-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

25 Julai 2013

Manfaat Tudung Menurut Islam dan Sains

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 

Beratnya kita ni nak melakukan sesuatu sebab kita sebenarnya belum yakin hikmah disebalik setiap perintah Allah. Mudah. Kalau rasa yakin dan percaya pada Allah, buatlah apa yang Allah perintahkan. Allah memerintahkan sesuatu pasti ada manfaatnya untuk kebaikan manusia. Dan setiap yang benar-benar manfaat dan dikehendaki manusia dalam kehidupannya, pasti disyariatkan atau diperintahkan oleh-Nya. Di antara perintah Allah itu adalah berhijab bagi wanita muslimah. Berikut ni insyaAllah beberapa manfaat berjilbab menurut Islam dan ilmu pengetahuan.

  •  Selamat dari azab Allah (azab neraka)
“Ada dua macam penghuni Neraka yang tak pernah kulihat sebelumnya; sekelompok laki-laki yang memegang cemeti laksana ekor sapi, mereka memukul manusia dengannya. Dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang, sesat dan menyesatkan, yang dikepala mereka ada sesuatu mirip bonggol unta. Mereka (wanita-wanita seperti ini) tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya. Sedangkan bau surga itu tercium dari jarak yang jauh” (HR. Muslim).

Imam An-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahwa yang dimaksud dengan “Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah :

“Wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang” ialah mereka yang menutup sebagian tubuhnya dan menampakkan sebagian lainnya dengan maksud menunjukkan kecantikannya.
                  
  •  Terhindar dari gangguan
Banyaknya gangguan seksual terhadap kaum wanita adalah akibat tingkah laku mereka sendiri. Sokong ? Kerana wanita merupakan fitnah (godaan) terbesar. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, “Sepeninggalku tak ada fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada wanita.” (HR. Bukhari)

Jikalau wanita pada zaman Rasul merupakan fitnah terbesar bagi laki-laki padahal wanita pada zaman ini konsisten terhadap jilbab mereka dan tak banyak lelaki jahat saat itu, maka bagaimana wanita pada zaman sekarang? Tentunya akan menjadi sasaran. Hal ini telah terbukti dengan tingginya kes gangguan seksual di negara-negara Eropah (wanitanya tidak berjilbab). kat Malaysia pun bernanah kes-kes macam ni. Astaghfirullah. Harus salahkan siapa ? Tanya & fikirlah sendiri.



  •  Memelihara kecemburuan lelaki
Sifat cemburu adalah sifat yang telah Allah subhanahu wata'alatanamkan kepada hati lelaki2 agar lebih menjaga harga diri wanita yang menjadi mahramnya. Cemburu merupakan sifat terpuji dalam Islam.

“Allah itu cemburu dan orang beriman juga cemburu. Kecemburuan Allah adalah apabila seorang mukmin menghampiri apa yang diharamkan-Nya.” (HR. Muslim)

Bila jilbab ditanggalkan, rasa cemburu lelaki akan hilang. Sehingga jika terjadi gangguan tidak ada yang akan membela.



  •  Akan seperti biadadari surga
“Dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang menundukkan pandangannya, mereka tak pernah disentuh seorang manusia atau jin pun sebelumnya.” (QS. Ar-Rahman: 56)
“Mereka laksana permata yakut dan marjan.” (QS. Ar-Rahman: 58)
“Mereka laksan telur yang tersimpan rapi.” (QS. Ash-Shaffaat: 49)

Dengan berhibab, wanita akan memiliki sifat seperti bidadari surga. Iaitu menundukkan pandangan, tak pernah disentuh oleh yang bukan mahramnya, yang senantiasa dirumah untuk menjaga kehormatan diri. Wanita inilah merupakan perhiasan yang amatlah berharga. Err yang berhijab tapi masih buat tak elok tu kena tanya diri sendirik apa puncanya berlaku macam tu.


  •  Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya. Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh penyinaran, zat-zat kimia, dan sebagainya.

Penelitian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab kulit putih lebih mudah terbakar matahari.

Kanser takdelah pulak nak pilih lelaki ke perempuan. Hanya saja, wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada laki-laki. Oleh karena itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.

Oleh karena itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutupi kulit. Salah satunya dengan bertudung. Karena dengan bertudung, kita melindungi kulit kita dari sinar UV. Melindungi tubuh bukan dengan memakai tudung singkat gilek dan baju ketat. Kenapa? Kata orang indonesia-percuma saja ! sinar UV masih boleh menembus pakaian yang ketat apalagi pakaian transparent. Berjilbab disini haruslah sesuai kriteria jilbab.


  •  Memperlambat gejala penuaan
Penuaan adalah proses alamiah yang sudah pasti dialami oleh semua orang iaitu lambatnya proses pertumbuhan dan pembelahan sel-sel dalam tubuh. Gejala-gejala penuaan antara lain adalah rambut memutih, kulit keriput, dan lain-lain.

Penyebab utama gejala penuaan adalah sinar matahari. Sinar matahari memang penting bagi pembentukan vitamin D yang berperan penting terhadap kesihatan kulit. Namun, secara ilmiah dapat dijelaskan bahwa sinar matahari merangsang melanosit (sel-sel melanin) untuk mengeluarkan melanin, akibatnya merosakkan jaringan kolagen dan elastin. Jaringan kolagen dan elastin berperan penting dalam menjaga keindahan dan kelenturan kulit.

Krim-krim pelindung kulit pun tidak mampu melindungi kulit secara total dari sinar matahari. Sehingga dianjurkan untuk melindungi tubuh dengan hijab 

NOTA KAKI.
Hijab adalah kewajiban untuk setiap muslimah. Malah banyak pule manfaatnya.Ternyata tak sekedar membawa manfaat ukhrawi namun banyak juga manfaat duniawinya. Powernya hijab bukan je sekadar menjaga iman dan takwa pemakainya, namun juga membuat kulit terlindungi dari penyakit kanker dan proses penuaan.

Allah memberi kasih sayangnya kepada wanita melalui syariat islam yang sempurna.

Meh dengar jap.



Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

23 Julai 2013

Lil intro to France

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 
Sementara break kelas nak share sikit. Gilagila semangat carik info berkaitan France sebab lecturer dah bagi amaran . Hahah apejelah yang saya tahu berkaitan France ? egal zero. So far bestlah kat sini. Lecturer pun sangat ok, cumanya kena betul-betul gigih study baru boleh berjaya and sambung kejayaan di France. hee insyaAllah2.

Bila saya search about MFI, France semuaa barulah saya sedar betapalah yang saya tahu cuma la Tour Eiffel and baru sedar, bahawasanya syarikat-syarikat besar macam Michelin, Kilang STmicroelectronics, L'oreal and Careefour adalah milik France. wahahaa. Memang patut pun kena sound dengan lecturer :P Meh share sikit berkaitan France.

BACA penuh >>http://maragov.files.wordpress.com/2011/07/mm240411_unikl.pdf
dan ini program kami insyaAllah :)
Haa tudia. Tetibe semangat untuk sambung sampai sem4 . Ada pengajian ISLAM :D:D
Doakan saya tau insyaAllah ^^
Batch Pre-France 10 masa graduated MFI bulan April 2013.
Senior saya ada tuu. dah fly ke Nice* dahh. electrical engineer*bravo !

BACA LAGI.
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

21 Julai 2013

New environment, new experiences

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hait  


This year of Ramadan is reallyreallyreally great because kedudukan MFI yang betul-betul depan masjid buat rasa rasa comfort sangat dapat terawikh masjid everyday. Berbeza dengan keadaan kampung saya. kihkih Super bestnya Masjid As-Solihin, kat Bangi ni sangatlah active. Ada tadarus, tazkirah, iftar, moreh, usrah, gotong-royong bersihkan masjid & qiamullail + sahur on the last 10 nigts of Ramadan Kareem. Oh I thought that maybe one of the advantage here is because sini memang tempat 'hijau'. erkk paham ? kalau tak paham pun bagus. hihi walahh saya semangat kalau boleh nak join semua activity yang ada. But cannotlah sebab saya dah start dengan kelas-kelas & of course the gunung of homework. 


Kegembiraan saya untuk minggu ni as my most gracious Allah make ease my concern about mara, unikl documents and stuff. Dahpun selamat hantar jumaat lepas. Alhamdulillah3. Hari selasa and Rabu parents n my sis datang so jimat duit buka :P Then khamis lepas ada iftar jamai'e + masak bubur lambuk unikl kat dewan besar sampailah habis terawikh. Sodapnya ayam masak merahnya weeee dapt pulak lagi sebungkus buat sahur. Haa tudia nak khabaq sedapnya. Almaklum hari-hari makan sesimple mungkin & carik menu paling murah nak jimat punya pasai. *elaun Mara belum masuk ><* Korang pun tak heran sebab korang makan lagi enakenakkk kan. hahah. tak kesah meh. 


Hari jumaat iftar kat masjid and semalam hari sabtu semua student program Pre-France MFI buka kat UKM Puri Pujangga. Bayar rm20 wa cakap lu mahalnya. Itupun mfi and Masaf dah bayarkan rm40. kufkuf. Kalau bukan sebab wajib, better saya buka kat masjid je, pahala iktikaf dapat, jimat dapat, pahala sembahyang jemaah lagi and confirmlah kalau duduk masjid kita akan fokus buat ibadah kan. Haihh makan sedap tu tak dapat pahala pun. Eh tapi memang sedap Alhamdulillah. :) Balik pukul 9:30. sempat terawikh ? terawikh sendirik lat bilik ajelaaa sobsobsob.


Just wanna to saya program Edutalk yang Masaf anjurkan semalam memang boleh tunjuk cap jempol sebab memang membuka mata saya nak pilih course apa and laluan yang terbaik untuk study kat France semua ni . Well sebelum ni memang blurr seriesly -..- Yang lagi seronok fasi group saya untuk petang my own senior SAMURA from batch 25. wahwahh apelagi sampai dorm saya bawak kak Hanis naik. sembangsembang panjang. yeahh. Akak tu baru kawin tahun lepas with her husband which also the same batch with her-Pre France 6. *saya PF12* Kalau dah jodoh. 


Best what kawin masa study.Banyak kemudahannya lagilai study overseas macam akak tu kan yang masih study kat France. hahah but i'm not going to give you hint that i wanna 'kawin' masa study. insyaAllah not for me lah. I'm not ready yet lah tetambah takde siapa pandang saya punn. hahah dan saya merasakan bahawasanya itulah salah satu kelebihan atas kelemahan saya. As long as saya tak berkhayal macam puteri dan berangan nak kahwin. Allah is watching and pelihara saya as seorang muslimah kecik. Jaga hubungan dengan Allah dah cukup buat saya. Bukan saya tahu kalau saya mati dulu sebelum jodoh saya sampai. Rugi je buang masa carik jodoh bagai. huahh macam menyimpang pulak ni. kfine. dahdah k.

with kak Hanis, senior samura yang masih study
di France with husband.
And so lepas ni saya akan sangatsangat sibuk dengan homework, and saya baru je dapat peluang buat pahala lagi dengan menjadi ajk makanan untuk sambutan hari raya*sibuk masa ramadan je* + ajk iftar unikl untuk setiap isnin and Rabu. Hope tak terlupa je kewajipan dan tanggungjawab tu. insyaAllah saya cuba. Oh seriesly nak update blog dah tak menyempat-nyempat. huhuk oh my blog i miss you. Nanti saya publish jugak entry-entry autopublish insyaAllah.



Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

19 Julai 2013

11 Amalan Terbaik Sepanjang Ramadhan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum. Hai 


Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan beberapa kitab muktabar yang lain. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.



  •  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya selama tidak khuatir akan terbitnya Fajar.



Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.”(HR Bukhari & Muslim)


Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)



  •  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka.



Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)



  •  Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.

Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”



  •  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:

“Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)



  •  Bersiwak atau menggosok gigi.

Amir bin Rabi’ah berkata:

“Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)



  •  Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)



  •  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.


(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.



  •  Memberi makan untuk berbuka puasa.


Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)


  •  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


  •  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan


Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:

“Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)


  •  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.


Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:


“Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/
sumber: myibrah.com

Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

15 Julai 2013

Raquel, Anggota Polis Amerika Masuk Islam Karena Peristiwa 9/11

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Hai
Jom bersedekah di bulan ramadan : MAKLUMAT UNTUK MENYUMBANG*ini bukan iklan.




“NAMA saya Raquel. Saya adalah seorang anggota polis di bandar Detroit. Saya bekerja di sana dari 1996 sampai 2004, dan saya pernah ditembak pada tahun 2002. Saya ditembak ketika saya sedang bekerja. Saya sangat dekat dengan kematian dan saya tahu bahwa saya memiliki awal yang baru dan hidup baru.

Saya dulu tidak tahu bagaimana beragama. Saya hanya tidak tahu untuk apa agama dipercayai, sampai saya bertemu dengan beberapa teman Muslim yang benar-benar berbicara kepada saya dan menjelaskan banyak hal kepada saya.

Itu benar-benar mengubah hidup saya dan saya tidak takut mati lagi. Satu-satunya hal yang harus kita takuti adalah Allah dan kita tidak pernah tahu apa akan berlaku hari berikutnya, mungkin saja kita yang berikutnya mati.

Sebelum saya menjadi Muslim, saya tidak memiliki pendapat yang kuat sejauh Muslim. Saya bukan seorang pro-Muslim atau anti-Muslim atau sesuatu seperti itu. Saya selalu benar-benar berpikiran terbuka. Dan itu satu hal yang sangat berbeda tentang saya, bahwa saya benar-benar berpikiran terbuka dan saya menghormati orang atas apa yang mereka yakini.

Saya benar-benar marah ketika seorang polisi menyerang seorang Muslim karena alasan yang tidak jelas sama sekali. Terutama setelah 9/11. Ini benar-benar mengerikan dan benar-benar mengganggu saya. Hanya kerana mereka adalah Muslim tidak bererti bahwa mereka adalah ekstremis atau mereka percaya pada keyakinan ekstremis.

Saya tahu teman-teman saya yang Muslim, dan mereka sama sekali bukan pengganas. Ada orang baik dan buruk dalam setiap agama dan di setiap sektor kehidupan. Sama seperti polis juga.
Kenyataan itu benar-benar menghancurkan hati saya, dan saat itulah saya benar-benar menjadi tertarik pada Islam setelah 9/11 karena saya begitu terganggu oleh hal-hal yang saya lihat sebagai seorang polis di jalanan.”


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Fetih 1453

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum. Hai 


Jom bersedekah di bulan ramadan : MAKLUMAT UNTUK MENYUMBANG
Alhamdulillah3. So nak ajak korang tonton movie yang ni pulak. Fetih ni movie Turki tau bukan English. Sori sebab nak keluarkan video yang lama-lama je kan --' Hihi memang saya akui saya memang selalu ketinggalan bab-bab movie ni. Kat rumah tak yah cakapla memang takdek pun vcd movie-movie ni.
Btw, walaupun saya nak share cerita ni, tapi saya lebih prefer korang untuk baca novel sejarah Islam Sultan Muhammad Al-Fateh dulu. Sebab cerita dalam buku dan cerita dari movie ni secara base dan generalnya sama, tapi ada banyak jugakla yang lain. And for sure, sebab yang ni movie kan, so terhadla ceritanya. Dalam buku ni lebih detail dan menyeluruh dan lebih menyenangkan hati saya. eleh tetiba je kan. huhu Sebab ada part dalam movie ni yang saya kurang senang. Pandailah korang menilai sendiri. 
buku ni buku ni !
"KONSTANTINOPEL akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik, dan rakyat yang baik"

"Mengikut firasat saya yang dikurnikan Tuhan, bukan tuanku yang menawan Konstantinopel tetapi putera tuanku" -Syeikh Bayram
FULL link.
So ? best tau best tau ! Bila saya sebut Sultan Muhammad Al-Fatih for sure korang tahu insyaAllah. So cerita ni adalah kesinambungan sirah kehebatan dan kebanggaan Islam- Sultan Muhammad Al-Fateh.

"I'm not like the predecessors, I'm Sulatan Mehmet Han."
"Either i will conquer Istanbul or Istanbul will conquer me"

AllahAllahAllah.

Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

Dr. Mursi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.  
Jom bersedekah di bulan ramadan : MAKLUMAT UNTUK MENYUMBANG*ini bukan iklan.

Dr Mursi
Bersabarlah
Kerjabuatmu dinilai Allah
Kemenanganmu diiktiraf ummah
Kamu sangat amanah
Jatuhmu kini bukanlah kalah

Dr Mursi
Kamu berpegang dengan syariat
Kamu bertindak dengan penuh hemat
Kamu diangkat dengan terhormat
Tabahlah kamu adalah panglima ummat

Dr Mursi
Negara Mesir penuh keberkatan
Hingga disebut berkali dalam Al-Quran
Yakinlah Mesir akan aman
Cuma kini ujian dan dugaan

Dr Mursi
Jatuhmu hari ini ditangisi
Tanda jasa dan kerjamu menepati
Sedih ini sifat tabii
Kami tahu kamu tabah menempuhi

Dr Mursi
Ucapanmu tanda cinta
Cinta agama negara dan bangsa
Kami juga turut merasa
Doa kami kamu tidak hiba

Dr Mursi
Rakyat Mesir pelbagai karenah
Penuh dengan permintaan yang melimpah
Bukan kamu adalah pesalah
Bahkan kamu sang pejuang yang tak pernah kalah

Dr Mursi
Kami berdoa
Mesir ini akan terbina
Seluruh rakyatnya bersatu dan bersama
Membangun dengan acuan islam yang sempurna
Menjadi contoh kepada dunia
Membawa manusia mentaati agama

P/s : Dipetik dari fb. lupa kat mana. Semoga muslim yang menukilakan sajak ni sentiasa berada di bwah lindungan Allah. Amiin. Saya suka sajak ni tersentuh sikit :')


Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

14 Julai 2013

23 Ciri Syiah Yang Harus Kita Ketahui

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum.
Jom bersedekah di bulan ramadan : MAKLUMAT UNTUK MENYUMBANG*ini bukan iklan.
Syiah di Malaysia makin menjadi - jadi.
jangan ingat Syiaj takde kat Malaysia.

Kepada yang belum mengetahui, Syiah ialah golongan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina 'Ali sebagai khalifah Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam. Mereka berpendapat bahawa Saidina 'Ali sahajalah yang layak dan berhak dilantik menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasullullah Solallahhu a'laihi wa sallam.

ciri - ciri syiah, syiah di malaysia
Jadi terdapat 23 ciri - ciri (yang dapat kami kumpulkan) Syiah yang seharusnya kita ketahui supaya kita dapat menjauhkan diri dari fahaman Syiah ini. 23 ciri tersebut ialah:


1. Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di atas pusat.

3. Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pehanya beberapa kali.

5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib isyak walaupun tanpa bermusafir.

6. Menghalalkan nikah mutaah

7. Memaki hamun dan mencela para sahabah Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8. Mencela imam-imam sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap..Sepatutnya al-Quran 2kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10. Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.

11. Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar,umar,usman,Muawiyah dan Aisyah.

12. Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum(bebas dari dosa2 kecil dan dosa2 besar).Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13. Mengaku sebagai pengikut ahli bait Nabi

14. Rukun islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun islam pertama bagi syiah adalah walayah(imam 12).Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15. Kain kafan mayat mereka bertulis

16. Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12

17. Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah.Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18. Suami halal meliwat isteri.

19. Harus taqiah(boleh menipu\berpura-pura)untuk menarik ahli suannah masuk syiah.

20. Mereka tidak ada solat teraweh.Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21. Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

23. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali,pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait.Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat.Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong..Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan.Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.
    Jadi kepada korang semua, ambillah peringatan kerana musuh - mush Islam tidak akan berputus asa menjatuhkan Islam.
    credit 
    Moga bermanfaat walau sikit. KEmanangan untuk Islam. InsyaAllah. kbai
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    13 Julai 2013

    Tindakan Tentera Mesir Setelah 24 Jam Rampas Kuasa

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Assalamualaikum.
    Jom bersedekah di bulan ramadan : MAKLUMAT UNTUK MENYUMBANG. *ini bukan iklan.
    Tindakan Yang Dibuat Oleh Tentera Abdel Fattah Al-Sisi Setelah 24 Jam Merampas Kuasa Daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi | Beberapa tindakan telah dibuat oleh tentera Abdel Fattah Al-Sisi setelah 24 Jam merampas kuasa daripada Presiden Mesir Dr. Muhammad Mursi dalam masa kurang 24 jam setelah rampasan kuasa di Mesir:


    General Abdel Fattah Al-Sisi


    1. Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah

    2. Menyekat surat khabar Al Huriyyah wal 'Adalah (akhbar milik FJP).

    3. Menutup siaran Misr 25 (siaran televisyen Ikhwan Muslimin)

    4. Menyekat siaran langsung Al Jazeera di Rabaah

    5. Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr Mursi sehingga ramai yang terkorban.

    6. Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr Mursi

    7. Menangkap ketua pejabat siaran langsung Al Jazeera dan beberapa pemberita. Antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.

    8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah (tempat perhimpunan penyokong Dr Mursi).

    9. Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr Mursi di Rabaah Adawiyyah.


    Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

    NOTA KAKI.
    Menang untuk Islam. InsyaAllah.


    Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    10 Julai 2013

    Ramadan suasana baru

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Assalamualaikum. Hai 
    Alhamdulillah dahpun  daftar MFI sabtu lepas on 6th July. Sibuk orientasi and of course tak ada banyak masa nak online rilekrilek cam sebelum ni. Well penganggur terhormat. Eh ni pun curik masa sementara break kelas. rushrush. So da tahu kan kenapa dah lama sangat tak update .hihi Alhamdulillah ramadan pun dah start. Sementara orang lain balik rumah termasuk my cousin and my elder sister untuk sambut ramadan then i'm still here. Baru daftar kan jangan nak ngada-ngada sangatla nak balik. Kalau boleh saya nak cerita macam-macam tapi tak menyempat-nyempat je ni. *well, internet tengah laju*
    Malam tadi kitorang satu dorm pegi solat tarawikh kat Masjid As-Solihin .Very the depan je mfi. So memang senangla nak pergi. Alhamdulillah3. I got 5 roomate which comfort me very well. Alhamdulillah. And jangan lupa khatam Quran ramadan ni. Do pray Tarawikh even cannot pergi tarawikh kat Masjid everyday. uhuuu sdeyhhh. Rasa suasana yang sangat berbeza when i'm here because sampai-sampai je, dah puasa ramadan. For the first time saya puasa hari first yang bukan kat rumah. But, at least saya dapat satu pengalaman yang baru and maybe learn to berdiri atas kaki sendiri ? yes. This year i learn a lot do anything that and that that that that semuaa sendiri. Blank~~ hihi ok jer. saya dah besar. 18 dah weh jangan nak manja sangatlah. :P

    library MFI.

    depan bangunan pentadbiran. cantik gak mfi. Alhamdulillah :)


    So saya tak ada dalam gambar tu. ehemm. Masa ni nak keluar gi kedai makan with dormmates. Ok kelasa dah nak start. Bai Semoga ramadan kalini membawa seribu satu hukmah dan perubhana untuk diri kita. Harapan saya kat tempat baru untuk ramadan kalini adalah untuk 'ajak mereka'. Faham ke ? Nanti saya cerita lagilah . Nak siap pegi kelas. Merci. 
    P/s : ecehh best belajar bahasa French tau. lecturer french yang baik n best2. Hee tak sabar nak cerita lagi ^^ Oh ye selamat menjadikan Ramadan Kareem ini satu bulan yang dapat membantu buka pinyu kita ke syurga ! Amiin . :)
    Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    5 Julai 2013

    'Dosa-Dosa' Presiden Mesir DR. Muhammad Mursi ?

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
    Assalamualaikum.  
    AllahAllahAllah. Selepas Gaza > Syria > dan sekarang Mesir. Betapa negara Islam benar-benar dimusuhi dan diancam. Saya masih rasa peliks sesangat akan sesetengah pihak media yang masih mengeluarkan statement dan 'informasi' tak betul yang mereka rasakan benar tu. Yang lebih penting adalah kita sendiri kena kena kena ambik tahu bukan ikut tunduk telunjuk media. Ada bukti ?
    Presiden Mesir Dr Morsi Yang Memerjuangkan Islam, penuh 30 Juzuk Al Quran di dadanya (dah hafal 30 juzuk). Selalu mengimami solat, Memerintah dengan cara Islam- digulingkan dengan rampasan kuasa oleh tentera Mesir. Allahh.

    Yang ni saya petik dari SINI
    Kebenaran perlu diperkatakan, Dr Muhammad Morsi adalah

    1) Presiden Arab pertama yang telah dilantik .

    2) Presiden awam yang pertama.

    3) Presiden arab pertama yang menghafal seluruh juzuk Al-Quran.

    4) Presiden arab pertama dari pihak parti islam.

    5) Presiden arab pertama yang membenarkan orang ramai untuk mengkritik beliau, terdapat lebih 30 saluran di Mesir yang menghina beliau siang dan malam.

    6) Presiden pertama yang berjabat tangan dengan pengawal penjara sebelum ini.

    7) Presiden arab pertama yang melarang meletakkan gambar beliau di bangunan kerajaan.

    8 ) Presiden arab pertama yang tinggal di sebuah apartmen yang disewa dan menerima gaji biasa seperti mana-mana pekerja awam Mesir yang lain.

    9) Presiden arab pertama yang membawa keluarganya keluar pada hari cuti atas kos sendiri.

    Mengapa kalangan liberal sangat kuat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi? 
    Apa lagi 'dosa' Mursi ?

    Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh mengantarkan Mesir dalam setahun ke arah kemajuan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampai 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

    Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

    Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak 200% lebih, sementara harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

    Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

    Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

    Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

    Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasai enaknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

    Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kebankrapan.

    Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur'an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

    Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.
    Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan perlukan bertahun-tahun untuk melakukan itu.

    Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang dipandang dunia.

    Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

    Dosa Mursi adalah kerana dia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

    Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.
    Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

    Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan minions.

    Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya.

    Dan banyak lagi 'dosa-dosanya' yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan lawan politik, terutama Amerika dan Israel jadi marah. Kerana 'dosa-dosa' itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta syiah ! Mereka memandang Mursi sudah gagal dan mengantarkan Mesir ke arah kehancuran. 'Diktator'kah seperti yang didakwa ?

    Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.
    *[Dari seorang mahasiswa Mesir via Ria Syamil yuliasari]
    Diterjemah dari : Bersamadakwah.com


    NOTA KAKI.
    Sejarah akan menilai Morsi, sama ada dia mempunyai kesilapan atau tidak, beliau setakat ini merupakan pemimpin arab yang terbaik, jika dibandingkan dengan mana-mana pemimpin lain dan anda akan tahu sendiri.Beliau bukanlah seperti pemimpin yang mengambil duit rakyat dan memasukkan dalam poket sendiri !! Tahu ?
    Sabar.. Perancangan Allah sangat misteri.
    Baca lagi SINI . Kisah sunni syria belum habis saya cerita dah muncul pergelutan di Mesir yang juga melibatkan politik dalam negara. AllahuRabbi.





    TERKINI
    Basyar Asad dan rejim Zionis mengucapkan tahniah kepada 'Presiden baru' Mesir, Adli Mansor yang ditabalkan secara haram oleh pihak tentera setelah menggulingkan Dr Morsy secara khianat.
    Dalam masa yang sama, Turki dan Tunisia akan tetap mengiktiraf Dr Morsy sebagaima Presiden Mesir yang sah dan dipilih oleh rakyat.
    Nah, sekarang sudah jelas dan terang siapa musuh Dan pendokong Islam yang sebenarnya. (sumber : SYRIAcare)

    P/s : Lepas entry ni je saya nak cerita apa yang tentera Mesir buat sebaik sahaja rampas kuasa. Baca tau. Ambik tahu insyaAllah.

    Sokonglah tanpa keraguan hanya jikalau itu yang kita termampu sebagai muslim di Malaysia.
    Jazakallah. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    4 Julai 2013

    Laskar Pelangi


    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

    Assalamualaikum. Hai 

    Saya dah tengok cerita ni dua-tiga kali. Tak serik bah ^^ Before cerita ni disiarkan sebagai movie, saya dah jumpa novelnya, cumanya tak belilah tengok je. Biasanya kalau cerita dari novel ni memang insyaAllah dapat sambutan. Lama dah kot cerita ni, btw, takpe ilmu takde tarikh luput. :)


    Apa menariknya movie Laskar Pelangi ni ?

    Kisah dari novel dan seterusnya movie ni berkisarkan kehidupan kanak-kanak di Belitong. Bermula dengan dunia pendidikan di mana sebuah sekolah yang keurangan murid hendak ditutup namun tetap diteruskan akhirnya kerana murid yang terdaftar genap 10. Ke-sepuluh murid tersebut adalah para laskar pelangi kerana kegemaran mereka terhadap pelangi. Siapa saja mereka? Lintang adalah yang paling istimewa kerana kelebihan luar bisa yang dimilikinya namun Lintang akhirnya terpaksa berhenti sekolah kerana kesusahan keluarga setelah ayahnya meninggal.

    Laskar pelangi berkisah perjuangan hidup kesepuluh anak ini menghidupkan cita-cita di antara kehidupan mereka yang berat. Manis meskipun berat. Merka juga lantang mempertahankan ilmu agama yang mereka pelajari meskipun masih tak banyak. Laskar Pelangi berhasil merubah secubit*betul ke ayat ni ? dunia pendidikan kita, merecharge semangat mereka yang lain untuk meraih ilmu insyaAllah.
    Saya rekomen untuk semua orang tengok.. Sinopsis Laskar Pelangi ini hanya sekelumit kisah di dalam Laskar Pelangi. Nampak macam biasa-biasa je sinopsis saya yang tak berapa syiokk ni, nak tahu, meh tengok :)




    Walaupun dah lamaaa. hoho nak imbau kenangan tengok movie ni masa kat sekolah dulu ^^

    Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    Zoo berbentuk bahtera Nabi Nuh A.S

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


    Assalamualaikum. 

    Rodolfo Almira, Reniel Aguila, Osmar Oliva, dan Manuel Guerra ialah empat penganut kristian yang alim. Mereka percaya kisah Bahtera Nabi Noh bukan sebuah fiksyen tetapi fakta sejarah. Oleh itu mereka mahu membina sebuah zoo mini bernama Hidden Ark berbentuk bahtera di Miami Florida. Bahtera sepanjang 500 kaki ini bakal memuatkan haiwan seperti yang digambarkan di dalam Injil. Mereka memerlukan USD 1.5 Juta (RM 4.5 Juta) untuk menyiapkan bahtera ini.




       Laporan asal HiddenArk


    P/s : Kalau kapal samudera kat Melaka dijadikan muzium melaka, lain pulak dengan yang ini, serupa dengan kisah asal masa kaum Nabi Nuh a.s dilanda bencana banjir besar yang juga memuatkan banyak haiwan dalam kapal gergasi tersebut. AllahuAkbar :D Orang Islam belum ada yang buat lagi nih :)

    Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

    3 Julai 2013

    Kilang Al-Quran Dan Bagaimana Al-Quran Dibuat?

    BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


    Assalamualaikum. Hai 

    Satu info menarik yang saya tahu, wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tu. Semua pekerja atau pemerhati adalah hafiz, jadi untuk menjaga aurat dan mengelakkan mereka tak lupa hafalan, wanita tidak dibenarkan masuk dalam kilang tu.

    *bersih 


























    Inilah yg dikatakan islam agama yg suci lagikan terpelihara sehingga hari qiamat. insyaAllah :)

    Thanks. Moga bermanfaat walau sikit. kbai ! !
    .قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai