-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

20 Ogos 2014

Home » , » Ummu Syuraik ; Pertolongan Allah di Bawah Terik Matahari

Ummu Syuraik ; Pertolongan Allah di Bawah Terik Matahari

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hanya hiasan. Sebab cantik.

Kisah beliau telah dirakamkan dalam kitab-kitab sejarah sebagai golongan sahabiyah yang cekal dan teguh imannya walaupun diseksa di tengah-tengah kepanasan padang-padang pasir.  Beliau adalah Ghaziyah binti Jabir bin Hakim atau lebih dikenali sebagai Ummu Syuraik.

Ummu Syuraik adalah seorang wanita Quraisy yang berasal dari bani Amir bin Lu'ai. Dalam hidupnya, beliau pernah menjadi isteri kepada Abu Al-Akr ad-Dausi. Beliau antara sahabiyah yang teguh dan faham akan tuntutan dakwah Nabi Muhammad SAW. Ummu Syuraik bergerak secara sembunyi menyampaikan risalah Allah SWT kepada wanita-wanita Quraisy, namun ramai yang menolak. Penolakan ,ereka terhadap Islam merupakan satu risiko jika diketahui pembesar-pembesar Quraisy kerana perkara itu mampu mengheretnya kepada penyeksaan dan kematian. Namun beliau yakin Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. 

Dakwah Ummu Syuraik menyebabkan wanita-wanita lain berang dan mengadukan hal tersebut kepada saudara-mara Ummu Syuraik. Tindakan Ummu Syuraik menimbulkan kemarahan kaum keluarganya yang membenci agama Islam. Maka bermulalah ujian perit tehadap beliau.
Melalui Ummu Syuraik, Ibnu Abbas RA telah merekodkan kisah-kisahnya ini seraya berkata, "Hati Ummu Syuraik tersentuh dengan Islam sejak tinggal di mekah lalu dia pun memeluk Islam. Kemudian dia mula mendatangi wanita-wanita Quraisy secara senyap-senyap untuk mengajak mereka memeluk Islam. tetapi kegiatannya diketahui para pemuka Mekah sehingga mereka menangkapnya lalu berkata, "Seandainya tidak mempertimbangkan kaum kerabatmu, kami akan tangani sendiri. Akan tetpi, kami akan menyerahkan kamu kepada mereka."


Ummu Syuraik diseksa
Ummu Syuraik berkata, "Maka datanglah keluarga Abu Al-Akr (keluarga suaminya) kepadaku, mereka berkata, "Jangan-jangan engkau telah masuk kepada agama Muhammad ?" Aku menjawab, "Demi Allah, aku telah masuk agama Muhammad SAW." Kemudian mereka berkata, "Tidak, sesungguhnya demi Allah, kami akan menyeksamu dengan seksaan yang pedih." Ummu Syuraik menyambung, "Mereka membawaku ke satu tempat dengan menunggang seekor unta yang lemah. Mereka memberiku makanan dan madu, tetapi tidak memberiku air walau setitis. Mereka tinggalkanku di padang pasir dan ditengah teriknya matahari hingga hampir hilang akalku, pendengaranku dan penglihatanku. Mereka melakukan hal itu kepadaku selama tiga hari berturut-turut. Pada hari ketiga, mereka berkata kepadaku, 'Tinggalkanlah agama yang telah engkau pegang !' "
Ummu Syuraik berkata, "Aku sudah tidak dapat lagi mendengar perkataan mereka kecuali satu kata dan satu kata dan aku hanya memberikan isyarat dengan telunjukku ke langit sebagai isyarat tauhid."


Jika kita, adakah kita mampu ?

Tekadnya mendorong merek menyeksa Ummu Syuraik dengan lebih lama. Tatkala menahan dahaga yang luar biasa hingga menjerut tekaknya, beliau tidak jemu berzikir dan mangharapkan bantuan daripada Allah SWT. Beliau sangat mengharapkan bantuan sekaligus menimbulkan keinsafan dalam dada kaum Quraisy tersebut. Tanpa dijangka, sesuatu yang luar biasa berlaku pada dirinya di tengah-tengah terik mentari.
Ummu Syuraik melanjutkan kisahnya. "Demi Allah, tatkala aku dalam keadaan seperti itu, ketika berat sudah aku rasakan, tiba-tiba aku mendapati dinginnya bekas berisi air di atas dadaku (beliau dalam keadaan berbaring). Maka aku segera mengambilnya lalu meminumya seteguk. Kemudian bekas itu menjulur kepadaku buat kali yang kedua, maka aku meminumya dan kemudian ia terangkat lagi. Aku melihat bekas air tersebut berada di atas langit dan bumi. Kemudian bekas air itu menjulur kepadaku buat kali yang ketiga, dan aku meminumnya sehingga kenyang lalu aku menyapu air itu ke kepala, wajah dan bajuku."

 Allahh. Saat ini seringkali merasakan bahawa alangkah beruntungnya kita.


Memeluk Islam
Kemudian mereka (Kaum Quraisy tersebut) keluar dan berkata, "Dari amana engkau dapatkan air itu wahai musuh Allah?" Beliau menjawab, "Sesungguhnya musuh Allah adalah selain diriku yang menyimpang dari agamaNya. Ada pun pertanyaan kalian dari mana air itu, maka itu adalah dari sisi Allah yang menganugerahkan kepadaku." mereka segera melihat bekas-bekas air mereka lalu mereka mendapati bekas-bekas tersebut masih lagi tertutup dengan baik dan tiada tanda-tanda bekas ir mereka dibuka. Dengan izin Allah, mereka berkata, "Kami bersaksi bahawa RabbMu adalah Rabb kami dan kami bersaksi bahawa yang telah memberikan rezeki kepadamu di tempat ini setelah kami menyeksamu adalah Dia Yang mensyariatkan Islam."

Saat itu juga, orang-orang musyrik yang membawa Ummu Syuraik itu  memeluk Islam lalu berhijrah bersama-sama Rasulullah SAW. Kejadian luar biasa yang berlaku pada Ummu Syuraik telah menjadikan imannya semakin menebal. Ummu Syuraik yakin bantuan Allah ke atasnya adalah janji-janji Allah SWT yang tidak akan mempersia-siakan setiap amal soleh yang dilakukan oleh hambanya. Hal itu menjadikan beliau menjadi perantara kepada orang-orang musyrik yang memeluk agama Islam. 

[P/s : Berkaitan golongan yang memeluk Islam ini, saya tidak pasti orang-orang musyrik yang dimaksudkan termasuk kesemua ahli keluarga Abu Al-Ark atau pun tidak. Wallahu'alam.]
Sabda Rasulullah SAW, "Sungguh, seandainya Allah memberikan hidayah kepada seseorang kerana dakwahmu, maka itu lebih baik dari unta yang merah (harta kekayaan yang paling berharga)." 
Kehebatan iman Ummu Syuraik yang rela berkorban demi Islam juga menepati firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 10-12 yang bermaksud, 
"Wahai orang-orang yang beriman ! mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih ? (iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dengan berjihad di jalan Allah dengan harta jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Nescaya, Allah mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."
Semoga  Allah SWT merahmati Ummu Syuraik dan menempatkannya dalam golongan orang-orang yang dicintaiNya. Begitu juga hendaknya kita semua InsyaAllah Ameen.


Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)