Langit hitam bertukar oren kebiruan, burung berkicauaun terbang melata ke segenap alam Tuhan, dedaunan nan hijau masih utuh dan tekun bertasbih memuji kebesaranNya, manusia juga tidak kalah bertasbih dan bertahmid, menandakan permulaan hari yang baru. Begitu juga hari ini bagiku.
Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan dan mematikan. Alangkah beruntungnya kita yang pada saat ini masih menghirup oksigen segar, makan dengan kenyang, tidur pula sentiasa mendakap lena.
Hari ini genaplah umurku yang ke 25 (ke sepatutnya ganjillah ? ;D). Umur ini sesungguhnya permulaan kepada aras hidupku yang baharu. Memikul dan merasai sendiri tanggungjawab yang berpuluh tahun terlebih dahulu dipikul oleh ummi dan ayah. Jika apabila melangkah ke alam remaja, telah Allah sentuh hati-hati remaja mula memahami kesusahan ibu dan ayah mencari rezeki, kini, dengan umur ini, Allah beri peluang pula untuk makan garam tersebut, merasai cabaran demi cabaran sendiri.
Kali ini, kita pula keluar pagi mencari rezeki, kusut kepada di tempat kerja, pulang lewat menyiapkan tugasan, mesyuarat di luar kawasan, perlu membayar pinjaman pelajaran, hutang kenderaan, rumah sewa, dan bil-bil yang berkaitan.
Mengapakah kehidupan perlu diteruskan ? Kerana ianya adalah perintah Tuhan, selagi nyawa dikandung badan, dengan tujuan menjulang namaNya, memburu keredhaanNya.
Pn./Ustazah Nolida binti Ahmad. Alfatihah sebagai hadiah buat ibuku (beliau masih bernafas ya)<3 td="">3> |
Selayaknya setiap tarikh hari lahir menjengah, ummilah insan yang paling layak diraikan, didakap, dikucup, diucapkan, didoakan pula dengan kebaikan berpanjangan. Allah, siapakah yang lebih layak untukku syukuri keberadaanku di dunia ini melainkan kepada ibuku ?
Jika bukan kerana rahim ummiku, jika bukan kerana agama ibuku, jika bukan kerana akhlak dan didikan ibuku, jika bukan kerana kasih sayang tanpa syarat yang dilimpahkan kepadaku, jika bukan kerana doa-doa dan restu dari ibuku, apa dan siapalah aku di dunia ini, manakan mampu aku tersenyum hari ini pada ulang tahunku yang kedua puluh lima.
Wahai ummi, jika aku ada kuasa pilihan yang boleh mengubah qadar Tuhan, maka akan kupilih untuk berbakti kepadaMu sebelum Allah menjemputku, atau menjemput ummi kembali kepadaNya.
Jika selama 25 tahun yang lalu aku masih gagal membuatmu tersenyum dan menyenangkan hatimu, aku tidak mahu berputus asa. Kupohon agar Allah memberiku peluang dengan umurku ini meskipun hidupku tidak mewah dengan harta atau pujian.
Allah,
Mudahkan jalan ibuku syurga, pertemukan dan tautkan kami kembali di syurgaMu.
Ameen.
We are making interesting and entertaining videos for kids.
BalasPadamNow, you can watch the cartoon series of the most popular and historic tv show "Ertugrul Ghazi" in urdu.
only on our Youtube Channel "My Kids Tube".
https://www.youtube.com/watch?v=duLVQsYj_Eo