-->
Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap sedia menanti.
Oleh itu, jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat dan janganlah menjadi anak-anak dunia.
Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal.
[Saidina Ali kwj-Kitab Sahih Bukhari]

18 Mac 2013

Home » , » Kisah pendayung

Kisah pendayung

Assalamualaikum. hai (!)


Alkisah..



Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyangkan. Selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm.Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir semur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya".

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tak berpuas hati, Professor tu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu."

Kata Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya. Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pedayung sampan." Kata Professor itu dengannada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.


Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itudilambung ombak besar dan terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pulapendayung sampan itu bertanya,

"Kamu tahu berenang?"


Professor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu akan kehilangan 100 peratus nyawa kamu." Kata pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.





NOTA KAKI.
Dalam hidup ni IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. ye tak? Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi. Hidup ini singkat. Jadi, tepuk dada, tanya diri sendiri untuk apa ilmu yg dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan? eh, tapi kan lebih baik kalau pendayung sampan tu tolong profesor tu kan? agaknya dah geram kott ^^'


SALAM MUHASABAH  !  ^^
.قد بارك الله فيكم. Moga bermanfaat walau sikit. kbai

9 ulasan :

  1. Kisah yang penuh iktibar. Tiada ilmu yang tiada bermanafaat.

    BalasPadam
  2. dah pernah baca kisahni,
    pernah bagi ceramah jgk.
    hehehe.
    betul tu, jgn suka sangat pandang rendah dgn org. :)

    BalasPadam
  3. sunnguh memotivasikan crita ni,thanks sharing..:)

    BalasPadam
  4. hanya menitipkan pesan :

    namamu di mimbar

    http://mimbarkata.blogspot.com/2013/03/namamu-di-mimbar.html

    BalasPadam
  5. uish btul sgt ni.tnggi IQ tp x tnggi ilmu agama pn x gune juga

    BalasPadam
  6. @IFA Athirah Ilmu yang ada kena seimbg. n the important is jgn pndg rendah ats klmhn org lain ^^

    BalasPadam

Thanks. siapa yang komen memang hebat macam action kamen dan comel macam upinipin. May ALLAH bless you :)