maka gunakan cara sebaik-baiknya yang sesuai dengan kita untuk mengelakkan riak dan sombong. Moga segala usaha kita dalam maya yang kita gelar dakwah tersebut, tidak akan dicampak semula ke muka kita kerana sombong dan riak. Nauzubillah.

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Fikirkanlah.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud :
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
Sedih. Sedih. Marilah kita panjatkan doa sebanyaknya pada Allah agar dibantu jauhkan segala penyakit hati dan hitam legam waktu malam ni. InsyaAllah.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)