-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]
Memaparkan catatan dengan label Uswatun Hasanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Uswatun Hasanah. Papar semua catatan

13 Mac 2016

Apa yang aku berikan untuk Allah ?

Alkisah..


"Satu hari seorang syeikh datang ke sebuah rumah orang kaya untuk meminta derma bagi pembangunan masjid dan anak yatim. 

Sambil menadah tangannya si syeikh meminta sedikit sumbangan daripada orang kaya tersebut.
Tanpa diduga, orang kaya tersebut meludah tadahan tangan syeikh itua. Tindakan kurang ajar orang kaya itu sungguh tak diduganya.

Namun begitu syeikh tetap tenang. Tiada riak wajah marah di wajahnya. Beliau kemudiannya menggosok ludah orang kaya tersebut dgn kedua tangannya dan menyapunya di janggut dan jambangnya.

Perbuatannya membuatkan orang kaya tersebut kekok dan terkejut.
Syeikh kemudian menadah tangannya kembali dan berkata, 

"Yang engkau beri tadi (ludah) adalah untukku dan aku telah menyapunya ke mukaku. Sekarang ini apa yang engkau akan berikan utk Allah?"

Mendengar jawapan syeikh serta akhlak mulia yg ditunjukkannya, orang kaya itu tertunduk dan menangis teresak2. Dia insaf dan memohon maaf lalu memberikan hartanya utk berjihad di jalan Allah."

credit : tps kalam ulama'

teringat aku akan kata-kata seorang ustaz, warga islam kita.., masih terlalu ramai yang kurang pergantungannya dan nipis keyakinannya pada janji Allah.
kita terlalu kedekut dan berkira dengan harta pinjaman kita !

Allah SWT telah berfirman:“Perumpamaan (infak yg dikeluarkan oleh) orang-orang yg menginfakan hartanya di jalan Allah adalah serupa dg sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiapbulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yg Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui(QS.Al-Baqarah:261)

Rasulullah SAW juga bersabda:“Barangsiapa bersedekah senilai satu biji kurma yg berasal dari mata pencaharian yg baik—dan Allah tidak akan menerima kecuali yg baik—maka sesungguhnya Allah akan menerimanya dg tangan kanan-Nya, kemudian dipelihara untuk pemiliknya, sebagaimana seseorang diantara kalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah itu menjadi (besar) seperti gunung”

mashaAllah.



 اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

3 November 2015

Dia ulama' kesayangan : Imam Syafiee

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Novel Sejarah Imam Syafiee karya Abdul Latip Talib
Di kala aku hanya mampu menitiskan air mata kerana insan agung ini. Membaca kitabnya, membaca sirah hidup dan keperibadian serta kelebihannya menjadikanku bertambah rasa cinta pada ulama' berketurunan Rasulullah SAW ini.
Semoga Allah memberkatinya kerana zuhudnya, keikhlasannya, tawaduknya, dan baktinya pada masyarakat islam zaman ini yang tidak tergambar nilainya. subhanallahh.


sedikit BIOGRAFI IMAM SYAFIEE yang kita hormati ini;

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.
Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun dan menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun sebelum beliau berguru dengan Imam malik. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa dan akhirnya dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh Imam Malik dan guru-gurunya yang lain seawal usia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.


MIMPI IBUNYA
Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit. Bintang itu kemudiannya pecah dan jatuh bertaburan ke bumi. Cahayanya itu menerangi seluruh muka bumi. Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hanbali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.



SYAIR TERAKHIR IMAM SYAFIEE




إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku & terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu & keampunanMu adalah merupakan rahmat & kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah & ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut & mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta & berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung & memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu & di saat ku lelap, aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat & berulang-ulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu & kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) & lebih mulia

Kitab Al-Umm karangan Imam Syafiee.
[sumber]

[sumber]

.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

27 Ogos 2014

Saidina umar Al-Khattab ; Pakaian Keredhaan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Sabda Rasulullah SAW; "Ketika aku sedang aku melihat dalam mimpi seluruh manusia diperlihatkan padaku dan masing-masig mengenakan baju. Ada yang mengenakan baju sehingga ke dadanya, ada yang mengenakannya di bawah dada, maka diperlihatkan padaku Umar sementara dia mengenakan pakaian panjang yang diseret-seretnya." Mereka bertanya, "Apa takwil mimpi itu wahai Rasulullah ?" Rasulullah SAW menjawab,"Agamanya." (Yakni kedudukannya dalam agama).
-Hadis riwayat Abu Sa'id Al-Khudri-

Saidina Umar Al-Khattab merupakan seorang yang sangat tawaduk dan terkenal sangat tegas dalam urusan agama Allah dan beliau juga merupakan sahabat Rasulullah SAW yang pertama diberi gelaran Amirul Mukminin. Kehidupan keluarga Khalifah Umar teramatlah sederhana. Walaupun beliau seorang khalifah, beliau selalu menampal bajunya dengan kulit-kulit haiwan, bahkan bajunya mempunyai 14 tampalan.  

Suatu hari, anakandanya pulang dari tempat pengajian dengan menangis. Khalifah Umar yang prihatin dan berasa hairan bertanya, "Wahai anakku, perkara apakah yang berlaku yang menyebabkan engkau menangis sebegini ?" Maka anaknya menjawab dan menceritakan bahawa kawan-kawannya telah menghina bajunya yang penuh dengan tampalan. Mereka berkata."Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini !" Hatinya sedih dan berasa terhina apabila menjadi bahan ketawa kawan-kawannya. 
Di saat Ramadan melabuhkan tirainya dan Syawal akan berkunjung tiba, Khalifah Umar Al-Khattab berhajat untuk membelikan pakain yang baru untuk anaknya. namun kerana ketidakcukupan wang, maka Khalifah Umar pun pergilah ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham. Khalifah Umar telah menulis sepucuk surat kepada bendahara Baitulmal. Isi suratnya adalah;

'Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat. Saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. InsyaAllah, pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari baitulmal, saya akan melunasinya.'

Bendahara Baitulmal mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui pemimpinnya itu bukan jenis yang penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya. Khalifah Umar dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas terhadap rakyatnya malah kepada anak-anaknya dan dirinya. Bendahara Baitulmal pun membalas surat khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan. isi surat tersebut adalah; 

'Kepada Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab, Telah saya baca surat anda tentang pinjaman daripada wang baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah tuan berani memberi jaminan bahawa diri tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan hingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal daripada Tuan ? Seandainya ajal menjemput ajal menjemput tuan sebelum ini berakhir, apakah tuan mampu dipertanggungjawabkannya di hadapan Allah ? Wassalam."

Selesai membaca surat balasan dari Baitulmal, Khalifah Umar berasa amat sedih kerana tidak mampu untuk melunasi hajatnya untuk membelikan baju baru untuk anaknya. Setibanya hari raya, Khalifah Umar Al-Khattab melihat baju anaknya bertampal-tampal dan beliau menangis. Melihat ayahandanya menangis, anaknya bertanya, "Mengapa engkau menangis wahai ayahku ?" 
"Aku bimbang hatimu sedih di hari raya apabila kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.". Kemudian anaknya tersenyum mendengar kata-kata ayahnya itu lantas dia berkata,

"Seharusnya yang bersedih itu adalah orang yang tidak mendapat keredaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza Wajalla memberikan redaNya kepadaku sebab redamu kepadaku."

Mendengar kata-kata anaknya itu, semakin deras air mata Khalifah Umar Al-Khattab dan beliau terus memeluk dan mendoakan anaknya. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan anak yang soleh kepadanya.


ANEKDOT
Tidak cukupkah kita merasa bersyukur dengan apa yang kita ada ? Agaknya jika kita yang berada di tempat mereka, mahu frust menonggeng kita. Cerita yang singkat ini sesungguhnya terlalu menyentuh hati yang sering lupa ini. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa meletakkan kita dalam kalangan hamba-hambanya yang sentiasa ditegur olehNya dan sentiasa berusaha mendekati mengharapkan reda Allah SWT. Ya Allah.. mulianya para sahabat..hidup mereka...hanya Allah yang tahu betapa tingginya taqwa mereka kepada kepada Allah. Mengingati keperitan juga ketabahan para sahabat apatah lagi Rasul junjungan kita, sungguh membuatkan air mata menitis. T.T~
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi Muhammad.
Jazakallah. 
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

20 Ogos 2014

Ummu Syuraik ; Pertolongan Allah di Bawah Terik Matahari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hanya hiasan. Sebab cantik.

Kisah beliau telah dirakamkan dalam kitab-kitab sejarah sebagai golongan sahabiyah yang cekal dan teguh imannya walaupun diseksa di tengah-tengah kepanasan padang-padang pasir.  Beliau adalah Ghaziyah binti Jabir bin Hakim atau lebih dikenali sebagai Ummu Syuraik.

Ummu Syuraik adalah seorang wanita Quraisy yang berasal dari bani Amir bin Lu'ai. Dalam hidupnya, beliau pernah menjadi isteri kepada Abu Al-Akr ad-Dausi. Beliau antara sahabiyah yang teguh dan faham akan tuntutan dakwah Nabi Muhammad SAW. Ummu Syuraik bergerak secara sembunyi menyampaikan risalah Allah SWT kepada wanita-wanita Quraisy, namun ramai yang menolak. Penolakan ,ereka terhadap Islam merupakan satu risiko jika diketahui pembesar-pembesar Quraisy kerana perkara itu mampu mengheretnya kepada penyeksaan dan kematian. Namun beliau yakin Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. 

Dakwah Ummu Syuraik menyebabkan wanita-wanita lain berang dan mengadukan hal tersebut kepada saudara-mara Ummu Syuraik. Tindakan Ummu Syuraik menimbulkan kemarahan kaum keluarganya yang membenci agama Islam. Maka bermulalah ujian perit tehadap beliau.
Melalui Ummu Syuraik, Ibnu Abbas RA telah merekodkan kisah-kisahnya ini seraya berkata, "Hati Ummu Syuraik tersentuh dengan Islam sejak tinggal di mekah lalu dia pun memeluk Islam. Kemudian dia mula mendatangi wanita-wanita Quraisy secara senyap-senyap untuk mengajak mereka memeluk Islam. tetapi kegiatannya diketahui para pemuka Mekah sehingga mereka menangkapnya lalu berkata, "Seandainya tidak mempertimbangkan kaum kerabatmu, kami akan tangani sendiri. Akan tetpi, kami akan menyerahkan kamu kepada mereka."


Ummu Syuraik diseksa
Ummu Syuraik berkata, "Maka datanglah keluarga Abu Al-Akr (keluarga suaminya) kepadaku, mereka berkata, "Jangan-jangan engkau telah masuk kepada agama Muhammad ?" Aku menjawab, "Demi Allah, aku telah masuk agama Muhammad SAW." Kemudian mereka berkata, "Tidak, sesungguhnya demi Allah, kami akan menyeksamu dengan seksaan yang pedih." Ummu Syuraik menyambung, "Mereka membawaku ke satu tempat dengan menunggang seekor unta yang lemah. Mereka memberiku makanan dan madu, tetapi tidak memberiku air walau setitis. Mereka tinggalkanku di padang pasir dan ditengah teriknya matahari hingga hampir hilang akalku, pendengaranku dan penglihatanku. Mereka melakukan hal itu kepadaku selama tiga hari berturut-turut. Pada hari ketiga, mereka berkata kepadaku, 'Tinggalkanlah agama yang telah engkau pegang !' "
Ummu Syuraik berkata, "Aku sudah tidak dapat lagi mendengar perkataan mereka kecuali satu kata dan satu kata dan aku hanya memberikan isyarat dengan telunjukku ke langit sebagai isyarat tauhid."


Jika kita, adakah kita mampu ?

Tekadnya mendorong merek menyeksa Ummu Syuraik dengan lebih lama. Tatkala menahan dahaga yang luar biasa hingga menjerut tekaknya, beliau tidak jemu berzikir dan mangharapkan bantuan daripada Allah SWT. Beliau sangat mengharapkan bantuan sekaligus menimbulkan keinsafan dalam dada kaum Quraisy tersebut. Tanpa dijangka, sesuatu yang luar biasa berlaku pada dirinya di tengah-tengah terik mentari.
Ummu Syuraik melanjutkan kisahnya. "Demi Allah, tatkala aku dalam keadaan seperti itu, ketika berat sudah aku rasakan, tiba-tiba aku mendapati dinginnya bekas berisi air di atas dadaku (beliau dalam keadaan berbaring). Maka aku segera mengambilnya lalu meminumya seteguk. Kemudian bekas itu menjulur kepadaku buat kali yang kedua, maka aku meminumya dan kemudian ia terangkat lagi. Aku melihat bekas air tersebut berada di atas langit dan bumi. Kemudian bekas air itu menjulur kepadaku buat kali yang ketiga, dan aku meminumnya sehingga kenyang lalu aku menyapu air itu ke kepala, wajah dan bajuku."

 Allahh. Saat ini seringkali merasakan bahawa alangkah beruntungnya kita.


Memeluk Islam
Kemudian mereka (Kaum Quraisy tersebut) keluar dan berkata, "Dari amana engkau dapatkan air itu wahai musuh Allah?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya musuh Allah adalah selain diriku yang menyimpang dari agamaNya. Ada pun pertanyaan kalian dari mana air itu, maka itu adalah dari sisi Allah yang menganugerahkan kepadaku." mereka segera melihat bekas-bekas air mereka lalu mereka mendapati bekas-bekas tersebut masih lagi tertutup dengan baik dan tiada tanda-tanda bekas ir mereka dibuka. Dengan izin Allah, mereka berkata, "Kami bersaksi bahawa RabbMu adalah Rabb kami dan kami bersaksi bahawa yang telah memberikan rezeki kepadamu di tempat ini setelah kami menyeksamu adalah Dia Yang mensyariatkan Islam."

Saat itu juga, orang-orang musyrik yang membawa Ummu Syuraik itu  memeluk Islam lalu berhijrah bersama-sama Rasulullah SAW. Kejadian luar biasa yang berlaku pada Ummu Syuraik telah menjadikan imannya semakin menebal. Ummu Syuraik yakin bantuan Allah ke atasnya adalah janji-janji Allah SWT yang tidak akan mempersia-siakan setiap amal soleh yang dilakukan oleh hambanya. Hal itu menjadikan beliau menjadi perantara kepada orang-orang musyrik yang memeluk agama Islam. 

[P/s : Berkaitan golongan yang memeluk Islam ini, saya tidak pasti orang-orang musyrik yang dimaksudkan termasuk kesemua ahli keluarga Abu Al-Ark atau pun tidak. Wallahu'alam.]
Sabda Rasulullah SAW, "Sungguh, seandainya Allah memberikan hidayah kepada seseorang kerana dakwahmu, maka itu lebih baik dari unta yang merah (harta kekayaan yang paling berharga)." 
Kehebatan iman Ummu Syuraik yang rela berkorban demi Islam juga menepati firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 10-12 yang bermaksud, 
"Wahai orang-orang yang beriman ! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? (iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan berjihad di jalan Allah dengan harta jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Nescaya, Allah mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
Semoga  Allah SWT merahmati Ummu Syuraik dan menempatkannya dalam golongan orang-orang yang dicintaiNya. Begitu juga hendaknya kita semua InsyaAllah Ameen.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

18 Julai 2014

Petua Imam Ghazali menemui malam LAILATUL QADAR

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum !


All praises to Allah. We are in the holy Month, Ramadan. So you know Lailatul Qadr? Let's study and recall some. May Allah accept and bless.


Maksud Lailatul Qadar

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.



Tanda-tanda malam Lailatul Qadar

Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan .
Isnin > 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat > 27 Ramadhan
Khamis > 25 Ramadhan
Sabtu > 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda-tanda Lailatul Qadar


  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat
  • Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Itu sahaja dapat kongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W.

Allahu'alam.

 
Alfun syukran. Moga bermanfaat walau sikit. baibai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Mei 2014

Ummu Salamah ; Wanita Jelita

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Hindun binti Abi Umayyah Al-Mughirah bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Murrah Al-Qurasyiyyah Al-Makhzumiyyah RA. Beliau dikenali dengan nama Ummu Salamah. Seorang Ummul Mukminin yang berkeperibadian kuat, cantik, menawan serta mempunyai semangat jihad dan kesabaran dalam menghadapi cubaan, lebih-lebih lagi setelah berpisah dengan suami dan anak-anaknya. Berkat kematangan berfikir dan metepatan dalam mengambil keputusan, beliau mendapat kedudukan yang mulia di sisi Rasulullah SAW. Beliau seorang isteri yang penuh setia dan cinta kepada suaminya Abu Salamah 'Abdullah bin 'Abdil Asad bin Hilal bin 'Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzhah bin Muurah bin Kaab Al-Makhzumi RA.  Dalam beratnya cubaan dan gangguan, mereka meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Habsyah, membawa keimanan. Di negeri inilah Ummu Salamah melahirkan anak-anaknya; Salmah, Umar, Durrah dan Zainab. Tatkala terdengar khabar tentang Islamnya penduduk Mekah, mereka pun kembali bersama kaum Muslimin. Ternyata semua itu berita hampa semata hingga mereka pun harus beranjak hijrah ke Madinah.


Pemergian Abu Salamah
Selang beberapa lama di Madinah, seruan perang Badar bergema. Abu Salamah RA masuk dalam barisan para sahabat yang terjun dalam kancah pertempuran. Begitu juga ketika perang Uhud berkobar, Abu Salamah RA berada di sana sehingga tercedera. Akibat luka-luka yang dideritainya, Abu Salmaah kembali ke hadapan Rabbnya. Tatkala terdengar khabar tentang Islam, mereka pun kembali bersama kaum Muslimin. melepaskan pemergian Abu Salamah pada bulan Jamadil Akhir tahun keempat Hijriyah dengan pilu. Beliau mengatakan; "Siapakah yang lebih baik bagiku melainkan Abu Salamah?". Berulang kali beliau mengucapkannya sehingga beliau mengucapkan doa yang diajarkan oleh kekasihnya, Abu Salamah, beberapa hari sebelum Abu Salamah meninggal. 

Ketika itu Tatkala terdengar khabar tentang Islam, mereka pun kembali bersama kaum Muslimin. berakata kepada suaminya, "Aku telah mendengar bahwa seorang wanita yang suaminya tiada, dan suaminya itu termasuk ahli syurga, kemudian dia tidak menikah lagi sepeninggalnya, Allah mengumpulkan mereka berdua di syurga. Mari kita saling berjanji agar engkau tidak menikah lagi sepeninggalku dan aku tidak akan menikah lagi sepeninggalmu." Mendengar perkataan isterinya, Abu Salamah  mengatakan, "Apakah engkau mahu taat kepadaku ?" Kata Ummu Salamah,"Ya". Abu Salamah berkata, "Kalau aku kelak tiada, menikahlah ! Ya Allah, beriknalah kepada Ummu Salamah sepeninggalku nanti, seorang yang lebih baik dariku, yang tak akan membuatnya berduka dan tidak akan menyakitinya."


Dilamar Insan Paling Mulia
Waktu terus berjalan. Ummu Salamah pun telah melalui waktu 'idahnya sepeninggal Abu Salamah. Datang seorang yang paling mulia setelah Rasulullah SAW, Abu Bakar RA untuk meminang Ummu Salamah, namun beliau menolaknya. Setelah itu, datang pula Umar Ibnu Al-Khattab RA, menawarkan pinangan pula ke hadapan Ummu Salamah. Kembali Ummu Salamah menyatakan penolakannya. Ternyata Allah SWT hendak menganugerahkan sesuatu yang lebih mulia daripada semua itu. Datanglah Rasulullah SAW kepada Ummu SalamahRA, mebuka pintu baginya untuk memasuki rumah tangga Nubuwwah. Ummu Salamah RA menjawab tawaran itu, Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah wanita yang sudah cukup berumur, dan aku meliki anak-anak yatim, lagi pula aku wanita yang sangat cemburu." Dari balik tabir, Rasulullah SAW menanggapi, "Adapun masalah umur, sesungguhnya aku lebih tua daripadamu. Ada pun anak-anak, maka Allah akan mencukupinya. Sedangkan cemburumu, maka aku akan berdoa kepada Allah agar Allah menghilangkannya."

Tak ada lagi yang memberatkan Ummu Salamah untuk menyambut huluran tangan Rasulullah SAW. Bulan Syawal tahun keempat setelah hijrah adalah saat-saat yang indah bagi Ummu Salamah RA, mengawali hidupnya di samping seorang yang paling mulia iaitu Rasulullah SAW. Berita tentang kecantikan Ummu Salamah sempat meletupkan kecemburuan Saidatina Aisyah RA. Ketika itu Saidatina Aisyah RA sangat bersedih. Dia menahan diri sehingga memiliki kesempatan melihat Ummu Salamah RA. Tatkala datang kesempatan itu, 'Aisyah melihat kecantikan Ummu Salamah berkali lipat dari gambaran yang sampai kepadanya. Dia beritahukan hal itu kepada Hafsah RA. Hafsah pun menjawab, "Tidak, demi Allah, itu tidak lain hanya kerana kecemburuanmu sahaja. Dia tidalah seperti yang kau katakan, namuan dia memang cantik." Aisyah un mengisahkan, "Setelah itu, aku sempat melihatnya lagi dan dia memang seperti yang dikatakan oleh Hafsah."


Perjanjian Hudaibiyah
Ummu Salamah melalui rentetan kehidupannya bersama Rasulullah SAW. Salah satu peristiwa yang dialamainya adalah ketika Perjanjian Hudaibiyah. Ummu Salamah turut menyertai perjalanan umat Islam bersama Nabi Muhammad untuk menunaikan Umrah di Mekah. Namun, setibanya merka di Dzul hulaifah untuk berihram, kaum Musyrikin Quraisy menghalang kaum Muslimin. Dari peristiwa ini tercetuslah peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian itu antaranya berisi larangan terhadap kaum muslimin untuk memasuki Mekah sehingga tahun depannya. Betapa kecewanya para sahabat dan kaum muslimin pada ketika itu.
Setelah menyelesaikan penulisan perjanjian itu, Rasulullah SAW pun memerintahkan kepada para sahabat,"Bangkitlah ! Sembelihlah haiwan kalian, kemudian bercukurlah !" 

Namun tidak satu pun daripada mereka yang bangkit. Rasulullah SAW mengulangi perintahnya buat kali  yang ketiga, namun tidak ada yang berganjak. Kemudian Rasulullah SAW menemui Ummu Salamah RA dan menceritakan apa yang terjadi. Ummu Salamah pun memberikan cadangan kepada beliau, "Wahai Rasulullah SAW, apakah engkau ingin agar mereka melakukannya ? Bangkitlah, jangan berbicara pada sesiapapun hingga engkau menyembelih haiwan dan memanggil seorang untuk mencukur rambutmu."
Rasulullah SAW berdiri, kemudian segera melaksanakan usulan Ummu Salamah RA. Seketika itu juga, para sahabat yang melihat Rasulullah SAW menyembelih haiwannya dan menyuruh seseorang untuk mencukur rambutnya serta-merta bangkit untuk memotong haiwan sembelihan mereka dan saling mencukur rambut. 


Menjulang Ilmu
Semenjak bersama Abu Salamah RA, Ummu Salamah RA banyak mempelajari ilmu. Terlebih lagi setelah berada dalam naungan Rasulullah SAW, di bawah bimbingan nubuwwah dan juga puteri Nabi, Fatimah RA; Ummu Salamah mendulang ilmu, menyampaikan ilmu sehingga bertaburanlah riwayat darinya. Tercatat deretan panjang nama-nama ulma besar dari generasi terdahulu yang mengambil ilmu darinya. Dia termasuk fuqaha dari kalangan sahabiyah. Ummu Salamah RA telah melalui rentang masa panjang hidupnya dengan menebarkan banyak manfaat sewaktu pemerintahan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Pada masa inilah terjadi pembunuhan cucu-cucu Rasulullah SAW, Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib RA. Ummu Salamah sangat berduka mendengar berita itu. Dia benar-benar berasakan kepiluan. Tidak lama setelah itu, Ummu Salamah kembali menghadap Rabb tercinta. 
Tercatat peristiwa itu pada tahun ke-61 setelah hijrah.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 April 2014

THARIQ BIN ZIYAD

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
Assalamualaikum. 


Siapakah Thariq bin Ziyad?



Demikian yang kita tahu, bila disebutkan tokoh-tokoh Sepanyol, maka akan kedengaranlah ramai yang menyebut Francisco Franco..dan.......err -.-'
walaupun sebenarnya saya pun tak tahu siapa tokoh sepanyol yang mereka selalu sebut, tapi kita perlu tahu bahawa Tariq bin Ziyad serupakan seorang tokoh yang sangat berjasa lagi gagah perkasa membawa cahaya Islam ke Sepanyol. Melenyapkan kebodohan, kesengsaraan, dan ketakutan rakyat Sepanyol ke atas kerajaan mereka sendiri, iaitu kerajaan Rom yang menganut Kristian.

Mengenai asal-usul dan sejarah hidupnya, sangat sedikit buku sejarah yang menceritakannya. Thariq bin Ziyad bin Abdullah bin Walgho bin Walfajun bin Niber Ghasin bin Walhas bin Yathufat bin Nafzau adalah putra suku Ash-Shadaf, penduduk asli daerah Al-Atlas, Afrika Utara. Beliau lahir sekitar tahun 50 Hijriah. Beliau ahli menunggang kuda, menggunakan senjata, dan ilmu bela diri, berasal dari bangsa Barbar, mengenai sukunya, para sejarawan masih berbeza pendapat; sama ada beliau dari suku Nafza atau suku Zanata.

Dikisahkan bahawa setelah masuk Islam, mereka (penduduk Al-Atlas, Afrika) menjalankan agama Islam dengan baik. Oleh kerana itu, sebelum Gabenor Musa pulang ke Afrika, beliau meninggalkan beberapa orang Arab untuk mengajar mereka Al-Qur’an dan ajaran-ajaran Islam. Setelah itu Musa mengangkat Thariq, yang merupakan perajurit Musa yang terkuat untuk menjadi penguasa daerah Tanja, hujung Maroko dengan kekuatan 19,000 tentara dari bangsa Barbar, lengkap dengan persenjataannya. Apa yang pasti, Thariq merupakan antara kerlipan bintang yang bersinar setelah kewafatan Rasulullah s.a.w dan selepas zaman Khulafa' Ar-Rasyidin.


PEPERANGAN MENENTANG NASRANI DI ANDALUSIA
Setelah mendarat di pantai karang, Thariq dan pasukannya berhadapan dengan 100,000 tentera Visigoth di bawah pimpinan Roderick. Kedatangan pasukan Thariq ini menimbulkan kehairanan kepada Tudmir, penguasa setempat yang berada di bawah kekuasaan Raja Roderick, kerana tentera Islam datang dari arah yang tidak diduga-duga, iaitu dari arah laut.

Pada mulanya, bilangan tentera Kristian yang besar ini menggerunkan tentera kaum Muslimin. Namun, Thariq dengan pantasnya mengumpulkan tentera Muslimin di atas sebuah bukit karang, dan Thariq berucap memberi dorongan jihad di atas bukit itu. Bukit itu kini dikenali sebagai Jabal Thariq (bukit Thariq) yang kemudiannya ditukar kepada Gibratar.

Di atas bukit karang setinggi 425m di pantai Tenggara Sepanyol inilah Thariq memerintahkan pembakaran semua kapal-kapal yang telah menyeberangkan mereka. Tentu saja perintah ini membuat tentera kaum Muslimin kehairanan. “Kenapa anda melakukan ini?” tanya mereka. “Bagaimana kita akan kembali nanti?” tanya yang lain.

Namun Thariq tenang dan tetap pada pendiriannya. Dengan gagah berani Thariq berseru,
”Kita datang ke sini tidak untuk kembali. Kita hanya punya pilihan ,menaklukkan negeri ini dan menetap di sini, atau kita semua syahid”.

Keberanian dan perkataannya yang luar biasa menggugah Iqbal, seorang penyair Parsi, untuk menggubahnya dalam sebuah syair berjudul ”Piyam-i Mashriq” :

“Tatkala Thariq membakar kapal-kapalnya di pantai Andalusia (Sepanyol), Prajurit-prajurit mengatakan bahawa tindakannya itu tidak bijaksana. Bagaimana mungkin mereka kembali ke negeri asal, dan peralatan peperangan adalah bertentangan dengan hukum Islam. Malahan kekuatan bilangan tentera musuh melebihi ribuan dari tentera kaum Muslimin. Mendengar itu semua, Thariq menghunus pedangnya, dan menyatakan bahawa setiap negeri kepunyaan Allah adalah kampung halaman kita.

Kata-kata Thariq itu bagaikan mencabut cambuk yang meledakkan semangat tentera Muslimin yang dipimpinnya. Bala tentara Muslimin yang berjumlah 12,000 orang mara melawan tentara Gothik yang berkekuatan 100,000 tentara. Pasukan Kristian jauh lebih unggul baik dalam jumlah mahupun persenjataan. Namun semua itu tidak mengecutkan hati pasukan muslim setelah mendengarkan pidato dari Thariq yang menggentarkan jiwa mereka untuk memburu syahid Allah.



Tanggal 19 Julai 711 M, pasukan tentera Muslimin dan Nasrani bertemu dan bertempur dekat muara sungai Barbate. Thariq memecahkan pasukannya menjadi 4 kelompok, dan menyebarkan mereka ke Cordoba, Malaga, dan Granada. Sedangkan dia sendiri bersama pasukan utamanya menuju ke Toledo, ibukota Sepanyol.

Semua kota-kota itu menyerah tanpa perlawanan yang sukar. Kecepatan gerak dan kehebatan pasukan Thariq ini berhasil melumpuhkan pasukan tentera bangsa Gothik. Bahkan Raja Roderick sendiri awal-awal telah tewas di sungai Barbate. Kemenangan Thariq yang luar biasa ini, menjatuhkan semangat orang-orang Sepanyol dan semenjak itu mereka tidak berani lagi menghadapi tentara Islam secara terbuka.

Dalam kitab Tarikh al-Andalus, disebutkan bahawa sebelum meraih kemenangan ini, Thariq telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w bersama keempat-empat Khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin berjalan di atas air hingga menjumpainya, lalu Rasulullah s.a.w memberitakan khabar gembira bahawa dia akan berjaya menakluki Andalusia. Rasulullah s.a.w menyuruhnya untuk selalu bersama kaum Muslimin dan menepati janji.


KEMULIAAN ISLAM DI SEPANYOL


Rakyat Sepanyol yang telah sekian lama tertindas dengan penjajahan bangsa Gothik, mengalu-alukan kedatangan tentera Muslimin. Selain itu, perilaku dan akhlak Thariq dan orang-orang Islam begitu mulia menyebabkan disayangi oleh bangsa-bangsa yang ditaklukkannya.

Salah satu pertempuran paling hebat terjadi di Ecija, yang membawa kemenangan bagi pasukan Thariq. Dalam pertempuran ini, Gabenor Musa bin Nusair telah bergabung dengan Thariq untuk mengalahkan tentera Nasrani.

Selanjutnya, kedua general itu bergerak mara terus berdampingan dan dalam kurun waktu kurang dari 2 tahun seluruh Semenanjung Sepanyol telah jatuh ke tangan Islam. Portugis kemudiannya turut ditakluk pula beberapa tahun kemudian. Ketika inilah nama Sepanyol telah ditukar kepada Andalusia.
Philip K.Hitti, pemerhati berbangsa Eropah telah menulis:

'Ini merupakan perjuangan utama yang terakhir dan paling sensasi bagi bangsa Arab itu. Penaklukan ini membawa masuknya wilayah Eropah yang paling luas yang belum pernah mereka (tentera Islam) peroleh sebelumnya ke dalam kekuasaan Islam. Kecepatan pelaksanaan dan kesempurnaan operasi ke Sepanyol ini telah mendapat tempat yang unik di dalam sejarah peperangan abad pertengahan.'

Penaklukkan Sepanyol oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Ketidak toleransi dan penganiayaan yang biasa dilakukan orang-orang Kristian dan bangsa Eropah telah digantikan oleh toleransi yang tinggi dan kebaikan hati yang luar biasa. Keadilan ditegakkan tanpa pandang bulu, sehingga jika tentara Islam yang melakukan kekerasan akan dikenakan hukuman berat.

Tidak ada harta benda atau tanah milik rakyat yang diambil kerajaan. Orang-orang Islam memperkenalkan sistem perpajakan yang sangat jitu yang dengan cepat membawa kemakmuran di semenanjung itu dan menjadikan negeri teladan di Barat. Orang-orang Kristian dibiarkan memiliki hakim sendiri untuk memutuskan perkara-perkara mereka. Semua komuniti mendapat kesempatan yang sama dalam pelayanan umum.

Pemerintahan Islam yang baik dan bijaksana ini membawa kesan luar biasa. Orang-orang Kristian termasuk pendeta-pendetanya yang pada mulanya meninggalkan rumah mereka dalam keadaan ketakutan, kembali pulang dan menjalani hidup yang bahagia dan makmur.
Seorang penulis Kristian terkenal menulis:

Muslim-muslim Arab itu mentadbir kerajaan Cordoba dengan baik dan ia merupakan sebuah keajaiban Abad Pertengahan, mereka mengenalkan obor pengetahuan dan peradaban, kecemerlangan dan keistimewaan kepada dunia Barat. sedangkan saat itu bangsa Eropah sedang dalam situasi pergolakan dan kebodohan yang biadab.

Thariq berhajat melakukan penaklukkan ke atas seluruh Eropah, tapi Allah menentukan sesuatu yang lain yang mungkin lebih baik untuknya. Saat merancang penyerbuan ke negara-negara Eropah yang lain, telah datang panggilan dari Khalifah untuk pergi ke Damascus. Dengan disiplin dan kepatuhan tinggi, Thariq memenuhi panggilan Khalifah dan berusaha tiba seawal mungkin di Damascus. Tidak lama kemudian, Thariq meninggal dunia di sana. Budak Barbar, penakluk Sepanyol, wilayah Islam terbesar di Eropah yang selama lapan abad di bawah kekuasaan Islam telah memenuhi panggilan Rabbnya. Semoga Allah merahmati Thariq bin Ziyad.

Bagi saya sendiri, saya telah membaca dan memahami kisah Tariq bin Ziyad ini di dalam Novel Sejarah Islam yang tidak asing lagi bagi kita, nukilan Abdul Latip Talib. Dalam masa kurang 2 tahun, pasukan Islam berjaya menguasai seluruh Semenanjung Sepanyol. Takbir. AllahuAkbar :'

Moga bermanfaat walau sikit. kbai  
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 April 2014

Muhammad The Last Prophet

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum.  


Pada tarikh hari lahir saya ni, saya dengan rasa suka dan bangga publish entry ni. Sama2 kita lahirkan rasa cinta dengan mendalami sirah baginda SAW. Tarikh birthday saya ni sama dengan tarikh maulid Nabi masa saya darjah 5 ^^ Hope berulang lagi. Movie ni telah dialih bahasa ke bahasa Melayu. Lama dah cerita ni. Kalau tak silap saya first time saya tengok film ni masa umur saya baru 9 tahun. Tapi movie ni tetap di hati saya. Sebab memang menarik dan bagus sangat ceritanya. Lepastu bile saya baca kisah para sahabat dalam novel sejarah Islam hasil nukilan Abdul Latip Talib dan Al-Ghazali, saya dapat bayangkan melalui kisah dari movie ni. ya Allah beremang dan melelah air mata. 



Dari movie ni, kita dapat lihatkisah dari awal Nabi menerima wahyu, semasa mekah dipenuhi berhala, ketika Nabi menyebarkan dakwah secara sulit dan terbuka, ketika umat Islam berhijrah ke habsyah dan ketika Nabi dan Abu Bakr berhijrah ke Madinah, Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Khandaq atau Perang Ahzab. Dan juga menampilkan tokoh-tokoh dan para sahabat semasa sebelum memeluk Islam dan selepas memeluk Islam seperti, Abu Talib, Abu Jahal, Abu Lahab, Umaiyah bin Khalaf, Amru Al-As, Hamzah bin Abdul Mutalib, Ali bin Abi Talib, Bilal bin Rabah, Suhail bin Amru, Khalid Al-Walid, Keluarga Yasir, dan lain-lain. Wajah Nabi, Hamzah, dan Ali tidak ditayangkan sebagai pernghormatan kepada sahabat tertinggi tersebut. ke ada yang lain lagi ek ? saya x berapa ingat. Allahua'alam. Selawatlah ke atas Nabi. Sollahu 'Alaihi Wasallam. AllhuAkbar.
Muhammad Utusan Terakhir FULL Movie

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

22 Ogos 2013

Mengamalkan yang sepuluh; Imam Syafiee

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. Hai 

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,
beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut
ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (Nearaca timbangan amalpada hari kiamat)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (Titian yang merentangi
neraka pada hari kiamat)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (Penjaga Neraka)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

11 Ogos 2013

Islam empire of FAITH

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum.  

Menukilkan sesuatu yang buat saya rasa berdebar sebagai seorang Islam. AllahuAkbar. Lihatlah 'ISLAM' di sekeliling kita. Malaysia aje. Betapa kita tidak takut ALLAH. Betapa kita Islam jauh dari diri kita. Sahibah, muhasabahlah dan tanyalah diri kita. Apa aertinya kita menganut Islam ? ISLAM SEBENAR HARUS KITA KEMBALI.
Lupakah kita pada sejarah islam ? Nabi dan para sahabat tegar memperluaskan Islam hingga menakluk 2/3 dunia. How sekarang ? Diteruskan lagi oleh para sahabat dan tabi'in, seterusnya Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh. Berpegang kuatlah, dan yakinlah dengan Allah. Hiduplah untuk Islam. Hiduplah kerana Allah. Sia-sia hidup kita kalau sekadar nak berhibur. AllahuRabbi. AllahAllahh.
Meh tengok video ni. Tonton sampai habis please even kita dah tengok n dengar sirah-sirah ni selalu. Barakallah.


kalau tak boleh bukak kat sini, boleh tengok kat SINI terus.

Yang paling penting, jangan tengok pastu beremang bulu roma aje tapi ambil iktibar, dan ubahlah diri kita. Berubahlah. untuk islam kerana Allah. Islam sangat parah sahabat. AllahAllahh. 




Jazakumullah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

4 Julai 2013

Zoo berbentuk bahtera Nabi Nuh A.S

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Assalamualaikum. 

Rodolfo Almira, Reniel Aguila, Osmar Oliva, dan Manuel Guerra ialah empat penganut kristian yang alim. Mereka percaya kisah Bahtera Nabi Noh bukan sebuah fiksyen tetapi fakta sejarah. Oleh itu mereka mahu membina sebuah zoo mini bernama Hidden Ark berbentuk bahtera di Miami Florida. Bahtera sepanjang 500 kaki ini bakal memuatkan haiwan seperti yang digambarkan di dalam Injil. Mereka memerlukan USD 1.5 Juta (RM 4.5 Juta) untuk menyiapkan bahtera ini.




   Laporan asal HiddenArk


P/s : Kalau kapal samudera kat Melaka dijadikan muzium melaka, lain pulak dengan yang ini, serupa dengan kisah asal masa kaum Nabi Nuh a.s dilanda bencana banjir besar yang juga memuatkan banyak haiwan dalam kapal gergasi tersebut. AllahuAkbar :D Orang Islam belum ada yang buat lagi nih :)

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

8 Mei 2010

Ukhti Syamimi mimpi bertemu Rasulllah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Ya Allah. Lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.

.......

Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.



Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.



Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..



Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.



Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. " tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... " Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.


Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.


Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."



Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.



Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...


.......

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



kisah ini dinukilkan oleh sahabat ukhti Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..sesungguhnya, saya sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu' alam..(*_ *)


sungguh..berderai air mata saya mengalir membaca kisah ini...

daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai