-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

31 Oktober 2014

Home » , , » Don't look down on anybody unless you're helping them up.

Don't look down on anybody unless you're helping them up.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

marilah kita bersyukur dengan nikmat iman dan islam.
what to talk. isk isk

\


Habis tonton ? Marilah kita bermuhasabah. Tidakkah kita terlalu banyak merungut dengan apa yang kita ada ? Jika tidak, berapa banyak saja kita bersyukur ?

kebanyakan orang berpendapat bahawa orang yang meminta-minta a.k.a pengemis ini banyak yang masih kuat bekerja. kenapa harus meminta-minta ? atau banyak juga yang takut memberi kerana bimbang mereka adalah agen sindiket. atau juga mereka yang bimbang pengemis-pengemis jalanan yang kaiki tempang, buta, patah tengkuk dan sebagainya itu ternyata hanyalah lakonan di belakang mereka. wait. (aku tulis tengkuk ke ?)

namun pendapat personal saya, kepada siapa pun kita memberi dengan ikhlas, ganjarannya tetap; pahala. uwaaa mashaAllah tidakkah kita berasa beruntung merasai hidup dalam keadaan muslim ? apa sahaja kebaikan yang kita lakukan terhadapa makhluk bernyawa kerana Allah, adalah pahala. alhamdulillah.
bagi saya, hanya perlu beri kepada yang memerlukan apatah lagi semasa kita berada dalam keadaan kesempitan.

"dah kenapa kau ngah ! kau tu dah la kais pagi makan pagi, kalau tak kais ikat perut, tapi yang engkau bagi pengemis makanan kau dah tu kenapa ?"

what you give, you will get more. double ! uwaaa. this is islam again. how best la bebeh ! kalaupun kita memberi pada orang yang salah, berdosakah kita ? ya. berdosa jika kita memberi dengan duit haram. maha adil kan Allah ? asalnya, tetap datang dari niat kita. tidakkah kita merasa bersyukur kerana dengan adanya mereka, kita mempunyai banyak option, choice untuk bersedekah ? 

mari kita lihat pula; kita sungguh berasa kasihan sehingga lap-lap hingus hijau bila menonton rancangan bersamamu misalnya dan apabila kita melihat kesengsaraan penduduk-penduduk afrika dan saudara-saudara seislam kita di negara lain yang ditimpa musibah, malah kita turut memberi sumbangan yang banyak. mashaAllah. sungguhhhh good. jempol sikit

tetapi ya, bagaimana dengan penduduk-penduduk di negara kita sendiri yang masih terlalu ramai yang miskin dan fakir sih. mungkin tahun ini kadar kemiskinan semakin meningkat dek kenaikan harga minyak sekaligus harga barang ? mungkin. namun  selepas kita memberi, janganlah lupa untuk mendoakan mereka. jangan hanya mengharapkan doa mereka sahaja.

semoga dengan pemberian kita kerana Allah itu, Allah akan memudahkan urusan dan meluaskan rezeki kita dan juga mereka yang kita beri. mudah-mudahan sedekah dan kebaikan kita itu akan menjadi salah satu pintu syurga bagi kita. alah seronoknyaaa ya ampun.

btw, we have to remember; sedekah bukan pada manusia je, tetapi bagi setiap makhluk yang bernyawa. lepas bagi makan kucing tu, talktalk la sikit dengan dia;

"ali, kite tengah study dan menghafal quran sekarang, nanti ali doakan kite tau. kalau ali lapar, ali datang cari kite k. kite 'amin'kan dulu, ameeen"

jadi ali adalah nama kucing tu. mungkin kucing tu kecil-kecil tapi gagah macam saidina Ali Abu Talib kwj mungkin. 


tidak usah kita memandang hina kepada orang lain melainkan kita boleh uruskan diri kita dan seluruh kehidupan kita totally sendiri. boleh ? bak lirik lagu siti nurhaliza, takkan mungkin kita bertahan hidup dalam bersendirian. mudahnya, kita sering memandang hina kepada yang lebih rendah darjat dunianya berbanding kita adalah kerana kita kurang bersyukur. hehh. ini betul-betul, bukan cobaaan. kita tidak pernah tahu tahap keimanan dan kekuatan iman kita jika yang ditakdirkan berada di tempat mereka. allahurabbi. maka bersyukurlah. dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain. 

Lagu pilihan saya hari ini adalah, Rahmat Ujian by Mestica.


voila ! Salam muhasabah.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)